Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

3392-Article Text-11053-1-10-20191202

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Available online at http://journal.ump.edu.

my/ijhtc International Journal of Humanities Technology and Civilization


(IJHTC) Copyright © Universiti Malaysia Pahang PressISSN: 2289-7216 (PRINT), e-ISSN: 2600-8815 (ONLINE)
IJHTC Issue 6, Vol 1 Disember 2019. pp40-48

KAJIAN KEPERLUAN ALAT LATIHAN SISTEM SOLAR FOTOVOLTA


BAGI MEMENUHI KEPERLUAN INDUSTRI DI MALAYSIA

1Norazlinda Binti Mohamed, 2Irdayanti Binti Mat Nashir, 3Nurul Fazura


Abdul Hamid
1,2
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
3
Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak, Malaysia

Corresponding author: irdayanti@ftv.upsi.edu.my

ABSTRACT

Solar photovoltaic installation system is a natural energy generation technology


through solar power. High demand for solar system installations by consumers in
homes and buildings as well as government policy recommendations on energy
sources from natural to save costs and reduce the use of existing resource materials.
As the solar industry sector grows, job opportunities also increase. The less of half-
skilled labour has led to a lack of competitiveness among solar installations, resulting
in high installation costs. The workforce is also not adequately trained before being in
real employment. Basic training is needed to further strengthen existing skills and
provide a preview of the real-world situation of the solar photovoltaic systems
industry through appropriate training kits. Imported training kits from abroad will cost
a lot of money and its use is based on simple theory and experimentation. The purpose
of this study is to obtain information and development requirements for training
equipment related to photovoltaic solar installation system to the industrial needs in
Malaysia. This study uses qualitative methods with thematic analysis of interview
protocols. Three experts who were directly involved in the solar photovoltaic
installation industry were interviewed.

Keywords: Solar photovoltaic, natural energy, solar system installations, training


equipment, industrial needs.

ABSTRAK

Sistem pemasangan solar fotovolta merupakan satu teknologi penghasilan tenaga


semulajadi melalui sumber tenaga matahari. Permintaan tinggi pemasangan sistem
solar oleh pengguna di kediaman dan bangunan serta saranan polisi kerajaan tentang
penghasilan tenaga dari sumber alam bagi menjimatkan kos serta mengurangkan
penggunaan bahan sumber asli sedia ada. Disebabkan sektor industri solar semakin
berkembang maka peluang pekerjaan juga turut meningkat. Kekurangan tenaga
pekerja separuh mahir menyebabkan kurangnya daya saing antara syarikat
pemasangan solar sekaligus menyebabkan kos pemasangan menjadi tinggi. Tenaga
pekerja juga kurang diberi latihan secukupnya sebelum berada di lapangan kerja
sebenar. Latihan asas perlu bagi memantapkan lagi kemahiran sedia ada serta

40
Available online at http://journal.ump.edu.my/ijhtc International Journal of Humanities Technology and Civilization
(IJHTC) Copyright © Universiti Malaysia Pahang PressISSN: 2289-7216 (PRINT), e-ISSN: 2600-8815 (ONLINE)
IJHTC Issue 6, Vol 1 Disember 2019. pp40-48

memberi gambaran awal situasi sebenar industri pemasangan sistem solar fotovolta
melalui alat latihan yang sesuai. Alat latihan yang diimport dari luar negara menelan
kos yang tinggi serta penggunaanya lebih menjurus kepada teori dan ekperimen
ringkas. Kajian ini adalah bagi mendapatkan maklumat dan keperluan pembangunan
alat latihan berkaitan sistem pemasangan solar fotovolta bagi memenuhi keperluan
industri di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan analisa
Tematik iaitu protokol temubual. Seramai tiga orang pakar yang terlibat secara
langsung dengan industri pemasangan solar fotovolta ditemubual sebagai pakar bagi
kajian ini.

