Assalamualaikum ! Tanya soal baju seorang perempuan... mestinya dah berlambak dalam almari mungkin juga sampai dah tak muat . Baju kerja , blouse , kasual ,tshirt sukan , familyday , beriadah dan banyak lagi la .. nak cerita sampai esok takkan habis . Lisa pula jenis yang kurang rajin nak iron , dan lebih selesa kalau satu baju tu boleh dibawa ke perbagai tempat dan yang pasti nak labuh tutup pinggul . Sampai akhirnya jumpa dengan tshirt muslimah labuh HanaTajuddin iaitu Teelicious . Tshirt merah yang Lisa gayakan haa..salah satu koleksi basic tee 2.0 HanaTajuddin . Cantik-cantik warna dia weih !
HanaTajuddin.. nama ni memang dah tak asing lagi bagi kaum hawa yang inginkan pakaian muslimah . Baru ini pula keluar Tshirt Labuh Basic Tee HanaTajuddin . Apa yang Lisa nampak selepas pakai , banyak kelebihan baju ini berbanding dengan tshirt labuh yang lainnya . Untuk korang yang nak cari baju yang tak perlu di Iron dan labuh ? Lisa sugest kat korang , TeeLicious .
Awalnya Lisa ingat Tshirt ini tebal , mungkin akan panas kalau memakainya diluar dalam beberapa jam . Bak kata pepatah , tak kenal maka tak cinta.. dah kenal rasa jatuh cinta pula... nah.. tshirt basic Tee ini sejuk je dipakainya , mesra wudhu pula tu . Best best! Sedang beriadah tempat OOTD ni pun rasa sejuk je baju ini , bukan apa.. Lisa ni kalau berada diluar outdoor macam ni cepat panas dan nanti muka merah-merah ..jadi tak selesa . Best baju ni , boleh bawa untuk berjalan , beriadah, bahkan bersukan . Susah tau jumpa baju yang melekap dibadan . Tshirt ini juga sesuai untuk dijadikan Tshirt family day
Basic Tee 2.0 HanaTajuddin ini labuh menutup pinggul
Nak pilih baju atau tshirt mesti la kena yang labuh menutup pinggul , jangan le beli baju cantik dah.. tapi singkat. Elak diperhatikan oleh mata-mata buaya darat (ehh.. ! ) . Basic Tee 2.0 HanaTajuddin ini tshirt labuh menutup pinggul . Kain yang tebal dan tak nipis lagi senang la nak pakai sebab tak perlu pakai iner baju dalam lagi ,biasanya baju sekarang ni banyak yang nipis . Satu je nak cakap.. memang best pakai baju ini. Boleh dipakai di semua event , bahkan boleh pakai juga untuk joging. Aum.. Boleh bersukan dengan selesa . Rasa nak beli warna yang lain pula untuk bersukan , banyak warna cantik-cantik .. tergoda pula.
Untuk korang yang tertanya dimana nak beli baju muslimah labuh ni, detail ada dibawah ini :
HANATAJUDDIN
C-23-1 Jalan Serai Wangi L/16L,
Sek 16, Alam Avenue 2,
40200 Shah Alam, Selangor
Tel : +603-55240841
Open : Everyday / Time : 9.00am-6.00pm
Website: http://hanatajuddin.com.my
Instagram: @HanaTajuddin
Facebook: https://www.facebook.com/HanaTajuddinHT/
HARGA BASIC TEE HANATAJUDDIN
Basic Tee Hanatajuddin diperbuat dari Ironless material , ruang di kawasan pinggul akan memberikan lebih banyak kelebihan untuk bergerak bebas dan selesa pada waktu yang sama. Harga untuk sehelai baju Basic Tee HanaTajuddin ini korang boleh dapatkan hanya RM79.00 sahaja .
10 pilihan warna yang berbeza ..korang boleh tengok di : KOLEKSI PILIHAN WARNA TEELICIOUS BASIC TEE HANATAJUDDIN
Berdiri , berlari , duduk , berkejaran dengan baby boy pun baju ini tak nampak kesan kedut . Selesa bukan .. bebas bergerak tanpa risau baju ada kedutan. Ye la.. kang spoil OOTD pula.
Basic Tee HanaTajuddin ini memang sesuai sangat sangat sangat untuk travel juga , dah tak perlu fikir nak cari iron nantinya . Sumbat je dalam beg.. masih boleh dipakai dengan elok .
Dari apa yang Lisa cuba...yang menarik dari baju Basic Tee HanaTajuddin diantaranya :
Dari apa yang Lisa cuba...yang menarik dari baju Basic Tee HanaTajuddin diantaranya :
- Tak perlu digosok
- Baju labuh menutup pinggul
- Material baju serap peluh
- Baju tak melekap di badan
- Sesuai untuk aktiviti riadah dan santai
- Sesuai dipakai ke majlis semi formal atau kasual
- Sesuai dipakai untuk aktiviti sukaneka atau acara santai macam Family Day
- Sesuai dipakai untuk aktiviti sukan seperti jogging , zumba
Perasan tak.. bahagian kanan dan kiri bawah baju ini berbelah ? yang ini memudahkan pergerakkan juga elak menampakkan pinggul kita. Bahagian tangan mengecil jadi tak ternampak tangan jika kita bergerak . Satu lagi.. baju ini mesra wudhu .. walaupun kecil tangan tu tapi senang untuk dinaikkan ke siku untuk ambil air wudhu. First time rasa selesa dengan Tshirt labuh , Basic Tee 2.0 HanaTajuddin .
SO ... macam mana tengok gaya Lisa ni ? ada chance boleh jadi model tak ? Hahaha...
Website: http://hanatajuddin.com.my
Instagram: @HanaTajuddin
Facebook: https://www.facebook.com/HanaTajuddinHT/