Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Saturday, February 8, 2014

30 - 31 Januari 2014

Ya Allah, punyalah lama ambil cuti dari berblog hihihi... Sibuk la dia ni. Maklumlah, pada 31 Jan lepas, adik ku no5 telah selamat bernikah dan bergelar suami orang.. Hakak dia ni pun berdebor gak. Rumah yang penuh, ramai adik-beradik datang dan memikirkan menu masakan, selain barangan hantaran yang belum dibuat - antaranya sireh junjung... 30hb tu hari jadi diri ini kikikik... Dah la raya cina, kedai banyak tutup.. Mujur terjumpa satu, kek pilih sendiri, en.Ayah bayar kehkehkeh.. Jadilah beli yg setengah kilo aje - kek tiramisu. Malam tu kaklong ku pulak datang bawa carrot kek! sangat nyummmy!

Okey, teruskan ke agenda kenduri kahwin ni.. Daku dengan semangat nya tido kul 11mlm dan bangun pukul 4pagi sebab nak siapkan sireh junjung. Beli bunga hidup senang je main cucuk je hahahaha... hantarannya 9 berbalas 11.. Tema kami purple.. tp pihak perempuan pun bagi purple jugok.. tak kisahla :)

 Hadiah yang belum cukup hihihiii... mesti tak dpt ambil penuh. Tahun lepas masa dia tunang pun ku tak dapat @ lupa nak ambil gambar gubahan sendiri.. walau pun biasa-biasa je leh jadi kenangan :)

Motif takmo crowded macam waktu tunang dulu.. Nak bagi org yang membawa hadiah ni pun tak terbeban. Buat sesimple mungkin :) Mehh layan gambar


Jubah & selendang dr Dubai

Sejadah

Tuala

Mas kahwin - rantai tangan
Tak letak lagi gelangnya.

al-Quran

Yang takde gambar, sireh junjung, kek, coklat, buah-buahan.

Ni hantaran dari pihak perempuan

Ni je yang sempat di ambil kaklong ku..secara penuh hihihihi..
Ini pun ambil di surau tempat bernikah :)

Surau tempat pernikahan berlangsung..
Debor je pengantin.. baju kelabu samping pink ye ^__^
Baju hitam tu pengapit

Kek hantaran yang simple

Rainbow kek rupenya...
Meriah rumah ku dengan kek tau! :)
Lepas tu Emak pulak datang bawak puding bentuk ros.. Cantik! warna-warni! hehehehehe....

Besoknya - 1hb Februari, kami adik-beradik, sepupu dan mak pak sedara tanpa kedua ibu bapa kami pergi ke majlis persandingan pulak... Kenapa Emak Abah tak pergi... nenti ku stori okeh :)

Daaa...




Friday, December 27, 2013

Bola-Bola Api... Pomander Ball

Haii la tajuk agak menakutkan hihihihiii... Ke nampak comey? ahaks!
Tak kisah la janji mok punya bunga bola ni memang la comey sungguh!
Ni kes orang takde kerja.. Mentang2 kerja gubahan hantaran dah hampir 70% siap! Semangat nih buat padahal majlis awal bulan 2 besok kikikikik :D

Kali ni kerja yang tak berapa nak DIY sangat la kan. Lebih kepada recycle! Moh usya gambo sikit.. Tengok ada yang jelesss tak hahahahaha...

Seeee... cantik tak? Mok je la yang kata cantik hihihi.. Puji diri sendiri.. cehhhh
Sebenarnya bunga2 ni semua guna semula hantaran time abang @ kembo ku kawen dulu.. Memandangkan stor ku dah penuh.. Banyak pulak bunga2 kecil dalam plestik tu.. Terjumpa pulak polistren bola. Maka mulakan la operasi guna pakai bunga yang ada dan jadilah pomander ball ni... Sayang pulak dibuang. Semua benda dah ada tinggal nak cucuk aje... hihihi.. Ohh kalau takde polistren bola, guna span bunga biasa pun boleh je. Polistren bola ni agak mahal la jugak. Yang kecik je dah RM6-8. Bila cucuk bunga jadilah bulatan yang besar..


Kasi zoom sikit.
Yang bola bawah tu daku buat masa adik tunang dulu. Yang baru siap tadi, bunga bola yang atas.. Kalau takde, you all boleh la guna bunga telur yang korang dapat tu... kumpul2 jadi banyak kan.. haaa ambil bunga aje la.. hihihi.. Amacam kretif tak? Letak kat ruang tamu berseri la sikit.. Maklumlah rumahku tak banyak bunga.. Tak berapa minat.. ehhh tapi yang bola ni minat pulak ekkkk ahaks!

