Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Laporan Aktiviti Pibg 2014

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN AKTIVITI PIBG 2014/2015

Pendahuluan
Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2014 telah dilantik dalam Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-13 pada 15 Mac 2014 yang lepas. Semua ahli yang dilantik telah
berusaha untuk memberikan sumbangan dan khidmat terbaik dari segi tenaga,
masa dan buah fikiran dalam usaha untuk melahirkan insan/murid-murid yang
berjaya dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Aktiviti dan sumbangan :


Sepanjang tahun 2014, PIBG telah berusaha untuk menyalurkan khidmat dan
sumbangan serta bantuan kepada pihak sekolah dalam memastikan segala
program yang dirancangkan dapat dijalankan dengan lancar demi menjana
kecemerlangan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 ini.
Antara aktiviti dan sumbangan yang telah diadakan ialah :

1) Sepanjang sesi 2014/2015, AJK PIBG telah bermesyuarat sebanyak 8 kali


bagi merancang dan dan menjalankan program yang telah dirancang.
2) Mesyuarat Agung PIBG 2014/2015.
3) Sumbangan sempena Hari Guru.
4) Sumbangan Hari Kejohanan Sukan Tahunan dan Balapan.
5) Sumbangan Untuk Hari Kanak-kanak.
6) Perbelanjaan Perkhidmatan RELA bagi menjaga lalulintas dan keselamatan
pelajar pada waktu pagi dan petang.
7) Sumbangan pembangunan sukan Bola Jaring dan juga sumbangan di atas
kejayaan yang diraih oleh pasukan Bola Jaring SKBK 2.
8) Hadiah berbentuk wang untuk murid-murid yang mendapat 5A dan 4A
dalam UPSR 2014.
9) Peruntukan bagi Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014.
10) Sumbangan Kertas A4.
11) Bayaran upah membersihkan batang-batang pokok yang telah ditebang di
kawasan sekolah.
12) Peruntukan guru ganti yang menggantikan guru-guru yang berkursus
dalam jangkamasa yang singkat. PIBG membayar sebanyak RM50 sehari
(hari bekerja sahaja). Peruntukan setahun terhad kepada RM3000 sahaja.
13) Sumbangan 3 unit komputer dan sebuah printer di bilik guru.
14) Peruntukan bagi PA System sekolah.
15) Sumbangan kerusi plastik untuk murid sebanyak RM1900.
16) Sumbangan Program Iftar Jamaie bagi Majlis Berbuka Puasa.
17) Upah pemasangan pave di laluan pagar kecil.
18) Derma pembinaan surau SK Johan Setia.
19) Baik pulih kipas dan lampu di kelas-kelas.
20) Program Karnival Usahawan bagi menambah tabungan PIBG dan
menambah tabungan pembinaan bumbung.
21) Program Kitar Semula bagi menambah Tabung Pembinaan Bumbung.
22) Membayar tambang bas bagi peserta Olahraga dan Balapan bagi Acara
Sukan Tahunan.

You might also like