Kata Kunci: Solar fotovolta, tenaga semulajadi, pemasangan sistem solar, alat latihan
keperluan industri

1.0 PENGENALAN

Revolusi perindustrian di Malaysia sejak dua dekad yang lalu telah meningkatkan
penggunaan elektrik dari 19,932GWh pada tahun 1990 kepada 87,164GWh pada
tahun 2007, peningkatan 337% dalam lebih 20 tahun dan permintaan elektrik di
Malaysia dijangka mencapai 19,000MW pada tahun 2020 dan 23,100MW pada tahun
2030. Pelbagai dasar dan pelan tindakan tenaga telah dicadangkan dan dibincangkan
di kalangan pelbagai jabatan kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan sektor
perindustrian dalam meningkatkan kesedaran dan penghasilan tenaga baru seperti
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Keetha), Pihak Berkuasa
Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dan Persatuan Industri PV Malaysia (MPIA).
Kekurangan rizab minyak dan gas dalam tempoh 15 tahun yang akan datang
menyebabkan kerajaan mula cenderung kepada Tenaga Boleh Diperbaharui
(Almaktar, Rahman, & Hassan, 2015).

Salah satu aplikasi tenaga solar yang digunakan secara meluas dalam penghasilan
Tenaga Boleh Diperbaharui adalah menggunakan solar fotovolta, iaitu proses
penghasilan tenaga dari cahaya matahari ditukar kepada tenaga elektrik (Muhammad-
Sukki, Ineguez, G.Macmeekin, Brian, & Barry, 2011). Pemasangan solar fotovolta
kini semakin meluas dengan adanya permintaan dari pengguna bagi penjimatan kos
tenaga elektrik sedia ada. Oleh kerana itu, kewujudan syarikat dan industri solar turut
berkembang. Peluang pekerjaan baru juga semakin meningkat dan ramai tenaga
separuh mahir diperlukan bagi kerja-kerja pemasangan sistem solar fotovolta. Pekerja
baru yang terlibat secara langsung dengan pemasangan solar fotovolta seharusnya
memerlukan latihan asas sistem tersebut sebelum menjalani kerja di lapangan
sebenar. Permintaan berkaitan solar dalam beberapa tahun kebelakangan ini
disebabkan oleh penambahbaikan teknologi yang menyebabkan pengurangan kos dan
dasar kerajaan bagi menyokong pembangunan dan penggunaan tenaga boleh
diperbaharui (Mughal, Sood, & Jarial, 2018). Latihan asas berkaitan penjanaan tenaga
solar perlu ditekankan kepada pekerja baru separuh mahir walaupun sesebuah
organisasi tersebut mempunyai kepakaran golongan professional.

Fokus kajian ini adalah mengkaji keperluan alat latihan sistem solar fotovolta bagi
memenuhi keperluan industri di Malaysia. Pemasangan solar fotovolta di atas

41
Available online at http://journal.ump.edu.my/ijhtc International Journal of Humanities Technology and Civilization
(IJHTC) Copyright © Universiti Malaysia Pahang PressISSN: 2289-7216 (PRINT), e-ISSN: 2600-8815 (ONLINE)
IJHTC Issue 6, Vol 1 Disember 2019. pp40-48

bumbung bangunan dan rumah kediaman mempunyai permintaan yang tinggi namun
tenaga kerja juga semakin berkurang kerana kurangnya asas latihan dan minat dari
pekerja baru tentang teknologi ini walaupun pada keadaan sebenar, industri
penghasilan dan pemasangan solar merupakan satu teknologi baru yang semakin
berkembang dan mendapat permintaan tinggi. Disebabkan itu, kebanyakan syarikat
dan institusi latihan membeli alat dari luar negara walaupun harga terlalu tinggi namun
teknologi yang digunapakai hanyalah menjurus kepada teori dan kurang memerlukan
kemahiran praktikal. Kebanyakan bahan berkaitan solar memberikan kos yang tidak
berpadanan dan efektif untuk pengguna (Goswami, 2001). Terdapat juga harga alat
latihan yang berada di pasaran terlalu murah dan boleh dibeli secara atas talian sahaja
namun teknologi yang digunakan agak ketinggalan selain komponen utama yang
digunakan tidak berkualiti serta aplikasi hanya pasang siap tanpa latihan secara
praktikal dan tiada pengukuran dibuat secara tepat. Ianya juga tidak mengikut aras
pemahaman yang sesuai untuk pemasangan solar fotovolta.