Ada yang suggest ku buat blog DIY.. hemmmmm akan difikir-fikir kan.. Yelah nak buat step by step, tangkap gambo step by step, upload, instruction lagi, wahahahhhahaha mesti complete dan orang senang faham kan... Banyak tak DIY blog kat  Malaysia ni? ^____^

P/S : Kami sedang menanti kehadiran ahli baru. Semoga dipermudahkan

Friday, December 13, 2013

Selamat Hari Lahir Sayang...

Alhamdulillah bertambah umur en.Ayah pada 13-12-13 ni.. Masyaallah..
Dikala ini, en.Ayah jauh nun di Kelantan menunggu waktu memunggah barang.. Masuk 3malam kami kesunyian tanpa en.Ayah dirumah.. T_T.. Belum2 nak naness.. Bayangkan 24jam tak dapat hubungi dia langsung! Msg, Call, huhuhuuu.. mula la tak tentu arah sambil mendoakan keselamatannya.. Rupanya line telefon disana langsung tak ada.. Kalau ada penuh bar bila angin berubah... hemmmm.. Takpelah kan janji dapat berbual dan tahu keadaan en.Ayah..


Kami buat suprise... Kami anak-beranak buat kad untuk en.Ayah... Apa yang penting, kerjasama :)

Kad istimewa

Orang lidi - lukisan aQil
Ayah pakai songkok, mok pakai tudung hehehe...
Tulisan AYAH.. anak2 yang tampal..

Belah dalam mok yang buat
Belah tepi, anak2 yang tampal :)

Abg aQil tulis.. mok bantu jugak tu yang nampak gigil je..


Ye... 2 tahun lagi en.Ayah dah masuk angka 4..
Beza kami 8 tahun..
Ini pun selagi belum sampai tarikh lahir dia, ngaku masih 37.. sebab birthday bulan 12 kan..
Hahahaha.. kes yg ku selalu pertikai nih :p.. 

" Selagi Pancaindera ku Masih Berkuasa, Selagi Kudrat Masih Bermaya, Selagi Tubuh Masih Bernyawa, Selama itu ku Gilap Cinta, Agar Jalanmu Seindah Permaidani Cahaya... "

" Pada Sang Bayu ku Titipkan Laguku Untukmu, Agar Terurai Resah Membeku Mimpi yang Sering Menyapa Di Hasratku, Menggamit Kebahagiaan Bersamamu "

Aicehhh jiwang pulok.. Frasa dr en.Ayah sendiri ni sebenarnya.. Dedulu siap buat lagu lagi untuk daku ni haa.. Tp lupo plak tune nya macam mana.. Lirik ado! hehehe.. Surat2 zaman bercinta dulu pun ado.. hihihi..

Tak lupa juga pada tarikh yang sama, Adik Aqmar - 1st birthday.. Selamat hari jadi Aqmar buchuk masham bam-bam tu..

Dah setahun dah anak mokDe nih kan... Dah berlari ke belum tuh.. Lepas setahun baru nak jalan, sama la ngan abang2 kamu tuh... :)

Alhamdulillah. Sayang semuanya :)
Salam Jumaat kawan-kawan.





Thursday, September 26, 2013

Hobi ; Kegemaran ; DIY ; Seni




Boleh teka tak?
Hobi yang jarang dibuat tapi sangat suka buat bila tiba masanya..

^___^


Wednesday, January 2, 2013

Bunga kertas Tisu

Entry yang lama dah tertangguh sejak November 2012 :)
Cara-cara nak buat bunga tisu dr kertas crepe

Bentangkan crepe paper (70sen) yang agak berkedut tu.
Hati-hati sebab senang terkoyak

 Lipat dua

 Gunting bahagian tengahnya yg dilipat
(tak gunting pun tak apa. Shima nak tunjuk yang senang faham)

Ok dah dpt dua bahagian :)

 Ambil salah satu bahagian, lipat dua lagi

 Dan lipat ke kiri ( sama ratakan)

