Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

DIY your aneboda ikea drawer

3 tahun lepas , aku beli aneboda drawer ni dekat ikea dengan harga Rm199. Mase tu konsep bilik mamat keteng adalah putih kan. so mengikut kesesuaian bajet bulanan, aneboda drawer ni je lah yang mampu milik dan cantik dia mata aku. sesuai untuk baju2 baby auf. Lepas beli bawak sendiri. Balik rumah cik mok pasang , bonda dia begitu teruja masukkan semua baju2 baby auf time tu.

Setelah penggunaan 3tahun. aku tak pasti. aku yang ganas ke . atau perabot ni jenis tak tahan lasak. hohoho! hasilnya...


rabak wehhh T_____T

lagi-lagi bila auf dah cukup tinggi dan dah pandai buka tutup drawer dia sendiri. lagi lah makin parah keadaan drawer ni. tak sempat nak guna turun kepada adik nanti.

so...

sebagai alternatif penjimatan maksima. dan hasil google. terpaksalah men DIY balik drawer ni. Struktur dia masih kukuh , cuma drawer bahagian depan tu je yang dah super teruk.

maka terhasillah ini...

hanya beli :
Adjustable rod dekat ikea : RM15+
dua box hitam utk bahagian bawah : Rm7 satu
hanger kecik2 dekat giant : Rm10

taraaa.... jadi lah almari gantung untuk mamat auf. soooo jimat untuk sementara duduk rumah sewa ni ha. nanti dah pindah rumah sendiri. pepandailah buat wardrobe tahan lasak. 

:)

so korang kalau ada masalah yang sama dengan aku. boleh lah buat jugak. settle masalah.

sekian

Tuesday, February 14, 2012

Time limitation

Sejak dua menjak ni , memang dah jarang aku update blog. Bukak cek pon apetah lagi. Even nak jenguk blog kawan2 pon dah tak macam dulu. serba kekurangan masa.

Kerja di office makin mencabar, dari sehari ke sehari bebanan pikulan bahu makin sarat. Sampai tak tertanggung rasanya. Balik kerja uruskan hal lain, kain baju , anak dan part time bisnes. Ya! aku yang pilih jalan tu kan, so tak sepatutnya aku merungut. Ni bukan merungut hoi! ni luahan perasaan. Haha.

Kadang kala aku rasa nak muntah. Rasa nak muntah sebab penat. Overload.T_T

Mision target aku sebab aku nak beli rumah! rumah ok rumah! modal bukan setakat 2-3 hengget. Main puluh ribu kot. Untuk pekerja kuli bawahan macam aku dengan gaji tak seberapa ni. Makan tahun jugak lah nak kumpul beli rumah. Dan untuk keselesaan anak-anak aku jugak. Niat aku takde lain. Bukan nak bermewah-mewah sangat. Asalkan aku dapat tolong suami sudah. lega hati aku.

Dan disebabkan itulah jawapan untuk orang yang bertanya kenapa aku kerja bagai nak gila buat susah badan aku aje kan. Sebab aku tolong laki aku! ok dah.
syuhh...syuhhh...pegi main jauh2. 


:P

Wednesday, February 1, 2012

Rasa nak pergi mandi manda

Hari tu balik kampung adik ipar dekat perak, singgah sebentar di air terjun belakang rumah dia. Sejuk. Rasa syiokk sgt sebab dah lama tak pergi mandi-manda. Tujuan pergi tu pon bukan lah nak pegi mandi, cuma nak tengok2 aje.Auf lagi la. Nampak air macam ape je teruja. Bagi lah can kat dia celup-celup kaki je dalam air. Malas nak kasi dia basah.


Now tetiba rasa nak bawak dia pergi mandi-manda cuti ni. Tapi tak mo pergi air terjun sebab laki aku kate takut ade virus kencing tikus (dia la yang kate) so, aku rasa nak pergi bawak auf mandi dimana ye? Rasa-rasa suggest lah kat aku kan mana tempat yang best. Kan best kalau ade blogger gath dekat tempat mandi-mandi lagi. hehehe.



:)

Monday, October 10, 2011

Kalau Cik Mok macam ni mau fengsannn ahkak!


