Kerja Kursus SJH3163E
Kerja Kursus SJH3163E
Kerja Kursus SJH3163E
SJH3163
E
i.
SJH3163
E
ii.
Pembentukan Malayan Union, sebuah negara tunggal sebaik sahaja bidang kuasa rajaraja Melayu diserahkan kepada kerajaan Inggeris.Semua negeri Melayu termasuk Pulau
Pinang dan Melaka akan disatukan dalam satu entiti politik.
iii.
Orang-orang yang dilahirkan di dalam negeri-negeri Malayan Union atau tanah jajahan
Singapura.
ii.
Orang-orang yang pada tarikh dikuatkuasakan perintah Majlis Mesyuarat yang tinggal di
sini selama sepuluh tahun daripada 15 tahun yang lalu.
iii.
SJH3163
E
Orang-orang yang telah tinggal di negeri Malayan Union atau tanah jajahan Singapura
selama lima tahun.
iv.
Rakyat British boleh mendapatkan kerakyatan ini tanpa hilang kerakyatan Britishnya.
v.
Orang-orang (kecuali yang dilahirkan di sini) yang mengangkat sumpah taat setia
kepada Malayan Union.
Secara terperinci ciri-ciri pembentukan Malayan Union yang diisytiharkan secara rasmi oleh
kerajaan British pada 1 April 1946 dengan Edward Gent sebagai Gabenornya yang pertama
adalah dari segi ciri-ciri pentadbiran iaitu Gabenor Inggeris merupakan ketua pentadbir Malayan
Union yang berpusat di Kuala Lumpur. Semua undang-undang yang diluluskan mesti mendapat
kelulusan Gabenor. Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan
dibahagian peringkat pusat manakala bahagian peringkat negeri pula ditubuhkan Majlis
Tempatan yang mana mempunyai kuasa terhad kerana tertakluk kepada kawalan pemerintahan
pusat dan kesemua negeri Melayu jatuh tarafnya menjadi daerah sahaja, misalnya Negeri
Pahang menjadi Daerah Pahang. Keadaan ini secara tidak langsung menjadikan tidak ada lagi
Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu dalam peta Malayan Union.
Semua negeri Melayu disatukan dibawah pemerintahan Gabenor British kecuali Singapura. Hal
ini kerana, di Singapura inilah terletaknya kepentingan utama ekonomi British sebagai sebuah
pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya dan British sedar perkauman merupakan
masalah politik utama di Tanah Melayu yang mana British tidak mahu masala politik perkauman
di Tanah Melayu menjejaskan kepentingan ekonomi-politiknya di Singapura. Namun begitu,
tujuan utama British mengecualikan penyertaan Singapura ke dalam Malayan Union adalah
disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura dan kedudukan strategik Singapura
sebagai pelabuhan mendorong pihak British untuk mengekalkan Singapura sebagai Tanah
jajahan London.
Dari segi ciri-ciri peranan dan kuasa Raja-raja Melayu di sini dapat dilihat di mana Raja-raja
Melayu menjadi penasihat sahaja dalam Majlis Negeri dan sekadar menjadi ahli Majlis
Penasihat Sultan, Majlis Raja-raja dan Majlis Agama Islam. Kedaulatan Raja-raja Melayu
dihapuskan dimana Sultan hanya sebagai satu gelaran dan mereka hanya boleh bersuara
dalam soal yang menyentuh Agama Islam dan adat resam Melayu sahaja. Dalam Majlis Agama
SJH3163
E
Islam, kuasa Sultan dilucutkan dan diberikan kepada Gabenor dan ini bermakna hal ehwal
Islam akan dikuasai oleh Gabenor. Bahkan, perlantikan Sultan dalam Majlis Penasihat Sultan
mesti tertakluk kepada restu Gabenor. Sultan menjadi boneka politik kepada kerajaan Kolonial
British kerana Sultan sudah tidak ada kuasa melainkan dalam Agama Islam dan adat istiadat
sahaja. Ini menunjukkan kedaulatan British di Tanah Melayu di mana pihak British bertindak
mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu dan mereka lebih berkuasa berbanding
sebelum pendudukan Jepun. Jelas sekali di sini British begitu serius menghapuskan kuasa raja
dan status negeri Melayu dengan harapan supaya kesetiaan orang Melayu terhadap raja dapat
dihapuskan dan semangat kenegerian mereka dapat dikikis. British tersilap dalam percaturan ini
kerana tindakan tersebut telah membangkitkan amarah orang Melayu.
