salam pada semua kawan2 n pembaca..tetiba je harini nak buka topik pasal penceraian. ni semua gara2 apabila ada di kalangan sedara kita yang nak/ dah bercerai..nauzubillah.. mintaklah di jauhkan dari perkara2 camni.. Sebelum ni kes ni dah terjadi dalam keluarga ayu..kakak ipar ayu sendiri..terasa sedih dan pilu tengok keadaan diri akak ipar ayu ni..rasa tak percaya pun ada..bagaimana la keadaan mengejut begini dia nak lalui dengan anak2 yang masih kecil lagi..rumahtangga yang di bina baru nak masuk enam tahun, dah jadik camni..moga akak ayu sorang ni kuat mengharungi dugaan ni..
baru2 ni pulak ayu tergerak hati nak baca blog member ayu sorang ni..dah lama tak dengar kabarnya. bila ayu bukak n baca blog dia, astagfirullah al azim..kenapa la perkara ni terjadi pada kawan ayu pulak..baru nak masuk tahun ketiga perkahwinannya..kesian kat kawan ayu ni..ayu doa agar dia ni tabah mengharungi semua dugaan Tuhan ni..dulu2 ayu suka sangat tengok kawan ayu ni n pasangannya..cumil! nak tau sebab apa? sebab kawan ayu ni manja n romantik..boleh nampak la betapa sayangnya kawan ayu ni pada pasangan dia..tapi, tak sangka lak terjadi camni. yang geramnya, dua2 kejadian ni ayu dapat tau ia di sebabkan oleh orang ketiga..orang2 sekarang ni kenapa la suka amik laki orang? tak cukup ke yang bujang atas dunia ni? kalu tak cukup, kenapa sampai ada yang x kawen2 perkatakan pasal jodoh, memang la jodoh tu di tangan Tuhan n semua Tuhan dah tentukan jodoh masing2..tp.. entah lah..
ni kat bawah ni, untuk renungan n peringatan bersama yang ayu ambil dari web makamah syariah..
Firman Allah SWT (Surah An Nisa' ayat 19)
"pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya".
dari Ibnu Umar r.a dari Nabi muhammad saw, beliau bersabda yang bermaksud,

"Perbuatan halal yang dimurkai Allah SWT ialah talak". Riwayat Abu Daud dan Hakim
Ayat Al-Quran dan hadis di atas ini dengan jelas memberikan kita penjelasan bahawa penceraian merupakan sesuatu perkara yang paling di benci oleh allah SWT. Agama Islam tidak menggalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan mengakibatkan implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anak-anak keluarga mahupun masyarakat amnya.
Amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan oleh kedua pasangan suami isteri dengan baik dan sempurna, jika keduanya menjadikan dasar ikatan atau perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah SWT. Selagi kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan dengan ajaran Islam, InsyaAllah tujuan dan matlamat perkahwinan yang di dambakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.