Proposal Latihan Ilmiah
Proposal Latihan Ilmiah
Proposal Latihan Ilmiah
NAMA PENSYARAH :
PROF. MADYA DR. RAHIM BIN AMAN
2017
2
1.1 PENGENALAN
Komunikasi lisan merupakan kaedah manusia menyampaikan hasrat yang tersemat di minda
kepada si pendengar. Setiap butir katanya itu berdiri di atas makna yang tersendiri dan jelas
bagi membolehkan si pendengar menanggapi perkara yang dimaksudkan oleh si penutur. Butir-
butir kata itu dikenali sebagai bahasa. Bahasa wujud dalam setiap diri manusia. Meskipun
seseorang itu bisu, namun dia masih berkebolehan menyampaikan maksud yang ingin
disampaikan melalui tanda isyarat. Ini juga dinamakan sebagai komunikasi, tetapi
menggunakan kaedah yang lain dari manusia tipikal.
Bagi manusia normal, bercakap itu akan menghasilkan butir-butir kata. Untuk
membolehkan maksud kata itu difahami, penutur hendaklah menggunakan perkataan dan cara
sebutan yang boleh difahami oleh pendengar. Namun, tidak semua bahasa di dunia ini adalah
sama. Malah, di sesebuah negara itu juga mempunyai variasi bahasa. Kepelbagaian inilah yang
dikenali sebagai variasi. Ada yang menggunakan bahasa baku dalam perucapan rasmi, ada
yang menggunakan bahasa basahan di rumah sebagai bahasa komunikasi sehari-hari, dan ada
berbagai-bagai variasi lain yang berbeza-beza mengikut fungsi dan penggunaannya.
Dialek pula merupakan salah satu variasi bahasa. Memetik kata J.K Chamber dan Peter
Trudgill (1998),
Dialek merupakan suatu bentuk penggunaan umum yang bersifat rendah statusnya,
substandard, bahasa kekampungan yang mempunyai kaitan penggunaannya dengan golongan
petani, kedesaan, kelas pekerjaan dan kumpulan lain yang kurang berprestij. Dalam erti kata
lain, dialek merupakan suatu variasi bahasa yang bersifat kekampungan kerana wujud jurang
dari segi fonologi antara bahasa standard dengan dialek. Ketidakseragaman ini menjadikan
3
dialek dianggap berada pada kasta yang rendah berbanding bahasa standard yang lebih canggih
dan berinovasi, berkembang dengan pantas selari dengan kemajuan teknologi, sains dan
pembangunan.
Namun, pendekatan yang lebih umum tertumpu pada kajian Meillet (1967) yang
menyatakan bahawa dialek ini digunakan sebagai penghubung antara bahasa dengan bahasa.
Seperti dalam ketamadunan Yunani, perkembangan bahasa-bahasa mereka turut berlaku.
Namun, ia langsung tidak membezakan antara substandard dengan standard sebagai suatu
bahasa yang berbeza. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.
Variasi bahasa pada tahap dialek masih boleh difahami penutur kerana ada
kesalingfahaman ataupun mutual intelligibility dalam bahasa asli. Hal ini bermaksud bahasa
tersebut mempunyai ujaran yang berbeza-beza tetapi mempunyai ciri-ciri umum dan lebih
mirip antara sesamanya. Ia juga bertepatan dengan ciri-ciri mutual intelligibility yang
menggunakan bahasa yang sama sebagai perbandingan bahasa dan dialek. .Kesalingfahaman
ini menjadikan bahasa tersebut mempunyai ikatan yang panjang antara variasi standard
sehingga variasi yang paling rendah kelasnya. Hubungan dua hala sebegini yang didasari oleh
pengetahuan kebahasaan yang sama membolehkan penutur dialek A dengan penutur dialek B
memahami antara keduanya.
Dialek geografis merupakan suatu dialek yang terbentuk disebabkan bentuk muka
bumi. Kejadian alam gunung ganang dan sungai menjadikan manusia itu terpisah-pisah
sehingga terhasil suatu gaya bahasa dalam sesuatu kelompok itu. Bayangkan sebuah kelompok
masyarakat terputus hubungan dengan dunia luar dan dijumpai semula 100 tahun akan datang.
Mestilah bahasanya berubah dari apa yang terbentuk sebelum berlaku peristiwa malang itu.
Hal ini bermakna, dialek geografis ini berbeza dari sudut garis sempadan geografinya. Sering
kali kita melihat garis sempadan politik, walaupun begitu dialek tidak terhad kepada garis
sempadan politik malah ia merentas garisan tersebut.
4
Kesimpulannya, dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji dan meneliti salah satu
dialek di sebelah pantai timur Malaysia, iaitu dialek Pahang. Pengkaji menggunakan
pendekatan geografi dialek dan pengkaji juga ingin melihat varian-varian yang dituturkan di
Kampung Nenasi khususnya sebagai kawasan kajian.
