Tenor merangkumi apl mudah alih Tenor, laman web Tenor, yang boleh didapati di http://tenor.com, sambungan Tenor dan API Tenor. API Tenor mungkin disepadukan dengan peranti atau perkhidmatan pihak ketiga, tetapi apa-apa perkhidmatan berkaitan Tenor disediakan oleh Google.
Untuk menggunakan Tenor, anda mesti menerima (1) Syarat Perkhidmatan Google dan (2) Syarat Perkhidmatan Tambahan Tenor ini ("Syarat Tambahan Tenor").
Sila baca setiap dokumen ini dengan teliti. Gabungan kedua-dua dokumen ini dikenali sebagai "Syarat". Syarat ini menetapkan perkara yang boleh anda jangkakan daripada kami semasa anda menggunakan perkhidmatan kami dan perkara yang kami jangkakan daripada anda.
Jika Syarat Tambahan Tenor ini bercanggah dengan Syarat Perkhidmatan Google, Syarat Tambahan ini akan mengawal Tenor.
Walaupun bukan sebahagian daripada Syarat ini, kami menggalakkan anda membaca Dasar Privasi kami untuk lebih memahami cara anda boleh mengemaskinikan, mengurus, mengeksport dan memadamkan maklumat anda.
1. Kandungan Anda.
Tenor membolehkan anda menyerah, menyimpan, menghantar, menerima atau berkongsi kandungan anda. Kandungan anda dilesenkan kepada Google seperti yang diterangkan dalam Syarat Perkhidmatan Google — jadi jika anda memuat naik kandungan ke Tenor, kami mungkin memaparkan kandungan itu kepada pengguna dan berkongsi kandungan apabila diarahkan, dan pengguna tersebut (termasuk pengguna yang mengakses kandungan melalui API Tenor) boleh melihat, berkongsi dan mengubah suai kandungan tersebut.
2. Kandungan Dilarang.
2.1 Anda tidak boleh menggunakan Tenor untuk apa-apa tujuan komersial atau untuk manfaat mana-mana pihak ketiga.
2.2 Seperti yang kami terangkan dalam Syarat Perkhidmatan Google, kami mahu mengekalkan persekitaran saling menghormati untuk semua. Semasa menggunakan Tenor, anda mestilah mematuhi Dasar Program kami dan peraturan tingkah laku asas yang diterangkan dalam Syarat Perkhidmatan Google. Secara khususnya, semasa menggunakan Tenor, anda tidak boleh:
a. menyerahkan, menyimpan, menghantar atau berkongsi apa-apa kandungan yang:
i. melanggar atau menggalakkan apa-apa tingkah laku yang akan melanggar undang-undang yang bersesuaian atau hak orang lain, termasuk apa-apa kandungan yang mencabuli, menyalahgunakan atau melanggar hak harta intelek atau hak publisiti atau privasi orang lain;
ii. mengandungi maklumat peribadi atau hubungan tentang mana-mana orang lain tanpa mendapat keizinan mereka dahulu;
iii. menggalakkan aktiviti atau bahan yang menyalahi undang-undang atau berbahaya;
iv. merupakan penipuan, mengelirukan atau mengabui mata;
v. palsu atau berbaur fitnah;
vi. lucah atau pornografi;
vii. menggalakkan atau membentuk diskriminasi, ketaksuban, perkauman, kebencian, gangguan atau bahaya terhadap mana-mana individu atau kumpulan;
viii. ganas atau mengancam atau menggalakkan keganasan atau tindakan yang mengancam mana-mana individu, kumpulan atau organisasi; atau
b. menghantar apa-apa pengiklanan, bahan promosi atau komunikasi yang tidak dikehendaki atau tidak dibenarkan, termasuk e-mel, mel, spam, surat berangkai atau pengumpanan lain.
2.3 Sebarang kandungan yang dinilai sebagai tidak sesuai, menyalahi undang-undang atau tidak serasi boleh disekat atau dialih keluar. Kami menggunakan gabungan sistem untuk mengenal pasti dan menilai kandungan yang dijana oleh atau dimuat naik kepada perkhidmatan kami yang melanggar dasar kami, seperti syarat ini, Syarat Perkhidmatan Google atau yang melanggar undang-undang. Walau bagaimanapun, kami faham bahawa kami kadangkala membuat kesilapan. Jika anda berpendapat bahawa kandungan anda tidak melanggar syarat ini atau telah tersilap dialih keluar, anda boleh membuat rayuan.
Anda boleh disekat daripada menggunakan perkhidmatan kami atau akaun anda boleh digantung atau ditamatkan jika:
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebab kami melumpuhkan akaun dan perkara yang berlaku apabila kami mengambil tindakan tersebut, lihat artikel Pusat Bantuan ini. Jika anda percaya bahawa Akaun Tenor telah tersilap digantung atau ditamatkan, anda boleh membuat rayuan.