Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Hikayat Nakhoda Muda - Analisis Linguistik

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

BAHASA DALAM TEKS HIKAYAT

NAKHODA MUDA – SUATU ANALISIS


LINGUISTIK DESKRIPTIF
S. Nathesan*

drnathesan@gmail.com

Traditional literature or hikayat (as known in the Malay Language) is recognized as a form of
traditional Malay literary genre in the form of prose or semi -prose, and usually contains a
long story. There are a number of hikayat stories that have been produced in the Malay
Literature in the past, that includes Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malim Dewan and Sejarah
Melayu, which are still widely read, studied and scrutinized in the Malay language and in
other languages in this part of the world and elsewhere. Meanwhile, there are also other
hikayat produced in other parts like in Sumatera and Jawa in the past. One such hikayat is
the Hikayat Nakhoda Muda (HNM), produced in English Language in Sumatera in the year
1830. It was actually written by Nakhoda La’udin in jawi script of the Malay Language at the
request of Butter Hunnings, the British Resident in Bencoolen. Each of these hikayat stories
produced have their own unique and distinctive characteristics, whether in the structure or in
the language used itself. Likewise, HNM also depicts its own nuances in its structure and
presentation, as well as in the language. Of particular characteristics is the language use of
Malay language to narrate the story. It portrays special and unique characteristic of the
language s especially in the phonological, morphological and semantical aspects. The
linguistic aspect that will be studied in this study will be the phonological, morphological,
semantic and vocabulary used in the text, including Malay words and dialectical words and
as well borrowed words found in the text. This classical text acknowledged by the renown
Malay scholar, Willian Marsden as a classical book with a simple narrative and proved to be
capable Malay literary piece with its unique and style of writing.

MUKADIMAH

Umumnya, hikayat dikenali sebagai suatu bentuk genre sastera Melayu tradisional

yang terbentuk daripada prosa atau separa prosa, dan biasanya hikayat

mengandungi suatu cerita yang panjang. Kesusasteraan Melayu pula didapati

terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya termasuk sastera rakyat, sastera

sejarah, sastera agama, sastera biografi, sastera erotik, sastera roman, sastera

1
didaktik dan sebagainya. Teks hikayat kebanyakannya termasuk dalam sastera

rakyat atau sastera sejarah.

Sebilangan hikayat yang dihasilkan dalam bahasa Melayu pada masa dahulu adalah

seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malim Dewan dan Sejarah Melayu di negara

kita. Dalam pada itu, terdapat juga hikayat yang dihasilkan tempat lain seperti di

Sumatera dan Jawa pada masa dahulu. Salah satu hikayat seumpama itu ialah

Hikayat Nakhoda Muda (HNM) yang dihasilkan sekitar tahun 1788 atas permintaan

Tuan Butter Hunnings yang pada ketika itu menjadi Residen di Lais, Bangkahulu.

Menurut Noriah Taslim (2015), HNM sebagai genre biografi merupakan contoh

produk yang terhasil akibat pertembungan orang Melayu dengan budaya Eropah.

Kata beliau lagi, teks ini juga dapat dianggap sebagai pemecah sempadan antara

lama-baharu, iaitu pemecah tradisi, konvensi, hukum kepengarangan lama, konsep

karya dan tuntutan budaya kolektif yang menaungi karya lama.

Inilah satu-satunya hikayat yang dihasilkan di pulau Sumatera oleh seorang anak

Melayu Minangkabau yang bernama Nakhoda La’uddin, iaitu anak kepada Nakhoda

Muda sendiri. Teks klasik ini, walaupun kurang mendapat perhatian pada abad ke-

19, namun teks ini mendapat perhatian para sarjana Barat selepas terjemahannya

ke dalam bahasa Inggeris. Antara tokoh yang meneliti teks ini termasuklah William

Marsden, pakar bahasa Melayu dan pegawai Inggeris yang pernah bertugas di

rantau ini pada abad ke-19. Selain menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris,

beloai juga mengambil ikhtiar untuk menterjemahkan ke dalam bahasa Belanda,

Jerman dan Perancis.