Prinsip kerakyatan dalam Malayan Union ianya berdasarkan prinsip jus soli. Menerusi prinsip ini
hak kerakyatan yang sama diberikan bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan
keturunan. Ini termasuk penerimaan kemasukan dalam perkhidmatan kerajaan dan hak
mengundi dalam pilihanraya umum. Mereka yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum
Malayan Union boleh menjadi warganegara secara automatik. Mengikut prinsip ini, sesiapa
yang berumur 18 tahun dan ke atas serta telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura
selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 akan diberi kerakyatan. Kanak-kanak
di bawah umur 18 tahun secara tidak langsung yang ibu bapanya warganegara turut diberi
kerakyatan. Sebenarnya pelaksanaan prinsip jus soli ini akan menghilangkan majoriti kaum
Melayu di Tanah Melayu. Prinsip jus soli yang diperkenalkan oleh British ini bercanggah dengan
amalan seluruh dunia. Pemberian kerakyatan secara prinsip jus soli ini adalah untuk dapatkan
sokongan bukan Melayu. Prinsip jus soli ini merupakan syarat kerakyatan yang paling longgar
dalam sejarah dunia malah tidak juga pernah dilaksanakan di Britain sendiri.
Faktor Penubuhan Malayan Union
British telah menubuhkan Malayan Union pada 1 April 1946. terdapat pelbagai sebab
yang yang menyebabkan British menubuhkan Malayan Union di Tanah Melayu. Antara sebab
utama ialah pihak British ingin mewujudkan satu pentadbiran pusat yang lebih berkesan. Jika di
lihat sebelum ini terdapat tiga corak pemerintahan yang berbeza di Tanah Melayu.Corak
pemerintahan ini juga adalah tidak seragam. James V. Allen dalam bukunya The Malayan
Union menegaskan bahawa sistem pentadbiran tersebut bukan sahaja janggal tetapi mahal.
Sistem pentadbiran sebelum perang perlu dihapuskan kerana ianya mempunyai banyak
SJH3163
E
SJH3163
E
usaha untuk orang melayu menuntut kemerdekaan, perlembagaan Malayan Union secara tidak
langsung akan dapat membendung semangat kebangsaan orang-orang melayu. Sejak
pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, orang-orang melayu telah berusaha untuk
mendapatkan kemerdekaan. Justeru itu, pihak British telah mengambil langkah awal untuk
mematahkan hasrat orang melayu ini dengan merangka perlembagaan Malayan Union.
Menerusi perlembagaan Malayan Union, Tanah Melayu akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota
British.Di samping itu, Penubuhan Malayan Union ini juga adalah bertujuan untuk memudahkan
pihak British menyusun strategi pertahanan.Hal ini kerana sebelum Perang Dunia Kedua
meletus,pihak British mendapati amat sukar bagi mereka untuk menyusun strategi pertahanan
di Tanah Melayu kerana bukan semua negeri ditadbir secara langsung oleh British.Oleh itu
mereka berpendapat bahawa sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ia
akan memudahkan mereka untuk menyusun strategi peperangan yang lebih berkesan.
Sebab lain yang menyebabkan Malayan Union di tubuhkan ialah untuk membalas dendam
terhadap orang Melayu kerana orang-orang melayu telah menyokong tentera Jepun. James V.
Allen dalam bukunya The Malayan Union menegaskan bahawa sejak kekalahan pihak British
di tangan Jepun, majoriti pegawai British adalah bersikap anti-Melayu kerana mereka kecewa
dengan tindakan dan orang Melayu yang telah bekerjasama dengan tentera Jepun. Akibatnya,
perlembagaan Malayan Union adalah amat merugikan orang-orang Melayu itu sendiri,
terutamanya yang berkaitan dengan hak keistimewaan dan kekuasaan serta kewibawaan
Sultan yang menjadi tonggak kepada negara. Melalui perlembagaan Malayan Union ,Sultan
tidak mempunyai kekuasaan dalam aspek pentadbiran. Sultan hanya mempunyai kuasa dalam
hal-hal yang berkaitan dengan Hal Ehwal agama islam dan adat resam orang melayu di mana
mereka dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Melayu di negeri masing-masing.
Seterusnya, penubuhan perlembagaan Malayan Union adalah bertujuan untuk melahirkan
semangat cintakan Tanah Melayu terutamanya dalam kalangan orang-orang Cina dan India di
Tanah Melayu.Hal ini kerana taat setia dalam kalangan orang-orang Cina dan India masih lagi
kepada negara asal mereka. Pihak British berharap bahawa dengan pemberian kerakyatan
yang longgar menerusi prinsip Jus Soli, orang Cina dan India akan menumpukan taat setia
mereka kepada Tanah Melayu apabila mereka menjadi warganegara Malayan Union kelak.
SJH3163
E
SJH3163
E
perkenan dan tandatangan DYMM Raja-raja Melayu sebagai tanda persetujuan penubuhan
gagasan Inggeris itu.Pengumuman rasmi mengenai penubuhan Malayan Union telah di buat di
Parlimen Inggeris sehari sebelum ketibaan MacMichael di Tanah Melayu.Jarak waktu yang
terlalu singkat antara masa pengumuman dan ketibaan utusan Inggeris ini tidak memberi
kesempatan kepada DYMM Raja-raja Melayu untuk berunding dengan Orang-Orang besar dan
rakyat jelata. Sir Harold MacMichael telah menggunakan beberapa cara untuk memastikan
DYMM Raja-raja Melayu menandatangani surat persetujuan penubuhan Malayan Union
ini.Cara bersulit-sulit dan tersembunyi yang di lakukan oleh Sir Harold MacMichael berserta tipu
helah dan ugutan telah menghasilkan kejayaan kepada beliau.Menjelang bulan Januari 1946,
Sir Harold MacMichael berangkat ke London dengan membawa sembilan tandatangan Baginda
Raja-raja Melayu.Dengan adanya tandatangan ini, secara automatiknya ia telah mengesahkan
penubuhan Malayan Union.