Pernah tengok surprise macam ni dalam show MOBBED matsalleh mane tah dulu, sekali abg BN pon dah turut serta. apepon yang pasti, wife dia comel sgt. Dan dia pon romantik sangat. Even dalam rancangan MOBBED , dia punya surprise gila babenggg... yang macam gini pon dah boleh buat mengalir airmata, dan tak kan lupa sampai bila-bila. 

Bukan fomfuan je suka surprise, lelaki pon suka ape. Tapi lepas ni ramai yang dah tahu kalau ade carpet-carpet bagai , mesti terus terjah laki " ehhhh...nak buat surprise macam abg BN lah ni yerrr". hahaha.

:P

Thursday, October 6, 2011

Ingin kembali

 puan D bukan nama sebenar. hahaha


itu duluuuuuu weh...duluuuu....
sekarang tidak lagi.... aku ingin kan dagu yang dulu ituuuu....



bertabahlah wahai yaya. hahahaha

T________T

Monday, September 26, 2011

Terlalu mencari duit kadang kala boleh menjauhkan perasaan cinta


Kadang kala aku terfikir, sejak berkawin , berapa banyakkah masa berkualiti yang aku dan suami dapat luangkan sama-sama , lepak2 tanpa fikir masalah kerja, masalah keluarga, masalah adik beradik. Jalan-jalan macam bercinta dulu-dulu, rehatkan minda, dan sebagainya.

Aku rasa takada.
Mungkin sekali, kami pernah berlibur di kota kuala lumpur , tidur semalaman dihotel, jalan-jalan di bandaraya kuala lumpur, dan masa tu aku rasa macam seronok dia macam pergi disneyland je lagaknya. Betapa jakunnya aku kan.

Seriusly,
sejak berkhawin kami tidak pernah ber-honeymoon. bukan kata luar malaysia, yang dekat-dekat pon tak merasa. Hingga aku bertiga ni, tidur hotel pon jika bersama keluarga. Rutin harian pergi balik kerja , masak makan tidur hari-hari. bosan!

Bila badan penat, anak buat hal lagi hati panas. Hari-hari rasa nak marah. hari-hari rasa nak masam muka. Cinta yang dulu membara, makin hari makin pudar dek kerna tuntutan kerja. ceewahhh. :P takde la pudar sgt kot, cuma perlu mantapkan je lagi kot. muahahaha. :D

Duit memang penting, tp dalam masa yg sama cinta nak sampai ke hujung nyawa. so how?

so disebabkan itu , aku ade rejeki lebih ni aku nak treat la family aku dengan simple vacation.
night view



 day view

safety first :P
yummy breakfast

Aku selalu berfikir, macamana nak kekalkan rasa sayang yang macam dulu-dulu sehingga selamanya. Sehingga 30-40 tahun akan datang usia perkhawinan. dan aku rasa benda tu kena pupuk dari sekarang. dan dijadikan amalan.

Hopefully. :)










Wednesday, September 21, 2011

Toddler phase - the angerr

Ok , terus terang aku kata kan , anak aku dalam fasa suka mengamuk sakan tak ingat dunia bila sesuatu yang dia nak buat tak dapat seperti nak cuba pakai baju sendiri tapi tak boleh masuk tangan dan mengamuk. Seperti nak ikut aku pergi kerja pagi-pagi, dan seperti nak makan ayam masak merah pedas tapi degil nak jugak.

Sejak dua menjak ni, asal bangun tidur siang je mesti meraung2 sampai sedu sedan suruh nenek dia call aku kat office sebab teringatkan nenen dia.

Memang menguji kesabaran. Aku tak pasti anak lelaki je macam ni atau semua pon sama je. Aku pulak dalam fasa terkapai-kapai dan berfikir 'what should i do , what should i react' bila Auf mula bertindak macam tu. Kadang kala itu juga punca kami tak suka lepak rumah kawan-kawan lama-lama bila ada open house ke ape sebab bila aku tengok Auf dah start tunjuk-tunjuk kearah nak mengamuk cepat aku angkat kaki blah.

