Hah!!!! Adakah anda pernah berbuat demikian angkara perasaan yang terlalu obsesi terhadap seorang wanita? Atau ada kelemahan lain yang membuatkan anda ditinggalkan? Sikap yang keterlaluan sehingga anda di 'reject'? Berikut merupakan 11 perkara yang mungkin mampu membunuh cinta anda. Dan terimalah hakikat bahawa ia datang dari dalam diri anda sendiri. Perkara sebegini juga boleh menimbulkan kebarangkalian anda ditinggalkan dek pasangan yang tidak tahan dengan sikap anda itu. Jadi sebelum perkara sebegini memudaratkan keadaan, maka berubahlah demi kebaikan bersama. Bak kata pepatah lama 'menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna'.
1. KAKI 'PAU'
Zaman sekarang ini bukan wanita saja bersikap materialistik, tetapi kaum sejenis anda juga ramai yang begitu. Paling memalukan, mangsa yang kena 'pau' ialah wanita iaitu pasangan anda sendiri. setakat hendak menambah (top up) kredit telefon bimbit pun anda meminta duit daripadanya. Belum masuk lagi anda"pau" si dia belikan anda roko. Alamak! Bro...takkan sengkek sangat kot sampai terpaksa meminta-minta daripada pasangan anda. Memanglah 'sharing is caring' tetapi takkan sampai menjadikan si dia sumber pendapatan atau pun bank bergerak anda. Sangat tidak berhemah bagi seorang lelaki apabila terlalu 'makan' duit wanita.
2. BOROS BERBELANJA
Sebulan anda memperuntukkan hampir RM 1,000 untuk 'mekap' kereta anda. RM200 beli minyak wangi, RM300 bajet untuk rokok dan lepak di mapley, RM200 main snuker atau RM 200 untuk membeli pakaian baru top to toe! Tapi bila isteri anda menyuruh membeli sekampit beras atau susu anak, mulalah anda menggelabah kerana bajet untuk keperluan rumah memang tak berapa ada. Anda memaksa isteri anda beli dengan duit gajinya sendiri. Atas alasan, bajet bulanan anda lari! Bro, kalau gaji anda besar dan mahu beli itu ini, tidak mengapa jugalah. Tetapi kalau gaji anda sederhana atau cukup-cukup makan, pandai-pandailah agih-agihkan perbelanjaan. Jangan kerana mahu bergaya, anda jadi papa kedana pula. Semata-mata mahu mencantikkan kereta, anak dan isteri di rumah tak cukup makan atau pada yang bujang, tak mampu belanja makan kekasih hati semasa berjanji temu!
3. BANYAK MASA BERSAMA RAKAN-RAKAN
Zaman bujang, anda sudah banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Bila bergelar suami atau ayah, anda masih dengan tabiat lama, dahulukan rakan-rakan, bukan keluarga. Anda bekerja, begitu juga dengan isteri anda. Habis saja waktu bekerja, si dia terus balik ke rumah dan menguruskan rumah tangga. Anda pula terus ke gelanggang futsal atau melepak di mapley (atau mana-manalah) bersama rakan-rakan. Tengah malam barulah anda muncul di rumah. Begitulah aktiviti seharian anda atas alasan bosan di rumah. Jadi lebih baik anda terus membujang daripada menyandang status sebagai suami/ayah tetapi tidak membawa makna. Ini juga bermakna anda seorang yang tidak bertanggungjawab!