Tipu helah dan ugutan daripada Sir Harold MacMichael ini telah menimbulkan kemarahan dan
tentangan daripada rakyat khususnya orang-orang Melayu yang menganggap bahawa tindakan
Sir Harold MacMichael ini adalah menghina Raja-raja Melayu dan mengugat kedaulatan Rajaraja Melayu yang di anggap lambang kedaulatan dan perpaduan masyarakat Melayu.Manakala
DYMM Raja-raja Melayu pula menyesal dengan tindakan tersebut dan bertindak mengutus
surat dan telegram kepada Pejabat Tanah Jajahan di London dengan membangkitkan rasa
kesal dan murka di atas tindakan biadab Sir Harold MacMichael ini. Atas sebab ini, berlakulah
penentangan hebat daripada orang-orang Melayu bagi menghalang penubuhan Malayan Union
ini.
Kehilangan kuasa daulat Raja-raja Melayu
Apabila pentadbiran Malayan Union di laksanakan, kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu
telah terhapus.Dalam kalangan orang Melayu, raja di anggap berdaulat dan mempunyai kuasa
untuk memberi perlindungan kepada mereka.Apabila kuasa telah terhapus dan hilang, orang
merasakan kuasa orang Melayu juga telah hilang.Pada pandangan masyarakat Melayu, raja
atau sultan itu merupakan lambang kuasa dan kedaulatan orang Melayu. Dalam Malayan
Union,raja hanya bertindak sebagai ketua agama dan adat-istiadat orang-orang Melayu.Oleh
yang demikian,raja bagi tiap-tiap negeri akan mengetuai sebuah Majlis Penasihat Melayu
(Malay Advisory Counsil) yang ahli-ahlinya akan dilantik dengan persetujuan Gabenor. Kerjakerja Majlis Penasihat Melayu itu hanya yang berkaitan dengan agama Islam.Sultan-sultan tidak
SJH3163
E
lagi mempunyai peranan sebagai kerajaan negeri masing-masing dan pengaruh mereka hanya
dihadkan kepada bidang agama Islam.Akhbar Majlis mentafsirkan kedudukan raja-raja sebagai
Mufti dalam negeri mereka dan dalam urusan hal-ehwal agama pun,kuasa mereka dibawah
kawalan Gabenor Malayan Union.Tetapi yang paling penting bagi umat melayu ialah kedaulatan
negeri-negeri Melayu yang pada masa dahulu di tangan raja-raja Melayu telah dipindahkan
kepada Kerajaan British yang mempunyai kuasa penuh dalam semua perkara dalam apa jua
dasar di Tanah Melayu.
Kedudukan orang Melayu sendiri terjejas
Dalam Perlembagaan Malayan Union,kerakyatan diberikan secara bebas kepada bangsa
asing.Keadaan ini menyebabkan ramai rakyat asing menjadi rakyat Tanah Melayu dan bilangan
mereka melebihi bilangan orang Melayu.Keadaan ini mengancam kedudukan dan hak istimewa
orang Melayu.
Syarat kewarganegaraan yang longgar
Syarat-syarat kerakyatan yang longgar terutamanya prinsip jus soli juga menjadi antara punca
penentangan orang melayu khususnya parti pilitik UMNO itu sendiri yang menjadi wakil suara
rakyat. Ini bermakna jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union
ditubuhkan, maka ia berhak mendapat hak kerakyatan Tanah Melayu. Prinsip jus soli ini
menentukan hak kerakyatan menerusi tempat lahir. Cara ini membolehkan orang bukan Melayu
mendapat hak kerakyatan dengan mudah. Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi
warganegara boleh mengancam kedudukan politik orang Melayu, apabila bilangan orang asing
melebihi bilangan orang Melayu.
Syarat-syarat sedemikian akan membolehkan ramai orang asing menjadi rakyat Tanah Melayu
dan menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan orang melayu di Tanah Melayu. Menurut
banci pada tahun 1947, orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu berjumlah 2 427 834 atau
49.46 peratus daripada jumlah penduduk, sementara orang Cina pula berjumlah 1 884 534 atau
38 peratus.
Jikalau perwakilan diadakan secara demokratik ke dalam sesebuah Majlis, bilangan wakil asing
akan melebihi bilangan wakil Melayu dan ini sudah tentu akan menjejaskan kedudukan politik
SJH3163
E
orang Melayu. Lebih-lebih lagi, orang asing masih menumpukan taat setia mereka kepada
negara mereka dan boleh memegang dua kerakyatan.
Orang-orang Melayu khususnya UMNO juga menentang kerakyatan Tanah Melayu yang
memberikan hak-hak yang sama kepada semua rakyat Tanah Melayu tanpa mengira kaum.