2
Buku Hikayat Nakhoda Muda (2018)

HNM yang dihasilkan pada tahun 1830 oleh Nakhoda La’uddin merupakan hikayat

biografi tentang seorang rakyat biasa, satu-satu bentuk cerita yang jarang dihasilkan

pada zaman dahulu kerana hikayat biasanya akan mengisahkan riwayat hidup

golongan istana.

Lazimnya, setiap hikayat ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan tersendiri, sama ada

pada struktur mahupun dalam bahasa yang digunakan. Begitu juga, HNM

menggambarkan nuansa yang tersendiri dalam struktur dan persembahannya, serta

dalam bahasa yang digunakannya. Bahasa dalam teks menggambarkan ciri-ciri

istimewa dan unik, terutamanya dalam aspek fonologi, morfologi dan semantiknya.

Latar Belakang Teks

Menurut William Marsden (1830), HNM dianggap sebagai karya sastera terawal

yang tergolong sebagai karya Melayu transisi yang terawal. Transisi di sini dapat

diertikan sebagai tradisional - moden. Teks ini ditulis sebagai genre biografi atau

3
naratif diri, dan dianggap sebagai genre baharu dalam dunia kesusasteraan Melayu.

Karya ini memerihalkan perjalanan hidup seorang pedagang lada hitam

Minangkabau di Lampong/Semangka oleh Nakhoda Muda yang juga dikenal

sebagai Kiai Demang Purwasedana.

HNM sebagai karya biografi meriwayatkan keperihalan hidup seorang pedagang

lada hitam berbangsa Minangkabau di Semangka, sebuah bandar pelabuhan di

Sumatera. Teks HNN merupakan teks yang pada asalnya ditulis dalam aksara Jawi

dan kemudian ditransliterasikan atau dialih aksara daripada tulisan Jawi kepada

tulisan Rumi oleh Dr Noriah Taslim pada tahun 2018 berdasarkan naskhah fotokopi

manuskrip dalam koleksi Marsden no 40323 yang diperoleh dari Universiti London.

Sebenarnya, teks tersebut pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Belanda

dan Perancis. Marsden yang pernah bertugas sebagai pegawai Inggeris di

Bangkahulu dari 1771 hingga 1797 menterjemahkan teks itu ke dalam bahasa

Inggeris serta mengusahakan penerbitannya dalam bahasa Inggeris pada tahun

1830.

Dr Noriah Taslim, mantan tenaga akademik dan pakar kesusasteraan tradisi Melayu

di Universiti Sains Malaysia (USM) pula telah mengalih bahasa atau alih aksara teks

tersebut daripada aksara Jawi ke dalam bahasa Melayu bagi tatapan masyarakat

pembaca dengan mudah. Teks yang dialih aksara tersebut terdiri daripada 58 buah

halaman, tidak termasuk catatan teks, bahan rujukan dan indeks.

4
Sementara itu, teks asal yang ditulis dalam aksara Jawi adalah berjumlah 56 buah

halaman. Perhatikan gambar halaman yang bertulis dalam bahasa asal, iaitu tulisan

tangan Jawi seperti yang digambarkan seperti yang berikutnya.

Salinan Halaman 43-44 daripada Teks Tulisan Tangan Jawi daripada Teks Hikayat
Nakhoda Muda (2018)

5
Dr Noriah juga turut menyunting dan melakukan resensi teks yang dialih aksara itu.

Dalam hal ini, sumbangan dan ikhtiar Dr Noriah amat berguna kepada dunia

kesusasteraan Melayu klasik. Selain itu, penghargaan ikhlas harus juga hendaklah

diberikan kepada Yayasan Karyawan yang sudi menerbitkan teks tersebut pada

tahun 2018. Sebenarnya, teks yang diterbitkan itulah yang dijadikan korpus kajian

ini.

