Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Bab 2.3 (t5)

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

TINGKATAN 5 EKONOMI

BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia

Komposisi eksport
Barang dan perkhidmatan yang dijual oleh Malaysia kepada rakyat di negara asing dikenal sebagai
eksport.

(A) Eksport barang nampak


1. Merujuk kepada barang nyata yang dikeluarkan dalam Malaysia dan dijual ke luar negara.
a.Pertanian - hasil pertanian iaitu minyak kelapa sawit, getah, kayu gergaji dan
kayu balak, koko, dan lada hitam.
b.Perlombongan - Hasil keluaran daripada sektor perlombongan iaitu cati gali sumber
semula jadi.
- Contohnya, minyak mentah, gas asli cecair, dan bijih timah.
c. Pembuatan - Hasil keluaran sektor perkilangan
- Contohnya, barang elektrik dan elekronik, perkakas litar
elektrik,marjerin, kain kapas serta kapur dan simen, pakaian dan
perabot.

(B) Eksport barang tak nampak


1. Merujuk perkhidmatan yang disediakan oleh rakyat tempatan kepada rakyat negara asing.
a. Perkhidmatan - Perbelanjaan pelancong, pelajar, ahli sukan dan pesakit asing di
pelancongan Malaysia.
- seperti penginapan, makanan, hiburan, pengangkutan domestik,
hadiah dan cenderamata yang diperoleh oleh pelawat asing ketika
berada di Malaysia.
b. Perkhidmatan - Bayaran tambang (Freight) yang diterima oleh firma perkapalan
pengangkutan tempatan, tambang penumpang, bayaran kemudahan lapangan
terbang dan bayaran parkir pesawat serta bayaran perkhidmatan pos
dan kurier daripada firma asing atau rakyat asing.
c. Perkhidmatan - Perkhidmatan telekomunikasi seperti radio dan televisyen, perisian
telekomunikasi, komputer dan perkhidmatan maklumat seperti berita daripada firma
komputer dan tempatan yang dilanggan oleh rakyat asing.
maklumat
d. Perkhidmatan - Dilaksanakan oleh rakyat Malaysia atau firma Malaysia di luar
pembinaan negara termasuk pembinaan bangunan, pemasangan jentera serta
perkhidmatan penyewaan peralatan pembinaan.
e. Perkhidmatan - Perkhidmatan menyediakan insurans hayat, insurans bukan hayat,
insurans dan insurans semula, insurans tambang muatan, pencen dan
pencen perkhidmatan tambahan kepada insurans oleh firma insurans
Malaysia kepada rakyat asing dan firma asing.
f. Perkhidmatan - Caj dan bayaran perkhidmatan kewangan untuk simpanan atau
kewangan pinjaman, bayaran pengurusan aset, bayaran perkhidmatan operasi,
dan pengawalseliaan pasaran kewangan yang diterima oleh rakyat
tempatan dan firma tempatan dari luar negara.
g. Perkhidmatan - Bayaran yang diterima oleh firma tempatan yang menyediakan
SPMSureSkor.com 1
perkilangan perkhidmatan pemprosesan kepada pemilik barangan bagi aktiviti
pembuatan seperti pengumpulan, pembungkusan atau pelabelan.
h. Bayaran - Bayaran bagi penggunaan hak intelek seperti paten, cap dagang,
penggunaan hak cipta, reka cipta, proses industri, rahsia perdagangan dan
harta intelek francais.
i. Perkhidmatan - Perkhidmatan berkaitan audiovisual, akses, sewaan audiovisual,
peribadi, budaya bayaran kepada pelakon, pengarah dan pengeluar, perkhidmatan
dan rekreasi pendidikan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan sukan, rekreasi
dan hiburan yang disediakan oleh rakyat Malaysia kepada rakyat
asing.

Komposisi Import
1. Import merujuk kepada barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh rakyat Malaysia daripada
negara asing.