Langkah ini akan mengancam hak-hak dan kedudukan istimewa orang Melayu yang telah
sekian lama dinikmati. Orang Melayu merasa sebagai kaum Bumiputera di Tanah Melayu
mereka semestinya diberikan hak-hak dan kedudukan yang istimewa berbanding dengan orang
asing yang merupakan kaum pendatang.
Orang Melayu mahupun UMNO juga tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar
mengikut prinsip jus soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat
kerakyatan yang longgar kerana mereka masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan
India terhadap Tanah Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan
ramai orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang
Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka
melebihi orang Melayu.
Bertentangan dengan perjanjian Piagam Atlantik
Piagam Atlantik merupakan persetujuan antara Perdana Menteri British dan Presiden Amerika
Syarikat semasa Perang Dunia Kedua apabila mereka menjanjikan kemerdekaan kepada tanah
jajahan mereka jika Britain dan Amerika Syarikat menang dalam peperangan tersebut.Tujuan
British dan Amerika Syarikat membuat janji ini ialah kerana mereka mengharapkan agar
penduduk bekas jajahan takluk mereka tidak akan menyokong musuh-musuh mereka seperti
Jepun dan Jerman.
BENTUK-BENTUK PENENTANGAN
Melalui akhbar
Akhbar-akhbar telah memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang
Melayu terhadap Malayan Union. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian
yang akan dialami oleh orang Melayu jika Malayan Union dilaksanakan. Orang Melayu telah
diseru supaya bersatu dalam usaha menentang Malayan Union. Orang Melayu juga diseru
10
SJH3163
E
supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru.
Pertubuhan-pertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu
terhadap Malayan Union. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar
untuk pengetahuan orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar
tersebut ialah Utusan Melayu, Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya.
Kongres
Hasil dari daya usaha Kesatuan Melayu Selangor dan Dato Onn bin Jaafar, Kongres Melayu
Se-Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac
1946. Kongres tersebut dihadiri 107 perwakilan dan 56 pemerhati dari 41 pertubuhan Melayu di
seluruh Tanah Melayu. Kongres tersebut telah mendesak orang Melayu supaya bersatu dan
berusaha untuk menentang MU. Kongres tersebut juga mencadangkan supaya ditubuhkan
sebuah pertubuhan Melayu yang akan dianggotai oleh orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.
Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya Kedua diadakan di Kuala Lumpur bagi
membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut. Akibatnya lahirlah Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO dalam Kongres Melayu SeMalaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dato Onn bin Jaafar dilantik sebagai Presiden
UMNO yang pertama.
Pemulauan
Walaupun mendapat tentangan orang Melayu, British tetap mahu melaksanakan MU.
Akibatnya, Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah memulaukan
upacara panubuhan Malayan Union dan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor pertama
pada 1 April 1946.
Berkabung
Selama seminggu sejak penubuhan Malayan Union, orang Melayu telah mengadakan
perkabungan untuk menunjukkan betapa sedihnya mereka akibat penubuhan Malayan Union.
Dalam perkabungan tersebut, lelaki Melayu memakai songkok yang dililit kain putih manakala
wanita Melayu melilitkan kain putih di lengan baju. Perkabungan orang Melayu mendapat
simpati orang asli. Diberitakan dalam akhbar Pelita Malaya, bertarikh 5 April 1946, orang-orang
Sakai di Ulu Langat telah keluar ke Pekan dengan memakai bunga-bunga kabung.
11
SJH3163
E
Kerjasama
Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah bersatu dan bekerjasama
dalam usaha menentang Malayan Union. Mereka telah menulis surat kepada Raja British dan
bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu memohon sokongan mereka
terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga mendesak Kerajaan British dan Pejabat Tanah
Jajahan membatalkan rancangan penubuhan Malayan Union dan merangka perlembagaan
baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu khususnya yang dapat melindungi kepentingan
orang Melayu. Bekas pegawai British tersebut telah menulis dalam akhbar di Britain,
terutamanya akhbar Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan orang
Melayu. Antara bekas pegawai British tersebut ialah Frank Swettenham, Authur Richard, Cecil
Clementi, Rolland Braddle dan Winstreadt. Orang-orang Melayu telah mengadakan perarakan
dan perhimpunan di semua ibu negeri dan di bandar-bandar lain di Tanah Melayu untuk
menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union. Sebagai contoh: pada 15 Disember
1945, 10 ribu orang telah berkumpul di hadapan istana di Kota Bahru semasa Harold
MacMichael menemui Sultan untuk mendapatkan tandatangan. Pada 25 Januari 1946, hampir
5000 orang telah mengadakan perhimpunan di Padang Mahkamah, Alor Setar. Pada 10
Februari 1946, perhimpunan yang dihadiri oleh 15 ribu orang diadakan di Johor Bahru. Satu
perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih 50 ribu orang diadakan di Kuala Kangsar pada 10 Mac
1946.