2.0 KAJIAN LITERATUR

Solar fotovolta merupakan satu komponen elektronik yang diperbuat daripada


beberapa lapisan sel bahan separuh pengalir yang berfungsi menyerap tenaga dari
suhu kepanasan sinaran cahaya seperti matahari atau sebarang sinaran yang
mempunyai kepanasan tinggi. Kepanasan suhu sinar cahaya tersebut mampu
menjadikan bahan semikonduktor dalam sel solar fotovolta menukarkan tenaga haba
tersebut kepada tenaga elektrik. Keberhasilan tenaga elektrik perlu disokong oleh
komponen elektronik yang lain dalam satu sistem seperti pengawal pengecasan dan
bateri boleh dicas semula bagi mendapatkan keluaran tenaga elektrik secara arus terus
(AT). Bagi penjanaan tenaga elektrik yang memerlukan keluaran arus ulang alik (AU)
seperti sistem grid utiliti yang disambungkan kepada peralatan elektrik di kediaman,
komponen elektronik iaitu penyonsang digunakan dalam sistem tersebut.
Walaubagaimanapun, sistem solar fotovolta masih boleh berfungsi tanpa
menggunakan alat penyongsang ini melalui pemasangan kendiri yang dapat
menghasilkan tenaga elektrik secara AT (Energy, Kumar, & Sharma, 2015).

Sistem solar fotovolta tidak dapat memberi kesan yang maksima tanpa komponen
utama yang lain bagi penjanaan tenaga elektrik. Komponen lain seperti bateri,
pengawal pengecasan solar dan alatan pengukuran seperti meter pelbagai turut
diperlukan dalam pengaliran cas yang sempurna. Pengaliran tenaga dari cas proton
dan elektron seperti yang dinyatakan sebelum ini hanya diserap oleh lapisan separuh
pengalir silikon pada panel solar. Persaingan syarikat pembuatan produk solar yang
semakin berkembang bagi memasuki pasaran tenaga baru turut dikaji. Tenaga solar
telah dianggap sebagai salah satu sumber alternatif tenaga boleh diperbaharui yang
boleh dipercayai dalam penyediaan tenaga lestari (Gameli Kofi Bedzo, 2013). Dalam
kajian oleh Sun, Kramer, & Stuart (2014) telah meneliti tentang maklumat produk dari
pembekal utama produk latihan komersial dan kit eksperimen yang digunakan untuk
pengajaran penjanaan tenaga boleh diperbaharui. Ia berfungsi sebagai sumber
maklumat untuk universiti, kolej dan sekolah atau syarikat yang berminat untuk
mencari peralatan solar daripada pembekal alat latihan. Selaras dengan perkembangan
teknologi kejuruteraan, alat latihan pendidikan perlu diperkenalkan berasaskan
teknologi hijau untuk mendidik pelajar mengenai teknologi elektrik, elektronik dan

42
Available online at http://journal.ump.edu.my/ijhtc International Journal of Humanities Technology and Civilization
(IJHTC) Copyright © Universiti Malaysia Pahang PressISSN: 2289-7216 (PRINT), e-ISSN: 2600-8815 (ONLINE)
IJHTC Issue 6, Vol 1 Disember 2019. pp40-48

tenaga lestari. Menurut Ranjit, Anas, & Subramaniam (2012), penggunaan kit
pembelajaran sebagai salah satu alat bahan bantu pengajaran amat sesuai
diaplikasikan bagi pengajian yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Fasa Pembangunan Protokol Temubual

