Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Report

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Apabila seseorang memperkatan tentang risiko keselamatan dan kesihatan di tempat


kerja, dia memperkatakan tentang kebarangankalian kecederaan itu berlaku dan impaknya
kepada pekerja akibat hazard yang terdapat di tempat beliau bekerja. Keberangkalian
adalah pengukuran frekuensi berlakunya kemalangan. Oleh kerana keberangkalian
berlakunya kemalangan dan impak kemalangan boleh di kawal, maka risiko boleh diurus
sehingga ia boleh diminimumkan dan diterima.

Terdapat tiga perkataan asas tetapi penting yang kerap digunakan di dalam pengurusan
risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan, perkataan tersebut ialah hazard, risiko dan
bahaya.

1.1 Hazard
Hazard adalah apa sahaja sendirian atau bersalingtindak antara satu dengan lain
mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza
ketenatannya, daripada yang mengakibatkan kematian sehinggahlah kepada
kecederaan kecil. “Occupational Safety and Health Assessment Series 18002”
(OSHA 18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard sebagai
punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan
dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta
benda, kerosakan persekitaran tempat kerja, atau gabungannya. Bahan kimia,
elektrik, biohazard, sistem kerja tidak selamat adalah beberapa contoh.

1.2 Risiko
Menurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan
(kebarangkalian) dan akibat sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga
boleh di takrifkan sebagai gabungan-gabungan factor-faktor keberangakalian
berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan tersebut.
Keberangkalian di sini bermaksud cansa kemalangan itu berlaku.

1
1.3 Bahaya

Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini
lebih bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukan sesuatu keadaan risiko.
Misalnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan lebih
berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah kepada hazard.

Perhubungan di antaras hazard, risiko dan bahayaPerhubungan di antara hazard, risiko


dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan contoh. Asid hidroklorik pekat
adalah hazard kimia kerana sifat intrinsik korosifnya yang berpotensi mengakibatkan
kemudaratan kepada kesihatan manusia dan kerosakan kepada sesetengah bahan. Risiko
percikan asid ke muka pekerja adalah tinggi bagi mereka yang tidak memakai perisai muka
berbanding dengan mereka yang memakainya. Bahaya jika sedut asid dengan hidroklorik
dengan mulut.

2
2.0 SAFETY AND HEALTH HAZARD

Kumpulan kami telah kami telah diberikan tugasan untuk menjalankan satu kajian dan soal
selidik berkaitan dengan hazard di tempat yang kami pilih sesuai dengan kehendak tugasan
iaitu di KAMSIS Politeknik Kota Kinabalu (tempat kediaman). Semasa menjalankan kajian
ini, kami mendapati banyak hazard yang berpotensi boleh mengakibatkan kemalangan ataupun
kecederan terhadap Siswa/Siswi yang mendiami Kamsis ini. Antara contoh hazard yang dapat
kami kenal pasti adalah ;

1. Tangga menjadi licin ketika hujan


2. Lantai basah dan licin akibat kebocoran
3. Suis rosak dan tidak diselenggara dengan betul
4. Skru pada kipas siling longgar dan tercabut,
5. Engsel pada tingkap bengkok atau berkarat
6. Kerusi dan meja yang sedia ada longgar, bergoyang dan tercabut.

3
2.1 Tangga menjadi licin ketika hujan

Rajah 2.1.1

Keadaan dinding dan siling yang mengalami kebocoran menyebabkan air masuk ke
kawasan tangga aras 5 blok O ketika hujan. Hal ini boleh menyebabkan kemalangan
dan kecelakaan yang menyebabkan kecederaan kepada pengguna tangga tersebut.

2.2 Lantai basah dan licin akibat kebocoran

Rajah 2.2.1 Rajah 2.2.2

Keadaan lantai ruang legar aras 5 blok O yang basah di banjiri air akibat siling yang
bocor kerana tidak diselenggara dengan baik. Hal ini berpotensi menyebabkan kemalangan
kepada individu yang melalui kawasan tersebut.

4
2.3 Mentol kurang terang atau terlalu terang tanpa penghadang

Rajah 2.3.1

Keadaan beberapa lampu di ruang legar dan bilik di aras 5 blok O yang terlalu
terang atau kurang terang boleh menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada penghuni di
aras 5 blok O. Ini boleh menyebabkan penghuni menjadi kurang produktif kerana
mengalami sakit-sakit mata akibat keaadan mentol tersebut.

2.4 Skru pada kipas siling longgar dan tercabut

Rajah 2.4.1

Kondisi kipas tersebut boleh menyebabkan kecelakaan yang serius kepada penghuni
aras 5 blok O.

5
2.5 Engsel pada tingkap bengkok atau berkarat

Rajah 2.5.1 Rajah 2.5.2

Keadaan engsel pada tingkap yang bengkok dan berkarat menyebabkan tingkap
sukar ditutup atau dibuka. Hal ini boleh menyebabkan keberangkalian pengguna tingkat
untuk tersepit jari adalah tinggi.

2.6 Kerusi dan meja yang sedia ada longgar, bergoyang dan tercabut.

Rajah 2.6.1

Keadaan kerusi dan meja sedia ada yang longgar , bergoyang dan tercabut kemungkinan
besar menyebabkan kecederaan kepada pengguna dari segi fizikal seperti patah kaki, patah
tangan, hentakan pada kepala dan lain-lain.