KESAN PENUBUHAN MALAYAN UNION
Penentangan orang Melayu bagi menggantikan Malayan Union di bawah pimpinan Dato Onn
Jaafar telah menghasilkan sebuah jawatankuasa kerja yang terdiri daripada raja-raja Melayu,
wakil kerajaan British dan UMNO. Di mana jawatankuasa ini telah berjaya merangka sebuah
perlembagaan baru bagi mengantikan Malayan Union. Perlembagaan ini di kenali sebagai
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang melibatkan 9 buah negeri dan Negeri-Negeri
Selat, iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Tetapi Singapura kekal sebagai tanah jajahan
Inggeris yang berasingan.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memberikan beberapa kesan di mana raja-raja
Melayu telah diberikan semula hak-hak utama, kuasa dan bidang kuasa ke atas negeri mereka
masing-masing seperti sebelumnya. Ini bermakna kedaulatan raja Melayu telah dikembalikan
12
SJH3163
E
semula. Sultan telah menjadi raja yang berdaulat di negeri masing-masing tetapi tetap di bawah
lindungan British. Sungguh pun British gagal menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai
sebuah tanah jajahan, namun ia berjaya menyatukan 9 buah negeri Melayu dan 2 buah Negeri
Selat di bawah satu pentadbiran. Oleh itu, di Tanah Melayu sudah tidak wujud lagi NegeriNegeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat.
Buat pertama kalinya, dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memulakan satu
undang-undang kerakyatan meliputi seluruh negara dan membolehkan penduduk bukan
bumiputera menjadi warganegara Tanah Melayu. Sungguhpun kelayakan yang dikehendaki
untuk menjadi warganegara adalah terhad, tetapi dasar kelayakan meraka itu telah terbentuk.
Langkah menubuhkan negeri persekutuan itu bolehlah dikatakan bahawa ia lebih daripada
langkah bertolak ansur dalam pertikaian politik Tanah Melayu. Dengan peruntukan seperti itu,
Persekutuan yang dibentuk dalam Perjanjian Persekutuan 1948, telah membentuk satu konsep
negara bangsa Tanah Melayu yang tidak lagi bersifat tradisional Melayu sepenuhnya.
Perlembagaan Persekutuan 1948 telah membentuk satu bentuk kerakyatan baru yang selama
ini tidak terdapat dalam tradisi kerakyatan Negeri-Negeri Melayu iaitu penerimaan orang
dagang sebagai rakyat Tanah Melayu. Mengikut Fasal 25, Kerakyatan Persekutuan, anak-anak
yang belum cukup umur boleh menjadi rakyat dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
(a) Iaitu sama ada
(i) Ia telah dilahirkan dalam mana-mana negeri dalam persekutuan dan telah tinggal
dalam satu atau lebih negeri-negeri itu selama 8 tahun daripada tempoh 12
tahun.
(ii) Telah tinggal selama 15 tahun daripada 20 tahun daripada tarikh permohonannya.
(b) Berperagai baik
(c) Mempunyai pengetahuan atau fasih dalam berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
(d) Telah membuat pengakuan untuk tinggal menetap
(e) Jika permohonannya diluluskan, mesti angkat sumpah kerakyatan.
Dengan ini, Persekutuan yang dibentuk oleh Persekutuan 1948 telah membentuk satu konsep
negara bangsa Tanah Melayu yang moden dan tidak lagi bersifat tradisional Melayu
13
SJH3163
E
sepenuhnya. Dengan itu, bermulalah era pembentukan satu negara bangsa Tanah Melayu yang
moden yang menggabungkan unsur tradisional dan baru bagi melahirkan satu negara Tanah
Melayu yang baru. Dengan meletakkan asas konsep kerakyatan kebangsaan dan termeterainya
konsep raja berperlembagaan, maka sistem birokrasi moden dengan meletakkan Menteri Besar
sebagai wakil eksekutif pentadbiran negeri-negeri Melayu dengan mengetuai Majlis Mesyuarat
dan Eksekutif Negeri, kuasa autonomi yang tertentu bagi negeri dan Persekutuan, peranan dan
fungsi Majlis Raja-raja yang jelas dan bertulis, serta perlembagaan negeri bagi tiap-tiap negeri,
Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk pada tahun 1948 itu telah menjadi asas negara
moden Malaysia.
UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 hasil
daripada kesedaran politik orang Melayu menentang pengenalan Malayan Union sejak
Disember 1945. Melalui kebimbangan mereka akan kehilangan negeri, bangsa dan kebudayaan
mereka, penyatuan orang Melayu menjadi begitu jelas dan bermakna sekali. Ia bolehlah
dianggap sebagai satu kemuncak nasionalisme Melayu itu sendiri.[ Ketika ditubuhkan, UMNO
menerima semua orang Melayu daripada pelbagai ideologi dan fahaman untuk sama-sama
berjuang di bawah satu slogan Hidup Melayu. Tetapi sebelum 11 Mei 1946, orang Melayu
sudah mempunyai parti atau persatuan yang berselerak di seluruh Tanah Melayu dan tidak
bersatu akibat dasar pecah perintah pihak British. Pertubuhan Melayu Perak, Selangor, Johor,
Kedah, Seberkas, API, Insaf, Perkemam, KMM (yang diharamkan oleh pihak Inggeris sebelum
Jepun menduduki Tanah Melayu) dan berbagai-bagai lagi persatuan yang bersifat kenegerian
atau kesukuan seperti Persatuan Anak Jawa, Anak Kalimantan, Sumatera dan sebagainya telah
bertekad meleburkan identiti sempit mereka masing-masing dan seterusnya menyamakan
identiti di bawah satu parti politik yang sama, iaitu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di
bawah payung UMNO. UMNO merupakan sebuah parti yang merangkumi beberapa persatuan
dan pertubuhan dari negeri-negeri di Tanah Melayu yang telah bergabung untuk menentang
Malayan Union. Dato Onn Jaafar merupakan presiden UMNO yang pertama.
