Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Academia.eduAcademia.edu

ISU DAN CANDANGAN KE ARAH PELAKSANAAN HUKUMAN TA’ZIR BAGI JENAYAH RASUAH DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

Jenayah rasuah bukan lagi merupakan sesuatu yang asing bagi setiap negara di dunia ini. Kesalahan rasuah sudah menular dalam kalangan masyarakat di seluruh pelusuk dunia, cuma yang membezakan diantara negara-negara ialah seteruk manakah gejala jenayah rasuah ini berlaku. Sering kali dipaparkan didada-dada akhbar mahupun dikaca televisyen berkaitan dengan individu-individu yang ditangkap kerana melakukan kesalahan rasuah. Bagi negara Malaysia, jenayah rasuah telah dikenalpasti sebagai jenayah yang perlu ditangani dengan segera dan merupakan jenayah yang cukup serius. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditubuhkan adalah untuk menjadi pihak yang bertanggungjawab dalam membanteras jenayah rasuah dalam negara ini. Apa yang membimbangkan adalah laporan daripada SPRM mendapati indeks bagi kesalahan jenayah rasuah di negara ini semakin meningkat setiap tahun, hasil daripada kejayaan operasi SPRM sama ada melalui tangkapan dan siasatan. Hukuman yang diguna pakai bagi kesalahan jenayah rasuah di Malaysia adalah berdasarkan hukuman sivil yang mana telah diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 dan dibawah Kanun Keseksaan Akta 574. Selain daripada hukuman berdasarkan sivil, hukum Islam juga ada memperuntukkan hukuman bagi kesalahan rasuah dan kesalahan yang bersangkut paut dengannya iaitu melalui hukuman Ta’zir. Maka dengan itu, kajian yang dilakukan adalah bagi mengenal pasti setiap aspek berkaitan dengan kesalahan rasuah meliputi faktor, kesan, dan yang lebih utama adalah melihat kepada hukuman yang dikenakan dan diperuntukkan bagi kesalahan rasuah menurut perspektif Islam.

58 Seminar Undang-Undang Jenayah Islam Kebangsaan 2014 ISU DAN CANDANGAN KE ARAH PELAKSANAAN HUKUMAN TA ZIR BAGI JENAYAH RASUAH DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA MOHAMAD AFANDI MD ISMAIL Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Jenayah rasuah bukan lagi merupakan sesuatu yang asing bagi setiap negara di dunia ini. Kesalahan rasuah sudah menular dalam kalangan masyarakat di seluruh pelusuk dunia, cuma yang membezakan diantara negara-negara ialah seteruk manakah gejala jenayah rasuah ini berlaku. Sering kali dipaparkan didada-dada akhbar mahupun dikaca televisyen berkaitan dengan individu-individu yang ditangkap kerana melakukan kesalahan rasuah. Bagi negara Malaysia, jenayah rasuah telah dikenalpasti sebagai jenayah yang perlu ditangani dengan segera dan merupakan jenayah yang cukup serius. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditubuhkan adalah untuk menjadi pihak yang bertanggungjawab dalam membanteras jenayah rasuah dalam negara ini. Apa yang membimbangkan adalah laporan daripada SPRM mendapati indeks bagi kesalahan jenayah rasuah di negara ini semakin meningkat setiap tahun, hasil daripada kejayaan operasi SPRM sama ada melalui tangkapan dan siasatan. Hukuman yang diguna pakai bagi kesalahan jenayah rasuah di Malaysia adalah berdasarkan hukuman sivil yang mana telah diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 dan dibawah Kanun Keseksaan Akta 574. Selain daripada hukuman berdasarkan sivil, hukum Islam juga ada memperuntukkan hukuman bagi kesalahan rasuah dan kesalahan yang bersangkut paut dengannya iaitu melalui hukuman Ta zir. Maka dengan itu, kajian