Penjara Kata-kata
Setiap jarum jam bergerak
Setiap itu kita terpenjara
Oleh kata-kata di sekeliling kita
Justeru oleh kata-kata kita sendiri
Jika aku pakai ini, nanti apa orang kata, jika aku cakap begini, nanti apa orang akan kata, jika aku tulis begini, nanti apa orang akan kata, pasang langsir merah, nanti apa orang kata. Beli kereta buruk, nanti apa orang kata, potong rambut pendek nanti apa orang kata, tak potong rambut, nanti apa orang kata, tak kahwin-kahwin nanti apa orang kata, bercerai, nanti apa orang kata...kahwin pun orang kata, bercerai pun orang kata...inilah penjara kata-kata.
Siapakah yang membina penjara kata-kata itu? Mungkin kita sendiri yang mendirikan pasaknya dalam rumah kita sendiri.
Sebaliknya
Ramai orang yang di penjara
Namun begitu, kata-katanya bebas berkeliaran di parlimen dan di mahlamah.
Banduan hanya terkurung jasadnya, namun begitu kata-katanya sedang membangkitkan jiwa rakyat di luar sana dengan sebebasnya.
Pohon Kesabaran
Menyemai benih kesabaran
Pada ladang kehidupan
Adalah suatu prakarsa kerajinan Disiram embun kegigihan
Hujannya jiwa istiqamah
Kelak bertunas daunan tabah Merimbun di bahu jalan sepanjang hayat
Pohon kesabaran kian membesar Teguh tegap sukar ditumbang Oleh badai paling maksimum Pohon kesabaran dahannya tempat berpaut pelbagai ranting bergoyang dek ribut ujian, panas membara sang mentari, basah lecun kehujanan malahan salji Hanya daunan yang gugur justeru beburung iman masih bersarang berkicau riang setiap hari di celah-celah ranting pohon kesabaran Pohon kesabaran tunjangnya dalam mencengkam bumi bertuah Dengan banir agam menjadi kaus untuk musafir bermimpi berbusana raja Dan cacing menjadi naga Pohon kesabaran tumbuhnya pahit oleh baja kedukaan namun dia sedar buahnya paling manis di pasaran kekadang dibeli oleh seterunya si amarah. Pohon kesabaran yang kian menua habis kikis buah daun dahan ranting hiasan, namun terasnya tak lut dek senjata tajam meluka Masih teguh berdiri menahan rempuhan sangkakala selagi keinsafan bahawa teras sejati pohon kesabaran tetap milik yang maha sabar. SALLEH HASHIM Oktober 2016 Ledang Johor Darul Takzim
Arkib Mimpi
40 Pelajaran
Ahmi Che Ramli: 40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW --------------------------- 01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya. --------------------------- 02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan. --------------------------- 03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur. --------------------------- 04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri. --------------------------- 05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda. --------------------------- 06. Jangan mematah-matahkan jari anda. --------------------------- 07. Periksa kasut anda sebelum memakainya. --------------------------- 08. Jangan mendongak ketika sedang solat. --------------------------- 09. Jangan meludah didalam tandas. --------------------------- 10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang. --------------------------- 11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain --------------------------- 12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda. --------------------------- 13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya. --------------------------- 14. Jangan mencari kesalahan orang lain. --------------------------- 15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat. --------------------------- 16. Jangan bercakap didalam tandas. --------------------------- 17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda. --------------------------- 18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda. --------------------------- 19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan. --------------------------- 20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan. --------------------------- 21. Jangan mencurigai tentang rakan anda. --------------------------- 22. Jangan menipu sepanjang masa. --------------------------- 23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan. --------------------------- 24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan. --------------------------- 25. Hindarkan berjalan sendirian. --------------------------- 26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif. --------------------------- 27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri. --------------------------- 28. Jangan mencela makanan anda. --------------------------- 29. Jangan bermegah(sombong). --------------------------- 30. Jangan menghalau pengemis. --------------------------- 31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik. --------------------------- 32. Sabar ketika dalam kesusahan. --------------------------- 33. Membantu dengan tujuan yang baik. --------------------------- 34. Muhasabah diri dan bertaubat. --------------------------- 35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu. --------------------------- 36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini. --------------------------- 37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa. --------------------------- 38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar). --------------------------- 39. Jangan makan dalam gelap. --------------------------- 40. Jangan makan dengan mulut yang penuh. --------------------------- Hantarkan pada yang lain, untuk mengingati mereka. Semoga Allah merahmati kamu In Syaa Allah Aamiin :) --------------------------- َ
Botol dan isinya
ULASAN CERPEN : Kancil, X-Trail dan Sebuah Bengkel ( Dewan Siswa September 2016)
Dewan SiswaSAYEMBARA MENULIS CERPEN DAN SAJAK ANTIRASUAH 2016 DBPWS.
sayembaraUlasan Novel Ops Dabai
novelhttp://borneodihati.com/kategori/buah-dabai-dan-kapit-sarawak-jadi-tema-tulisan-novel-berjudul-ops-dabai
Lagi kisah si Kitul
Kitul
KAJIAN KES SEJARAH MELAYU
Pengajian Malaysia..: KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Jiwa Merdeka
SajakTiada apa yang lebih istimewa
Masih bernafas di bumi bendera
Empat warna ini
Warna yang lebih murni
Daripada pelangi
Bersyukur ketika bendera lain
Carik dan pudar warna
Justeru bendera mereka disimbahi darah...
Merdeka jiwa
Jiwa merdeka
Di tanah air
Walau apa pun lakonan di atasnya
Aku masih punya bendera
Berkibar di angin sejahtera
Sesejuk air mata pejuang bangsa
Mewariskan keikhlasan mereka
Membina tugu maruah
Biar putih tulang jangan putih mata