Jam sekarang menunjukkan pukul 12.51 pagi 07 June 2010. Hari ini merupakan hari ketiga aku berada di Malaysia selepas tiba daripada UK dengan menaiki Ettihad Airways pada hari Jumaat lepas pukul 2.00 petang. Segala maklumat mengenai apa yang terjadi sepanjang penerbangan 17 jam aku akan diceritakan dalam siri-siri entri yang akan datang. Sejak tiba sampailah sekarang, aku masih lagi menumpang di rumah Zaki sebelum balik ke Terengganu malam besok. Entri nie akan terus diupload ke blog once sebaik sahaja aku berjumpa connection internet. Setakat nie, aku masih belum dapat internet lagi. TT__TT
Aku masih lagi dalam usaha aku untuk cope dengan cuaca di Malaysia. Seriously yang cuaca memang amat panas di sini. Kekadang aku rasa pening, nak muntah dan so on. Kesian tul kat aku nie kan?! Kalau keluar, confirm aku akan habiskan dalam sepuluh ringgit lebih untuk membeli air sahaja. Miskinlah aku kalau macam nie gak. Dahla aku tak bawak balik duit secukupnya ke Malaysia memandangkan duit dah habis dengan membayar deposit dan sewa rumah di UK untuk term depan. Apapun, aku cuba untuk survive sekadar yang termampu : lebih-lebih lagi bila aku mula internship bulan depan. Pray the best for me. ^_^
Entri nie hanya bertujuan untuk update serba sedikit mengenai kehidupan aku sekarang. Ada banyak benda ingin aku kongsikan menerusi Facebook, Twitter dan juga Blog. Malangnya aku tiada sumber internet buat masa sekarang. Once aku dah balik ke Terengganu, aku akan pergi dapatkan wifi free di Perpustakaan Awam Terengganu. Sekiranya perlu lagi, aku sanggup bergerak ke Cyber Café berjam-jam untuk update pape yang perlu. Sorry buat masa sekarang yerk. Aku masih mencuba sekadar yang terbaik daripada diri aku sendiri. InsyAllah!!
Hari Jumaat lepas, once sampai di Kuala Lumpur, aku menumpang di rumah Zaki. Kalau tak silap aku, pada hari itu kami pergi keluar makan pada waktu malamnya. Balik sahaja ke rumah dalam pukul 9 malam, aku terus tertido. Plan asalnya untuk hari Sabtu ialah aku ingin pergi survey tempat kerja aku nanti di Menara Millenium di Pusat Bandar Damansara tetapi cancel akhirnya. Pagi sabtu, aku menemani keluarga Zaki pergi membeli bebarang keperluan di Pasar Taman Tun Dr Ismail. Selepas itu, kami pergi melawat tempat kerja aku di Damansara. Di sebelah petang dan malamnya, aku dan Zaki hang out dengan member kitorang di UIA. Selain itu, kami gie mkn kenduri gak. Kepingin tul cendol masyuk!!
Hari ini pulak aku pergi berjumpa dengan Cik Asliza Ahmad. Sebelum pergi jumpa dia tadi, aku cuba untuk menggunakan public transport daripada rumah Zaki di Petaling Jaya ke Pusat Bandar Damansara. Dalam keadaan jalan yang tidak jem, adalah dalam setengah jam aku ambil masa. Kalau jem, mungkin aku budget-budget dalam dua jam kut. Aku plan nak buat kejutan terhadap Cik Asliza Ahmad tetapi dia dah boleh agak. Mungkin sebab kurangnya keaktifan aku kebelakangan nie di alam maya kut. Ahakz!! Kitorang lepak-lepak keluar ke Kuala Lumpur jer tadi. Kesian dia sebab dengar aku mengeluh pasal panas sahaja. Habis basah baju tadi dengan peluh. Errkk!! Takdalah sampai basah yerk!! *muehehehe*
Besok sebelum aku balik ke Terengganu, aku sekali lagi plan nak pergi jumpa Cik Asliza Ahmad. Aku tengah memulis entri nie pun dalam keadaan berpeluh walaupun kipas dah speed nombor lima kat atas nie. InsyAllah aku akan dapat cope tak lama lagi kut. Oh ya, entri yang video sebelum nie merupakan salah satu tanda aku dah nak balik tapi tak ramai yang sedar. Wakakaka!! Besok aku nak pergi cari bilik sewa. Harap-harap ada lah jumpa nanti. Kalau tak, terpaksalah menyusahkan keluarga Zaki nanti. Huk2!! Jumpa korang lain kali pula yerk : aku cuba untuk update entri sekerap sebelum nie. Aku mencuba~!!
*Seribu penghargaan kepada keluarga Zaki yang banyak membantu*
[Akan ada banyak entri bebelan aku mengenai Malaysia nanti : Tunggu!!]