SINOPSIS HNM

HNM merupakan teks tulisan tangan jawi oleh seorang anak watan di Bangkahulu,

Sumatera yang bernama Nakhoda La’uddin. Dalam teks tersebut La’uddin

meriwayatkan penglibatan ayahandanya, Nakhoda Muda dan keluarganya dalam

perdagangan lada hitam semasa British menduduki Bangkahulu. Nakhoda La’uddin

menggambarkan ayahandanya sebagai pedang lada hitam yang berjaya di

Semangka serta yang menduduki kedudukan yang dihormati dan mempunyai

hubungan baik dengan Sultan Banten dan pihak Belanda.

Dalam peredaran masa, Nakhoda Muda telah terheret ke dalam hal perebutan lada

hitam antara kuasa-kuasa Eropah sehingga membahayakan kedudukan diri dan

keluarganya. Perebutan kuasa antara Belanda dan Inggeris mengakibatkan

Nakhoda Mua difitnah sehingga akhirnya dihukum oleh Belanda. Walaupun Inggeris

ada cuba memberi perlindungan kepada Nakhoda Muda, namun demikian akhirnya

beliau mati semasa pelarian daripada pihak Belanda.

Anak-anak Nakhoda Muda pula telah berselerak lalu melarikan diri daripada pihak

Belanda dan mendiami di negeri-negeri bukan milik Belanda. Anaknya Nakhoda

6
La’uddin pula, kemudiannya menetap di Bangkahulu kerana mendapat suaka politik

daripada Inggeris.

Ciri-ciri keistimewaan HNM

HNM merupakan teks yang unik dan istimewa daripada beberapa aspek. Pertama,

teks ini mengisahkan kehidupan seorang rakyat biasa yang menjalani hidup sebagai

saudagar lada hitam di Semangka, pulau Sumatera. Hal ini cukup berlainan kerana

dalam kesemua hikayat yang dihasilkan dalam bahasa Melayu terdiri daripada kisah

golongan istana. Semua hikayat tersebut selalunya memerihalkan kebesaran raja-

raja dan golongan istana. Jarang sekali ditemui teks lama yang menceritakan kisah

orang kebanyakan seperti yang berlaku dalam HNM.

Bercakap tentang bahasa yang digunakan dalam teks ini, T. Iskandar (1965)

menjelaskan bahawa pengarang buku ini, Nakhoda La’uddin telah berjaya untuk

melepaskan diri daripada tradisi penulisan kesusasteraan lama Melayu. Dalam

hikayat ini, pengarang telah menggunakan bahasa yang sederhana dan telah

mengelakkan bunga-bunga bahasa dan huraian khayalan yang selalu dijumpai

dalam teks-teks hikayat lama.

Selain itu, bahasa sehari-hari digunakan oleh La’uddin, meskipun ada kelihatan

pengaruh bahasa Minangkabau. Hal ini demikian kerana La’uddin lahir dalam

keluarga Minangkabau dan sudah tentunya bahasa ibundanya mempengaruhi gaya

penulisannya. Tambahan pula, beliau juga merupakan pengarang yang tidaklah

mahir dalam bahasa istana oleh sebab beliau tidak diperbesarkan di istana dan

menjalani hidupnya sebagai rakyat biasa di Semangka.

7
PENDEKATAN ANALISIS LINGUSIK DESRIPTIF

Untuk meneliti bahasa dalam HNM, pendekatan analisis linguistik deskriptif telah

digunakan untuk mengkaji bahasa yang digunakan dalam teks HNM. Menurut

Kamus Dewan Perdana (2020), linguistik deskriptif bermaksud pengajian yang

menganalisis sistem bahasa seperti ciri bunyi, tatabahasa dan kosa kata. Demikian

juga Kamus Linguistik (1997) menerangkan linguistik deskriptif sebagai kajian yang

mengamati dan menganalisis ciri bunyi, tatabahasa dan kosa kata, pada satu-satu

waktu tertentu.

Sistem bahasa pula dapat diertikan sebagai aturan yang terdapat sesuatu bahasa.