Kajian dialek di Malaysia telah berkembang sejak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
menyusun kertas kerja untuk melaksanakan kajian dialek di seluruh Malaysia. Ini telah
mendorong Asmah Haji Omar (1985) untuk menghasilkan sebuah kajian yang menyeluruh
terhadap dialek-dialek yang terdapat di negara ini. Meskipun begitu, kajian secara umum
sebegitu masih tidak dapat memberikan gambaran yang penuh kerana beliau menggunakan
sebuah tempat khusus di sesebuah negeri sahaja sebagai wakil kepada subdialek-subdialek
yang lain. Sebagai contoh, negeri Pahang mempunyai lapan (8) subdialek yang berbeza
meskipun dalam sebuah negeri yang sama (Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman, dan Shahidi
A.H: 2010) yang terdiri daripada subdialek Pekan, Benta, Raub, Hulu Tembeling, Rompin,
Temerloh, Kuala Lipis dan Bentong (Asmah Haji Omar: edisi 2015). Jadi agak sukar untuk
menjustifikasikan sebuah dialek sebagai wakil kepada dialek yang lain sedangkan subdialek
Temerloh dengan subdialek Pekan sangat berbeza.
5
Seperti yang dikatakan tadi, bahasa itu berkembang selari dengan perkembangan di
sekelilingnya. Oleh hal yang demikian, dialek di Kampung Nenasi, Pekan juga mengalami
perkembangan yang sama. Pada 1982, tiada lagi kajian tentang dialek Pahang terutama di
kampung Nenasi. Ini menyebabkan banyak perkara dan perkembangan yang tidak diketahui
khususnya pengkaji sendiri. Oleh itu, dengan adanya asbab dan fokus baharu, pengkaji
menganggap kajian di Kampung Nenasi akan menghasilkan suatu pembaharuan dari segi hasil
dapatannya disebabkan tiada pemerhatian dan kajian sejak 35 tahun yang lalu.
Pada 13 Jun 2012, kerajaan Pahang telah memohon status negeri jelapang padi kepada
kerajaan persekutuan memandangkan banyak kawasan sawah padi telah dibuka di negeri itu.
Pembukaan kawasan pertanian sawah padi di sana telah menyebabkan berlaku migrasi etnik
Kedah ke negeri berkenaan. Penempatannya di kawasan Pekan, Pahang menyebabkan akan
berlaku pertembungan dialek antara dialek Kampung Nenasi dengan dialek Kedah. Ini
membimbangkan pengkaji kerana perkembangan subdialek Kampung Nenasi selama 35 tahun
itu mungkin akan tercemar akibat pengaruh dialek asing itu. Pada akhir tahun 2012, Pahang
telah mencatatkan aktiviti penanaman padi secara umum iaitu sebanyak 14 lokasi di enam
daerah yang juga termasuk di kawasan Pekan. Malah, lebih teruk lagi apabila kawasan
penanaman padi itu merangkumi 1,246 hektar ataupun 55% daripada jumlah keseluruhan
kawasan sawah padi di negeri itu. Meskipun ia baik untuk ekonomi tempatan, tetapi dari sudut
lain, banyak perkara telah tercemar akibat migrasi dan pertembungan bahasa ini.
Menjelang tahun 2015, suatu perangkaan padi telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian
Malaysia. Keluasan tanaman padi di Pekan Pahang telah meningkat sebanyak 483% iaitu
kepada 6,030 hektar. Ini meningkatkan lagi kebimbangan pengkaji kerana sekiranya dibuat
peratusan peningkatan per tahunan, sebanyak 120% peningkatan pembukaan kawasan tanaman
baharu bagi setiap 12 bulan. Ini lagi menyukarkan apabila penempatan etnik Kedah diletakkan
di kawasan Batu 6, Sungai Miang, Pekan, Pahang. Kawasan ini merupakan kawasan utama
keluar masuk penduduk Nenasi ke kawasan Pekan dan Kuantan. Jalan-jalan utama dari
Kuantan hingga ke Rompin menggunakan jalan yang sama. Dan ini secara langsung akan
melalui kawasan kampung Nenasi, Pekan.
6
Kependudukan etnik Kelantan juga dilihat kian bercambah apabila wujud banyak kedai
makanan berkonsepkan masakan Thailand. Secara etnografinya, pengkaji tidak terlalu
bimbang dengan kependudukan ini kerana mereka tidak begitu dominan di Nenasi berbanding
dengan etnik Kedah dan sikap mereka yang kurang bercampur dengan masyarakat asing
membolehkan pengkaji menarik nafas lega untuk seketika.
