Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Semua Pengarah Pelajaran Negeri: Ikhtisas Bil. 12/2002

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Office of Director-General of Education Malaysia


ARAS 8, BLOK E8
Level 8, Block E8,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
Government Complex Parcel E,
Tel : 03-8884 6077
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Federal Government Administrative Centre Fax : 03-8889 4548
62604 PUTRAJAYA Laman web: http: www.moe.gov.my

KP(BS-DSR)8787/002/1/Jld.3(3)
7 Januari 2008

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 /200 8


KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN DWIBAHASA BAGI MATA PELAJARAN
SAINS DAN MATEMATIK

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan


mengenai pindaan kepada pelaksanaan dasar pengajaran dan pembeiajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa inggeris seperti yang dinyatakan melalui
perkara 6.3 Surat Pekeliling Bil. 11/2002 dan perkara 6:2 Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 12/2002.

2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa kertas soalan mata


pelajaran Sains dan Matematik bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
berikut:

2.1 Sekolah Kebangsaan (SK)


Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia

2.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)


Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina

2.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)


Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil

3. Bagi semua peperiksaan awam sekolah menengah, kertas soalan Sains,


Matematik dan mata-mata pelajaran lain yang berasaskan Sains dan Matematik
juga akan terus disediakan dalam dwibahasa. Calon dibenarkan menjawab sama
ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sepenuhnya atau sebahagian
dalam Bahasa Malaysia dan sebahagian dalam Bahasa Inggeris seperti mana yang
diamalkan ketika ini.
Kerjasama Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan
kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Gabungan/Daerah, Pengetua-Pengetua
dan Guru-Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO' HAJI ALIMUDDlN BIN HAJI MOHD.DOM


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k.

1. Y.B. Dato' Seri Hishammuddin Tun Husein


Menteri Pelajaran Malaysia

2. Y.B. Dato' Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

3. Y.B. Dato' Hj. Noh bin Omar


Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

4. Y.B. Datin Paduka Komala Devi


Setiausaha Parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia

5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha,


Kementerian Pelajaran Malaysia

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,


Kementerian Pelajaran Malaysia

8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran Malaysia

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

10. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Malaysia

11. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like