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat tentang keperluan bagi pembangunan
alat latihan solar foltovaltan, kaedah temubual akan dijalankan terhadap beberapa
orang pakar industri. Temubual adalah dengan definisi pertukaran dua arah di mana
soalan ditanya dan dijawab, pengalaman dikongsi, sikap yang digariskan dan
perspektif mengenai topik tertentu yang dijelaskan dan dijelaskan. Semua jenis prinsip
dan nilai metodologi yang akan digunakan sebagai bahan bukti pernyataan secara
kualitatif terhadap beberapa pakar bagi mendapatkan maklumbalas dari segi
percakapan dan pendengaran (Keightley, Pickering, & Allett, 2012). Kajian ini
merangkumi empat soalan yang iaitu soalan pengenalan, transisi, kunci dan penutup.
Soalan pengenalan berkisarkan pengenalan diri serta pengalaman pakar dalam
penglibatan berkaitan solar fotovolta. Soalan transisi merujuk kepada situasi
permintaan pengguna di Malaysia, peluang pekerjaan serta pengalaman pekerja baru
dari segi pengetahuan asas sistem pemasangan solar fotovolta. Bagi soalan kunci,
pertanyaan lebih fokus kepada penggunaan alat latihan sedia ada seperti kaedah,
pembaikan, keselamatan serta tahap latihan yang dijalankan. Soalan penutup pula
menjurus kepada pendapat tentang keperluan alat latihan yang lebih praktikal, mudah
digunakan yang dapat mencakupi latihan asas pemasangan dalam industri Solar
fotovolta secara spesifik.

3.2 Fasa Temubual

Kajian dijalankan terhadap tiga pakar yang dipilih dari industri pemasangan solar
fotovolta di Malaysia. Kesemua pakar merupakan individu yang mahir serta
berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang pemasangan sistem solar fotovolta serta
mempunyai syarikat sendiri malah ada yang bekerja sebagai tenaga mahir dalam
sesebuah institusi berkaitan solar fotovolta. Temujanji dijalankan terlebih dahulu bagi
memberi ruang dan masa yang sesuai. Setelah tarikh temujanji diperolehi, sesi
temubual secara bersemuka dengan pakar yang mengambil masa lebih kurang 15
hingga 20 minit. Segala kandungan dan hasil temubual telah dirakam suara melalui
peranti perakam bagi mendapatkan hasil maklumbalas proses kajian yang dijalankan.

3.3 Fasa Analisis

Pengkaji menggunakan analisa Tematik bagi mendapatkan ulasan hasil temubual


yang dijalankan. Hasil rakaman temubual kemudiannya di catat mengikut proses
berikut:

43
Available online at http://journal.ump.edu.my/ijhtc International Journal of Humanities Technology and Civilization
(IJHTC) Copyright © Universiti Malaysia Pahang PressISSN: 2289-7216 (PRINT), e-ISSN: 2600-8815 (ONLINE)
IJHTC Issue 6, Vol 1 Disember 2019. pp40-48

1. Pengkaji mendengar rakaman temubual dengan merujuk soalan dari


helaian protokol temubual.
2. Setiap perincian maklumat di taip semula menggunakan perisian
Microsoft Word bagi memudahkan dapatan hasil kajian yang diperlukan.
3. Rakaman temubual diperdengarkan sebanyak tiga kali bagi mendapatkan
data maklumbalas yang tepat.

Analisa yang diperolehi dinyatakan dalam bentuk pernyataan jawapan. Ini


memandangkan pakar mempunyai kepakaran tentang solar fotovolta maka situasi dan
jawapan disusun agar lebih memudahkan pengkaji memahami setiap maklumat yang
diberi.

4,0 DAPATAN KAJIAN

Setelah proses temubual dijalankan terhadap pakar, beberapa maklumat awal telah
dikenalpasti seperti di jadual 1.

Jadual 1: Latar Belakang Maklumat Pakar

KOD UMUR JAWATAN PENGALAMAN


PAKAR INDUSTRI
P1 41 Pengarah Urusan 13
P2 38 Pengarah Urusan 10
P3 42 Pengurus 12

Dari segi pengalaman dalam bidang solar fotovolta, pakar mempunyai kemahiran
tinggi berkaitan sistem solar fotovolta samada secara teori dan teknikal. Mereka juga
turut melibatkan diri dalam aktiviti pemasangan solar fotovolta samada secara kendiri
atau luar grid. Berikut adalah kenyataan dari pakar yang terlibat dalam kajian ini:

“Kami telah menyelesaikan 38 projek sejak tahun 2013. Sebanyak 80% projek
melibatkan sistem luar grid antaranya sektor pertanian, pelancongan seperti resort,
chalet dan kenderaan. Selain itu kami juga berperanan memberi konsultansi
berkaitan sistem bergrid kepada pengusaha taman solar dan pemasangan solar di
bangunan-bangunan.” [P1]

