Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Darah Titik Di Semantan

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

DARAH TITIK DI

SEMANTAN
Adam Syafiq B Sudirman 2AD
SINOPSIS
Secara ringkas, novel ini mengisahkan perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajahan Inggeris di
Semantan. Datuk Bahaman dibantu pengikutnya seperti Zahid, Mat Lela, Imam Perang Weh, Awang
Ishak dan Datuk Panglima Raja. Pada masa yang sama, Mat Kilau dan Tok Gajah juga merupakan
penggrak kebangkitan rakyat di negeri Pahang untuk menentang penjajahan pihak Inggeris.
Kemunculan Tuan Owen, Desborough dan Rodge antara watak penjajah yang sering menggugat
keamanan bumi Semantan. Datuk Bahaman tidak berpuas hati apabila pihak Inggeris mencabuli
perjanjian mereka dan E.A Wise membina rumah pasung di Lubuk Terua. Penduduk berasa marah dan
ingin menyerang pihak Inggeris. Berita ini sampai ke pemangku Residen British di Pahang, Hugh
Clifford dan mendesak Sultan Pahang Melucutkan pangkat Datuk Bahaman. Sultan tidak bersetuju
tetapi terpaksa akur…………
SINOPSIS
Berlaku pertempuran antara pengikut Datuk Bahaman dan mata-mata serta askar sultan yang mengikut
arahan pihak Inggeris. Selepas ramai pengikut Datuk Bahaman terkorban, beliau menghadap Sultan
Pahang dan mendapat pengampunan sultan serta bebas daripada andaman pihak Inggeris. Mat Lela
ragu-ragu dengan perkara tersebut dan akhirnya mereka dikhianati oleh askar-askar sultan apabila
mereka menembak Mat Lela dan Awang Muhammad. Mat Kilau telah membawa surat salinan
pengampunan penduduk Semantan yang ditandatangan oleh sultan. Semua penduduk Semantan
mendapat pengampunan kecuali Datuk Bahaman. Askar-askar sultan dan pihak Inggeris yang diketuai
oleh E.A Wise mencari Datuk Bahaman tetapi tidak dijumpai. Mereka bertindak untuk membakar rumah
penduduk kampung dan membunuh beberapa penduduk. Datuk bahaman kembali ke Lubuk Terua dan
membunuh musuhnya akibat kejadian tersebut. Datuk Bahaman kemudian bersatu dengan Tok Gajah
dan Mat Kilau. Selepas kejadian tersebut, Zahid tidak bertemu lagi dengan mereka.
TEMA

Novel ini mengutarakan tema semangat perjuangan penduduk tempatan menentang penjajah
Inggeris demi mempertahankan tanah air.
PERSOALAN

1) Persoalan keberanian penduduk tempatan untuk menentang penjajah Datuk Bahaman


kembali ke Lubuk Terua dengan membunuh askar-askar pihak Inggeris yang telah membakar
rumah penduduk tempatan 2) Persoalan kerjasama dalam menghadapi musuh Penduduk
Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk bahaman sedang menawan Lubuk
Terua 3) Persoalan pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat Datuk Bahaman
sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya perjuangannya diberkkati dan mendapat bantuan 4)
Persoalan mendengar arahan ketua Tuk Selampit membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak
Inggeris atas arahan Datuk Bahaman kerana bimbang tersasar kepada Sultan 5) Persoalan
cinta akan negara Rahmad dan rakan-rakannya berlatih menggunakan senjata demi
mempertahankan tanah air mereka daripada penjajah
WATAK PERWATAKAN

1) Datuk Bahaman: Watak utama yang merupakan seorang pahlawan dan orang kaya
Semantan. Seorang pembesar negeri dan mempunyai 2 orang anak iaitu Mat Lela dan
Awang Muhammad.Seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah seperti
mana dia bertanggungjawab menjaga kedaulatan Semantan daripada penjajah.Seorang
yang berani kerana telah melawan musuh seorang diri setelah mendapat tahu pihak Inggeris
membakar kampung di Semantan.Seorang yang tidak mementingkan pangkat.Datuk
Bahaman tidak kisah apabila gelaran dan pangkatnya ditarik semula oleh Sultan dan
meneruskan perjuangan menentang pihak Inggeris
WATAK PERWATAKAN

2) Zahid: Pembantu kepada Datuk Bahaman dan berkawan rapat dengan Samad, Rahman dan
Awang Muhammad. Seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi kerana walaupun
umurnya masih muda tetapi dia tetap mengangkat senjata apabila diancam oleh pihak Inggeris
Seorang yang patuh kepada ajaran agama. Contohnya, selepas solat, dia akan berdoa kepada
Tuhan supaya memeberkati perjuangannya menentang penjenayah. Seorang yang bijak
menentang musuh. Zahid berjaya membaling buluh runcing tepat pada belakang seorang pihak
Inggeris
WATAK PERWATAKAN