Oleh hal yang demikian, kajian ini sewajarnya memberi fokus kepada kajian fonologi
antara dua bahgian di Nenasi iaitu di kawasan pantai dan di kawasan daratan. Kajian lampau
menunjukkan penemuan ciri-ciri dialek Terengganu di Nenasi pantai, tetapi tidak pula ia
mengesahkan bahawa wujud ciri-ciri dialek tersebut pada bahagian Nenasi darat sedangkan
jarak antara kedua-dua bahagian itu tidak lebih dari dua kilometer. Penganalisisan dari sudut
fonologi akan dilakukan dengan teliti agar kajian ini dapat mencapai suatu hasil yang boleh
memberi input dan info baharu setelah kajian terhadap kampung ini terhenti semenjak 34 tahun
yang lalu. Pembuktian seperti yang akan dilaksanakan dalam kajian ini akan menentukan
7
samada pandangan yang membezakan dialek antara dua kawasan tersebut masih terpakai
ataupun sudah ditelan zaman.
Persoalan kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah untuk melihat ciri-ciri fonologi
yang dikatakan mempunyai perbezaan antara Nenasi darat dengan Nenasi Pantai. Kedua-dua
data ini akan dinilai melalui tiga persoalan. Persoalan kajiannya adalah seperti yang berikut :-
1. Apakah inventori fonem segmental yang unik dan berbeza antara subdialek
Nenasi darat dengan Nenasi pantai?
2. Apakah proses fonologi yang terlibat antara subdialek Nenasi darat dengan
Nenasi pantai?
3. Apakah atur rumus yang terdapat antara subdialek Nenasi darat dengan Nenasi
pantai?
Bagi memastikan sesuatu kajian itu tertumpu dan terarah, objektif merupakan komponen
terpenting dalam sesebuah kertas penyelidikan. Hal ini demikian kerana dengan adanya
objektif, sesuatu penyelidikan itu tidak akan terpesong dari fokusnya. Oleh hal yang demikian,
untuk menggapai kejayaan dalam kajian ini, pengkaji perlu menyenaraikan beberapa objektif
yang perlu dipenuhi. Objektif kajian ini adalah seperti berikut :-
3. Menganalisis atur rumus yang terlibat dalam subdialek Nenasi darat dan Nenasi
pantai.
8
Setelah melakukan tinjauan kajian lampau, pengkaji mendapati bahawa kajian terhadap dialek
Kampung Nenasi, Pekan Pahang masih tidak diterokai secara mendalam. Asmah (1981) telah
menyatakan secara am tentang dialek di kampung Nenasi, pantai Pahang Selatan dan
perkampungan di kawasan pantai memang menggunakan dialek Terengganu sedangkan ia
bertentangan dengan pendapat Collins yang menyatakan bahawa kawasan di belah pantai
sahaja menggunakan ciri-ciri dialek Terengganu. Kekeliruan ini kian bertambah setelah adanya
kajian lanjutan (secara umum) pada tahun 1982 oleh Collins dan hasilnya memperlihatkan
wujud ciri-ciri dialek Kelantan.
Pembatasan ini bukanlah suatu objektif dalam kajian ini namun apabila melihat kepada
percampuran dialek-dialek di atas, pengkaji beranggapan bahawa belum masanya lagi untuk
pengkaji melakukan pemetaan untuk kawasan dialek ini. Meskipun begitu, penelitian sistem
dan penganalisian dari sudut fonologi akan dilakukan bagi menentukan samada dialek ini
terpisah ciri-ciri dialeknya antara dua buah tempat iaitu di bahagian pantai dan darat.
Disebabkan faktor luar dan perkembangan dialek Nenasi ini sendiri, pengkaji
menganggap bahawa kajian ini perlu disegerakan kerana khuatir ciri-ciri sedia ada dan
perbahasan yang hangat dalam jurnal Melayu tentang pengaruh dialek Terengganu bagi dua
bahagian Nenasi akan terhalang disebabkan ada wujud percampuran dialek asing seperti dialek
Kelantan. Kewujudan dialek luar ini membuatkan pengkaji susah hati kerana tidak dapat
menyelesaikan perbahasan antara kedua jenis tokoh linguistik terkemuka negara.
Kajian ini diharapkan dapat diteruskan dengan membawa asas kajian iaitu set senarai
kata yang ditemu bual dengan informan untuk menjadikannya sebagai salah satu sumber untuk
pengembangan kajian. Mungkin cadangan untuk kajian seterusnya ialah pemetaan atau
menganalisa masalah penggolongan bagi dialek Nenasi ini.
9
Kosa ilmu merupakan pengetahuan tentang perkara atau hasil kajian-kajian lampau. Sumber
pengetahuan daripada kajian terdahulu adalah penting bagi mewujudkan suatu permasalahan
baharu. Bahagian ini akan menerangkan dengan jelas tentang kajian-kajian lalu terhadap dialek
Pahang ini. Selain mencipta suatu permasalahan baharu, kosa ilmu berfungsi untuk memberi
gambaran menyeluruh tentang keadaan semasa sesuatu kajian itu samada kajian tersebut perlu
dikembangkan, atau dibuktikan. Di bahagian ini, pengkaji akan menghuraikan dapatan kajian
daripada pengkaji lampau tentang fokal penyelidikan ini.