Aku ni boleh sabar jugak, tapi yelah kadang kala dengan badan yang penat balik kerja, dengan nak basuh kainnya lagi, dengan nak masaknya lagi , part time work lagi mau tak naik jugak la darah aku kan. Mula la aku nak tinggi suara. Dan bila malam aku terfikir. macamana aku nak handle situasi macam ni lagi. kadang aku menangis, menangis sebab aku rasa badan aku dah terlalu penat dengan segala urusan seharian. Dan aku cari duit siang malam! and no appreciation untuk diri sendiri.

Dr. Sarah Landy. “Toddlers do need to go through an aggressive stage because that’s a part of becoming their own person,”  

“Part of that aggression is to enable them to become their own person and part of it is to help them to feel strong, which is a part of growing up.”

so sekarang aku ambil peranan banyakkan bercakap dengan Auf mikail. Walaupun dia tak faham , aku cakap jugak dengan dia. Ada satu time aku dapat spend alone dengan dia masa driving pergi ambil ayah dia di office, aku stuck dalam jem lebih kurang sejam setengah, ko bayangkan lah sejam setengah lah aku dok borak kat dia cakap 
"auf bonda ni work carik duit untuk auf tau...blaaa...blaaa....bla" 
" Auf , auf gud boy kan kena la dengar cakap bonda...blaaa...blaa..blaa"

aku harap ini adalah satu fasa sementara yang aku dan auf kena lalui dan harap akan beransur hilang bila dia makin meningkat dewasa.




p/s: sesape ade link doa lembutkan hati anak sudi share dengan ai. 

:)

Tuesday, September 20, 2011

Balik kampung

Dah lama rasanya tak update blog ni. Asyik la alasan BZ memanjang. hehe. tapi serius weh, mmg rasa bz gilak. Rasa macam tak cukup masa je tau 24jam ni. Macam-macam nak kena buat. macam2 nak kena uruskan. Dah lah ai ni ibu bekerjaya. Ehemm... ehemm... :P

Bestkan cuti 3 hari dari jumaat. Bagi aku bila cuti lama macam ni aku rasa gembira sgt sebab dapat luang kan masa lebih pada keluarga aku dan semestinya Auf mikail.

So hari sabtu hari tu kami balik ke sabak bernam kampung cikmok untuk meraikan sepupunya sebagai pengantin baru. Kami bertolak dalam pukul 3 dari shah alam kesana. perjalanan yang tenang. Sampai dikampung orang yang paling seronok mestilah Auf mikail yang asyik berlari kesana-sini , berpeluh2 tak ingat makan dan tidur dah. Boleh tahan penat jugaklah dalam memerhatikan dia dari jauh.

 suasana kenduri kendara dikampung yang aman damai

budak lasak berpeluh-peluh. :D

Auf bukan main suka sebab ramai kawan2. Walaupun tak sebaya , tapi atleast ade jugak yang rajin melayan dia. dekat rumah duduk sorang saje. main toys pon sorang-sorang rasa boring kot. bila dah jumpa kawan macam ni ape lagi. doniaaaa dia yanggg punya! hahaha.

Tengah explain drawing dia pada kawan-kawan

Lepas tu paksa baby noraini , 6bulan turut serta melukis ...haih. T_T


Oleh kerana zaman dah moden, urusan perkahwinan sekarang banyak disediakan oleh pihak katering. Jadi ibu-ibu, makcik-makcik boleh la melaram pakai baju cantik dihari perkahwinan. hehe. Tapi mak mertua ai adalah pembuat makanan beradab pengantin sejak dulu lagi. turun temurun tau. hehe. So walaupun takada rewang, kami sama-sama turut serta dalam program menghiasa juadah makan beradab. Aku mmg suka kalau bab hias-hias , deko-deko ni. tapi kalau bab masak kang fail la pulak kan . sebab aku masak bukan sedap pon. huhuhu.

ewah-ewah. buah tembikai hasil kerja tangan. 