(A) Import Barang Nampak


1. Merujuk kepada barang nyata yang dibeli oleh rakyat Malaysia daripada luar negara.
a. Barang - Barang ini diimport dan diproses semula menjadi barang siap.
pengantara - Contoh: makanan dan minuman, bahan api dan pelincir serta alat
ganti dan kelengkapan pengangkutan.
b. Barang modal - Barang yang diimport dari luar negara untuk membantu proses
(pelaburan) pengeluaran serta meningkatkan keupayaan pengeluaran firma.
- Contoh: mesin, jentera, peralatan dan kelengkapan.
c. Barang - Barangan ini diimport untuk kegunaan pengguna akhir.
pengguna - Contoh: perabot, kenderaan, makanan dan minuman serta pakaian.

(B) Import Barang Tak Nampak


1. Bermaksud perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakyat asing kepada rakyat Malaysia.
a. Perkhidmatan pelancongan f. Perkhidmatan kewangan
b. Perkhidmatan pengangkutan g. Perkhidmatan peribadi, budaya
c. Perkhidmatan telekomunikasi, komputer dan dan rekreasi
maklumat h. Perkhidmatan perkilangan
d. Perkhidmatan pembinaan i. Bayaran penggunaan harta intelek
e. Perkhidmatan insurans dan pencen
2.3.2 Imbangan Pembayaran
1. Satu rekod sistematik tentang jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran kewangan sesebuah
negara dengan negara lain dalam tempoh satu tahun.
2. Akaun imbangan pembayaran melibatkan rekod butiran debit dan kredit.
3. Butiran kredit merekodkan urus niaga ekonomi yang melibatkan penerimaan kewangan.
4. Butiran debit merekodkan urus niaga ekonomi yang melibatkan pembayaran kewangan.
5. Terdiri daripada tiga komponen utama:
Komponen utama Terdiri daripada butiran
a. Akaun Modal - Merekod perubahan bersih i. Perolehan / Pelupusan aset
dalam pemilikan aset. bukan kewangan
ii. Pindahan modal
b. Akaun Semasa - Merekodkan nilai eksport i. Akaun barangan
dan import barang dan ii. Akaun perkhidmatan
perkhidmatan serta iii. Akaun pendapatan primer
pendapatan. iii. Akaun pendapatan sekunder

SPMSureSkor.com 2
c. Akaun Kewangan - Merekod aliran masuk i. Pelaburan langsung
modal dan aliran keluar ii. Pelaburan portfolio
modal bagi sesebuah iii. Derivatif kewangan
negara. iv. Pelaburan lain

2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran


1. Akaun semasa merekodkan nilai eksport dan import barang serta perkhidmatan dan juga
pendapatan.
2. Terdiri daripada empat butiran utama:
a. Akaun barangan
b. Akaun perkhidmatan
c. Akaun pendapatan primer
d. Akaun pendapatan sekunder

(A) Akaun Barangan


1. Merekodkan jumlah nilai eksport barang nampak dengan jumlah nilai import barang nampak.

Imbangan dagangan = Jumlah nilai eksport – Jumlah nilai import.


barang nampak barang nampak

2. Terdapat tiga jenis imbangan dagangan iaitu:


a. Imbangan dagangan lebihan (nilai eksport barang nampak > nilai import barang nampak)
b. Imbangan dagangan seimbang
(nilai eksport barang nampak = nilai import barang nampak)
c. Imbangan dagangan defisit (nilai eksport barang nampak < nilai import barang nampak)
3. Malaysia mencapai lebihan imbangan dagangan bagi setiap tahun dari tahun 2011 hingga tahun
2016.
4.
(B) Akaun Perkhidmatan
1. Merekodkan eksport dan import barang tak nampak dalam negara.