6
3.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AKTA KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN

Pada Akta 514, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Bahagian V Tugas
Umum Pereka, Pengilang dan Pembekal, Seksyen 20, Tugas umum pengeluar, berkenaan
dengan pelan untuk digunakan di tempat kerja. Seksyen tersebut menyatakan tugas pereka
pelan perlu memastikan pelan direka dan dibina mestilah selamat dan tanpa risiko apabila
digunakan dengan cara yang betul. Pereka turut perlu melakukan percubaan dan pemeriksaan
yang perlu untuk memastikan pelan telah dibina dengan baik.

Dalam Seksyen 23 bahagian yang sama, mana-mana individu (pereka pelan) yang didapati
melanggar peruntukan Seksyen 20 tersebut dan terbukti bersalah, persalah tersebut boleh
dikenakan denda tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Manakala pada Akta 514, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Bahagian V
Tugas Umum Pereka, Pengilang dan Pembekal, Seksyen 24, Tugas umum pekerja, pada kes
ini adalah penghuni. Setiap penghuni perlu mengambil langkah perihatin terhadap keselamatan
dan kesihatan diri sendiri dan inividu yang mungkin terlibat atas kelakuannya. Peghuni juga
perlu memberi kerjasama dan mematuhi arahan daripada individu yang ditugaskan dengan
mematuhi larangan dan saranan yang telah ditetapkan oleh pihak tertinggi.

7
4.0 ANGGARAN RISIKO KESELAMATAN DAN KESIHATAN DARIPADA
BAHAYA

Severity (S)
Likelihood (L) 1 2 3 4 5
5 5 10 15 20 25
4 4 8 12 16 20
3 3 6 9 12 15
2 2 4 6 8 10
1 1 2 3 4 5

1-4 Trivial
5-12 Moderate
13-25 Intolerable

CONTROL LEVEL
1 - 10 Acceptable Risk / ONE control Measure
11-25 at least TWO control Measure

LIKELIHOOD
5 Most likely Happen 2 times within a week
4 Possible Happen 1 times within a week
3 Conceivable Happen 1 times within a Month
2 Remote Happen 1 times within a year
1 inconceivable Happen 1 times within 2 year

SEVERITY
5 Catastrophic Numerous Fatality (more than 1 fatalities)
4 Fatal One Fatality
Injury with 4 or more days of MC by certified
3 Serious
Doctors, Permanent disability
Minor Injury with less than 4 days of MC by
2 Minor
Certified Doctors
1 First Aid Case Injury without MC from Certified Doctors

8
Hazard Kesan Kemungkinan Keparahan Risiko
Luka dan cedera anggota
Tangga menjadi licin
badan dan menyebabkan 3 3 9
ketika hujan
sakit belakang
Lantai basah dan licin Luka dan cedera anggota
ketika hujan akibat badan dan menyebabkan 3 3 9
kebocoran sakit belakang
Mentol kurang terang atau
terlalu terang tanpa Sakit mata dan tidak selesa 3 2 6
penghadang
Skru pada kipas siling Cedera ringan atau cedera
2 3 6
linggar dan tercabut teruk
Engsel pada tingkap
Luka, tersepit jari 5 1 5
bengkok atau berkarat
Kerusi dan meja yang
Menyebabkan luka dan
sedia ada longgar, 4 2 8
Kecederaan anggota badan
bergoyang dan tercabut

9
5.0 KEUTAMAAN BAHAYA BERDASARKAN NILAI RISIKO

Bahaya boleh dikenalpasti dan diberi keutamaan melalui tahap risiko dan perlu
diberikan keutamaan untuk mengatasi bahaya tersebut. Persamaan yang digunakan bagi
mengetahui tahap risiko sesuatu bahaya itu ialah :

Kemungkinan X Keparahan = Risiko

Daripada persamaan di atas, keutamaan bahaya adalah seperti berikut :

• Tangga menjadi licin ketika hujan


1

• Lantai basah dan licin ketika hujan akibat kebocoran


2

• Kerusi dan meja yang sedia ada longgar, bergoyang dan tercabut
3

• Skru pada kipas siling linggar dan tercabut


4

• Mentol kurang terang atau terlalu terang tanpa penghadang


5

• Engsel pada tingkap bengkok atau berkarat


6

10
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulanya, berdasarkan tugasan yang telah kami laksanakan, kami mendapati


bahawa keselamatan dan kesihatan perlulah diambil berat dalam semua situasi. Penubuhan
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 amat penting dalam memastikan keselamatan
dan kesihatan di semua tempat adalah terjaga dan terjamin. Melalui tugasan ini juga kami dapat
mengaplikasi ilmu yang telah kami pelajari di dalam kelas.

11
7.0 RUJUKAN
1. Laman Web Rasmi “Department Of Occupational Safety And Health, Ministry of
Human Resources”; http://www.dosh.gov.my/index.php/en/legislation/acts
2. Law of Malaysia, Act 514, Occupational Safety and Health Act 1994
3. Mohd Khairul Domadi, (2016). Occupational Safety and Health. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn.Bhd.

12

You might also like