:D

Dan petang tu jugak kami balik ke shah alam. penat memang penat tapi seronok sekali sekala balik ke kampung. Dan time balik mesti singgah beli air mangga madu blend tepi jalan di sekinchan. Sape-sape orang situ sure tahu. sedappp siot. Kami sempat singgah beli mentarang bakar. First time aku makan rasa sedap jugak weh walaupun mahal. -_- tak sempat ambil gambar sebab Auf mikail tidur takleh nak gerak.


ok thats all. 
Thanks for reading. :)





Monday, September 5, 2011

Happy birthday bonda

Bila datangnya hari ulangtahun sendiri, terus kaku tak reti nak bercerita berbanding pada hari ulangtahun rakan atau suami yang bermadah siap buat video bagai. hehe

OK.
Makin berumur diri ini, makin cuba menjadi yang terbaik untuk suami, anak dan keluarga. Makin boleh bertolak ansur. Makin berisi badan yang dulu selim melim. dan makin banyak impian yang cuba dicapai.

Suami pon bukan seorang yang romantik lansung. dah lama redho dah pon. hehe. sooo, no card, no surprises and no planning at all just a simple wish malam tadi itupon cakap laju-laju. haha. tak kesah lah asalkan dia sayang aku sudah. Im happy with apa yang aku ada walaupun touching sikit la sebab bajet berangan dia nak kasi surprise card mcm nora elena. kakakka.

So here i am,
di office bekerja seperti biasa dengan situasi biasa tapi dengan perasaan yang berbeza. I am one year older bebehh. berat badan pon dah naik due to makan byk mase hari raya. damnn.

and thanks to maxis sebab bagi call free for today. tp tak tahu nak call siapa pon. rugi je


ok bye!


kiss from Auf to bonda



:)

Wednesday, August 24, 2011

Aku nak tuntut

Sejak seminggu dua ni, aku dan budak-budak office dok sibuk collect milo punya pembalut semata-mata kerana ini:


Ok. Aku over. Aku excited lebih. 
Ini semua kerana budak kecik bernama Auf mikail tu. Sebab dialah habis seluruh warga kilang tmpt aku kerja aku tanya ada tak pembalut milo tu. yelah, dari dibuang kan boleh jugak reedem milo van mini yang super duper cute. walaweh la geram. Comel ok!

Aku siap guna cara kotor bila aku claim pembalut milo dengan meng-ugut warga nepal dengan bangla kat office aku ni untuk minum milo dan bagi aku pembalut tu. HarHarHar. Tapi hampa. Diaorang tak minum milo. Terima kasih kepada ibuk mertuaku sebab simpanankan pembalut ini.

Ok caranya adalah korang kumpul lah bar code milo as a point seberapa banyak sampai cukup 20 atau 40 point untuk reedem milo van kecil itu. Dan dia ade buat on store redemption dimana hari last sabtu ahad ni yang aku dah plan nak pergi sekali call customer service dia cakap dia dah cancelkan kaunter itu kerana permintaan yang tinggiii. ko tengok...ko tengok...bukan mak A'uf je yang beriya, mak orang lain pon beriya ok! So diaorang suruh claim by pos.




So harap-harap dapatlah yok. 


:)

Friday, August 19, 2011

Hati

Dulu,
Ibu aku pernah kata yang kalau di jari jemari/tangan kita ada tahi lalat , orang tu dikategorikan sebagai 'orang seni'. Masa tu aku berusaha cari tahi lalat pada sekitar tangan aku untuk membuktikan aku dalam golongan berseni itu. Walaupun hakikatnya tiada.

Tapikan aku memang suka seni dari dulu. Dan suka rekacipta. Masa tingkatan 1-2 aku pernah cipta satu rumah kotak untuk adik aku yang ketika itu seorang bayi comel. Dengan kotak TV abah aku baru beli aku potong2 , gam dan sebagainya berdirilah sebuah rumah kotak yang siap dengan tingkap kecil, pintu masuk ala-ala little tikes house dan mempunyai lampu kecil berbateri didinding rumah. 

Dulu,
Cikgu aku kata siapa yang ada banyak tahi lalat dimukanya dia adalah seorang yang sangat baik hati. Kira hatinya suci dan tulus gitu lah kan. Punya lah masing-masing dok kira berapa banyak tahi lalat yang ada di atas muka masing-masing. Dan kiraan itu terhenti pabila cikgu berkata :

"nak tahu kenapa orang itu baik? Kerana dia baikkkk hatiii sangat bagi lalat buang air atas muka dia"

Tertipu!