Sistem bahasa dalam bahasa Melayu pula merujuk aturan sebutan, ejaan,

perkataan, frasa, ayat dan makna (Abdul Hamid Mahmood, 1992). Justeru, analisis

sistem bahasa dalam kajian ini termasuklah penelitian terhadap aspek fonologi dan

morfologi serta penggunaan kosa kata dalam HNM.

Penelitian terhadap bahasa dalam HNM ini menunjukkan bahawa ada beberapa ciri

yang menarik seperti yang dihuraikan dalam mukadimah oleh Noriah Tasim (2008).

Hal tersebut mengundang pembicaraan khusus tentang beberapa kelainan

penggunaan bahasa Melayu dalam teks tersebut. Hal yang menarik minat itu dapat

diteliti daripada beberapa aspek. Antaranya termasuk:

a. penggunaan kosa kata

b. ejaan dan fonologi

c. kelainan penggunaan huruf rumi dan jawi

d. pengaruh dialek tempatan, dan

8
e. sebutan

Justeru dalam analisis bahasa yang digunakan dalam HNM, pendekatan analisis

linguistik yang memberi tumpuan khusus terhadap aspek fonologi, morfologi serta

kosa kata. Selain itu, aspek semantik iaitu aspek makna perkataan berdasarkan

kosa kata teks ini akan turut diberi perhatian.

Pertama, aspek fonologi terhadap bahasa HNM akan dikerjakan. Dalam tumpuan ini,

aspek fonologi yang meliputi juga hal ejaan akan diberi perhatian.

a. Aspek ejaan dan fonologi

Seperti yang dijelaskan pada awal, teks yang dikaji ini merupakan teks yang pada

asalnya dihasilkan dalam tulisan jawi. Namun demikian, teks yang menjadi korpus

kajian ini merupakan teks yang telah dipersembahkan dalam tulisan rumi kerana

teks tersebut sudah ditransliterasikan ke dalam tulisan rumi pada tahun 2008.

Kelainan ejaan yang menarik dalam teks ini adalah antara pasangan abjad /b/ dan

/p/, /f/ dan /p/, /kh/ dan /h/, /s/ dan /sy/, /z/ dan /z/, seperti yang dijelaskan oleh

Noriah dalam mukadimahnya. Aspek menarik itu dapat dilihat daripada segi kelainan

penggunaan abjad tersebut.

Perhatikan antara contoh penggunaan kelainan ejaan tersebut dalam teks. Pertama,

didapati bahawa tidak ada perbezaan yang jelas antara penggunaan bunyi /b/ dan

/p/ dalam huruf rumi pada akhir perkataan dalam teks. Contohnya:

i. ‘Menghadap’ ditulis dalam huruf jawi seperti ‫مىنعهاداڤ‬

9
ii. ‘Cap’ ditulis dalam huruf jawi seperti ‫چاب‬

iii. ‘Lengkap’ ditulis dalam huruf jawi seperti ‫لىنعکاڤ‬

Kemudian, perbezaan antara bunyi /f / dan /p/ pula tidak ditunjukkan dengan jelas

dalam teks kerana kedua-dua huruf tersebut dieja sama sebagai /‫ݢ‬/ sahaja.

Sedangkan, /f/ perlulah dieja sebagai / ‫ ک‬/ dan huruf /p/ hendaklah dieja sebagai / ‫ف‬

/ dalam tulisan jawi dengan titik di atas.

Demikian juga bunyi /h/ ditulis pula /kh/ seperti dalam perkataan ‘harta’ dieja sebagai

‘kharta’ dan ‘hormat’ dieja pula sebagi ‘khormat’. Selain itu, bunyi /s/ dan /sy/ sering

disilih ganti penggunaannya. Adakala dieja ‘serta’ dan ada kala sebagai ‘syerta’ dan

‘pasar’ dieja sebagai ‘pasyar’ dan ‘gusar’ dieja sebagai ‘gusyar’. Konsonan /z/ pula

didapati diganti dengan /j/ seperti ‘zaman’ menjadi ‘jaman’.

a. Kosa kata dialek

Oleh sebab cerita dalam teks berlatarbelakangkan negeri Sumatera, maka terdapat

pengaruh dialek tempatan dalam teks ini, khusus dialek Minangkabau. Misalnya,

perkataan ‘besar’ dieja sebagai ‘basar’, iaitu dalam sebutan dialek Minangkabau.