Di bawah ini merupakan kajian-kajian lampau yang telah menyelami bidang ilmu
dialek Pahang. Ada juga kajian lampau dialek asing digunakan dalam penelitian kosa ilmu bagi
menilai ciri-ciri dialek asing berkenaan dan menganalisis perkaitan dialek ini dengan dialek
asing berkenaan. Dialek yang dimaksudkan merupakan dialek Kelantan. Perkara ini sudah
dibincangkan dalam bahagian sebelumnya. Tujuan pengasingan ciri-ciri ini bertujuan untuk
memudahkan pengkaji mengambil ciri-ciri dialek Terengganu yang tulen dari fokus dialek
kajian. Antara pengkaji yang dekat dalam kajian ini terdiri daripada Asmah Hj Omar (1985),
James T. Collins (1983a, 1983b), Mohd Tarmizi Hasrah, Ramin Aman dan Shahidi A. H.
(2010), Abdul Hamid Mahmood (1990)
James T. Collins merupakan antara sarjana yang banyak menyumbang dalam pelbagai bidang,
termasuk sejarah, fonologi, dialektonomi dan sintaksis. Collins dalam penulisannya Dialek
Pahang: Rangka Pengenalan (Bahagian Pengenalan) membincangkan mengenai hasil dapatan
dalam meneliti enam aspek ciri-ciri fonologi dialek Pahang. Meskipun ramai sarjana yang
mempunyai perbezaan penggunaan istilah dialek Pahang, namun Collins telah memberikan
penekanan tentang kajian dialeknya iaitu dialek Temerloh.
Enam aspek yang dibincangkan termasuklah konsonan nasal pada akhir kata, konsonan
koronal lain pada akhir kata, geseran / ɣ / dan vokal pada akhir kata, diftong asal dan konsonan
panjang. Setiap aspek ini dibincangkan berdasarkan daftar kata yang diperoleh dari hasil
tinjauan umumnya itu.
10
Dapatan pertama dibincangkan mengenai konsonan nasal pada akhir kata. Kedudukan
nasal pada akhir kata dalam daftar kata standard Bahasa Melayu digugurkan. Perkataan-
perkataan berkenaan berubah dari bunyi nasal di akhir kata kepada bunyi vokal. Pada kasarnya,
pengkaji melihat perubahan tersebut seakan-akan sama, namun sekiranya pengamatan yang
lebih teliti dibuat, dapatan berkenaan akan memaparkan kelainan sifat pada akhir suku kata
bagi perkataan berkenaan berbeza bagi setiap kawasan.
Perbezaan pertama yang jelas kelihatan dalam dapatan berkenaan merupakan suku kata
akhir tertutup berubah kepada suku kata tertutup. Vokal akhir pada kedudukan suku kata akhir
digantikan dengan vokal /æ/ dan sesetengah kosa kata menggunakan vokal depan rendah /a/.
Ia bersifat sporadik dan tidak menentu. Malah, dua-dua vokal berkenaan menerima fitur
sengau. Ini haya terjadi pada dua kawasan kajian iaitu di Pulau Pasir Mandi dan Puru. Di
Sanggang Seberang, terdapat kosa kata yang digugurkan konsonannya di akhir kata, namun
dua keadaan berbeza berlaku. Pertama, suku kata akhir tersebut menggugurkan konsonan akhir
dan vokal /a/ yang berada di suku kata terbuka itu tadi disengaukan. Kedua, suku kata akhir
tersebut ada yang digugurkan konsonan akhir dan wujud bunyi minor bagi menggantikan
konsonan akhir yang digugurkan itu. Perbincangan ini akan dilanjutkan dalam bahagian
analisis kritis.
Dalam kajian dalam tahun yang sama (bahagian akhir), Collins membahaskan tentang ciri-ciri
fonem vokal secara terperinci berdasarkan lima buah kawasan yang sama seperti kajian
pertamanya itu. Dalam bahagian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu perbincangan
mengenai vokal, pemanjangan konsonan dan isu-isu berkaitan dialek ini. Perbincangan vokal
11
dalam dialek ini hanya diskopkan kepada kosa kata suku kata terbuka pada akhir kata. Namun
pun begitu, penelitian terhadap vokal pada suku kata tertutup juga dilakukan tetapi tidak secara
sistematik.
Dalam bahagian vokal dibahagikan kepada dua bahagian iaitu vokal rendah akhir dalam
suku kata terbuka dan vokal tinggi akhir dalam suku kata tertutup. Kedua-dua bahagian ini
disertakan contoh yang sesuai dan perbincangan ini dikelaskan mengikut apa yang telah
diterangkan di atas.
