Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

Tekanan ditempat kerja? Bagaimana cara mengatasi?

Assalammualaikum semua!

Sejak kebelakangan ini saya akui banyak tekanan daripada tempat kerja.. so saya pun gugel lah kan mana tau salah satunya dapat bantu saya atasi tekanan. Bukan apa bila dah tertekan tu rasa boring sangat... tak semangat macam2 lah kan...

Ok saya dapat artikel nie daripada sebuah blog... nak baca.. jom...

Credit to blog http://pmr.penerangan.gov.my


Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja  
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. 

Ok itu sahaja selamat mencuba!!

 

Tuesday, November 4, 2014

Ingin cepat hamil? Ketahui makanan penyubur kandungan anda

Assalammualaikum wbt semua!

Tetiba teringin pulak nak mengandung...apakah??? jeng jeng jeng... hahaha bukan sekarang yer.. cuma sesekali bila tengok perempuan mengandung rasa macam teringin pula... ecehhh haha. Teringin tak pe sebab kita dah kawen kan.

Dulu masa mengandung anak pertama memang tak tahu menahu langsung bab parenting nie. Semua macam redah aje. Nasib baik pandai sikit guna pak cik google. Beli buku pasal keibubapaan. Haa semangat ko. Dah masuk anak kedua kira dah teror skit la tak yah beli buku dah gitu hee.

Ok nak share ngan korang pasal makanan penyubur kandungan. Bagi yang baru berkahwin atau sudah berkahwin tetapi ingin menimang cahaya mata jom baca sama-sama!


wanita mengandung perlu 8 makanan

8 Jenis Makanan Penyubur Kandungan Anda

1. Susu
Seorang wanita yang ingin hamil perlu minum susu sekitar 1000 mg kalsium setiap hari, atau sekitar lapan gelas susu sehari. Selain itu, mengambil keju dan yoghurt.


2. Karbohidrat kompleks
Makanan dari biji-bijian diyakini banyak mengandung karbohidrat kompleks ini. Makanlah secara teratur untuk membantu meningkatkan kesuburan anda dan pasangan.
3. Sayur dan buah-buahan
Merupakan sumber vitamin untuk lelaki dan wanita mengandungi zat fitokimia dan antioksidan, yang dapat menahan radikal bebas agar hormon reproduksi tidak terganggu. Contohnya buah delima. Buah delima bukan sahaja untuk kecantikan tetapi sangat bagus untuk melawan kanser, meningkatkan fungsi seksual dan kesuburan.


4. Daging ayam
Sebuah penelitian menyebutkan bahawa wanita mempunyai kemungkinan lebih besar untuk mandul jika kekurangan zat besi. Untuk itu, perbanyakkan mengambil  zat yang mengandungi daging ayam ini.
5. Telur
Ternyata, telur juga menjadi salah satu makanan penting untuk meningkatkan kesihatan reproduksi, melalui zat kolin dan protein yang banyak dikandungnya.


6. Sayuran hijau
Selain mengandungi antioksidan, sayuran hijau seperti kangkung dan bayam juga memiliki zat besi yang banyak. Nutrisi tersebut dapat mempertahankan agar kitaran haid tetap lancar.
7. Biji-bijian dan kekacang
Tidak hanya mengandung omega 3 yang memberikan efek langsung terhadap level hormon, tetapi jenis makanan ini juga mampu meningkatkan masa subur pada wanita.


8. Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandung banyak zat omega 3. Manfaatnya, terutama untuk peningkatan kesuburan reproduksi lelaki dan wanita. Tapi shaklee juga ada minyak ikan omega 3 yang tulen tau!. Tengah promo sekarang nie Omega Guard! Beli 2 dapat diskaun 5% lagi you! kalau tak nak dua beli 6 free 1! lagi best! hehe


Semoga bermanfaat semua yer!
 Kalau nak supplimen untuk kesuburan pon ada...



Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop

Saturday, November 1, 2014

Jamu Ratu Malaya

 Assalammualaikum wbt semua!

Tengah stand by nak tengok bola ker? haa meh baca blog kita dulu meh..hehe. Malam nie anak-anak tido awal so boleh upload gambar dengan gembiranya tiada sapa nak kaco yahuuuu!

Ok semalam kan dekat opis saya ada buat program pasal kecantikan dan make up serta tips pemakaian tudung. Anjuran Puspanita. So depa jemputlah Pengasas Sendayu Tinggi nie iaitu Puan Rozita Ibrahim. Dulu Sendayu Tinggi sekarang dah tukar nama kepada Jamu Ratu Malaya. Kira first time laa jabatan saya jemput beliau datang buat ceramah dekat opis. Saya dapat laa dengar separuh sebab separuh lagi saya balik rumah lunch dengan mak. Ewah mentang2 mak ada dekat rumah wajiblah bermanja-manjaan lebih sikit ken.



bersama pn rozita ibrahim
 Saya dan Puan Rozita Ibrahim. Lawa sangat orangnya... memang betul2 menjaga kecantikan dan kesihatan diri... walau usia dah menjangkau 50 an kalau tak salah saya. Dulu2 rajin baca kisah dia dekat majalah. Seorang usahawan yang sangat berjaya di Malaysia dan semangat beliau patut kita contohi.