Imbangan perkhidmatan = Jumlah nilai eksport barang tak nampak


– Jumlah nilai import barang tak nampak
2. Antara beberapa butiran penting yang direkodkan ialah penerimaan dan pembayaran daripada
aktiviti seperti:
a. Perjalanan dan pengangkutan
b. Perkhidmatan kewangan
c. Perkhidmatan telekomunikasi, komputer dan informasi
d. Pembinaan
e. Perkhidmatan insurans dan pencen

(C) Akaun Pendapatan


1. Merekodkan penerimaan dan pembayaran pendapatan oleh sesebuah negara.

Imbangan akaun pendapatan = Jumlah nilai eksport barang tak nampak


– Jumlah nilai import barang tak nampak

2. Pendapatan tersebut terdiri daripada dua sumber:


a. Pendapatan - Pampasan pekerja (upah, gaji dan faedah lain) yang diperoleh oleh
primer warganegara asing yang bekerja di Malaysia dan warganegara

SPMSureSkor.com 3
Malaysia yang bekerja di luar negara.
- Pendapatan pelaburan (untung dan dividen) daripada pelaburan yang
dibayar kepada pelabur asing yang melabur di Malaysia serta
pendapatan yang diterima oleh warganegara Malaysia yang melabur di
luar negara.
b. Pendapatan - Pendapatan dalam bentuk bayaran pindahan iaitu urus niaga yang
sekunder tidak memerlukan balasan.
- Antaranya ialah biasiswa, bantuan, kiriman wang dan derma.

2.3.4 Defisit dan Lebihan Akaun Semasa

1. Lebihan Akaun Jumlah penerimaan kewangan lebih besar daripada jumlah pembayaran
Semasa kewangan dalam akaun semasa.
2. Defisit Akaun Jumlah pembayaran kewangan lebih besar daripada jumlah penerimaan
Semasa kewangan dalam akaun semasa

2.3.5 Sebab dan Implikasi Lebihan dan Defisit Akaun Semasa

Sebab Lebihan Akaun Semasa Implikasi Lebihan Akaun Semasa


1. Permintaan yang tinggi untuk eksport 1. Peningkatan dalam pendapatan
- disebabkan oleh negara
a. peningkatan daya saing sektor perkilangan - peningkatan permintaan untuk
b. kejatuhan nilai mata wang barang eksport akan meningkatkan
c. peningkatan pendapatan di negara-negara yang pengeluaran barang dan
mengimport barang atau perkhidmatan perkhidmatan dalam negara.

2. Permintaan yang rendah untuk import 2. Peningkatan guna tenaga


- disebabkan oleh - Peningkatan permintaan untuk
a. kecenderungan rakyat tempatan mengutamakan barang eksport mewujudkan lebih
barang dan perkhidmatan tempatan banyak peluang pekerjaan untuk
b. kejatuhan nilai mata wang di negara rakan rakyat tempatan dan mengurangkan
dagang kadar pengangguran dalam negara.
c. berlaku inflasi di negara rakan dagang
3. Peningkatan produktiviti 3. Peningkatan taraf hidup
- disebabkan oleh: - Kewujudan peluang pekerjaan
a. Peningkatan kemahiran buruh meningkatkan pendapatan
b. Penggunaan kaedah pengeluaran yang lebih masyarakat dan meningkatkan
efisien yang membawa kepada peningkatan kuasa beli dan taraf hidup penduduk.
pengeluaran dengan kos purata yang lebih
rendah
4. Peningkatan penerimaan pendapatan primer dan 4. Inflasi
sekunder - Permintaan yang tinggi terhadap
- akan mendorong kepada lebihan akaun semasa barang dan perkhidmatan
- Misalnya lebih banyak keuntungan diterima menaikkan harga barang dan
daripada pelaburan di luar negara serta kiriman perkhidmatan dan boleh membawa
wang daripada rakyat Malaysia yang bekerja di kepada peningkatan kadar inflasi.
luar negara.
5. Peningkatan kadar pertukaran asing
- Peningkatan permintaan terhadap
eksport menambahkan permintaan
SPMSureSkor.com 4
terhadap mata wang tempatan di
pasaran luar negara dan ini dapat
meningkatkan kadar pertukaran asing.