Solar adalah salah satu sumber tenaga baru dalam penghasilan tenaga elektrik yang
semakin berkembang dan berdaya saing bukan sahaja di Malaysia malah di luar
negara turut diakui oleh ketiga-tiga pakar dengan penyataan di bawah:

44
Available online at http://journal.ump.edu.my/ijhtc International Journal of Humanities Technology and Civilization
(IJHTC) Copyright © Universiti Malaysia Pahang PressISSN: 2289-7216 (PRINT), e-ISSN: 2600-8815 (ONLINE)
IJHTC Issue 6, Vol 1 Disember 2019. pp40-48

“Industri solar di Malaysia semakin berkembang pesat namun ianya bergantung kepada
jenis pemasangan samada di taman solar atau pemasangan sistem bergrid. Perubahan
fasa telah bermula dari generasi pertama FIT (field in Taarif) dan kemudiannya diikuti
dengan generasi kedua dalam industri taman solar dan sistem bergrid pada bangunan.”
[P1]

“Pada pendapat saya, perkembangan industri solar juga turut bergantung dengan
pemain industri sendiri iaitu syarikat yang mengusahakan industri berkaitan solar.
Syarikat yang sedia ada berdaftar dgn seda lebih kurang 100 buah syarikat sahaja tetapi
tidak semua yg aktif menjalankan pernigaan ini. Hanya lebih kurang 20 hingga 30%
sahaja yang fokus terhadap perniagaan berasaskan solar. “[P2]

“Penghasilan tenaga elektrik yang bersumberkan teknologi baru yang mula dikaji oleh
saintis sejak berkurun lamanya dan kini telah diaplikasikan oleh banyak negara samada
negara maju dan negara yang kurang maju. Solar merupakan salah satu tenaga dari
sumber semulajadi yang mudah diperolehi selagi masih menerima sumber dari tenaga
matahari.”[P3]

Atas dasar pemintaan tinggi terhadap pemasangan solar maka peluang pekerjaan juga
meluas. Peranan industri dalam memajukan industri ini dengan sokongan dari
kerajaan memberi peluang samada dalam bentuk dana, geran dan pinjaman selain
wujudnya pusat latihan berkaitan pemasangan solar di Malaysia memberikan pelatih
memenuhi keperluan industri ini.

Peluang pekerjaan dalam industri pemasangan solar fotovolta lebih meluas terutama
yang menjurus kepada pemasangan dan teknikal namun ianya tidak memberi kesan
dalam jangkamasa panjang kerana peluang hanya bergantung kepada sesuatu projek
pemasangan sahaja dalam tempoh tertentu.” [P1]

“Jika dilihat dari segi peluang pekerjaan dalam bahagian pemasangan dan teknikal
memang memerlukan ramai tenaga pakar diperlukan. Namun ianya terbatas kerana
kekurangan pekerja yang mengetahui asas pemasangan sistem solar fotovolta itu
sendiri. Antara sebab kurangnya tenaga pekerja di Malaysia adalah syarat wajib
pekerja dalam pemasangan sistem solar mestilah terdiri dari warganegara
malaysia.” [P2]

“Pada pendapat saya, sekiranya kerajaan memberi lebih banyak peluang kepada
industri memajukan tempat yang tidak menerima bekalan elektrik terutamanya
kawasan luar bandar kepada bekalan tenaga solar, maka peluang pekerjaan secara
tidak langsung terbuka luas terutama yang berminat dengan teknologi ini. “[P3]

Peluang pekerjaan yang dibuka juga tidak terhad kepada mereka yang mempunyai
asas sedia ada. Syarikat yang menawarkan pekerjaan perlu lebih bersedia bagi
menerima pekerja yang tidak mempunyai kemahiran namun boleh dilatih dengan
pelbagai kaedah terkini. Hubungan antara tenaga kerja dan majikan juga merupakan
sesuatu yang penting elemen memandangkan kesannya yang kuat terhadap proses
inovasi dan penambahbaikan(Lin, 2011).

