Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Program Multi

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Mathematics Understanding & Learning Through

Intervention

SEKOLAH RENDAH
KAMPUNG MENENGAH,
KLUSTER 5
[Kertas Kerja Program MuLti]
Disediakan Oleh:
Cikgu Mirady Floridzan Bin Abd.Rahman.

2015

SEKOLAH RENDAH KAMPUNG MENENGAH, KLUSTER 5


PROGRAM MULTI
(Mathematics Understanding & Learning Through Intervention)
RASIONAL
Dalam negara kita menuju era wawasan 2035 dan penguasaan kepentingan ilmu
pengetahuan dalam SPN21, kepelbagaian kemahiran amatlah dititikberatkan. Matematik
merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang amat penting dalam kehidupan
seharian. Penggunaan nombor dan pelbagai operasi seperti tambah, tolak, darab dan
bahagi sama ada disedari atau tidak merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Oleh
itu amatlah wajar murid-murid menguasai secara optimum kemahiran-kemahiran dalam
mata pelajaran ini. Dengan ini adalah diharapkan agar aktiviti-aktiviti yang terkandung
dalam program ini akan dapat melahirkan warga Sekolah Rendah Kampung Menengah
yang pintar sifir dan bijak Matematik.
MATLAMAT
Adalah diharapkan program ini akan dapat :
1. Melahirkan murid-murid yang pintar dalam fakta asas Matematik dan juga sifir.
2. Meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran Matematik dan ;
3. Mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian dan peperiksaan kendalian
sekolah atau pihak Jabatan Sekolah-Sekolah.
OBJEKTIF
1. Mempunyai kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah Matematik.
2. Menyelesaikan masalah Matematik dengan cepat dan tepat.
3. Mempraktikkan kemahiran-kemahiran melalui latihan-latihan yang disediakan.
4. Menjadikan amalan membaca fakta asas sebagai sebahagian daripada hidup
5. Murid menguasai sepenuhnya fakta asas Matematik.

SASARAN
Semua murid dari Pra hingga Tahun 5.
JANGKA MASA
Sepanjang tahun dan berterusan.
STRATEGI DAN CARA PELAKSANAAN AKTIVITI
Murid-murid akan diberikan ujian saringan terlebih dahulu untuk menentukan tahap
penguasaan kemahiran Matematik masing-masing. Kemudian, mereka akan
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Bronze bagi yang masih belum
dapat menguasai kemahiran Matematik khususnya sifir dengan baik, Kumpulan
Silver bagi yang berkebolehan sederhana dan Kumpulan Gold bagi yang
berkemahiran tinggi. Setiap kumpulan akan diawasi dan dibimbing oleh guru-guru
yang telah dilantik (Rujuk Lampiran 1). Aktiviti akan diadakan pada setiap hari Isnin
dan Selasa setiap minggu hari persekolahan (Rujuk Lampiran 2).
1. Projek 7.30-7.50 pagi.
Hafalan sifir, latihan congak atau fakta asas secara lisan diadakan setiap hari Isnin
dan bermula 7.30 hingga 7.50 pagi. Murid disusun mengikut kumpulan masingmasing (Bronze, Silver dan Gold) dan akan dibawa ke tempat-tempat yang berlainan.
Guru yang bertugas akan menentukan fakta asas Matematik dan sifir yang perlu
dibaca pada hari tersebut. Pada hari berikutnya (Selasa), ujian singkat secara bertulis
dan juga lisan akan diadakan bertujuan untuk menilai kebolehan serta pemahaman
murid-murid.
Pada setiap penghujung bulan, murid-murid akan diberikan ujian mengikut kumpulan
masing-masing. Ujian tersebut adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana tahap
kebolehan murid. Bagi murid-murid yang menunjukkan peningkatan serta aktif di

dalam kumpulannya, mereka akan layak untuk dinaikkan ke kumpulan seterusnya


contoh dari Kumpulan Bronze ke Kumpulan Silver dan dari Kumpulan Silver ke
Kumpulan Gold. Di samping itu, mereka juga akan diberikan insentif berupa hadiah
penghargaan dari pihak sekolah atas usaha serta pencapaian yang telah mereka
tunjukkan. Walau bagaimanapun, mana-mana murid dari Kumpulan Gold dan Silver
yang tidak bergiat aktif, kurang minat dan menunjukkan prestasi yang kurang
cemerlang akan diturunkan contohnya dari Kumpulan Silver ke Kumpulan Bronze.

**Murid yang telah menguasai fakta asas Matematik dan juga sifir dari Kumpulan
Gold boleh diambil untuk membantu rakan yang lain dalam Kumpulan Silver dan
Bronze (kaedah rakan bantu rakan)**
2. Menguji kecekapan dan kemahiran Sifir dan Fakta Asas Matematik
Setiap murid dimestikan mempunyai sebuah buku log/ fail peribadi untuk
kegunaan latihan congak. Guru Matematik boleh menggunakan 5 hingga 10 minit
waktu pengajaran (set induksi) untuk menguji kecekapan secara lisan atau kemahiran
bertulis. Sesudah itu, guru dan murid menyemak bersama-sama. Kemudian, guru
akan mencatatkan, mengumpulkan skor murid dan membuat analisis serta laporan
untuk dihadapkan kepada Guru Besar sebulan sekali.
3. Mengedarkan Carta Sifir / Kad Sifir dan Formula Matematik.
Guru menyediakan carta sifir dan formula-formula Matematik ; diedarkan kepada
murid-murid untuk kegunaan mereka di rumah sebagai rujukan. Di dalam kelas pula,
guru boleh menyediakan carta sifir tanpa jawapan yang boleh juga digunakan sebagai
Alat Bantu Mengajar.