yang dilakukan adalah bagi mengenal pasti setiap aspek berkaitan dengan kesalahan rasuah meliputi faktor, kesan, dan yang lebih utama adalah melihat kepada hukuman yang dikenakan dan diperuntukkan bagi kesalahan rasuah menurut perspektif Islam. PENGENALAN Jenayah rasuah pada masa kini dilihat semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.Terdapat pelbagai kes dilaporkan berlaku berkait dengan gejala rasuah. Rasuah adalah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya. Sebagaimana gejala pelacuran dan perjudian yang disifatkan sebagai antara gejala sosial negatif yang tertua sejak wujudnya peradaban manusia, perbuatan memberi dan menerima rasuah juga telah wujud sekian lama, malah ada yang beranggapan ianya merupakan amalan biasa. Walau bagaimanapun, amalan yang dianggap biasa terutamanya yang besifat buruk seharusnya tidak menjadi amalan berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras. Seandainya gejala rasuah ini diterima oleh masyarakat sebagai amalan biasa, dibimbangi akan membawa kehancuran kepada seluruh 58 59 Seminar Undang-Undang Jenayah Islam Kebangsaan 2014 masyarakat, bangsa dan negara seperti mana yang berlaku kepada sejarah tamadun besar dunia. Sebagai sebuah negara yang mempunyai entiti masyarakat memang diakui negara Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah ini. Walaupun telah diwujudkan suatu hukuman kepada mereka yang didapati mengamalkan gejala rasuah ini, namun daripada apa yang dapat dilihat, hukuman itu seakanakan tidak mendatangkan sebarang perubahan kepada masyarakat dan orang ramai terhadap pemikiran mereka mengenai kesalahan jenayah rasuah. Malahan gejala rasuah ini dilihat semakin lama semakin menjadi-jadi dan seakan-akan tidak dibendung lagi. Adakah hukuman yang dikenakan terhadap pesalah rasuah tidak begitu relevan atau mendatang ketakutan kepada pihak-pihak yan terlibat. Perlukah diwujudkan suatu hukuman baru bagi kesalahan jenayah rasuah yang mana lebih mendatangkan ketakutan kepada masyarakat dan membawa kepada penyelesaian kepada gejala ini. Dalam konteks agama Islam, amalan rasuah adalah suatu amalan yang sangat dilarang dan diharamkan. Perbuatan menerima dan memberi rasuah ini dikutuk dengan kerasnya oleh Allah s.w.t sebagaimana dinyatakan dalam hadis nabi. Daripada Abdullah bin Amr berkata, maksudnya: Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah (riwayat Imam al-Tirmiziyy). Pemberi dan penerima rasuah berhak mendapat kemurkaan Allah dan dijauhkan daripada mendapat rahmat Allah kerana telah melakukan perbuatan yang batil dan mengambil sesuatu yang bukan hak mereka. Terdapat banyak lagi hadis-hadis nabi yang sangat melarang dan mengutuk perbuatan rasuah. Di dalam Al-Quran Allah telah melarang perbuatan mengambil harta secara batil, sebagaimana firmannya dalam surah Al-Baqarah ayat 188:                   Maksudnya: Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia Dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya. Namun begitu, masih ramai dikalangan masyarakat yang terlibat dengan rasuah yang kadangkala tanpa mereka sedari, yang mana istilahnya diubah kepada hadiah dan sebagainya. Hal ini terjadi baik untuk mendapatkan jawatan atau pekerjaan, tender, untuk masukkan anak ke sekolah atau universiti, atau untuk mencapai tujuan dunia yang lain. Ini adalah suatu kezaliman yang jelas kerana mengambil sesuatu yang mungkin sepatutnya hak orang lain. Apa pun istilah yang diguna pakai oleh masyarakat, perbuatan seperti ini tetap menjadi suatu perbuatan yang sama sekali dilarang oleh agama islam. ISU BERKAIT DENGAN JENAYAH RASUAH 59 60 Seminar Undang-Undang Jenayah Islam Kebangsaan 2014 Sebagaimana yang umum ketahui, permasalahan berkait dengan jenayah rasuah adalah suatu yang membimbangkan dan perlu diberikan perhatian serius. Setiap tahun dilaporkan pelbagai kes berkait dengan rasuah boleh dilihat melalui media elektronik atau media massa. Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan ianya perlu ditangani dengan segera kerana melibatkan masa depan negara. Maka dengan itu pengkaji melihat dan merasakan suatu kajian perlu dilakukan terhadap keberkesanan hukuman yang diperuntukkan terhadap pesalah jenayah rasuah. Hal ini kerana mengikut statistik yang dikeluarkan oleh SPRM, terdapat peningkatan berhubung jenayah rasuah. Walaupun telah terdapat peruntukkan didalam Kanun Keseksaaan dan juga dibawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dengan hukuman bagi kesalahan jenayah rasuah, namun masih lagi berlaku peningkatan terhadap kesalahan melibatkan jenayah rasuah. Hal ini memperlihatkan bahawa hukuman yang telah diperuntukkan seolah-olah terlalu ringan dan langsung tidak mendatangkan ketakutan dan kegerunan kepada masyarakat serta membuatkan mereka tidak gentar untuk melakukan dan melibatkan diri dalam jenayah rasuah. Tambahan pula, dilaporkan terlalu banyak kes-kes yang berkait dengan kesalahan rasuah yang tertangguh di mahkamah sivil disebabkan oleh pelbagai masalah hingga membuatkan banyak kes yang digugurkan. Jumlah kes yang tinggi ini menjadikan mahkamah sivil menjadi runcing dan akhirnya kes terpaksa digugurkan dan pesalah terlepas dari hukuman. Maka dengan itu, pengkaji telah bercadang untuk mengkaji berkaitan dengan pelaksanaan hukuman ta zir dalam konteks jenayah rasuah bagi membantu menyelsaikan masalah ini. Yang mana, pengakaji akan mengetengahkan berkaitan dengan konsep hukuman ta zir, cara pensabitan dan kesesuaian hukuman ta zir dalam konteks jenayah syariah di Malaysia. KONSEP RASUAH MENURUT ISLAM Perkataan rasuah adalah perkataan yang berasal daripada bahasa arab iaitu al-rashwah atau al rishwah atau al rushwah yang bermaksud sesuatu yang diberikan untuk membatilkan kebenaran atau membenarkan kebatilan. 595 Ia juga bermakna sesuatu yang dicapaikan dengannya kepada sesuatu tujuan dengan sogokan. Oleh itu, pengertian rasuah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori dan perkara seperti berikut: 1. Al-rashi: pemberi rasuah 2. Al-Murtashi: penerima rasuah 3. Al-Raysh: sesuatu yang dijadikan oleh pemberi dan penerima rasuah sebagai penghubung untuk mencapai sesautu tujuan. 4. Al-Istirsyak: meminta rasuah 595 Al Syarbashi. . Mu jam al-Iqhtishadi Al-Islami. Dar al Kitab al-Islami. Beirut, hlm.193 60 61 Seminar Undang-Undang Jenayah Islam Kebangsaan 2014 5. Al-Rashwah wa al-warshawi: pemihakan, seperti yang disebutkan di dalam Lisan AlArab.596 Menurut Mu jam al-Asasi, rasuah adalah satu bentuk pemberian tanpa hak untuk menunaikan keperluan yang salah atau menyalahi hak. Fatimah Mahbub dalam al-Mawsuah al– Dhahabiyah pada mendefinisikan rasuah sebagai pemberian untuk memenuhi kepentingan sebagai contohnya seseorang memberi rasuah kepada hakim atau selainnya untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak dan kepentingannya. Menurut Ibn Taimiyyah apabila seseorang pemimpin mengalihkan tauliahnya dalam sesuatu perkara daripada orang yang berhak dan lebih baik kepada