Bahagian pertama dalam bahagian vokal merujuk kepada vokal rendah akhir pada suku
kata terbuka. Collins menyatakan bahawa vokal /a/ pada suku kata terbuka di akhir kata
digantikan dengan vokal tengah tinggi /ɨ/. Menurutnya, ia biasa terjadi pada bahasa sehari-hari
dalam dialek di Semenanjung. Namun, ia wujud dalam keadaan silihan ataupun tidak menentu
mengikut lima tempat kajiannya. Menurutnya lagi, kegiatan vokal tengah tinggi pada suku kata
akhir terbuka dilihat sebagai perkara yang biasa bagi loghat atau dialek Semenanjung Selatan.
Ini menarik minat pengkaji untuk menilai semula dapatan Collins memandangkan kajian ini
merupakan dapatan yang sudah menjangkau usia 30-an dan memerlukan penelitian semula.
Namun, kajian ini tidak akan menyentuh tentang perkara itu. Aspek-aspek lain dan pengaruh
ke atasnya mungkin dilihat atas faktor dialek sekeliling yang dominan seperti dialek Kuala
Terengganu.
Dapatan terhadap vokal tinggi di kedudukan suku kata akhir majoritinya menerima
kesan peninggian ataupun penekanan pendiftongan /y/ dan /w/. Namun sekiranya diteliti
dengan lebih lagi, kajian ini mendapati ada sesetengah perkataan yang tidak mengalami
perubahan tersebut. Ia kekal seperti sedia ada seperti perkataan /gigi/. Ia tidak berubah kepada
pengakhiran yang menekankan vokal akhir. Meskipun wujud pengecualian bagi sesebuah
perkataan di sesebuah tempat, namun kita tidak boleh menolak hakikat bahawa majoriti
perkataan yang dikeluarkan di lima buah tempat itu mempunyai ciri yang sama iaitu
menekankan vokal tinggi akhir pada suku kata terbuka. Ini merupakan ciri yang eksplisit yang
sama seperti ciri-ciri dialek Kuala Terengganu yang banyak mempengaruhi sistem fonologi
Kampung Nenasi. Pada pendapat Collins sendiri, penekanan /i/ di suku kata akhir terbuka
12
seakan sama ciri-cirinya dengan dialek Patani. Dua cantuman ciri-ciri ini mampu dijelaskan
dalam penghuraian yang konkrit terhadap dua jenis dialek yang mempengaruhi dialek di
Temerloh (dan ia mempengaruhi dialek Nenasi secara total kerana dialek berkenaan
mendokong ciri-ciri dialek Kuala Terengganu).
Sememangnya proses pendiftongan ini wujud dalam dialek Melayu seperti dialek
Kelantan, dialek Terengganu Pantai (Kuala Terengganu) dan Ulu Terengganu. Namun, ia tidak
sama sepenuhnya seperti yang terdapat pada dialek pedalaman Patani. Ciri-ciri tersebut ada,
tetapi tidak sepenuh sama seperti dialek di Selatan Thai itu. Penghilangan ciri-ciri atau faded
characteristics diftong di akhir suku kata akhir terbuka di belah Pantai Timur Semenanjung
sehingga ke bahagian Endau, Rompin melahirkan sebuah kesimpulan atas sebab penyebaran
ciri-ciri tersebut mampu disusur galurkan berdasarkan ciri-cirinya ke selatan Malaysia Barat.
Dalam dialek Pahang, terdapat konsonan panjang yang hadir dalam dua posisi iaitu di
awal kata dan di tengah kata. Pemanjangan konsonan di awal kata hadir dengan dua rumus
iaitu penyesuaian konsonan-nasal dan penyingkatan konsonan. Kedua-dua rumus ini bertindak
untuk memahami perubahan dari segi morfofonem dan selanjutnya menjawab persoalan yang
dikemukakan dalam bahagian ini. Cuma, yang jelas adalah tentang penerangan mengenai
perubahan sebuah imbuhan dan kata ganda awalan membolehkan rumus berkenaan terpakai.
Ada juga pemanjangan konsonan yang menggabungkan antara kata sendi nama dengan kata
arah seperti /di dalam/ tetapi ia tidak dibincangkan kerana luar dari batas kajian yang hanya
memfokuskan kepada pendeskripsian berdasarkan kaedah fonologi.
13
Pendiftongan di tengah kata ini agak aneh dan jarang ada dalam bahasa Austronesia
(sekiranya merujuk kepada pendapat Ras yang dikatakan oleh Collins) dan secara jelas Collins
mengatakan fenomenon pemanjangan konsonan di tengah kata dalam dialek Melayu masih lagi
belum diketahui. Atas kajiannya juga mendapati dialek Pahang berkenaan mempunyai
konsonan panjang di tengah kata. Ini boleh dianggap sebagai penemuan baharu dalam dialek
tempatan terutama dalam dialek Temerloh. Keadaan atau fenomena ini berlaku dalam ragam
Sanggang Seberang sahaja.