Potong sama rata ( tak potong pun tak apa)

lipat utk mendapatkan lebih kurang 5"lebar
Lipat lebih kurang dapat 3 petak

 semuanya sama ukuran

 Tiap bahagian tu dapat 6 helai kertas empat segi.
Kaedah sama utk kertas selebihnya

 kerja memotong
Pastikan terpisah sehelai demi sehelai

 Maka hasilnya...
Satu helai crepe paper yang besar tu bolen dapat 4 kuntum bunga

Susun 6 helai kertas crepe & lipat seperti membuat kipas..
 agak2 ikat dawai di tengah2

 potong hujung kipas separa bulat (ada gunting gerigi tu lagi cantik)


 bukakan kipas, kembangkan
seperti gambar

tarik sehelai-sehelai
hati2 terkoyak pula nanti ^_^

 Tarik sampai habis jadilah macam ni
dan teruskan buat sebelahnya pula

 Tadaa...

buat mcm bunga la.. daun pun boleh letak sekali

purple

dari atas

Hasil gubahan semasa hari pertunangan adik ku tempoh hari
sekadar hiasan, nak buat bunga telur boleh juga tapi kena guna dawai yg khas @ lidi satay :)

Untuk majlis adik akan datang, dia hanya request bunga tangan pengantin je dari bunga kertas nih. Siap bagi contoh nak kaler apa :) Insyaallah untuk adik buleh ajer kan.. Bukan takmo pakai bunga hidup, tapi nak lain dari yang lain kan :))





Monday, December 31, 2012

Tudung lama...

 Meskipun dah lama.. namun masih elok dan cantik..
Misi memakai semula tudung bawal, jahit tangan tak perlu guna pin/kerongsang,
Jahit di tengah.. Nah.. tutup dada..

Untuk di pakai di rumah..
yang penting serap peluh :)

Monday, December 10, 2012

Transformasi pintu pagar ala belasah je lah!

Entry sebelum mention pasal pagar rumahku kan...

Sebelum ni jiran ada beritahu yg ada anjing dok lepak kat garaj dia (jiran xde pagar-open). Bila dihalau pun selamber je dia.. Daku tak perasan pulak anjing apa dan bila masa dia lepak situ.. Rupanya dia lepak memalam buta. Suatu hari tu baru terjumpa anjing ni.. Kecik je warna ceklat... so far mmg tak masuk rumah daku la sebab berpagar... Jiran ni dok siap beli lastik nak lastik anjing ni.. Belum kena lastik lagi, malah baru nampak batang hidung jiran, anjing ni dah lari lintang-pukang sambil berdeking-deking bunyiknya! Macam kena kejar hantu plok hihihi.. Dengan kucing pun dia takut...

Tapi tulah haii... tup-tup satu pagi tu daku buka pintu tengok bersepah2 selipar, kasut, stokin kerja en.Ayah.. Kena pulak kasut adik afiq sebelah kat depan rumah jiran 31, sebelah lagi kat depan rumah 35.. Rumah daku 33... Sah! ni memang keje anjing ceklat tuh.. Rumah akak sebelah pun dia rembat bukan takat kasut, stokin pun dia buat main.. Sampai la dah 4kali dia masuk... errr macam mana daku perasan ekk? sebab Ada je benda beralih la kalau sah2 dia masuk rumah.. Hari tu penyapu jatuh, kain lap ku entah ke mana, last stokin Ayah dia bawak lari.. nasib la stokin dah burok koyak2 kan... Daku tak tahan... Pepagi lagi dah amik kotak yg kusimpan untuk jual terus ukur2, ngam, terus la pasang kat pagar tuh... En.Ayah geleng kepala je tengok bini dia kerjakan hahaha.. geram la mana tak geram kan.. masuk rumah curi barang plak.. Dah la garaj tu tempat anak2 bermain kan.. Haaaa... nak tengok apa yg ku kerjakan sila perhati gambar...


huahuahua... jadilah kan daripada takdak... Kotak pun kotak lah.. nasib kotak besar, bekas kotak dapur gas ekekeke.. Cuma kalau hujan mau basah lunyai jugak kotak nihh huhuhuuu... Dan malam tadi ku belek2 xde yg tak kena... Alhamdulillah la dia tak dapat masuk lagi... Harap2 mmg tak kacau lagi dah.. Jiran sebelah lagi satu pun pakat kejar anjing ni geram punya pasal... Yg pelik tu dia main kat deret rumah kitorang jer... Rumah lorong lain dia tak kaco pun! eeeee... geram!

* semalam hujan lebat... kotak masih berdiri teguh, tapi adik afiq pulak dok usik-usik nak koyakkan kotak tu yang masih lembab huhuhuu... apa pun syukur sebab masih ok dan dpt halang dari dimasuki anjing! *

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.