HALANGAN
1. Sukar menjadikan congak sebagai satu kebiasaan.
2. Pertindihan waktu dengan aktiviti lain.
3. Murid lewat hadir ke sekolah.
4. Murid tidak hadir ke sekolah.
5. Komitmen-komitmen yang lain.
PENYELESAIAN
1. Pengurusan masa yang sistematik dan efisiyen.
2. Berikan ganjaran kepada murid-murid yang menunjukkan peningkatan prestasi.
3. Pengagihan tugas serta kerjasam pada di kalangan guru-guru.
4. Mengwujudkan home-link antara pihak sekolah dan ibu bapa/ penjaga murid.

SUMBER KEWANGAN
1. Peruntukan sekolah.
2. Sumbangan guru-guru / ibu bapa / tajaan (jika ada)
INSTRUMEN PENILAIAN
1. Semakan semasa Guru Matematik & Pengawas Kumpulan.
2. Semakan berkala Guru Besar / Guru Kanan Akademik
3. Pertandingan Hafalan Sifir / Congak
4. Kuiz Matematik / Permainan Matematik
5. Ujian bulanan.

Lampiran 1: PROGRAM MULTI


(Mathematics Understanding & Learning Through Intervention)
Pembahagian Guru Pengawas dan Guru Bimbingan bagi setiap kumpulan :
Hari / Masa : Isnin dan Selasa 7.30-7.50 pagi.
Kumpulan Bronze
Guru Pengawas :

Kumpulan Silver
Guru Pengawas :

Kumpulan Gold
Guru Pengawas:

Cikgu Ismail
Guru Pembimbing :

Cikgu Hjh.Kamariah
Guru Pembimbing :

Cikgu Dina Masfa


Guru Pembimbing :

Cikgu Hjh.Safiah

Cikgu Adi

Cikgu Fadzillah

Cikgu Hjh.Eza

Cikgu Peranchis

Cikgu Hjh.Serinah

Cikgu Hjh.Rakiah

Cikgu Darren

Cikgu Zuraimah

Cikgu Mirady

Cikgu Nur Syahida

Ustazah Ramlah

Cikgu Anne
Lokasi Kelas Bimbingan:

Lokasi Kelas Bimbingan:

Lokasi Kelas Bimbingan:

Blok Pra Sekolah

Makmal Sains

Makmal Matematik

Senarai Nama Murid Mengikut Kumpulan :


Kumpulan Bronze

Kumpulan Silver

Kumpulan Gold

PELAN RANCANGAN PROGRAM MULTI

TARIKH /
AKTIVITI

MASA
CADANGAN

/ Ujian Saringan

PENYERTAAN

TEMPAT

Murid Pra-Tahun 5

Pembukaan Rasmi
1.

SASARAN

Jun 2015

SRKM lobby
Semua Guru

dan Pembahagian
Kumpulan

Murid Pra-Tahun 5
2.

3.

4.

5.

Sifir dan Jelajah

Jun Julai

Kira

2015

Sifir dan Fun With

Julai Ogos

Symbols

2015

Sifir dan Bijak


Kira

Cabaran Sifir

Sains / Makmal
Semua Guru

Matematik

Murid Pra-Tahun 5

Bangunan Pra/ Makmal


Sains / Makmal

Semua Guru

Matematik

Murid Pra-Tahun 5

Bangunan Pra/ Makmal

Ogos
September

Bangunan Pra/ Makmal

Sains / Makmal
Semua Guru

Matematik

Murid Pra-Tahun 5

Bangunan Pra/ Makmal

2015

Sains / Makmal

September
Oktober 2015

Semua Guru

Matematik

Murid Pra-Tahun 5
6.

Majlis Penutup

SRKM lobby

November
2015

Semua Guru

Lampiran 2: TATACARA MENGENDALIKAN AKTIVITI

Aktiviti : Sifir, Cabaran Sifir dan Jelajah Kira


Aktiviti ini mengkehendaki murid menghafal sifir pada setiap hari Isnin.
Pada hari Selasa, ujian sifir akan dijalankan (semua kumpulan).
Guru hendaklah bersedia dengan stop watch untuk mencatat masa yang diambil
oleh murid untuk menjawab soalan.
Masa maksima ditentukan oleh guru pengawas kumpulan.
Batalkan penyertaan jika tempoh masa telah yang telah ditetapkan.
Murid boleh mengikuti ujian ini sekali sahaja dalam seminggu (selasa) tetapi
boleh mengulang semula untuk memperbaiki keputusan pada bila-bila masa.
Murid yang terpantas menyusun jawapan akan menjadi pemenang.
Rekodkan penyertaan di dalam file peribadi murid.

Aktiviti : Fun With Symbol, Mathematics Puzzles dan Bijak Kira


Guru memilih bahan soalan yang bersesuaian dengan tahap murid.
Guru memperbanyakkan bahan mengikut bilangan murid.
Guru mengedarkan bahan kepada murid dalam kumpulan masing-masing.
Beri peluang murid untuk menjawab di luar waktu P & P
Guru mengumpulkan jawapan murid mengikut kelas masing-masing.
Guru Pengawas dan Pembimbing kumpulan memilih pemenang.
Dokumentasikan bilangan penyertaan dan pemenang.
Jawapan pemenang hendaklah dilekatkan di kertas bersaiz A4 sebagai contoh
jawapan terbaik.

You might also like