orang lain yang berhak dengan alasan hubungan kekeluargaan, pembebasan, persahabatan atau kerana rasuah yang diterima sama ada berupa jasa ataupun harta, perbuatan tersebut adalah suatu pengkhianatan kepada Allah s.w t.597 Maka dengan itu adalah dapat disimpulkan bahawa rasuah mempunyai skop pengertian yang sangat luas. Namun apa yang boleh dimaksudkan dengan rasuah ialah segala perbuatan mengambil atau memperolehi sesuatu harta atau kuasa mahupun pengaruh dengan cara yang batil, demi kepentingan individu atau sesautu pihak yang mana hak sebenar perkara atau harta tersebut merupakan milik orang lain atau boleh menjadi milik orang lain serta segala perbuatan yang membawa kepada penguasaan kepada sesuatu perkara atau menjadikan sesuatu yang hak kepada batil sama ada melalui pemberian hadiah, pembayaran wang atau harta, saguhati, ataupun apa apa pemberian perkhidmatan dengan cara yang telah ditetapkan dengan tujuan mendapat faedah atau balasan disebalik pemberian tersebut. FAKTOR-FAKTOR KEPADA GEJALA RASUAH Secara ringkasnya gejala rasuah yang berlaku adalah berpunca daripada beberapa faktor, antaranya ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Dorongan hawa nafsu Kejahilan Perasaan tamak Kelemahan pemimpin dan organisasi Ketiadaan undang-undang yang keras dan pemantauan berterusan Amalan suka memberi hadiah HUKUMAN TA ZIR DALAM JENAYAH RASUAH Pengertian Ta zir pada mempunyai beberapa makna, antaranya ialah larangan, hukuman, penghinaan, pengagungan, pertolongan dan bantuan. Kata ta zir berasal dari kata al-Azru yang beerti larangan. Kata ta zir diguna khusus untuk hukuman oleh pemerintah atau wakilnya. 596 597 Jamal Al- Din Muhammad Bin Mukrim Bin Manzur. 1976. Lisan Al- Arab. Kaherah. Mesir )bn Taymiyyah. . Majmu Fatawa. Dar al-Fikr, Kaherah, hlm.322 61 62 Seminar Undang-Undang Jenayah Islam Kebangsaan 2014 Dalam kanun jenayah syariah, tazir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan penderaan, iaitu pesalah-pesalah itu tidak dijatuhkan hukuman hudu dan qisas. 598 (ukuman ta zir adalah diserahkan kepada kearifan dan budi bicara hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dijatuhkan dan yang dikenakan keatas pesalah-pesalah seimbang dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pesalah tersebut tanpa gangguan dari mana-mana pihak. Sedangkan dalam istilah syari e, al-ta zir ialah hukuman asas suatu dosa yang menurut biasanya tidak ada had atau kaffarahnya. Apabila seseorang melakukan sesuatu dosa atau jatuh dalam kemaksiatan yang tidak ada hukuman tertentu baik dalam bentuk had atau qisas maka ia dikenakan suatu hukuman atau sesuatu yang bersifat mendidik, sama ada maksiat itu berhubung dengan hak Allah atau hak manusia yang merupakan pengantar dari perbuatan yang ada hadnya seperti mencium dan mengauli wanita asing bukan pada kemaluan, pencurian yang tidak sampai hukuman had, mencela, menyakiti orang lain dengan lisan tanpa ada tuduhan seperti pemalsuan, kesaksian palsu, memukul tanpa hak, melakukan rasuah dan semua kemaksiatan lainnya.599 (al-Sharbini 1958: 193). Dalam memilih hukuman yang patut dan sesuai serta munasabah bagi hukuman ta zir, hakim hendaklah mengambil kira mengenai keadaan hidup serta latar belakang orang yang bersalah itu dan jenis-jenis kesalahan yang mereka lakukan serta kesannya kepada masyarakat.600 BENTUK HUKUMAN TA ZIR (ukuman ta zir tidak ada batasnya. Diantara bentuk hukuman ta zir adalah celaan, pukulan, penahanan dan hukuman-hukuman lain