3) Samad: Merupakan kawan kepada Zahid, Rahman dan Awang Muhammad. Pernah ditangkap
oleh Pihak Inggeris kerana memebawa rotan .Seorang yang bijak dalam mengatur strategi.
Samad telah melarang rakan-rakannya merosok pokok-pokok di tebing supaya mudah untuk
mengintip musuh .Seorang yang pandai menyimpan rahsia. Samad telah berpura-pura menjadi
budak bodoh ketika pihak Inggeris menyuruh menceritakan perkara yang sebenar
WATAK PERWATAKAN

4) Mat Lela: Merupakan anak kepada Datuk Bahaman dan abang kepada Awang Muhammad
Berumur lingkungan 30 tahun dan pernah terkena tembakan di peha tetapi pulih semula .Seorang
yang jujur dan berterus terang. Mat Lela berterus terang dimana dia tidak mempercayai janji sultan
dan berpendapat sebaliknya itu sebagai muslihat .Seorang yang berfikiran terbuka dan realistik. Mat
Lela bersetuju dengan bapanya dimana perjuangan harus menggunakan strategi dan akal fikiran
PLOT

Datuk Bahaman menyeru penduduk-penduduk Lubuk Terua untuk menentang penjajah dan membuat
persediaan sebelum berperang. Manakala Zahid dan kawan-kawannya pula membantu pembinaan
kubu di Pangkat Merbau Berdarah di tepi Lubuk Meruah
Pihak Inggeris mula bertapak di Lubuk Terua . Mata-mata Inggeris telah membina rumah pasung
di tepi tebing manakala Zahid dan rakan-rakannya membina kubu dan menyediakan bumbu
runcing untuk menyerang Inggeris. Datuk Bahaman pula ke Johor untuk berunding dengan
Gabenur Singapura. Kak Minah telah diganggu oleh dua orang pemuda tempatan yang menjadi
mata-mata Inggeris. Lajis dan Pak Uda mendirikan bengkel membuat senjata untuk menentang
musuh. Datuk Bahaman meminta Lajis dan Rahmad menjadi pengintip di Kuala Semantan.
Pihak Inggeris telah bermesyuarat dengan sultan dan orang-orang besar di Pulau Tawar bagi
menyerang Datuk Bahaman dan penduduk Semantan
PLOT
Mat Kilau membawa berita bahawa sultan mengisyhtiharkan bahawa Datuk Bahaman sebagai
penderhaka kerana dipaksa oleh Hugh Clifford. Gelaran dan pangkat yang dikurniakan sultan kepada
Datuk Bahaman telah ditarik semula. Pak Uda Ismail, Pak Abas dan Samad ditangkap oleh Inggeris tetapi
berjaya diselamatkan oleh Datuk Bahaman. Kemudian, Pak Uda Ismail telah dibunuh oleh Inggeris. Tuk
Selampit marah kepada Datuk Bahaman kerana melarang menyumpit mata -mata Inggeris dan askar-
askar sultan. Tetapi askar sultan memungkir janji dimana mereka tidak menembak ke udara dan
sebaliknya menembak Mat Lela, Awang Muhammad dan pengikut Datuk Bahaman. Tuk Muda Bidin dan
Imam Perang telah menyerah diri dan akhirnya dibunuh oleh askar sultan

Ramai perajurit Semantan gugur dan berundur ke Darat Kelubi. Pihak Inggeris dan askar-askar sultan
sangat gembira. Mat Kilau membawa surat bahawa penduduk Semantan telah mendapat pengampunan
sultan kecuali Datuk Bahaman. Penduduk kampung Semantan telah pulang ke rumah masing-masing
selepas Datuk Bahaman mengarahkan Pak Cik Hassan menghebahkan berita tersebut. Rahmad pula
tinggal bersama Datuk Bahaman di Darat Kelubi. askar-askar sultan telah mencari Datuk Bahaman di
Lubuk Terua tetapi tidak menjumpainya dan telah membakar rumah penduduk tempatan dan penduduk
mati ditembak. Datuk Bahaman khabarnya kembali dan membunuh askar tersebut seorang diri dan Zahid
tidak berjumpa dengan Datuk bahaman sejak peristiwa tersebut
TEKNIK PLOT
Pemerian : Pengarang memerihalkan gerak laku Datuk Bahaman selepas sembahyang dan berdoa

Teknik Dialog : Dialog antara Mat Kilau dan Datuk Bahaman “Tapi saya fikir, patut juga Clifford tidak
menjemput Datuk ke mesyuarat itu”

Teknik Monolog Dalaman : “Tentu ini perahu Inggeris yang dikatakan oleh Pak Long Abas semalam, fikirku
lalu menggelongsor turun ke tepian”

Teknik Imbas Kembali : Mat Lela teringat akan cerita Mat Kilau tentang Owen

Teknik Imbas Muka : Awak Muhammad memikirkan gerakan yang akan dilakukan Zahid dan Rahmad semasa
ketiadaan Rahman

Teknik Saspens : Zahid dan rakan-rakan terdengar suara meminta tolong dari rumah Lajis. Pembaca
tertanya-tanya akan suara perempuan yang menjerit dari rumah Lajis
LATAR
LATAR MASA
1. Waktu pagi : Setiap pagi Rahmad dan rakan-rakannya berlatih membaling bambu runcing di sebuah
dusun durian yang terletak berhampiran dengan Mempahit