45
Available online at http://journal.ump.edu.my/ijhtc International Journal of Humanities Technology and Civilization
(IJHTC) Copyright © Universiti Malaysia Pahang PressISSN: 2289-7216 (PRINT), e-ISSN: 2600-8815 (ONLINE)
IJHTC Issue 6, Vol 1 Disember 2019. pp40-48

“Kebanyakan pekerja baru mempunyai asas elektrik tetapi pengetahuan tentang asas
pemasangan solar agak berkurangan disebabkan kurang latihan praktikal. Kami
tidak sempat menyediakan latihan asas semuanya ketika di lapangan sebenar dan
diberi penerangan dan latihan secara lisan semasa menjalankan kerja .”[P1]

“Biasanya pekerja baru diambil dari pelajar dan yang biasa dengan industri serta
mempunyai pengalaman asas maka mereka tidak memerlukan latihan yg banyak
sebelum menjalani pekerjaan sebenar dalam pemasangan solar. “[P2]

Antara kaedah yang boleh diaplikasikan kepada pekerja baru adalah memberi latihan
asas dengan kemahiran tangan menggunakan komponen elektrik dan panel solar.
Kemahiran yang dilatih dapat memberi keyakinan pekerja alam menjalankan
pekerjaan sebenar. Ianya dipersetujui oleh ketiga-tiga pakar yang ditemubual.

“Sekiranya ada alat latihan kepada pekerja terutama pekerja baru yang terlibat
dengan pemasangan solar, ianya pasti sangat membantu dalam pemahaman selain
mengurangkan risiko yang melibatkan keselamatan, masa dan kos kerja. “[P2]

“Kepakaran yang kami berikan kepada tenaga kerja baru lebih kepada sistem
sebenar. Namun begitu, sekiranya alat latihan sistem solar fotovolta dibangunkan
ianya merupakan bonus terutama kepada pekerja baru.” [P1]

“Apa jua pekerjaan berkaitan pemasangan yang melibatkan kemahiran tangan yang
berkaitan tenaga elektrik seharusnya tenaga pekerja baru wajib mempunyai latihan
asas kerana ianya melibatkan faktor keselamatan pekerja dan peralatan yang
digunakan. “[P3]

Ketiga-tiga pakar juga mencadangkan beberapa keperluan sekiranya satu alat latihan
dibangunkan untuk digunapakai oleh pihak industri sebagai latihan kepada pekerja
baru berkenaan asas sistem pemasangan Solar Photovoltaic.

“Sekiranya ada alat latihan yang sesuai ianya sangat bagus terutama boleh
digunakan kepada pekerja baru yang tiada pengetahuan asas dan juga latihan kepada
pekerja sebagai latihan bagi pemantapan pengetahuan Cadangan saya alat latihan
yang sesuai dibangunkan perlu lebih kepada pendedahan secara latihan praktikal di
luar kawasan serta dapat mengukur prestasi solar panel yang sebenar. Ini termasuk
latihan yang menunjukkan jenis solar, jenis pengawal pengecasan, jenis bateri yang
digunapakai di industri. Ianya dapat mengaplikasikan realiti sebenar industri
pemasangan solar fotovolta yang sebenar.” [P1]

“Dari segi inovasi memang memerlukan alat latihan baru untuk pekerja yang baru.
Alat latihan yg dicadangkan dimana ianya sesuai digunakan di tempat tinggi kerana
latihan di tempat rendah dan tinggi berbeza terutama dari segi susunan kabel.
Bacaan suhu juga boleh menyebabkan pembaziran cas elektrik. Ini bagi memberi
gambaran sebenar pekerjaan di tempat tinggi seperti pemasangan di bumbung
bangunan.” [P2]

46
Available online at http://journal.ump.edu.my/ijhtc International Journal of Humanities Technology and Civilization
(IJHTC) Copyright © Universiti Malaysia Pahang PressISSN: 2289-7216 (PRINT), e-ISSN: 2600-8815 (ONLINE)
IJHTC Issue 6, Vol 1 Disember 2019. pp40-48

“Pembangunan alat latihan seharusnya mempunyai ciri inovasi yang berbeza dengan
alat pasang siap yang dijual di atas talian. Selain itu, alat tersebut juga perlu
mengambil kira kos yang lebih ekonomi agar tidak membebankan pihak industri yang
baru bertapak dalam sistem pemasangan solar fotovolta ini. Alat latihan solar
fotovolta tersebut juga perlu disertakan dengan spesifikasi dan manual pengguna
sebagai rujukan.” [P3]

