Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label Pastri. Show all posts
Showing posts with label Pastri. Show all posts

Monday, December 27, 2010

Scone & Homemade Strawberry Jam

terasa lama sungguh tak menulis disini..sampaikan terasa tangan ni kelu tak tau nak tulis apa :P

ok ni yang sempat buat weekend ni...scone dengan home made strawberry jam..sedap scone ni,  dah 3 kali pakai resipi ni...

Resipi Scone: sumber dari myresipi, resipi oleh zurin..

Bahan
  • 2 cawan tepung
  • 1 tbsp baking powder
  • 1/2 tsp garam halus
  • 100g butter sejuk
  • 2 tbsp gula castor
  • 1 cawan susu segar (saya tak habiskan 1 cawan, masukkan ikut keperluan sampai doh tu agak-agak lembut dan boleh canai-lebih kurang 3/4 cawan )
Cara
  1. Gaul semua bahan kering dgn garpu
  2. Buat lubang ditengah tepung, parut butter sejuk ke dlm tepung. Butter lagi sejuk lagi bagus.
  3. Gaul butter & tepung dengan garpu sampai butter & tepung jadi berbiji2 sedikit. Jangan uli. Nanti scone jadi padat & berat.
  4. Masukkkan susu dan gaul semua dengan garpu sampai tepung dah melekat saja. Memang doh akan rupa tak cantik.
  5. Canai doh jadi 1inci atas tmpt bertepung sedikit (takut melekat). Tekap dgn acuan. Bakar pada suhu 230C sampai atas kuning keemasan.

Untuk homemade strawberry jam pula, resipi dari Kak hani@ Ringgo, Myresipi. Jem ni kurang manis dan sedap, warna pun cantik berkilat datang dari buah tanpa pewarna tambahan. Sapa yang suka makan jem dengan roti  bolehla cuba.



Bahan-bahan ( 1 cup )
  • strawberry 1 pack (300gm)
  • gula pasir 90gm
  • lemon jus dari 1/2 biji

Cara-cara

  1. buang kelopak hijau, basuh bersih dan keringkan dengan paper towel.
  2. masukkan dalam periuk, gaul dengan gula. biarkan selama 10 minit sehingga ada air keluar sedikit dari buah.
  3. panaskan atas api kecil. kacau sekali sekala supaya tidak hangus.
  4. bila air dari buah keluar dengan banyak, besarkan api untuk keringkan air. kacau tanpa henti sambil pecahkan buah.
  5. bila air tinggal sedikit, masukkan lemon jus dan tutup api.
  6. bolehlah disimpan dalam botol yang bersih.
  7. sedap dimakan bersama yogurt ataupun roti.
  8. gula digunakan hanya 30% dari berat buah. jika hendak disimpan lama bolehlah ditambah gula ke 50%. procedure ini boleh digunakan untuk buah lain seperti pear, epal dan blueberry



Tuesday, November 3, 2009

Custard Apple Pie


Custard Apple Pie, resipi Alongroz di http://homekreation-recipes.blogspot.com/2008/08/custard-apple-pie.html .Terima kasih ya Along, memang sedap pai apple ni. Resipi klik di sana ya!! Mekasehhh..tuan umah 'sibuk'layan pai ni..(kalau entri lepas ni pun tajuknya pai jugak...maknanya memang nak kena masuk pertandingan 99HTN(99 Hari Tanpa Nasi tu!! )

Saturday, October 31, 2009

Boston Banoffee Pie

Salam untuk semua!!!!

2 biji pai ni dibuat semalam untuk meraikan bonda dan adik-adik. Saya terima komplen dari adik-adik..katanya..dalam blog nampak menu yang sedap-sedap..tapi bila datang rumah...saya asyik buat roti saja!!! muahahaaa..mungkin roti tu masuk kategori not so special..tapi saya memang suke roti..tidakkah roti yang panas-panas dari oven tu rasanya sungguh special? ok, jadi untuk tidak menghampakan mereka kali ni, saya buatkan banoffe pie ni..harap semua berpuashati.

Resipi asal dari Pastry Cook oleh Catehrine Atkinson ini dikongsi oleh Jeni di Resipi.Net .Resipi asal di http://www.resipi.net/cookbook/question.php?ID=875. Pai ni sangatlah sedap..kombinasi toffee, pisang dan krim dalam pai tu memanglah mengasyikkan...pagi tadi saya habiskan 1/2 bahagian pai tanpa rasa bersalah dan terasa macam nak makan lagi...hihihihih

Bahan-bahan

Filling
115 gm butter, didadu
200 gm susu pekat
115 gm soft brown sugar
2 tbsp golden (light corn) syrup
Pisang slice secukup rasa
Perahan jus lemon

Hiasan
Whipped Cream
Grated chocolate

Pastri
150 gm / 1 1/4 cawan tepung serbaguna
115 gm butter, didadu
50 gm / 1/4 gula castor



Cara Membuat pastri

  1. Panaskan oven kepada suhu 160C.
  2. Kisar campuran tepung dan butter dengan menggunakan food processor sehingga menjadi serbuk kasar. Kalau tiada gunakan tangan sahaja atau garpu, tekan/gentel butter dgn tepung.
  3. Campurkan gula dan uli sehingga menjadi doh. Dohnya lembut dan sedikit rapuh.
  4. Tekan dengan tangan doh tersebut ke dalam loyang quiche yang basenya boleh tanggal tu.
  5. Bakar selama 30 minit.