Menurut Mohd. Isa Othman, UMNO tidak muncul sebagai sebuah pertubuhan yang inginkan
kemerdekaan. Ini adalah berdasarkan ucapan wakil-wakil persatuan negeri-negeri Melayu di
mana tidak seorang pun yang menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Mereka cuma
melaungkan perasaan kesal terhadap perubahan dasar British yang akan menggabungkan
14
SJH3163
E
negeri-negeri Melayu dan juga memberi taraf kerakyatan kepada beribu-ribu kaum pendatang
yang tidak ada sebarang kaitan dengan Tanah Melayu. Bagi mereka, pihak British telah
mengkhianati bangsa Melayu dengan memperkenalkan Malayan Union dan mereka telah
mencadangkan cara untuk memperbaiki semula antara orang-orang Melayu dengan pihak
British ialah dengan mengembalikan semula keadaan politik seperti sebelum tahun 1941.
Namun cadangan ini tidak dapat diterima oleh British. Wakil-wakil Melayu pada masa itu
dengan terus terang menjelaskan bahawa mereka tidak menginginkan kemerdekaan tetapi
hanya naungan daripada pihak British agar kedudukan bangsa Melayu tidak terancam. Dato
Onn juga ada menyatakan alasan mengenai UMNO yang menolak kemerdekaan penuh ke atas
Tanah Malayu kerana bagi beliau, orang Melayu belum cukup terlatih untuk mentadbir negara
yang merdeka. Kata beliau:
Saya ada mendengar beberapa pihak berkehendakkan kemerdekaan penuh, atas
tuntutan itu hendaklah kita tunjukkan kebolehan kita supaya barang yang sudah kita pegang itu
tidak terlepas daripada tangan kita saya bertanya seorang daripadanya bagaimana caranya
merdeka. Saya yang akan jalankan pemerintahan itu. Adakah cukup dengan seorang yang
dipertua sahaja? Bagaimana menterinya, sudahkah disusunkan? Adakah orang-orang Melayu
itu sudah cukup layak menjadi Menteri Besar dan menteri-menteri keamanan, pelajaran,
keselamatan dan sebagainya?... Bagaimana hendak menjalankan kerajaan jika kita sendiri
tiada orang?
Ketika UMNO di ambang permulaan perjuangannya, masyarakat Melayu hidup dalam keadaan
miskin, daif dan serba kekurangan. Ahli UMNO ketika itu hanya berbekalkan semangat waja
dan tidak mempunyai sebarang kepentingan seperti jawatan, pangkat dan harta kekayaan. Apa
yang mereka miliki hanyalah cita-cita untuk menghalau penjajah dari Tanah Melayu. Pada
peringkat awal juga, mereka hanya menggunakan pendekatan yang sederhana dan tidak
bercorak radikal. Antara kejayaan UMNO selain menumbangkan Malayan Union ialah
mewujudkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
berjaya
memulihkan kedaulatan raja-raja Melayu. UMNO telah mendapat kerjasama daripada raja-raja
Melayu dalam pemulauan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union pada 1
April 1946. UMNO juga mendapat kerjasama orang-orang Melayu dengan melakukan
perkabungan selama 7 hari dan memakai songkok putih yang berlilit kain hitam sebagai tanda
kematian hak mereka. Akhirnya, UMNO berjaya membuatkan pihak berkuasa Malayan Union
15
SJH3163
E
untuk berunding. Oleh itu, mulai Mei 1946 pihak British mula berbincang dengan raja-raja
Melayu dan UMNO.
Penubuhan UMNO telah mendapat sokongan daripada bekas pegawai British seperti R.O.
Winsted dan Frank Swettenham. Selain dari itu, anggota parti Konservatif Britain yang
mengecam bahawa Malayan Union merupakan satu tindakan yang akan memusnahkan orang
Melayu. Mereka turut meminta agar pihak British mengkaji bantahan orang-orang Melayu
secara dekat. Penentangan UMNO terhadap Malayan Union turut menarik perhatian raja-raja
Melayu pada akhirnya. Raja-raja Melayu mula sedar kesilapan mereka menyerahkan semua
kuasa pentadbiran dan kedaulatan dalam perjanjian MacMicheal.
