Salam bertani
Pn is3 : Bapaknya kalau pegi kebun nanti amekkan bunga kantan
Wak : Beres
(Pulang dari kebun)
Wak : Bunga kantan dah siap
Pn is3 : Banyaknya, nak sekuntum aje buat gulai asam pedas kepala mayung.
Salam bertani
Salam bertani
Pn is3 : Bapaknya kalau pegi kebun nanti amekkan bunga kantan
Wak : Beres
(Pulang dari kebun)
Wak : Bunga kantan dah siap
Pn is3 : Banyaknya, nak sekuntum aje buat gulai asam pedas kepala mayung.
Salam bertani
Pokok belinjau ni wak tanam untuk medapatkan pucuknya yang dijadikan sayuran kampung. Pokok belinjau betina akan berbuah tetapi yang jantan tidak berbuah. Pucuk belinjau jantan lebih lembut dan enak dibuat sayuran berbanding pucuk belinjau betina. Ada beberapa pokok belinjau sedang berbuah. Wak tuai buah belinjau untuk direbus.
Salam bertani
Salam bertani
Wak ada tanam beberapa pokok peria katak di tepi pintu pagar rumah. Nampaknya hidup subur dan tak sangka pula berbuah banyak hingga tak termakan. Dapatlah juga jiran-jiran merasa buah peria katak.
Rasa buah peria katak sangat pahit tetapi mempunyai pelbagai khasiat perubatan terutama bagi pengidap diabetes, penyakit kulit dan menurunkan gula darah. Peria katak juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang mampu mencantikkan kulit dan menurunkan berat badan.
Salam bertani
Salam bertani
Wak jarang-jarang beli sayur-sayuran untuk menu masakan harian di rumah. Biasanya wak cari aje apa-apa sayur yang ada di sekeliling rumah atau di dusun. Sayur-sayur kampung dan ulaman memang sentiasa ada bekalan. Lagi pun masak sayur untuk 2/3 oarng makan memanglah tak banyak. Wak tunjukkan sebahagian daripada sayuran kampung yang ada.
Salam bertani
Kat dusun wak tengah meriah tumbuh pokok sayur meranti. Pokok sayuran meranti ni wak tak tanam tetapi tumbuh sendiri (tukulan) di perdu anak pokok durian. Tumbuh subur sebab musim hujan dan dapat baja daripada baja yang wak berikan kepada anak pokok durian. Kadang-kadang wak tuai juga pokok sayur meranti ni. Sedap buat masak tumis campur dengan tempe. Jom tenguk
Salam bertani.
Menantu wak ada buat projek tanaman lada fertigasi di Melaka. Jadi wak ada minta dua polibeg anak pokok lada centil untuk wak pelihara secara manual di rumah. Rupanya lada centil ni lebih mudah ditanam berbanding lada cili kampung dan buahnya pun banyak dan lebat. Buah lada centil ini lebih resisten terhadap serangan serangga perosak dan tahan hingga merah menyala walau pun wak tak gunakan racun serangga perosak.
Salam bertani.