Secara mudahnya, sistem fonologi dialek Temerloh turut menerima pengaruh atau ciri-
ciri dialek Kuala Terengganu terutama dalam aspek pengindiftongisasian. Malah, wujud ciri-
ciri dialek Kelantan yang menggantikan kebanyakan akhiran vokal untuk suku kata terbuka ke
fonem /ɛ/̃ . Ini menguatkan lagi hujah Asmah dan Collins sendiri yang mengatakan bahawa
pengaruh dialek Terengganu wujud pada dialek di belah Timur Pahang.
Kajian ini bagaikan sebuah penelitian menyeluruh terhadap sistem fonologi di tiga buah batang
sungai yang dipercayai pembatasan bagi sesebuah dialek. Dalam penulisan makalah itu,
pengkaji berusaha untuk menilai semula sistem fonologi supaya tidak menyimpang daripada
ciri-ciri kajian dialek geografi. Oleh hal yang demikian, pengkaji beralih daripada
menggunakan peristilahan sesuatu dialek berdasarkan garisan sempadan politik. Maka,
wujudlah sebuah kajian yang mengkaji dialek-dialek berkenaan berteraskan sistem perairan
atau secara khususnya sungai di tiga kawasan utama berkenaan.
Sungai yang terlibat adalah seperti Sungai Lipis, Sungai Pahang dan Sungai Jelai.
Kampung mana yang terlibat tidak pula difokuskan malah lampiran (peta) tiada dalam
penulisan berkenaan. Jadi, adalah mustahil untuk mengatakan kampung mana yang terlibat
dalam kajian ini. Perlu diketahui bahawa Sungai Pahang mempunyai puluhan kampung di
sekitarnya merentas dua buah sungai iaitu Sungai Bebar dan Sungai Merceng. Hal ini menjadi
persoalan dan perlu dikupas dalam bahagian seterusnya.
14
Seterusnya pengkaji memecahkan ruang perbahasan kepada tiga iaitu vokal sebelum
konsonan, geseran velar bersuara /ɣ/ dan diftong /-ay/ dan /-aw/. Dalam bahagian pertama,
pengkaji menerangkan tentang keunikan dialek Pahang tentang perubahan vokal sebelum
bertemu dengan konsonan koronal. Menurut pengkaji, keunikan ini hanya terdapat pada dialek
Pahang sahaja. Walaupun begitu, gejala ini hanya terjadi pada fonem /u/ sahaja dan vokal
tersebut mesti berada sebelum konsonan koronal. Kejadian seperti ini berlaku hanya di suku
kata terakhir sahaja. Perubahan yang dimaksudkan ialah apabila fonem /u/ bertemu atau diikuti
dengan konsonan koronal /-n/ /-t/ dan /-l/ maka fonem /u/ akan berubah kepada fonem /ʉ/.
Perbezaan realisasi kedua iaitu vokal diikuti dengan konsonan tak koronal
memperlihatkan kegiatan yang bersifat tidak menentu. Antara contoh, Sungai Jelai
menunjukkan pengguguran konsonan /-ŋ/ apabila mengikuti vokal depan rendah /a/ di suku
kata akhir. Namun, perkara ini tidak berlaku di tempat-tempat lain. Kegiatan Sungai Lipis dan
Sungai Pahang tidak menunjukkan sebarang perubahan melainkan vokal /a/ itu tadi dinasalkan.
Walaupun fonem /a/ dinasalkan, tetapi konsonan /-ŋ/ dilemahkan.
Pola keduanya adalah apabila vokal belakang tinggi /u/ bertemu dengan konsonan /p/.
Kegiatan di Sungai Pahang menunjukkan kelainan berbanding dua buah sungai lain. Antara
perbezaan yang dibawa ialah perubahan vokal /u/ kepada vokal /ɔ/ sebelum bertemu dengan
vokal /p/ itu. Namun, fenomena itu tidak terjadi di Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Meskipun
berlaku perubahan vokal /u/, namun hasilnya tidak sama. Sungai Jelai dan Sungai Lipis
menunjukkan perubahan /u/ kepada /o/ apabila bertemu dengan konsonan /-p/. Perbezaan
antara dua golongan sungai ini jelas.