Actually , tak kisah lah dimana pun tahi lalat anda, pokok pangkalnya terletak pada hati itu sendiri. dan tidak semestinya tak ada tahi lalat ditangan itu anda buta seni. Korang pernah ke tahu yang eric leong casa impian tu ada tahi lalat dekat tangan?

Simptom lepas baca entry ni : korang mungkin akan try belek tangan atau muka korang nak kira tahi lalat kan.

selamat beramal!

:)

Thursday, August 11, 2011

Gila tak??

Tetiba tengah sebuk save file sebab nak balik cepat sempena bulan puasa, kawan karib ai si mummydalie tanya aku :


" wehh....ni http://yayafrdz-mylifechapter.blogspot.com/ ni blog kau kan?"

" aah...kenapa"

"yang ni http://yayafrdz-mylifechapter.blogpot.com/ pulak?"

lepas aku click je link tu, serius meremang bulu roma aku sebab blog tu adalah pasal bible. Serius aku terkejut wehhhhh. Dah le nama aku kat atas tu haa.... terkejut berukkk jugaklah. Tp maintain cool dan siasat.

Sekali pandang macam sama kan. Sekali tengok bezanya cuma pada tajuknya. itu pun hilang satu huruf saje dari blogspot kepada blogpot

(right click untuk tumbesaran)

Gila kannn??? dan bukan aku sorang je tau. cube korang try kt blog korang . ubah blogspot tu kepada blogpot dan hasilnya ia tetap dilink ke situ. mengapakahhh?? Apakah ade maksud disebalik perkataan blogpot tuuu.

Kaum ni ada je cara dia nak mengsesatkan orang lain.


:(

Tuesday, June 14, 2011

Beralih arah

Dulu , aku pernah buat entry INI.

Selepas beberapa ketika entry itu dibuat, aku melipatgandakan usaha untuk mengubah cara pemakaian tudung aku. Ok, im into shawl sekarang. terima kasih kawan-kawan atas ayat-ayat semangat anda. hahaha. gila poyo.

Boleh dikatakan sekarang aku lebih yakin memakai shawl , betullah kata orang practice makes prefect kan. walaupun takde la semantap mana, tapi atleast aku pandai la juga melilitnya dengan jayanya tanpa mencederakan mana-mana bahagian tubuh badan aku. :P

Malah,
kerana kegeraman aku pada shawl nak cantik-cantik yang wujud dimuka bumi ini, aku terrrr beli lebih la kan secara tak sengaja. dan mula menceburkan diri dalam bidang penjualan shawl secara separa serius. 


sebagai contoh :





Dannnn..... kawan-kawan yang mempunyai muka bulat aka tembam seperti ku, jangan malu-malu untuk mencuba shawl, Persetankan kata-kata cemuhan dibelakang dan didepan anda. 



Sekarang hidup saya semakin ceria kerananya (*ayat nak promosi aje kan takleh blah. hahaha*)



:)

Friday, April 29, 2011

Aku memang kuat berangan

Aku kan, memang kuat berangan tau. Sebab , aku rasa bila aku berangan tu aku macam happy even benda tu tak jadi kenyataan pon. Dan mungkin sebab tu lah jugak, aku menjawat jawatan seperti sekarang. Kerja senang, berangan aje!

Dulu ,
Aku selalu berangan akan dapat anak kembar. Benda ni lah yang paling-paling aku suka berangan. Suka sgt kembar. Lagipun memang ade gen kembar. Ibu aku kembar. tapi tulah orang kata, kalau kita terlalu meminta, susah nak dapat. entah!



Lepas tu aku selalu berangan nak beli motor scrambler .Walaupun aku tak pasti aku pandai ke bawak motor jenis macamni. Aku siap tanya laki aku ade satu kedai tu offer motor scrambler cuma rm3999 tu ok ke. Laki aku kate tu moto china so murah dan cepat rosak sebab enjin dia cepat panas. entah. Tapi aku rasa macam bestttt gila kot moto tu dengan aku nak beli helmet fullface sekali. Lepas tu laki aku kate aku perasan macho sebab poyo nak moto camtu. Tapi dah suka nak buat camne T_T.