Namun demikian, adakala sebilangan ejaan yang baku ada digunakan sekali skala

dalam teks.

Justeru tidak terdapat ketekalan penggunaan antara ejaan baku dan tidak baku bagi

beberapa perkataan dalam teks. Barangkali hal demikian berlaku kerana transliterasi

teks ini dilakukan daripada Jawi kepada Rumi oleh penyusun teks ini. Terdapat

10
ejaan yang tidak tekal atau konsisten penggunaannya. Antaranya termasuk kata

‘belayar’ dan ‘berlayar’, ‘serta’ dan ‘syerta’, ‘bandera’ dan ‘bendera’, dan ‘memberi’

dan ‘mamberi’.

Selain itu, banyak kata dialek Minangkabau digunakan berbanding dengan

perkataan baku dalam teks tersebut. Perhatikan Jadual 1 yang menampilkan

beberapa kata dialek Minangkabau yang digunakan dalam teks serta padanannya

kata bahasa bakunya.

Kata Minangkabau Kata Baku Melayu Baku


1. basa bahasa
2. pandang pedang
3. dangan dengan
4. mananti menanti
5. kawin kahwin
6. humur umur
7. seteri isteri
8. kicil kecil
9. parintah perintah
10. dakat dekat
11. parampuan perempuan
12. kamudi kemudi
13. mamagang memegang
14. digalar digelar
15. manjalang menjelang

Sumber Hikayat Nakoda Muda

Jadual 1 Kata Dialek Minangkabau dan Padanannya dalam Bahasa Baku

11
Variasi tersebut kelihatan pada penggunaan vokal dalam perkataan tersebut, iaitu

antara vokal /a/ dan vokal /e/, serta pengguguran atau tambahan konsonan /h/ pada

kata dialek Minangkabau.

Selain itu, terdapat beberapa varian dalam dialek tempatan yang digunakan

sepanjang teks tersebut. Antaranya termasuklah beberapa varian yang dapat dicatat

seperti di bawah:

a. kopiah disebut kipiah

b. celaka disebut cilaka

c. jemput disebut jeput

d. peluru disebut piluru

e. cahaya disebut caya

f. kahwin disebut kahwin

g. bapa disebut bapak

h. bunyi disebut buni

i. makin disebut mangkin

j. teraniaya disebut ternanyanya

k. keci disebut kici

l. membunuh disebut memunuh

Varian itu kelihatan sama seperti yang dijelaskan dalam kata dialek dan padanannya

dalam bahasa baku, iaitu pada vokal dan konsonan kata baku dan variannya.

12
Kosa kata bahasa lain

Dalam pada itu, terdapat penggunaan beberapa kata bahasa lain seperti bahasa

Jawa dalam teks tersebut, seperti kata ‘pangeran’, iaitu gelaran bagi golongan anak

raja, ‘perowatin’ (penghulu adat), dan ‘biti-biti perawara’ (hamba perempuan di

istana). Kosa kata bahasa asing seperti bahasa Portugis juga ada digunakan

sebagai istilah, contohnya alferes (gelaran untuk pegawai rendah), sareans

(bermaksud sarjan) dan feitor (bermaksud penguasa).