yang bertujuan untuk memberikan keinsafan dan mencegah orang agar tidak melakukan kesalahan yang sama. (ukuman ta zir adalah berdasarkan kepada penilaian dan ijtihad seseorang hakim atau wakilnya yang menurutnya sesuai dengan kesalahan, maksiat, pelaku dan keadaan. Hal itulah yang telah dijelaskan oleh para ahli fiqh dalam karya-karya penulisan mereka, dan contoh konkrit yang diterapkan oleh para salafussoleh. Oleh sebab itu, kesemua hukuman akan berbeza sesuai dengan perbezaan pelaku dan maksiat. Bentuk hukuman ta zir itu haruslah berada dalam kekangan perkara-perkara berikut:601 i. Hukuman yang dijatuhkan merupakan hukuman yang disyariatkan bukan perbuatan yang diharamkan dan tidak juga perbuatan yang dilarang. Said Ibrahim. 1996. Kanun Jenayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berasaskan alQuran dan (adith. Darul Ma rifah, Kuala Lumpur, hlm. 599 Al Syarbini. 1958. Mughni Muhtaj. Darul Ma rifah, hlm. 600 Said Ibrahim. 1996. Kanun Jenayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berasaskan alQuran dan (adith. Darul Ma rifah, Kuala Lumpur, hlm. 601 Wahbah Zuhayli. 1997. Fiqh al-Islami Wa Adillatuh. Dar al Fikr, Syria, hlm.387 598 62 63 Seminar Undang-Undang Jenayah Islam Kebangsaan 2014 ii. Tertib dan tingkatan kadar dan berjenis hukuman haruslah disesuaikan dengan keadaan sebagaimana yang ditetapkan dalam perihal orang yang membela diri. Hendaklah tidak menjatuhkan hukuman yang lebih tinggi/berat jika hukuman yang lebih rendah/ringan sudah memadai dan memberikan pengaruh serta keinsafan. iii. Apabila hukuman itu sejenis dengan hukuman hudud maka kadarnya harus dibawah hudud, iaitu empat puluh kali sebatan. Hal ini berdasarkan hadis yang menyebutkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, sesiapa yang menghukum sesuatu kesalahan yang had dengan hukuman had maka ia termasuk ke dalam golongan orang-orang yang melampaui batas.(hadis riwayat Baihaki : 8/327). Disebabkan kemaksiatan tersebut tidak mencapai hukuman had maka hukuman yang dijatuhkan tidak boleh mencapai hukuman hudud (Muhammad Al-Zuhaili 2009: 387). SYARAT YANG MEWAJIBKAN TA ZIR Dalam mewajibkan hukuman ta zir dikenakan terhadap pesalah jenayah yang tidak ditentukan oleh syara terdapat satu sahaja syarat yang perlu dipenuhi iaitu berakal. Oleh itu, dikenakan ta zir bagi setiap penjenayah yang berakal, sama ada lelaki atau wanita, muslim atau kafir, baligh atau kanak-kanak yang berakal, kerana mereka yang dewesa adalah layak menerima hukuman, sementara kanak-kanak yang berakal dikenakan ta zir sebagai pengajaran, bukan sebagai hukuman.602 Kaedah yang membolehkan hukuman ta zir dikenakan alah setiap orang yang melakukan kemungkaran atau menyakiti orang lain tanpa hak dengan perkataan, perbuatan atau isyarat, sama ada orang yang menjadi mangsanya itu seorang muslim atau kafir. 603 APLIKASI HUKUMAN TA ZIR DALAM KESALAHAN JENAYAH RASUAH DI MALAYSIA Berhubung dengan permasalahan jenayah rasuah yang berlaku di Malaysia, jika dilihat kepada perbincangan berhubung dengan kesalahan ta zir, sememangnya hukuman berdasarkan ta zir sangat sesuai diaplikasikan untuk menghukum pesalah-pesalah rasuah. Hal ini kerana jika dilhat kepada hukuman hudud dan qisas, sememagnya kesalahan rasuah tidak boleh dihukum berdasarkan dua peruntukan ini. Maka dengan itu, apa yang terkandung dalah hukuman ta zir memang mencukupi dari segi jenis kesalahan, jenis hukuman, cara sabitan, syarat-syarat sabitan dan cara hukuman itu dilaksanakan. Apa yang menarik disini ialah dalam ta zir tiada batasan terhadap had umur mahupun agama. Yang mana ta zir memberikan kebebasan yang luas kepada hakim dan mempunyai skop yang luas sama ada kepada kanak-kanak hingga orang dewasa serta kepada orang Islam mahupun bukan Islam. 