Kereta idaman aku adalah Lancer. Sebab aku suka muncung dia. Memang mengancam abis la. Harga dalam 120K. Tapi yang ni tengok gambar je la kan, berangan lagi. Belum mampu lagi beb nak memilikinya. tapi mana tahu kan , aku menang peraduan petronas ke kan... kan... kan...



Dan paling terbaru aku suka berangan nak pergi holiday. Tiap-tiap hari aku masuk website air asia , masukkan butir-butir nak pergi mana, lepassss tu tgk total pakej berapa macam ni...


berangan je lah dulu. hahahahahhaa.





:)





Tuesday, April 19, 2011

tateh playgroup

Last sunday masukkan Auf satu class playgroup untuk baby-baby umur 12bulan hingga 18bulan. Bertempat di TTDI jaya, class start dalam pukul 10pagi. Tujuan utama aku masukkan Auf dalam class macam ni sebab aku nak tengok pergaulan auf, yelah kan dia kan ibu aku yang jaga , tak duduk nursery so takut dia kurang bersosial. Second is nak tengok tahap tumpuan dia, sebagai seorang budak lelaki yang lasak , aku tengok dia macam kurang fokus lah kan kalau kita try untuk ajar dia melalui flash card.

So pendaftaran untuk trail session di tateh playgroup ini cuma rm30. Alah, takpe lah kan laburkan sedikit duit gaji bulanan untuk anak kan. so aku decide nak try juga. Kalau OK, aku akan teruskan dengan sesi-sesi seterusnya. lagipun tempat dia berdekatan je dengan rumah. 

Class untuk satu sessi hanya selama 2 jam. mengikut module masing2 dan peringkat umur.

Ok, nama saya Auf, saya 16bulan
Rakan sebaya

PARACHUTE AND BUBBLE PLAY
 

Dengan attend class macam ni, atleast weekends sekali sekala dapat dedahkan Auf dengan pembelajaran. 


berminat ? boleh klik http://tatehplaygroup.blogspot.com/.  sorry aku takde share eh. haha. aku hanya share dengan kawan-kawan. And sharing is always caringggg bebeh. 




:)

Thursday, April 14, 2011

Bahasa melambangkan bangsa

Satu petang lepas balik kerja aku bawa Auf ke taman permainan dekat dengan rumah. Auf macam biasa akan teruja gila bila lihat kanak2 lain berlari - bekejaran kesana sini. Yelah, seharian duduk rumah je kan.
Ada beberapa budak kecik dalam lingkungan umur 5-6tahun tengah bermain sambil berborak sama sendiri. tiba-tiba,

budak A: wehhhh...kau babi la pijak kasut aku ahh...
budak B: kau la babi... puki.
budak A berlari sambil jerit: banggangggg.



apa pendapat korang , kalau korang berada dalam situasi tu dengan masa sama anak korang yang tak tahu ape2, berada disitu terpingga2 dengan gelagat budak-budak disitu.

seriously aku tergamam.sebab aku macam tak aspek plak kan budak kecik tadika akan sebut macam tu. biasa budak dah sekolah rendah atau menengah. aku rasa macam terus takut. takut dengan perubahan masakini budak2 zaman sekarang.
Kesimpulannya disini, siapa yang perlu disalahkan. Kawan2 anak itu atau ibubapa? kita pon bukan ada sepanjang masa bersama anak bila anak berada dirumah asuhan. Aku berdoa agar anak bujang aku, auf..dan anak2 aku yang akan datang jangan mudah terpengaruh dengan benda2 sebegitu. Mungkin aku akan laksanakan tindakan 'cili mulut' jika terdesak. haha!
kerana mulut badan binasa. :)

dan

sebab tu aku selalu pesan suami aku, kalau maki dalam kereta berdepan dengan anak ketika dia memandu, jangan sebut perkataan kesat. Kerana takut nanti kuah akan tumpah pada nasi, atau bonda 'cili mulut' ayah kalau terdesak. 

renung-renungkan dan selamat beramal.