Sebelum Perang Dunia Kedua, hubungan antara kaum terpisah oleh faktor ekonomi, tempat
tinggal dan sistem pendidikan. Kehidupan, pekerjaan dan sistem persekolahan yang berbeza
tidak memungkinkan kaum Melayu, Cina dan India dapat berintegrasi antara antara satu sama
lain. Rata-rata mereka hidup berkelompok dalam kumpulan mereka. Semasa pendudukan
Jepun, pentadbiran Jepun telah menggariskan pembahagian yang jelas iaitu layanan yang agak
baik kepada orang-orang Melayu dan orang India. Tetapi, orang Cina dilayan dengan buruk
kerana orang Cina telah memberikan sokongan dan bantuan kepada China dalam perang
menentang pencerobohan Jepun ke atas China pada tahun 1937. Pihak Jepun mengamalkan
dasar perkauman untuk memenangi sokongan daripada sebahagian penduduk tempatan.
Mereka telah memainkan peranan dalam membangkitkan perasaan perkauman antara orang
Melayu dan Cina.
Hubungan antara kaum di Tanah Melayu dirumitkan lagi dengan pengenalan rancangan
Malayan Union pada 1 April 1946. Rancangan itu diterima dan disambut baik oleh kebanyakan
orang Cina dan India kerana menjanjikan persamaan taraf dengan orang Melayu. Sebaliknya,
rancangan itu mendapat bantahan hebat daripada orang Melayu. Antara sebabnya ialah hak
kewarganegaraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu dan dilihat boleh menjejaskan
kedudukan serta hak istimewa mereka. Syor mengenai kewarganegaraan adalah longgar dan
menyatakan bahawa sesiapa yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura boleh
memperolehi hak kerakyatan Malayan Union.
16
SJH3163
E
17
SJH3163
E
rancangan Malayan Union akan mengubah rupa bentuk negeri-negeri Melayu serta ciri-ciri
kemelayuan akan hilang sama sekali dan akan digantikan dengan ciri-ciri yang disebut sebagai
Malayan. Raja-raja Melayu dan pihak British telah menghadapi tekanan yang serius daripada
orang Melayu. Mohd. Isa Othman mengatakan bahawa buat pertama kalinya dalam sejarah
orang Melayu, raja-raja hampir dipulaukan oleh rakyat mereka sendiri.
Berdasarkan daripada rencana-rencana yang diterbitkan dalam akhbar Melayu seperti Majlis,
Warta Negara dan Utusan Melayu, raja-raja dikritik kerana telah menggadai hak rakyat mereka
kepada pihak British untuk kepentingan kedudukan masing-masing. Berdasarkan kepada
rencana-rencana tulisan Ayub Abdullah yang diterbitkan dalam akhbar Majlis pada 4, 5 dan 6
Januari 1946, membuktikan bahawa orang Melayu tidak lagi dikongkong oleh sikap feudal dan
taat setia tanpa soal. Menurut Ayub Abdullah, raja-raja Melayu diingatkan bahawa mereka tidak
boleh bertindak untuk satu pihak bagi membuat sesuatu keputusan yang akan melibatkan
rakyat dan negeri tanpa mendapat persetujuan daripada rakyat terlebih dahulu. Sultan mesti
akur kepada kehendak rakyat kerana bukan raja sahaja yang berdaulat, tetapi daulat rakyat
jauh lebih tinggi daripada daulat raja. Peristiwa daripada Malayan Union telah menunjukkan
dengan jelas bahawa orang-orang Melayu telah menghadapi perubahan dari segi ideologi
politik di mana raja-raja tidak lagi dianggap sebagai kuasa monopoli dalam kegiatan politik
bangsa Melayu. Raja-raja Melayu telah menyedari bahawa mereka telah kehilangan kuasa
mutlak dan pihak British juga sedar yang raja-raja tidak dapat memujuk rakyat mereka untuk
menerima sebarang dasar yang diperkenalkan oleh British jika ianya tidak mendapat
persetujuan daripada rakyat. Misalnya sultan Johor, Sultan Ibrahim telah dipulau oleh rakyatnya
setelah didapati baginda menandatangani persetujuan rancangan Malayan Union tanpa
berbincang dengan pegawai-pegawai kerajaannya. Walaupun imej Sultan Ibrahim dapat
dipulihkan tetapi kedudukannya sebagai seorang raja yang berkuasa penuh telah hilang sama
sekali. Baginda hampir digulingkan kerana telah melanggar Fasal 15, Undang-undang Tubuh
Johor 1895 yang menyatakan bahawa Sultan Johor yang menyerahkan sebarang kawasan
Johor kepada kuasa luar patut digulingkan.