Kesamaan perubahan berlaku apabila konsonan /p/ di suku kata akhir berubah kepada
konsonan hentian glotis /ʔ/. Fenomena atau kegiatan ini sangat tidak asing dalam dialek selatan
Semenanjung Malaysia. Kesimpulannya, perubahan vokal sebelum bertemu dengan konsonan
di suku kata akhir adalah unik kerana menurut Collins, ia merupakan suatu perbezaan ketara
antara dialek Pahang dengan dialek-dialek lain. Apabila berbicara mengenai dialek Pahang,
ingin sekali ditekankan bahawa ciri-ciri berkenaan hanya terdapat di sepanjang Sungai Pahang
15
dan hingga ke Kuala Lipis yang memisahkan antara dua buah sungai iaitu Sungai Jelai dan
Sungai Lipis.
Perbincangan kedua dalam makalah ini adalah berkenaan dengan vokal sebelum
geseran velar bersuara /ɣ/. Poin kedua ini tidak banyak dibincangkan melainkan persamaan
perubahannya di dua sungai iaitu Sungai Lipis dan Sungai Pahang. Apa yang dikatakan
persamaan ialah penyelapan fonem /ɣ/ di akhir kata dan kewujudan bunyi lemah schwa /ə/
selepas penyelapan tersebut di akhir kata. Menurut Collins, ia merupakan perkara biasa dalam
dialek Melayu dan pada pandangan peribadi pengkaji, ia tidak perlu dikupas dengan lebih
mendalam kerana kajian ini tidak memfokuskan kepada perbandingan antara dialek Melayu
dengan dialek Pahang. Persamaan ciri dengan kajian Collins (1983) tidak lagi menjadikan ia
unik kerana ia telah diketahui.
Analisis akhir mengenai penggolongan dialek Pahang ini memberi gambaran awal
mengenai jumlah perbezaan ciri-ciri tegar di kawasan berkenaan. Pada pandangan awal, apa
yang boleh diputuskan ialah Pahang boleh dipisahkan kepada dua golongan iaitu Hilir Pahang
dan Hulu Pahang. Kedua-duanya mendokong ciri-ciri yang berbeza. Ia mungkin disebabkan
oleh perkembangan sendiri ataupun pengaruh dialek lain ke atas dialek kajian. Namun,
gambaran tersebut bukanlah suatu kata putus bahkan perlu ada kajian yang selanjutnya di
beberapa buah tempat lain memandangkan liputan kajian yang dilakukan tidak menyeluruh di
semua kawasan dan hanya tertumpu kepada kawasan timur dan barat Pahang dan
meninggalkan kawasan tengah iaitu Bentong dan Raub. Cadangan penelitian selanjutnya
mungkin boleh menyelesaikan penggolongan dialek Pahang ini.
16
Tinjauan umum terhadap dialek Terengganu yang dilakukan sarjana ini sedikit sebanyak
membantu pengkaji untuk merungkai ciri-ciri asas dialek ini memandangkan penuturnya boleh
terdiri daripada orang Pahang mahupun orang Kelantan (Hamid Mahmood: 1990). Itulah peri
pentingnya kajian dialek ini kerana ia membantu pengkaji untuk membuat pemetaan dialek
seterusnya membetulkan persepsi yang menilai dialek tersebut sama persempadanannya
dengan sempadan politik. Walaupun begitu, fokus ruangan ini secara harfiahnya bukan
bertujuan untuk membetulkan mana-mana kekurangan yang terdapat dalam kajian lampau.
Tujuannya adalah untuk “meminjam” ilmu yang telah dirungkai dan dipermudahkan kepada
pengkaji untuk dibuat perbandingan seterusnya menganalisis perkembangan dialek Nenasi
yang difahamkan menerima ciri-ciri dialek Terengganu (Asmah: 1981) (Collins: 1989).
Selanjutnya, dalam menerangkan kelainan dalam bentuk fonem pula, pengkaji telah
mengekstrak maklumat data bahasa Terengganu dan mendapati dialek berkenaan mempunyai
28 fonem yang terdiri daripada lapan fonem vokal dan 20 fonem konsonan. Bahagian ini juga
dibuat senarai perkataan yang mengandungi fonem-fonem berkenaan tanpa dibandingkan
dengan data bahasa standard.
Hasil lainnya adalah kedudukan tiga fonem yang hanya wujud di akhir posisi kata.
Fonem /ʔ/, /h/ dan /ŋ/ yang dikatakan itu merupakan suatu hal yang biasa bagi dialek-dialek
Melayu. Ia ada dalam dialek Melaka, Pahang dan sebagainya. Ini bukan sesuatu yang unik.
Dalam bidang morfologi dan bidang penelitian yang lain tidak akan dikupas kerana di luar
fokus bidang ini.