:)

Monday, April 11, 2011

Cinta hingga hujung nyawa

Tiba-tiba aku rasa macam jiwang, rasa macam terfikir. bagaimana rumahtangga aku satu hari nanti. tatkala anak-anak sudah dewasa. tatkala masing-masing duduk berjauhan bila aku adalah berdua kembali dengan cikmok. tatkala kedutan di tangan, kaki dan muka mula menular. Tatkala langkah tidak lagi selaju wanita muda.

macamana ye?

Mungkinkah cikmok akan jalan berpimpin tangan lagi. berpeluk2 bahu. bergurau senda macam muda-muda dulu.atau shopping sambil tanya-tanya baju tu sesuai ke tak dengan aku ketika itu.

Macamana ye?
entry ni aku tulis sebab, gambar dibawah ini.


aku jumpa warga emas ini disatu shopping mall baru-baru ini. Si isteri agak tak mampu untuk berjalan mungkin sebab sudah tidak larat. si suami dalam lingkungan usia yang sama, memeluk erat isterinya berjalan sekitar shopping mall sambil cerita2. Muka isterinya memang nampak ceria. Mungkin gembira.

lalu aku tunjukkan kepada cikmok.

"you..cuba tengok nenek tu"

"mana" sambil menoleh.

"sweet kan?"

"hurmmm...."


"Nanti i dah tua, u nak tak jalan pegang tangan i ni lagi"



diam.



Yang penting aku harap, cinta kami hingga ke syurga!

:)

Monday, March 28, 2011

Kad pengenalan

Sebelum Mykad, kita semua memakai kad pengenalan jenis plastik yg laminated tu kan. Ha , yang tu la. Masa amik gambar untuk kad pengenalan tu masa tu kita darjah 6. Muka masa tu  innocent gila lah.

Gambar aku dalam kad pengenalan tu adalah sekeping gambar bertudung ayu , dengan muka separa senyum. Ok, masa tu aku bertudung sebab ibu aku yg suruh, dia kata biar gambar ic bertudung supaya satu hari nanti kamu tengok balik gambar ni dan kamu akan benar2 bertudung. :)

Dan kalau korang nak tahu, aku ada simpan lagi cebisan kad pengenalan dulu tu. Sebabnya , aku sayang gambar innocent aku tu. Masa buat kad pengenalan baru, aku siap2 cakap dengan  kakak kat kaunter tu. boleh ke aku nak simpan cebisan tu, dan kemudian dia pon bagi. :) 

*kat bawah dagu tu bukan tahi lalat tau, itu kesan stapler T_T*

tapi cebisan je la, separuh lagi dia kena mansuhkan. Tapi kesimpulannya, kalau dulu aku tak mintak sure aku menyesal sebabnya satu , aku takde gambar yang ni lagi sebagai simpanan dan kedua, aku kagum dulu kulit mulus gila. muahahaha.


Korang ada simpan tak?



:)

Wednesday, December 8, 2010

Digi bring your kids to work day!



Hari lalu....
Ayah ajak bonda dan Auf untuk ke office dia.... office dia buat event supaya staff2 bawak anak2 dan family ke office diaorang yang canggih tu ... hehe... so ayah dapat la menunjuk2 kan bonda dengan auf tempat ayah mencari rejeki untuk keluarga selama ni..... serius , lebih 4 tahun ayah kerja sini tapi bonda sekali pon tak pernah masuk ke dalam.... pernah hantar kat luar je la....

 Ni la bahagian dalam nye... semua berkaca2.... transparent gitu. hehe..... cantik gak.... diaorang set up games untuk budak2...tapi auf kecik lagi... so takde ape yang auf boleh join... hehe...

 Ni pulak cafe dia...pergh agak cantik kan didalam gambar.... hehe.... siap ade kolam2 bagai...Auf dah dok usyar je kolam tu dia ingat swimming pool boleh mandi2.... hehe..... ni adalah untuk hiasan semata2.