602 603 Wahbah Zuhayli. 1997. Fiqh al-Islami Wa Adillatuh. Dar al Fikr, Syria, hlm.216 Ibn Abidin. 2011. Radd al-Mukhtar. Darul Kitab al- Alamiyyah. Riyadh, hlm.199 63 64 Seminar Undang-Undang Jenayah Islam Kebangsaan 2014 Oleh itu, jika kita lihat kepada keadaan semasa, kesalahan jenayah rasuah di malaysia merangkumi pelbagai kategori pesalah. Terutamanya apabila melihat kepada aspek agama pesalah, yang mana kebanyakan kes melibatkan campuran orang Islam dan bukan Islam. Maka dengan itu adalah wajar, jika hukuman ta zir diaplikasikan yang mana ia boleh menyabitkan kedua-dua pihak sama ada islam mahupun bukan Islam. Fungsi utama hukuman ta zir sepertimana yang kita tahu adalah untuk menajaga kemaslahatan masyarakat daripada perkara-perkara yang negatif yang mana melalui kegiatan jenayah rasuah mampu menyumbang kepada kerosakan sosial masyarakat dan membawa kepada kehancuran sesebuah negara. Maka dengan itu, sebaiknya hukuman ta zir ini diguna pakai dengan sebaiknya dan semaksima mungkin agar jenayah rasuah yang berlaku sekarang dapat diatasi dengan sebaiknya. KEBERKESANAN HUKUMAN TA ZIR DALAM KONTEKS JENAYAH RASUAH Seandainya hukuman jenayah rasuah ini, dipraktikkan berdasarkan hukuman ta zir seperti mana yang digariskan oleh hukum syara maka berkemungkinan ianya akan lebih berkesan kerana hukuman ta zir memberikan ruang dan kuasa yang lebih luas kepada para hakim melalui mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman yang lebih setimpal dan lebih berat. Hal ini kerana hukuman ta zir lebih bersifat mendidik pesalah dan juga masyarakat serta memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sesekali melakukan jenayah rasuah. Dalam memastikan perkara ini dapat dilaksanakan, pelbagai pembaharuan dan penambah baikan perlu dilakukan yang mana membolehkan para hakim syari e di mahkamah syari e mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan undang-undang berdasarkan hukuman ta zir. Mahkamah syariah perlu diberikan bidang kuasa yang lebih luas untuk membolehkan ia melaksanakan undang-undang ta zir berkenaan. Enakmen kesalahan jenayah )slam perlu dipinda dan dipertingkatkan agar ia memberikan bidang kuasa dan peruntukan yang lebih luas agar hukuman jenayah berdasarkan ta zir dapat dilaksanakan. CADANGAN Berdasarkan kajian yang telah dibuat, dengan melihat kepada kelompongan yang ada dalam aspek hukuman jenayah rasuah yang diamalkan di Malaysia ketika ini, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan untuk mengemaskini dan memperbaiki undang-undang yang sedia ada. Hal ini penting dalam usaha membanteras jenayah rasuah dan menyelamatkan masyarakat serta negara ini daripada kesan negatif akibat daripada perbuatan rasuah. Antara cadangan yang difikirkan ialah meminda enakmen kesalahan jenayah rasuah setiap negeri dengan memasukkan peruntukan baru berkenaan dengan kesalahan jenayah rasuah. Walau bagaimanapun, diakui bahawa terdapat masalah berkaitan bidangkuasa sama ada yang melibatkan negeri-negeri, bidangkuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil mahupun melibatkan perlembagaan persekutuan. Namun perkara ini masih boleh diperhalusi dengan ada nya sedikit pindaan yang boleh membuka ruang kepada cadangan ini. Kemudian, para hakim perlu diberikan kursus dan latihan insentif berkenaan dengan hukuman ta zir agar mereka lebih bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yang mendatang. 