5.0 KESIMPULAN

Hasil kajian, pengkaji mendapati kebanyakan syarikat yang terlibat dalam industri
pemasangan solar fotovolta tidak mempunyai alat latihan yang khusus berkaitan asas
pemasangan. Latihan yang diberi hanyalah latihan yang terus diaplikasi ke lapangan
kerja sebenar. Ini disebabkan kos alat latihan yang tinggi serta ciri alat latihan yang
dibeli dari luar negara kurang menepati pemahaman kepada industri. Sejajar dengan
itu, pembangunan alat latihan solar fotovolta amat diperlukan oleh industri solar di
Malaysia turut dipersetujui oleh ketiga-tiga pakar. Pakar juga turut mencadangkan
sekiranya satu alat latihan sistem pemasangan solar dibangunkan, beberapa kriteria
perlu diberi keutamaan antaranya alat tersebut merupakan alat yang mudah
dikendalikan terutama kepada pekerja yang tidak mempunyai pengetahuan asas
elektrik agar mudah pekerja tersebut menjalankan latihan dengan lebih selamat. Selain
itu, alat latihan yang lebih ekonomi serta tidak menelan kos yang sangat tinggi juga
perlu diberi penekanan bukan sahaja kos pembelian malah kos pembaikan dan kos
ujilari peralatan. Ketiga-tiga pakar telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam proses
kajian ini dengan memberi maklumat dan idea berkaitan keperluan alat latihan sistem
solar fotovolta bagi memenuhi keperluan industri di Malaysia.

RUJUKAN

Almaktar, M., Rahman, H. A., & Hassan, M. Y. (2015). Photovoltaic technology in


Malaysia : past , present , and future plan, 6451.
https://doi.org/10.1080/14786451.2013.852198

Energy, G., Kumar, A., & Sharma, A. (2015). Solar Photovoltaic Technology and Its
Sustainability Solar Photovoltaic Technology and Its Sustainability.
ResearchGate, (April). https://doi.org/10.1007/978-81-322-2337-5

Gameli Kofi Bedzo. (2013). Entry Plan For A Solar Product Manufacturing Company.
Goswami, D. Y. (2001). Present Status of Solar Energy Education. Americaan Society
for Engineering Education.

Keightley, E., Pickering, M., & Allett, N. (2012). The self-interview: a new method
in social science research. International Journal of Social Research
Methodology, 15(6), 507–521. https://doi.org/10.1080/13645579.2011.632155

Lin, G. (2011). The promotion and development of solar photovoltaic industry:


Discussion of its key factors. Distributed Generation and Alternative Energy
Journal, 26(4), 57–80. https://doi.org/10.1080/21563306.2011.10462204

47
Available online at http://journal.ump.edu.my/ijhtc International Journal of Humanities Technology and Civilization
(IJHTC) Copyright © Universiti Malaysia Pahang PressISSN: 2289-7216 (PRINT), e-ISSN: 2600-8815 (ONLINE)
IJHTC Issue 6, Vol 1 Disember 2019. pp40-48

Mughal, S., Sood, Y. R., & Jarial, R. K. (2018). A Review on Solar Photovoltaic
Technology and Future Trends. ResearchGate, (April).

Muhammad-Sukki, F., Ineguez, R. R., G.Macmeekin, S., Brian, G. S., & Barry, C.
(2011). SOLAR CONCENTRATORS IN MALAYSIA: TOWARDS THE
DEVELOPMENT OF LOW COST SOLAR PHOTOVOLTAIC SYSTEM,
55(1), 53–65.

Ranjit, S., Anas, S., & Subramaniam, S. (2012). Development of Solar Educational
Training Kit. International Journal, 2(3), 25–29. Retrieved from
http://eprints.utem.edu.my/7364/

Sun, W., Kramer, B., & Stuart, J. (2014). A Review of the Commercial Trainers and
Experiment Kits for Teaching Renewable Energy Manufacturing.

48

You might also like