Mamat ni agak blur la kan mase tu...satu , sebab dia tak tidur2 lagi...dah ngantuk tapi saje2 taknak tido kan..... dan dia badmood..... lagi satu , sebab takada games or toys untuk babies..... mase ni dia tgh tenung2 clown buat belon...bonda paksa ayah beratur untuk amik ballon tu... hahahaha.

 budak yang sangaaaattt gumbira bila dapat ballon..... tunjuk2 gigi kat semua orang lalu depan dia.




so..... our day adalah sangat memenatkan...but fun jugak lah kan bawak auf jalan2 dan bersosial dengan kawan2 baru... :)






.

Monday, October 11, 2010

Bersosial atas alasan kerja

Dulu,
sebelum aku jumpa cikmok... aku adalah seorang yang hanya pentingkan keluarga dan kawan2... aku tak pernah ikut atau patuh cakap kekasih even masa tu aku ada kekasih yang ala2 sanggup mati-la-konon sebab aku kan....haha! motif utama aku couple mase tu sebab aku cuma berperasaan yang konon aku dalam kategori 'cool' la sebab aku ade balak ....yang boleh belanja aku sekali sekala....:P

tapi tu dulu...

zaman aku ketandusan ilmu...haha... taklah, zaman aku gila gambel keluar pegi sana sini jumpa kawan2 tgk wayang sana sini...lepas aku jumpa cik mok, aku kira macam behave la sikit kan.... sebab cik mok garangggg uuuu..... wakakaka.... alah, sebab aku dah ready untuk komitmen dan skrang dah bekeluarga, ade plak si mamat comel manja tu lagi la aku macam berat hati je weh nak lepak dengan kawan2 tanpa anak... serius weh.... serius.... kalau boleh aku nak hangkut auf tu kemana saja..... even kat tempat kerja....sebab dia kan baby lagi...

kalau anak dah besar panjang , boleh berdikari , its ok la kot.... nak tinggal dia dgn nenek dia ke atok dia ke... dah pandai berdikari.... dah pandai cakap...dah pandai mintak makan..... dah pandai tido sendiri....

tapi tu la....

aku memang tak boleh blah la kan bila jumpa orang yang, semata2 nak bersosial dengan kawan2 menggunakan alasan padu.... alasan KERJA.... demm! kira macam tipu la kan....
Tak kira la lelaki ke perempuan ke yang selalu beralasan kerja tapi main point dia just to have fun.... yelah kot.... balik rumah penat2 dah nk kena pegang anak...anak lasak plak tu kan.... kena sapu lantai ke hape ke...pastu pasangan plak dok bebel2 itu ini......kena itu...kena ini...sampai mandi pon tak sempat...haaa...
tension derr...
(tu la dia budak sekarang ckp mesti belakang nak letak 'derr' , kira macam gempak kah? lepas tu kalau nak tulis perkataan aku mesti kita kena singkatkan pada 'ak' saja.... kira dah abis gempak la ni...cuba ko ckp guna mulut dalam ayat ganti diri tu ko gantikan aku kepada 'ak'.... nak terkehel mulut aku....wakakaka...)

ok...ok...berbalik pada cerita tadi....

dan aku pon tak leh blah bila , dah la bagi alasan kerja pastu di support plak dengan motif lebih kuat iaitu bos suruh atau wajib...perghh...mmg terbaik derr... aku ok lagi kalau g ceramah agama , menolong orang2 di gaza ke... misi save palestin ke... ni benda2 sosial dengan bukan muhrim..... Kalau aku la...cik mok nak pergi macam tu pon aku berat hati... tapiiii kalau dia nak pergi benda2 keagamaan macam surau ke, ceramah agama ke....sepuloh kali pon aku redhooo.....pahala beb! kecuali pejabat agama la kan..... :P


tapi tu la....
sukahati ko lah cik senah...... ada hari ada batas , ada hari aku balas..eh, salah...tuhan balas...jangan kerana kerja rumahtangga kau musnah beb....


p/s: tapi aku rasalah kan....kebanyakkan ibu mmg tak sanggup kot.... ayah mungkin sanggup la kot....baby keluar dari anu kita ponnn....bukan dia!
p/s/s: lepak minum2 tu ok lagi kot..... 





:)