Saya sempat tengok beliau make up dan pakaikan tudung aje. Selebihnya berkenaan ceramah atau tips kecantikan saya tak sempat. Ada sorang daripada kawan saya yang volunteer nak jadi model merasa la dia pakai make up jamu ratu malaya. Nak tengok meletopp ke idok?? haha haa kejap lagi gambar kat bawah yer...

Masa nie tengah promote produk.. banyak juga produk beliau... serius saya satu pon tatau sebab mata nie dok nampak Shaklee aje kan lalalala


Tarraaa.... kawan saya yang telah selesai di make over... amacam kak ton???? santek tak tak ton??? hahaha


Macam biasa saya tumpang la bergambar kejap kan... bukan senang nak jumpa benda gini.. agak jakun sedikit di situ... biasalah lepas ceramah ada jualan gudang dekat belakang nie.. harga separuh tuh ramai jugakyang beli set kurus.. set cantik dan segala set yang ada... Saya beli minyak angin je..boleh kurus katanya haha nak try jugak satu kan...

Saya terbayang kalau shaklee boleh buat ceramah camni sambil jual barang kan best.. mesti ramai yang serbu haha. Ok tak boleh yer shaklee eksklusif hehe


okla anak dah bangun laa... babai...


 
Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop

Thursday, October 30, 2014

Lakukanlah Solat Sunat Tahajjud pasti damai di jiwa

 Assalammualaikum semua kawan2 blog!

Petang nie saya nak share berkenaan solat tahajjud. Solat sunat yang mana semakin kita lupakan malah ada yang tak pernah buat pun solat tahajjud. Beruntungnya orang-orang yang dapat melakukannya.. hati kita kan milik Allah... jika DIA inginkannya... Inshaa Allah kita tak akan rasa terbeban pun untuk melakukannya.

Pada awalnya saya mengaku turut liat untuk bangun ditengah malam.. nak2 pulak jam 3 pagi ke bawah. Tetapi jika kita nekad pasti tak da masalah dan rasa selesa aje nak buat. Cuba buat seminggu dulu lepas tu Inshaa Allah tak kan ada masalah lagi hee.


 Bagi yang belum pernah melakukan solat tahajjud boleh cuba lihat lafaz niat seperti dibawah...

Kredit pic to pakcikli00

Secara jujurnya solat tahajjud dapat mendamaikan hati. Apa yang kita nak mintalah padaNya... lambat atau cepat biarkan DIA yang tentukan... jadikan amalan solat tahajjud dalam kehidupan kita seharian Inshaa Allah... tenang jiwa raga... cubalah! pasti takkan kecewa!


Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop


Saturday, October 4, 2014

Anakku sukar tidur malam! Ada petuanya

Assalammualaikum wbt...

Ya Allah betapa hebatnya ujianmu... setiap malam anak-anakku akan tidur lewat... kalau depa penat sangat barulah ada peluang kami suami isteri tidur awal... itu pon bangun mengigau dan menangis lagi... allahuakbar!!! sabar jelah

Pelbagai usaha telah saya lakukan...  contohnya beri anak makan lebih awal... sebelum pukul 7 malam misalnya... pujuk dan ajak masuk ke bilik pukul 10 malam (sori tak layan) depa keluar balik huhuhu. Ajak bercerita kat dalam bilik. Nie tahan kejap jer hahaha. Pastu mama dia pon blur tak tau apa nak cerita. Mungkin kena beli buku cerita. Bacakan 3 qul... doa dan lain-lain.

Kat sini ada satu artikel yang saya baca dekat satu forum nie dia ada share petua tidurkan anak. Nak tahu apa petuanya? Jom kita baca sama-sama ye!

Petua menidurkan anak

Apakah petua untuk menidurkan si kecil dan mengelakkannya daripada kerap terjaga atau mendapat mimpi ngeri?


SETIAP bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur setiap hari. -


KANAK-KANAK yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur. Berikut petua untuk menidurkan anak.

Pastikan anak memperoleh tidur yang mencukupi

Berdasarkan Yayasan Tidur Kebangsaan Kanada, setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.

Tidurkan waktu dia mengantuk

Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.

Cahaya mentari sebagai loceng

Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda natural bahawa hari sudah siang.

Persekitaran tidur selesa

Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.

Persekitaran yang selamat

Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.

Ajar anak cara tidurkan dirinya

Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.

Tetapkan rutin tidur

Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.

Jangan abaikan tidur petang

Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.

Makanan yang betul

Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan 'kuasa' berpanjangan.

Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.

Aktiviti fizikal penggalak tidur

Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai, misalnya merangkak.

Gangguan teknologi

Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu terpengaruh kepada aktiviti gajet.









Setuju sangat yang last tu! Gannguan teknologi! yer budak zaman sekarang kan... dulu kita main pondok-pondok, panjat pokok, terjun parit dll aktiviti lasak. Budak sekarang terutamanya di bandar tak dapat rasai semua tu. Kesian kan...anak-anak saya... hanya dapat main dalam rumah sahaja. Nak main dekat luar sorilah mama tak berani nak oi nak lepaskan kamu semua..takuttt huhu. Sekarang kan macam-macam naik risau bila baca paper kan culik sana culik sini... Ya Allah mintak simpang la daripada berlaku perkara macam nie.



Akhirkata saya harap ibu bapa diluar sana dapat mempraktikkan petua diatas agar kita sama-sama dapat melatih anak-anak kita tidur awal dan cukup setiap malam. Kerana tidur yang cukup dapat hasilkan minda yang cergas! sapa tak nak anak cergas kan??


Oklah jom cuba...


Nak cuba vitamin shaklee untuk kesihatan anda dan keluarga serta ingin menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya. Insha Allah saya sudi membantu... 

Call/msg/wasap saya 012-5417451

Tuesday, June 10, 2014

Perginya seorang imam besar masjid shah alam

 Umum telah mengetahui bahawa imam besar Masjid Shah Alam telah kembali kerahmatullah pada jam 9.07 malam tadi di IJN... boleh refer berita dibawah...

credit to: Berita Selangor

SHAH ALAM 10 JUN: Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.07 malam tadi.
Allahyarham Ahmad Mustafa,39, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, selepas enam hari dimasukkan ke IJN.

imam-besar-shah-alam 

Kematian Allahyarham disahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataan, di sini.
Menurut kenyataan JAIS sebelum ini, Imam Besar itu mengadu sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN.
Allahyarham lahir pada 26 Disember 1974.
al-Fatihah 

Allahyarham mendapat pendidikan awal Sekolah  Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Markas Tahfil Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri (MARTAH)
Kemudian menyambung pelajaran untuk Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Darul Quran, Malaysia) dan Ijazah Tahassus Qiraat (University Al-Azhar, Mesir).
Warga Media Selangorkini mengucapkan takziah kepada keluarga dan didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan para Anbia dan Solehin.
Al-Fatihah….

 Yang kat bawah nie pulak gambar pagi tadi daripada bilik stor opis aku. Cuaca cantik sangat pagi tadi. Matahari terik. Tetiba elok aku sampai opis cuaca bertukar mendung. Seolah-olah sedih dengan pemergian arwah. Subhanallah... awan hitam berlegar2 di sekitar kawasan masjid.. seriuss aku sangat2 kagum... subhanallah.. dengan angin kuat daun2 berterbangan... tak tau nak cakap macam mana perasaan ketika tu.. terasa sedih pon yer padahal aku tak pernah mengenali arwah... kenal pon bila dia sakit.. yer semalam baru kecoh pasal arwah sakit dan dibedah di IJN.


Gambar dibawah pula selepas 20 minit kemudian... selepas hujan renyai2... cuaca kembali cerah.. dan sekarang cuaca ala-ala mendung aje... maksudnya tak panas terik macam biasa... Ya Allah sungguh hebat kuasamu...

Jika Allah berkehendak tak perlu tunggu lama.. dalam tempoh yang telah dijanji malaikat akan datang mencabut nyawa... Bagaimana pula dengan kita? 

Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman....

Al-Fatihah.....


Thursday, February 6, 2014

Mari menjemput rezeki dengan Solat Dhuha

Alhamdulillah sejak saya mengenali #shaklee saya dah mula menunaikan solat dhuha. Satu perkara yang agak pelik jugak bagi saya untuk buat pada mulanya. Betul kata orang nak mula sesuatu perkara yag baik memang sangat payah tapi bila lama-lama buat insyaallah kita akan terbiasa. Alah bisa tegal biasa gitu hehehe

Sekarang kalau tak buat atau tak sempat buat solat dhuha rasa rugi sangat2. Sebab solat dhuha tu kan menjemput rezeki. Insyaallah kalau kita mohon pada Allah rezeki itu akan datang kepada kita. Yang penting kita kene berusaha menjemput rezeki.

Solat dhuha 2 rakaat je uols. Solat dhuha ibarat booster kepada kita yang nak meniaga nie. Tapi kalau nak buat sehingga 12 rakaat pon bagus juga. Ada hadis mengatakan, barang siapa yang solat 12 rakaat solat dhuha, Allah akan sediakan istana disyurga buat mereka.

Apa tunggu lagi pahala pon dapat istana kat syurga Allah siapkan. Bestnyaaaaa. Jom solat sekarang!!!


Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site