Cara Membuat filling

  1. Masukkan butter, susu pekat, brown sugar dan syrup ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga menteganya dan gulanya cair.
  2. Kemudian besarkan sikit api supaya campuran ini boleh menggelegak (gelegak sikit je ye). Kacau campuran selalu. Masak ia sehingga campuran ini pekat dan bewarna perang muda seperti warna caramel.

Tuangkan filling ke dalam pastri yang telah masak tadi dan biarkan ia sejuk. (saya piping sikit saja, sebab tak nak manis sgt..jadinya ada banyak lebihan filling)

Setelah sejuk, susunkan pisang slice di atas filling tadi. (fillingnya memang tak akan keras, ia mcm filling blueberry tart tu jugak. Tapi kalau simpan dalam peti sejuk memang boleh jadi agak liat.) Tinggalkan gap kosong di tengah2. (saya deco lain sikit)

Sprinkle jus lemon atas banana slice. (Saya skip part ni.)

Pipekan whipped cream di tengah2 pie yang dibiarkan kosong tadi.

Taburkan grated chocolate atas whipped cream.

Siap untuk dimakan. Selamat mencuba.

Saturday, January 31, 2009

Parmesan Cheese Scone

Parmesan cheese ditukar kepada mozarella ..tak cantiklah permukaannya,ia jadi rangup macam tu

Parmesan Cheese Scone, resipi disini http://www.myresipi.com/top/detail/6586 . Abaikan bentuknya yang tak secantik Yani buat tu ya :D . Yang penting sekali rasanya yang memang SEDAP! TQ Yani

Wednesday, July 2, 2008

Perca Pastri Berkeju



Menu untuk sarapan pagi ini-Perca Pastri Berkeju. Ada lebihan pastri dari Portugese Egg Tart yang disimpan sekian lama.Sayang nak buang begitu saja. Umpama perca kain, ia kurang berguna tapi masih lagi mempunyai nilai wang (dalam keadaan semua barang naik ni kena pandai jimat sikit kan ).Lebihan pastri ini diubahsuai menjadi satu resipi yang mudah.

Kuantiti: Dapat 12 biji
bahan-bahan

Pastri
Tuna spread
Keju mozarella
Cili merah/daun sup sebagai hiasan

Cara-cara
Tekankan pastri ke dalam bekas muffin bersaiz kecil.
Sudukan tuna spread.Kemudian taburkan sedikit keju mozarella ke atasnya.Letakkan cili merah dan daun sup .
Bakar dalam oven selama 15-20 minit.

Monday, August 13, 2007

Chicken Pot Pies




Disebalik Tabir

Chicken Pot Pies.Resipi asal dari Prawn Pot Pies.Macam yang jual kat Pzza Hut tu lah... Tapi bahan-bahan dia takleh makan laa.. dengan wine dan segala macam fresh herbs...Meh kita ubah ikut selera tempatan. Resipi untuk filing ni modified sikit-sikit dari buku resipi bonda tersayang.

Bahan-bahan
( Untuk 3 bekas ramekin bersaiz 1 cawan)

Untuk Puf:
Gunakan Paratha Segera

Untuk Inti:

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
200 gram isi ayam
300 ml susu rendah lemak
1/2 cawan air
1 biji kentang potong dadu
1 biji lobak merah potong dadu
1 sudu teh garam
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh rempah soto
Sedikit daun sup.










Cara-cara:

1) Tumis bawang putih dan bawang merah hingga masak.Masukkan garam,rempah soto.Kemudian masukkan isi ayam.
2) Bila isi ayam sudah masak, masukkan kentang dan lobak merah. Masukkan larutan tepung gandum. Masukkan susu dan tunggu hingga masak.
3) Tambahkan air bila kuah kelihatan pekat.
4) Masukkan inti yang telah siap ini kedalam bekas.
4) Kemudian tutup permukaan bekas (ramekin) dengan puff. Pastikan potong lebih sikit dari mulut ramekin.
5) Sapu sedikit telur dan bakar dalam oven hingga masak.

Friday, June 29, 2007

Paratha Puff


Bestlah checkie punya resipi..yang ini buat hari selasa lepas.simple dan sedap.2 kali buat dah Paratha Puff ni.