Sebab Defisit Akaun Semasa Implikasi Defisit Akaun Semasa


1. Permintaan yang rendah untuk eksport 1. Penurunan dalam pendapatan
- disebabkan oleh negara
a. penurunan daya saing dalam sektor perkilangan - Disebabkan oleh penurunan
b. kenaikan nilai mata wang Malaysia permintaan terhadap eksport
c. penurunan pendapatan di negara-negara yang barang dan perkhidmatan yang
mengimport barang atau perkhidmatan. mengurangkan pengeluaran
barang dan perkhidmatan dalam
negara.
2. Permintaan yang tinggi untuk import 2. Penurunan guna tenaga
- disebabkan oleh - Penurunan permintaan terhadap
a. Kecenderungan rakyat tempatan mengutamakan eksport barang dan
barang dan perkhidmatan import perkhidmatan mengurangkan
b. Peningkatan import barang pengantara dan barang peluang pekerjaan dalam
modal negara dan meningkatkan kadar
c. Kenaikan nilai mata wang Malaysia pengangguran dalam negara.

3. Penurunan produktiviti 3. Penurunan taraf hidup


- disebabkan oleh: - Peluang pekerjaan yang terhad
b. Buruh yang kurang mahir menyebabkan pendapatan
c. Penggunaan kaedah pengeluaran yang kurang masyarakat merosot dan
efisien yang membawa kepada pengurangan menurunkan kuasa beli dan taraf
pengeluaran hidup penduduk.

4. Peningkatan pembayaran pendapatan primer dan 4. Penurunan kadar pertukaran


sekunder asing
- akan mendorong kepada defisit akaun semasa. - Penurunan permintaan terhadap
- Misalnya, lebih banyak keuntungan yang diterima oleh eksport barang dan
pelabur asing dalam negara serta kiriman wang ke luar perkhidmatan mengurangkan
negara oleh rakyat asing yang bekerja di sesebuah permintaan terhadap mata wang
negara. tempatan di pasaran luar negara
dan seterusnya menurunkan
kadar pertukaran asing.
5. Kekurangan inovasi dan aktiviti penyelidikan dan
pembangunan (R&D)
- Kekurangan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan
(R&D) menyebabkan kekurangan penciptaan barang
dan perkhidmatan yang baharu.
- Tahap inovasi yang rendah akan mengurangkan
daya saing produk sesebuah negara di pasaran
antarabangsa.
- Keadaan ini menyebabkan permintaan terhadap
eksport barang jatuh dan mendorong kepada defisit
akaun semasa.

SPMSureSkor.com 5
Cara Mengatasi Defisit Akaun Semasa
Kerajaan boleh mengatasi masalah ini melalui beberapa tindakan berikut:
a. Meningkatkan peruntukan atau pelaburan atas sektor pendidikan dan kesihatan
- supaya meningkatkan kualiti sumber manusia dari segi kemahiran, inovasi dan produktiviti
- untuk meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa
b. Meningkatkan pelaburan dalam kemudahan dan infrastruktur
- seperti lapangan terbang, pelabuhan dan stesen telekomunikasi
- untuk meningkatkan aktiviti ekonomi khususnya industri berorientasikan eksport
c. Meningkatkan insentif kerajaan
- seperti insentif pelaburan, pelepasan cukai, subsidi eksport dan kelonggaran keperluan visa
untuk pelancong
- untuk meningkatkan pelaburan asing serta permintaan terhadap eksport barang dan
perkhidmatan
d. Mengurangkan import
- dengan mengenakan sekatan seperti tarif dan kuota yang dapat membantu meningkatkan
permintaan barang tempatan

SPMSureSkor.com 6

You might also like