17
Kajian yang dilakukan sarjana ini banyak menyumbang kepada pengenalan umum terhadap
dialek-dialek di Malaysia. Atas usaha yang berterusan, kita telah ada suatu gambaran asas yang
meliputi bidang fonologi secara umumnya. Kajian dialek terhadap negeri-negeri Malaysia
sangat kurang dilakukan dan atas usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang menggerakkan
jentera-jentera pakarnya, maka lahirlah suatu bentuk penelitian asas yang merangkumi semua
dialek. Hasilnya, terbitlah berbagai buku-buku hasil daripada kajian secara besar-besaran itu
dan antara salah satunya ditulis dan disusun oleh Asmah Haji Omar dalam bukunya berjudul
Susur Galur Bahasa Melayu. Buku ini menerapkan tentang budaya dan bahasa masyarakat
Melayu. Disebabkan buku ini menganalisis data dialek bahasa Melayu, maka ia telah menjadi
sumber bacaan pengkaji khasnya tentang dialek Pahang.
Bidang yang menjadi fokal perbincangan buku ini tidak lain dan tidak bukan merupakan
bidang fonologi dan ia bertepatan dengan keperluan penulisan ini. Dalam bukunya yang setebal
492 muka surat yang sarat dengan penghuraian dan perbincangan aspek linguistik dan
kebudayaan Melayu itu telah menjadikan ia sesuai dibincangkan dalam kosa ilmu ini. Antara
perkara yang akan dibahaskan antaranya ialah sistem fonologi dialek Pahang.
seperti yang dibincangkan oleh Collins (1989). Nenasi mempunyai cirinya yang tersendiri dek
kerana terpengaruh dengan ciri-ciri dialek Terengganu. Persempadanan politik ini perlu diubah
dan harus dicontohi seperti kajian-kajian lain. Antara contohnya ialah kajian Ulu Terengganu
dan Temerloh oleh Collins.
1.7 KESIMPULAN
Setelah meneliti sumber-sumber kajian lalu, pengkaji menyimpulkan bahawa kajian terhadap
Nenasi ini perlu diteliti. Memandangkan kajian ini telah dilaksanakan oleh Collins pada tahun
1989, namun pengkaji secara peribadi meragui tentang data yang dikumpulkan. Malah, Collins
sendiri menyimpulkan bahawa Nenasi itu mempunyai dua subdialek yang membezakan antara
Nenasi darat dan Nenasi pantai (1989). Keperluan untuk meneliti semula data berkenaan perlu
dilaksanakan dengan segera atas faktor-faktor luar seperti yang telah diperkatakan dalam
bahagian permasalahan kajian.
19
RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood. 1982. Ciri-ciri Dialek Kelantan yang Mempengaruhi Penguasaan
Bahasa Malaysia Standard.
Abdul Hamid Mahmood. 1990. Dialek Terengganu: Suatu tinjauan ringkas. Jurnal Dewan
Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Arbak Othman. 1983. Permulaan Ilmu Linguistik: Satu Pengenanalan Konsep dan Bidang
Kajian Secara Teoritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise
Asmah Hj Omar. 2012. Susur Galur Bahasa Melayu. Ed. kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Asmah Hj. Omar, 1981. Geografi Dialek: Kaedah dan Implikasi. Kertas yang dibentangkan di
Simposium Dialek, 2-3 Disember 1981, Bangi
Asmah Hj. Omar. 2015. Dasar Bahasa Kebangsaan: Sejarah Memartabatkan Bahasa
Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Bloch, Trager. 1942. Outline to Linguistics Analysis. Baltimore: Special Publication of the
Lingustics Society of America
Chaurand, Jacques. 1972. Introduction a la dialectologie francaise. Bords etude No 302. Paris-
Bruxelles-Montreall Bordas.
J.K Chambers, Peter Trudgill. 1998. Diaclectology. England: Cambridge University Press
James T. Collins. 1983. Dialek Pahang: Rangka Pengenalan (Bahagian Pertama). Dewan
Bahasa
James T. Collins. 1983. Dialek Pahang: Rangka Pengenalan (Bahagian Akhir). Dewan Bahasa
James T. Collins. 1989. Malay dialect research in Malaysia: The issue of perspective. Bijdragen
tot de Taal-, Land- en Volkenkunde. Belanda: Brill Publishers. pp. 235-264
20
James T. Collins. 1999. Wibawa Bahasa Kepiawaian dan Kepelbagaian. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Marzukhi Nyak Abdullah. 1989. Dialek Melayu suatu catatan awal. Dewan Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Meillet, Antoine. 1967. The Comparative Method of Historical Linguistics. Paris: Minuit
Michael Gregory, Susanne Caroll. Language and Situation: Language Variaties and Their
Social Contexts. Great Britain: King’s English Bookprinters Ltd.
Mohd Tarmizi Hasrah, and Rahim Aman, and Shahidi A.H., (2010) Variasi dialek Pahang :
keterpisahan berasaskan jaringan sungai. Jurnal Melayu, 5 . pp. 315-332.
Urban T. Holmes, Maurice L. Radoff. 1929. Claude Fauchet and His Library. PMLA. New
York: Modern Language Association