64 65 Seminar Undang-Undang Jenayah Islam Kebangsaan 2014 Selain itu, hukuman berdasarkan ta zir perlu diteliti keberkesanannya, dan sekiranya sesuai boleh diamalkan dan digunapakai secara meluas dalam hal berkaitan dengan rasuah. (ukuman berdasarkan ta zir mempunyai skop yang lebih luas, maka adalah lebih baik mengguna pakai hukuman ta zir dan dalam pada masa yang sama membantu para hakim dalam menjatuhkan hukuman. Sekiranya perlu Mahkamah Syariah boleh diperuntukkan dan diberikan kuasa kepadanya dalam menghukum dan membicarakan kesalahan rasuah yang melibatkan orang Islam. Maka tidak hanya Mahkamah Sivil boleh membicarakan kesalahan rasuah tetapi Mahkamah Syariah juga diberikan kuasa walaupun hanya kepada orang Islam. Hal ini jika dapat dilaksanakan akan memudahkan semua pihak terutamanya mahkamah yang mana kes rasuah di Mahkamah Sivil dapat dikurangkan dengan dibantu oleh Mahkamah Syariah. Dalam memastikan masyarakat sentiasa prihatin terhadap bahaya rasuah, mereka perlu diberi penerangan dan peringatan berkaitan dengan bahaya rasuah dan hukuman yang akan menimpa mereka. Oleh itu, pelbagai kempen kesedaran melalui pelbagai aspek sama ada media massa, elektronik, ceramah umum, taklimat, dan sebagainya perlu diperluaskan dan dinilai keberkesanannya. Sekiranya kurang berkesan penambahbaikan perlu dilakukan agar masyarakat benar-benar faham dengan apa yang dimaksudkan dengan rasuah dan hukuman yang berat akan menimpa mereka jika mereka melakukan rasuah. Maka dengan itu mereka akan menjadi takut untuk melakukan rasuah dan mereka akan saling nasihat menasihati antara satu sama lain dan dalam pada masa yang sama melahirkan masyarakat yang sentiasa prihatin terhadap jenayah rasuah. Cadangan-cadangan yang diberikan ini lebih menekankan kepada aspek hukuman dan kesedaran yang mana dilihat sangat penting dan perlu diberikan perhatian yang serius. Maka dengan itu diharapkan cadangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu menambah baik dan meningkatkan lagi keberkesanan hukuman terhadap jenayah rasuah sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang amanah dan jujur dan menjadikan negara ini maju dan berkembang. KESIMPULAN Perbuatan rasuah adalah suatu perbuatan yang ternyata salah dan batil. Jika dilihat dari sudut maknanya sendiri sudah cukup untuk mengambarkan ia merupakan suatu perbuatan yang salah. Pelbagai pendapat dapat dilihat dalam memahami apa yang dimaksudkan dengan rasuah. Tidak cukup dengan itu, ciri-ciri rasuah juga diperbahaskan oleh ramai cendiakiawan secara panjang lebar dan terang. Hal ini bagi memberikan penjelasan yang benar-benar difahami oleh masyarakat agar masyarakat tidak keliru dengan setiap perbuatan yang dilakukan dalam urusan seharian mereka. Rasuah tidak hanya merangkumi satu perkara, malahan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis rasuah. Perkara ini berlaku bagi membezakan sesautu perbuatan yang dikatakan rasuah dengan perbuatan lain yang pada dasarnya tidak dikatakan rasuah, tetapi pada hakikatnya merupakan suatu perbuatan rasuah juga. Disebabkan dalam kehidupan masyarakat pada hari ini, amalan memberi hadiah merupakan suatu amalan yang menjadi kebiasaan maka perkara tersebut telah diperhalusi dan diberikan suatu tatacara atau pekeliling yang perlu diikuti