Jika diperhatikan kosa kata dialek Minangkabau, ada beberapa ciri bahasa yang

menarik daripada aspek sebutan, ejaan, fonologi dan fonetik dan varian. Terdapat

sisipan vokal /a/ bagi vokal /e/ dalam kosa kata dialek Minangkabau seperti ‘setelah’

– ditulis satelah. Lihat beberapa contoh lain di bawah:

a. vokal /e/ ganti vokal /a/

i. dengan – dangan

ii. dekat – dakat

iii. kemudi – kamudi

iv. peduli - paduli

v. enam - anam

vi. terima – tarima

b. konsonan /z/ diganti dengan konsonan /j/

i. zaman – jaman

ii. jemput -japut

13
c. konsonan /sy/ sebagai /s/ sahaja

i. syahdan sebagai sahidan

d. Vokal /e/ diganti dengan /i/

i. kecil ditulis kicil

ii. mesti ditulis misti

Demikianlah beberapa kelainan sebutan dalam dialek Minangkabau berbanding

dengan sebutan baku yang dapat dikutip daripada teks.

Abjad dan Huruf Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat lima huruf vokal yang digunakan bagi

melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku, iaitu a, e, i, o dan u. Selain

itu, terdapat 27 huruf konsonan, iaitu daripada huruf /b/ hingga ke huruf /z/ dalam

tulisan rumi. Terdapat juga lima huruf gabungan atau digraf, iaitu /gh/, /kh/, /ng/, /ny/

dan sy/.

Apabila diperhatikan ejaan yang digunakan dalam HNM, didapati bahawa ada

sesetengah ejaan perkataan dalam HNM dieja berlainan daripada ejaan baku atau

yang lazim seperti yang dijelaskan pada bahagian awal tadi. Antaranya yang dieja

berlainan, termasuklah:

i. kudrat dieja kudarat (tambahan vokal /a/)

ii. jemput dieja japut (pengguguran /em/ menjadi /a/)

iii. muafakat dieja mufakat (pengguguran vokal /a/)

14
iv. makin dieja mangkin (tambahan digraf /ng/)

v. mesti dieja pisti (berlainan ejaan sama sekali)

vi. isteri dieja siteri (berlainan ejaan)

vii. hormat dieja khormat (tambahan digraf /kh/ bagi huruf /h/)

viii. serta dieja syerta (huruf dieja sebagai /sy/)

ix. gusar dieja gusyar (huruf dieja sebagai /sy/)

x. sultan dieja sutan (pengguguran konsonan /l/)

xi. delapan dieja selapan /de/ dieja /se/

xii. syahbandar dieja sahbandar ( /sy/ dieja /s/ sahaja)

Dalam bahasa Melayu tidak terdapat perkataan ‘selapan’, namun kata tersebut

digunakan sebagai padanan kata 1‘delapan’ (yang bermaksud lapan) dalam bahasa

Melayu.

Ada juga perkataan yang mengalami tambahan huruf atau pengguguran pada

perkataan tersebut. Biasanya ditambah huruf pada hujung atau disisipkan pada

perkataan tersebut. Lihat contoh tambahan huruf atau pengguguran huruf dalam

teks adalah seperti yang berikut:

i. hingga ditulis hinggan (tambahan huruf /n/ pada hujung perkataan)

ii. membawa ditulis membawak (tambahan huruf /k/ pada hujung perkataan)

iii. belajar ditulis berlayar )tambahan huruf /r/

iv. kahwin ditulis kawin (pengguguran huruf /h/)

v. atau ditulis atawa (tambahan huruf /w/)

vi. erti ditulis herti (tambahan huruf /h/ pada awal perkataan)
1
Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) untuk keterangan lanjut

15
vii. pula ditulis pulak (tambahan huruf /k/ pada hujung perkataan)

viii. penghulu ditulis pengulu (pengguguran /h/ di tengah perkataan)

Demikianlah beberapa kelainan penggunaan huruf dalam bahasa HNM berbanding

dengan bahasa baku. Kelainan dapat dilihat dari segi tambahan huruf dan

pengguguran huruf seperti contoh-contoh yang dipaparkan.