2. Waktu tengah hari : Zahid dan rakan-rakannya makan tengah hari dan selepas makan mereka
sembahyang Zuhur bersama-sama di kubu mereka

3. Waktu maghrib : Zahid dan kawan-kawan membaca surah yassin selepas selesai solat Maghrib dan
berdoa agar kejayaan menentang Inggeris diperoleh

4. Hari Jumaat : Samad mengajak kawan-kawannya menggali kubu pada hari Jumaat di pangkal merbau
berdarah di tebing Lubuk Sengarat

5. Zaman pemerintahan Inggeris : Rahman menerangkan bahawa dua tahun lalu, negeri mereja telah
dijajah oleh Inggeris

6. Musim ikan temberlian bertelur : Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail mengail ikan di Sungai Semantan
kerana waktu itu merupakan musim ikan tembelian bertelur
LATAR
LATAR TEMPAT

1. Rumah Pasung Temerloh : Datuk Bahaman menggunakan ilmu menidurkan bagi membebaskan Pak
Uda Ismail, Pak Long Abas dan Samad yang telah ditangkap Inggeris

2. Johor : Datuk Bahaman pergi ke Johor bagi mewakili raja dan orang-orang besar Pahang menghadap
Sultan Johor untuk mengadu tentang penjajah Inggeris di Semantan

3. Lubuk Terua : Syres selalu datang ke Lubuk Terua untuk mencari rahsia tentang Datuk Bahaman

4. Lubuk Sengarat : Zahid dan kawan-kawannya telah menggali kubu di Lubuk Snegarat untuk menjadi
benteng pertahanan menentang Inggeris
LATAR
LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang terdiri daripada pejuang bangsa : Datuk Bahaman dan pengikutnya memperjuangkan
kedaulatan masyarakatnya dan ingin bebas daripada penjajah

2. Masyarakat yang menjajah demi kepentingan negara mereka : Pihak Inggeris ingin mendapatkan kuasa
dan menjajah di daerah Semantan

3. Masyarakat yang mementingkan agama : penduduk Kampung Semantan menunaikan sembahyang


secara berjemaah di masjid

4. Masyarakat yang menjadi mata-mata penjajah : Pihak Inggeris telah mengupah mata-mata dari India dan
Benggala untuk menakut-nakutkan rakyat tempatan supaya tidak menentang Inggeris
GAYA BAHASA
1. Bahasa istana : Baginda berangkat ke Pulau Tawar dan bersemayam di sana

2. Bahasa klasik : Datuk Bahaman berhenti kira-kira 5 hasta dari pintu pagar rumah pasung itu

3. Inversi : Selepas sembahyang subuh dan sarapan, aku bersalin pakaian

4. Metafora : Perajurit-perajurit kita sudah lapar darah

5. Peribahasa : Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

6. Simile : Bahagian tengah pisang itu hancur seperti kena tikam

7. Sinkope : Tak guna kita tunggu di sini

8. Personafikasi : Matahari memancar dengan gagahnya di kaki langit timur


NILAI MURNI
1. Patriotisme : Zahid, Datuk Bahaman dan penduduk di Semantan berjuang untuk mempertahankan tanah
air mereka

2. Hormat-menghormati : Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh menghormati Datuk Bahaman sebagai
ketua dan akur dengan arahannya

3. Keberanian : Datuk Bahaman berani untuk terjun ke dalam air dan mengejar musuhnya

4. Patuh pada ajaran agama : Zahid dan kawan-kawannya tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa
berdoa supaya diberi pertolongan dalam menentang penjajah

5. Kerjasama : Lajis yang bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel senjata dekat
rumah Pak Uda Ismail

6. Rasional : Datuk Bahaman bersikap rasional apabila meminta penduduk Semantan untuk membuat
perancangan dan persediaan sebelum melawan pihak Inggeris
PENGAJARAN
1. Sebagai seorang warganegara, kita seharusnya mempunyai semangat patriotik dan cinta akan negara
supaya tidak dijajah oleh ancaman asing

2. Kita perlu berani menegakkan keadilan dalam kehidupan kerana kemenangan akan berpihak kepada
mereka yang lebih berani

3. Kita seharusnya menghormati ketua di dalam sesebuah organisasi sebelum membuat apa-apa tindakan
yang memberi kesan kepada organisasi tersebut

4. Kita digalakkan untuk bekerjasama dalam melakukan apa-apa tugas atau amanah agar tugasan tersebut
dapat dilaksanakn dengan lebih mudah dan memberikan hasil terbaik
SUMBER

https://www.irujukan.m http://cikguchom.blogspot.com/201
01 y/novel-darah-titik-di- 03 9/01/sinopsis-bab-novel-darah-titik-
di.html
semantan/

02 https://karangan.net/novel-darah-
titik-di-semantan
04 https://anyflip.com/mofvt/nlnl/basic
Disediakan Oleh : Disemak Oleh :
Adam Syafiq B Sudirman
Rosna Bt Malmod
2 Abu Daud
Ibu

Dinilai Oleh :
Ustazah Aisyah
Guru BM 2Abu Daud

Sekian , Terima Kasih

You might also like