oleh mana-mana pihak yang perlu bagi memastikan apa yang diterima oleh mereka sebagai hadiah itu tidak termasuk dalam 65 66 Seminar Undang-Undang Jenayah Islam Kebangsaan 2014 kategori rasuah. Allah s.w.t telah menerangkan didalam al-Quran berkenaan dengan mengambil sesuatu harta secara batil sama ada melalui perbuatan yang secara zahirnya salah mahupun perbuatan yang apabila diteliti merupakan ia merupakan suatu kesalahan dan dilarang. Pengharaman perbuatan rasuah telah dizahirkan melalui hadith nabi yang mana menunjukkan bahawa Rasulullah melarang perbuatan rasuah. Malah para Ulama juga telah membicarakan berkenaan dengan haramnya rasuah melalui sirah para khulafa dan para sahabat nabi. Oleh itu, adalah jelas bahawa perbuatan rasuah adalah haram dan sangat dilarang oleh syara , maka ia perlu dijauhi dan dibanteras dengan secukupnya agar ia tidak menular dalam kalangan masyarakat. Melalui perbincangan yang telah dilakukan adalah diketahui bahawa berlakunya rasuah adalah berpunca daripada pelbagai faktor yang meliputi aspek individu dan keluarga, peranan yang dimainkan oleh masyarakat, kelemahan para pemimpian dan ketidak keberkesanan undang-undang yang diguna pakai. Faktor-faktor ini telah dikenal pasti berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh beberapa pengakaji sebelum ini serta diambil daripada pandangan beberapa pihak yang melakukan tinjauan terhadap permasalahan berkenaan dengan jenayah rasuah. Dalam menangani masalah jenayah rasuah di Malaysia, pelbagai aspek perlu diambil perhatian. Aspek hukuman yang merupakan tunjang kepada penyelesaian kepada permasalahan ini perlu sentiasa dikaji dan ditambah baik agar ianya selari dengan peredaran masa dan persekitaran masyarakat. Di zaman serba moden ini, perkembangan teknologi yang sangat pesan memungkin kegiatan rasuah semakin sukar untuk dihidu oleh penguatkuasa. Maka dengan itu, pihak yang bertanggungjawab dan diberi kuasa untuk menangani masalah ini terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu mengambil berat dan sentiasa memikirkan inisiatif baru bagi membolehkan mereka sentiasa kehadapan dalam memastikan jenayah rasuah ini dapat dibendung dengan sebaik mungkin. Maka dengan itu, hukuman ta zir merupakan antara inisiatif yang bo;leh digunapakai. Walaupun hukuman ta zir memberikan lebih banyak pilihan kepada para hakim dan pemerintah, namun ianya perlu dilaksanakan dengan telus dan amanah agar ianya tidak mendatangkan mudharat kepada masyarakat. Selain daripada itu, aspek pendidikan dan kesedaran berhubungan dengan gejala rasuah perlu sentiasa didedahkan kepada masyarakat umum tanpa mengira batas umur, kedudukan mahupun persekitaran. Hal ini kerana gejala rasuah ini boleh menular dalam setiap lapisan masyarakat. Tidak kira siapa dan dimana jua seseorang itu berada mereka perlu sentiasa diperingatkan berkenaan dengan bahaya rasuah dan akibat yang menimpa mereka seandainya mereka melibatkan diri dengan jenayah rasuah. Permualaan kepada pencegahan ini perlu disemai dari peringkat akar umbi seperti kanak-kanak hingga lah kepada peringkat pucuk seperti para pemimpin. Maka dengan itu, sekiranya setiap lapisan masyarakat sentiasa diberi peringatan berkenaan dengan bahaya jenayah rasuah, maka keadaan ini akan membawa kepada lahirnya masyarakat yang prihatin dan sentiasa peka serta saling ingat mengingati antara satu sama lain, yang mana akhirnya jenayah rasuah tidak mampu untuk terus menular dalam kalangan rakyat dinegara ini. 66