Kata pemendekan

Kata pemendekan bermaksud kata yang sudah diringkaskan daripada bentuk asal

untuk tujuan meringkaskan kata asalnya. Amalan memendekkan perkataan asal

menjadi perkataan baharu memang ada diamalkan dalam bahasa Melayu, seperti

tidak menjadi tak dan hendak dipendekkan menjadi nak. Namun demikian, amalan

tersebut tidaklah dilakukan mengikut kelaziman pemendekan yang diamalkan dalam

bahasa Melayu dalam teks HNM.

Perhatikan antara beberapa kata yang dipendekkan yang tidak lazim seperti yang

berikut:

i. labuan (pelabuhan)

ii. basa (bahasa)

iii. mau (mahu)

iv. pengulu (penghulu)

v. bagai (bagaimana)

vi. tunju (tunjuk) dan

vii. bica (bicara)

viii. caya (cahaya)

16
ix. kaba (khabar)

x. sia (siapa)

Kebanyakan kata kependekan yang digunakan ini menunjukkan bahawa

pemendekan perkataan yang tidak lazim diamalkan dalam bahasa Melayu, kecuali

kata mau sahaja. Ini kelihatan kependekan yang memang lazim. Didapati bahawa

tidak ada sebarang petua atau formula yang menjadi pegangan untuk tujuan

pemendekan perkataan. Amalan tersebut lebih kelihatan sebagai perbuatan

sewenang-wenang sahaja tanpa berpegang pada mana-mana aturan.

Kata Berimbuhan

Imbuhan sangat penting dalam bahasa Melayu. Kesalahan penggunaan imbuhan

merupakan aspek yang sangat diberi perhatian oleh pengguna bahasa Melayu.

Dalam teks HNM pula ada kelihatan penggunaan imbuhan yang agak berlainan

daripada kelaziman yang dirasakan wajar dipaparkan dalam pembahasaan ini.

Dalam pada itu, terdapat sebilangan perkataan yang dieja berlainan daripada

kelaziman penulisan dalam bahasa Melayu. Antaranya aniaya dieja seperti dinayai

(dianiayai), teraniayai sebagai ternayai, pelabuhan sebagai labuan, dikahwinkan

sebagai dikawinkan.

Perhatikan penggunaan beberapa imbuhan yang berlainan dalam teks HNM seperti

yang berikut:

a. menghalau ditulis mehalau (bentuk awalan meN- hendaklah terdiri daripada

varian me-, mem-, men- atau meng- dan tidak boleh terdiri daripada varian

17
me- kerana kata dasar yang bermula dengan huruf /h/ (halau) hendaklah

menerima varian meng-).

b. pengirim ditulis sebagai pekirim (kata dasar kirim hendaklah menerima varian

meng-)

c. melainkan ditulis melainki (tidak ada imbuhan ki dalam bahasa Melayu, dan

sepatutnya terdiri daripada bentuk bentuk meN-... -kan, iaitu melainkan)

d. menghantar ditulis mehantar (varian meng- hendaklah digunakan bukan

varian me-)

e. berbini ditulis bebini (iaitu be + bini dan bukannya bentuk ber+bini seperti

lazim)

f. terfikir ditulis terfikiri (tidak ada imbuhan terfikiri dalam bahasa Melayu)

g. bermain ditulis bemain (pengguguran huruf /r/)

h. menghantar ditulis mehantar (varian meng- diganti dengan varian me-)

i. membunuh ditulis mamunuh (mengikut sebutan tempatan)

j. dianiayai ditulis sebagai dianayai

Demikianlah beberapa kelainan imbuhan yang dapat dikesan daripada teks HNM.

Jelaslah contoh-contoh tersebut memperlihatkan peraturan dalam imbuhan tidak

dipatuhi dalam teks tersebut.

Sebutan

Dalam teks ada beberapa sebutan perkataan yang menunjukkan sedikit kelainan

daripada sebutan baku. Pertama, perlu dicatatkan bahawa terdapat pengaruh dialek

tempatan dalam sebutan sebilangan perkataan yang digunakan, khususnya bahasa

18
Minangkabau. Hal ini ada dibincangkan dalam aspek kosa kata dialek dalam pada

pembahasaan awal.