KESIMPULAN
Penubuhan Malayan Union sebenarnya merupakan faktor yang amat penting dalam proses
kemerdekaan Tanah Melayu seterusnya dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
18
SJH3163
E
Alam Melayu seperti yang diketahui telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat yang rakus dalam
mengaut hasil-hasil bumi yang berharga terutama bijih timah.Bukan itu sahaja,malahan pihak
penjajah juga telah memperkenalkan pelbagai polisi dalam pemerintahan dari segi pelbagai
aspek seperti ekonomi,sosial,pendidikan dan hubungan anggota masyarakat yang lebih kepada
sifat perkauman. Penjajah Barat terutama ketika era pemerintahan kolonisasi Inggeris telah
mempergiatkan kemasukan buruh-buruh asing dalam sistem ekonomi seterusnya mewujudkan
sistem kemasyarakatan yang terasing antara 3 kaum besar di Tanah Melayu iaitu kaum Melayu,
Cina dan India.
Keadaan ini telah menyebabkan rakyat Melayu pada ketika itu menderita di bumi sendiri
sementara pihak penjajah Inggeris semakin berkuasa dalam pemerintahan Tanah Melayu
sehingga dilihat telah mula mencampuri kuasa-kuasa sultan dalam hal-hal yang berkaitan
dengan kesucian agama islam.
Dalam hal ini pembesar-pembesar tempatan seperti Dato Maharaja Lela,Dato Bahaman,Tok
Janggut dan sebagainya telah bangkit menentang Inggeris.Walaupun sebahagian besar
daripada penentangan-penentangan ini gagal,namun ia merupakan pemangkin utama terhadap
penetangan-penentangan seterusnya yang lebih bercorak moden seperti melalui akhbar-akhbar
dan persatuan-persatuan yang membela hak-hak istimewa orang Melayu.
Abad ke-20 merupakan era kebangkitan orang-orang Melayu dalam menentang kuasa-kuasa
penjajah.Pada ketika ini telah muncul beberapa tokoh penting dalam menyebarkan ideologi
nasionalismedalam usaha memerdekakan Tanah Melayu. Seperi Dato Onn Jaafar,Tunku Abdul
Rahman,Ibrahim Yaakob dan Burhanuddin Helmi.
Pada masa yang sama juga Jepun yang muncul sebagai kuasa besar di Timur pada ketika itu
selepas menewaskan Russia telah tiba di Tanah Melayu. Jepun dilihat oleh orang-orang Melayu
sebagai wira Timur dalam menentang penjajah Barat seterusnya dikatakan mampu membawa
kemerdekaan dan kemajuan kepada Tanah Melayu terutaman melalui propaganda dan sloganslogan mereka yang berbunyiAsia untuk Asia.Namun seperti pepatah melayu ku sangka
panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
lebih teruk berbanding dengan pemerintahan Inggeris. Sistem ekonomi Tanah Melayu pada
waktu itu lumpuh,rakyat menderita kebuluran dan diserang pelbagai wabak-wabak penyakit,
orang-orang
Melayu
dijepunkan
melalui
sistem
pendidikan,akhbar
dan
pemerintahan
19
SJH3163
E
menyokong
pembentukan
Malaysia.
Hasilnya
perniagaan,pertanian,penternakan,perindustrian,juga
pelbagai
bidang
pemerintahan
ekonomi
negara
dan
seperti
sistem
20
SJH3163
E
pendidikan dan hubungan masyarakat serta kemudahan sosial dapat dikecapi bersama. Melalui
kebangkitan masyarakat setempat dalam menentang Malayan Union seterusnya menuntut
kemerdekaan adalah amat mustahil bagi masyarakat Malaysia pada ketika ini maju dan mampu
bersaing setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Seharusnya kemerdekaan ini dihargai
dan dipertahankan oleh seluruh masyarakat Malaysia terutama dalam menghadapi era yang
kian mencabar pada masa hadapan.
Dapat di simpulkan terdapat banyak faktor yang membawa kepada penubuhan Malayan Union
ini oleh British.Walau pun pihak British cuba berselindung yang kononnya demi kepentingan
penduduk Tanah Melayu, namun terlihat bagaimana British menubuhkan Malayan Union ini
adalah semata-mata demi kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu.Cara-cara penubuhan
yang tidak di persetujui oleh semua peringkat sosial masyarakat Melayu telah membawa
kepada banyak penentangan yang akhirnya berjaya mengagalkan perlembagaan Malayan
Union ini daripada di laksanakan sepenuhnya.Bagi mengagalkan perlaksanaan Malayan Union
ini, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu serta rakyat telah melakukan banyak bentuk
penentangan yang rata-rata penentangan ini berlaku untuk memastikan Malayan Union tidak di
laksanakan.Daripada peristiwa Malayan Union ini, dapat di lihat kesan peristiwa Malayan Union
yang telah banyak mengubah corak dan mempengaruhi politik, budaya dan sosial Malaysia
khususnya Tanah Melayu.
RUJUKAN
Nazaruddin Hj Mohd Jali (2001). Pengajian Malaysia Kenegaraan dan Kewarganegaraan Edisi
Kedua; Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Dr. Ismail Said (2015). Malaysia Negara Kita. Petaling Jaya :Sasbadi Sdn Bhd.
Abdul Rahman Hj. Ismail ( 2001 ). Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka
Ruslan Zainuddin ( 2003 ). Sejarah Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
21
SJH3163
E
http//ms.Wikipedia.org/wiki/Malayan_union
22
SJH3163
E
23