Beberapa vokal dan konsonan berlainan digunakan dalam teks. Vokal /a/ sering

digunakan untuk menggantikan vokal /e/ seperti perintah disebut parintah, terima

sebagai tarima, pekerjaan sebagai pakerjaan; vokal /i/ digunakan untuk vokal /e/

seperti celaka menjadi cilaka, dan vokal /e/ menjadi /a/ seperti enam menjadi anam,

dan vokal /e/ menjadi vokal /i/ seperti peluru menjadi piluru.

Konsonan /ng/ menjadi /n/ seperti makin menjadi mangkin dalam bahasa tempatan.

Justeru didapati bahawa konsonan /z/ diganti dengan konsonan /j/ seperti zaman

menjadi jaman manakala bunyi nasal /ng/ kelihatan dihilangkan dalam sebutan

tempatan.

Pada keseluruhannya, beberapa kelainan sebutan dapat dikesan dalam HNM. Hal

tersebut berlaku kerana pengaruh bahasa tempatan yang memberi kesan kepada

pengguna bahasa Melayu.

KESIMPULAN DAN SARANAN

Demikianlah kupasan yang dilakukan secara komprehensif terhadap salah satu teks

klasik yang kurang dibicarakan oleh pengkaji, khususnya dari sudut bahasa dalam

hikayat tersebut. Antara aspek yang diteliti dalam kajian ini termasuklah aspek

ejaan, imbuhan, kosa kata, dialek, kelainan huruf, kependekan serta sebutan.

Mudah-mudahan pembahasan secara komprehensif ini akan menjadi titik permulaan

bagi pengkaji lain untuk mengamati HNM dengan lebih terperinci lagi pada masa-

19
masa akan datang daripada pelbagai sudut memandangkan HNM memang masih

belum diselidiki dengan terperinci dan secukupnya dari sudut bahasa dan juga

aspek-aspek lain.

Akhir kata, perhatikanlah pengiktirafan yang menarik dan hebat tentang HNM oleh

Marsden (1830: ii) seperti yang berikut:

... exhibiting a genuine picture ... an affordable specimen of simple narrative; a


style of which some writers have thought the Malays incapable, and which is
certainly rare in comparison with the romantic and extravagant tales so
prevalent.

Pandangan Marsden tersebut amat menarik dan beliau sebagai pakar bahasa

Melayu pula menyanjung tinggi bahasa teks tersebut. Demikian juga Hadijah

Rahmat (2001) dalam tulisannya mengiktiraf teks ini sebagai teks yang “moden”

yang awal, dan menurut beliau lagi kajian hikayat ini boleh dianggap sebagai

kajian ilmiah yang ulung oleh seorang pengkaji Melayu.

Bibliografi

Ismail Dahaman. 2000. Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur

Dewan Bahasa dan Pustaka

Nathesan, S. ‘Aspek Bahasa dalam Hikayat Nakhoda Muda; Dewan Bahasa 03:22

(50-53)

Noriah Taslim. 2007. ‘From Ethnocentrism to Eurocentrism: Positioning Abdullah

Munsyi’s discourse on the Malays’. Journal of Malay Literature 20: 27-35’

Noriah Taslim. 2014. ‘Budaya niaga dan sastera Melayu abad transisi Melayu’:

Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 7(2): 14-20

20
Noriah Taslim. 2015. ‘Hikayat Nakhoda Muda: Biografi Melayu Abad ke-18’

‘International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 3(3), 2015: 59 -

68

Noriah Taslim, 2018. Hikayat Nakoda Muda. Yayasan Karyawan: Kuala Lumpur

Hadijah Rahmat. 2001. In Search of Modernity. Kuala Lumpur: The Academy of

Malay Studies, University of Malaya.

Teuku Iskandar. 1965. ‘Hikayat Nakhoda Muda’, Dewan Bahasa, 15:08: 47-353

21

You might also like