Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

flowerish my heart

Showing posts with label keroje oh keroje. Show all posts
Showing posts with label keroje oh keroje. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Kerajaan atau Swasta??

Sekiranya anda diberi peluang untuk memilih pekerjaan, anda suka berkhidmat dengan siapa? Adakah korang suka kerja dengan kerajaan atau memilih untuk kerja dengan swasta??? Kenapa dan mengapa ek?

Ada orang suka dengan kerajaan sebab tetap dan berpencen....
Setengah orang pulak suka dengan swasta sebab kerja dan bidang tugas yang mencabar serta pendapatan yang lumayan..

Tak lumayan ke kerja dengan gomen?? Bukan gomen sekarang menawarkan pelbagai insentif dan kenaikan pangkat ke?? Kawan saya cakap elaun kerja kerajaan tinggi sehingga mencecah RM850 ke atas. Pastu ada melintang dan menegak..apatah tak tahu la

Lumayan sangat ke kerja dengan swasta? Memang masyuk dan gah...tapi cukup berbaloikah kalau kena compensate masa untuk bersama keluarga. Entahlah..walau apa pun pilihan kita, harus lah bekerja untuk mencapai matlamat, okes....

Semoga Allah sentiasa memelihara kita dan memberikan bantuan dan petunjukNya..


Wednesday, June 30, 2010

Mood bekerja...

Hari ni baru aku masuk opis after cuti 1 hari on Monday, dan attended 2 days training dekat MEF.  Collective Bargaining..itulah tajuk training aku. Apa kebenda tuh??Actually Collective Bargaining adalah berkaitan dengan negotiation process dalam mencapai persetujuan untuk Collective Agreement. Pendapat jujur aku training ni sangat bagus. Walaupun aku ada experience dalam few sessions of Collective Bargaining masa dekat Sentosa dulu, training ni dah memberi aku lebih pengetahuan lagi dalam pendekatan terbaik untuk mencapai kesepakatan bersama....Win-win situation  still favour in management.Mungkin semua ni akan lebih berguna kemudian... ;)

Aku memang suka pegi training. sebab aku percaya bila pegi training pasti aku dapat menambah ilmu di dada dan dapat berkenalan ngan ramai kawan baru. Tapi tetap tak lupa kawan2 sedia ada. training adalah satu cara yang majikan boleh guna untuk menaikkan motivasi pekerja. Cuma sayang sebab ada sesetengah pekerja menganggap training atau latihan yang diberikan sebagai satu hukuman yang membosankan. Come on fren, masa training la nak keluar dari suasana opis, dapat networking dan disamping itu jugak dapat makan sedap..hehehehhe.

alamak..kena masuk meeting plak...tbc ;p

Thursday, June 24, 2010

Masalah Problem

Masalah ni tak lah besar pun. Tapi tetap besar bila kita terpaksa nak fikir dan cari solution terbaik agar tak bermasam muka dan tidak memberi masalah pulah kepada pihak lain.

Cerita bermula setelah menerima panggilan telefon dari kakak tercinta di kampung memaklumkan yang  Pertukaran Lesen Bijih pada Selasa depan iaitu 29 Jun 2010. bertempat di Rumah Penghulu Gerik. Memula tmemang tak jadi masalah sebab aku boleh apply cuti dari Isnin sampai Rabu depan. untuk hanatr mak aku balik kampung. Yippie..cuti lama :) Boleh bersendaloka bersama my lil princess.

Tiba-tiba, baru aku teringat yang boss dah plan nak hantar aku pegi training dekat MEF pada 29 dan 30 Jun ini. 2 full days. Training ini sangat lah penting sebab pasal Collective Bargaining. It is a MUST!! bak kata omputeh..Yerlah, sebab bermula minggu depan dan bulan depan, aku akan menghadapi proses Collective Bargaining atau Negotiation with Union KPPDSB. Walaupun  aku pernah melalui semua ni masa kat Sentosa Medical Centre dulu, tapi training ni tetap wajib sebab nature of business is different dan ini merupakan Collective Bargaining kali pertama for my current company ; for the first Collective Agreement. SO mungkin cabaran dan dugaan yang bakal pihak management tempuhi agak mencabar. jadi kenalah penuhi ilmu di dada kan???

Camne nak buat nih??mak aku memang terpaksa balik kampung jugak sebab pertukaran Lesen Bijih Timah tu penting. Aku sebenarnya tak tahu la kalau ada orang melombong bijih timah kat perak lagi ke tak. But, memang lesen tu kena renew every year, walaupun mak aku bukanlah pelombong. Sebab bila tukar, pemegang lesen akan diberi duit untuk lesen-lesen mereka. diorang dapat bayaran seh..koje tak yah buat..best betul. So sapa nak bagi duit free kan??Jadi memang wajib tukar annually.

Masalah plak ngan si baby tecik aku ni. Mana nak tinggal kalau mak aku balik kampung and aku pulak kena attend training. Yer lah, anak aku memang tak dihantar pengasuh or nursery. Mak aku tolong jaga sebab dia risau dengan cerita macam-macam sekarang kan. Maka jadik lah anak aku cucu kesayangan dia..hehehehhe. takut kena dera or orang jaga tak bagus. Alhamdulillah la sebab anak aku membesar dengan sempurna bawah jagaan opah dia. ;)

Pikir punya pikr dari semalam, masih tak dapat solution. tanya Mr. Hubby, dia plak ada court cases dari Monday to Wednesday. So terpaksa lah minta tolong hubby untuk tanya kalau Ibu Mertua ku free untuk tolong since my MIL said she will be coming this weekend sebab ada urusan kat KL. Unfortunately, En .suami cakap, MIL bagitahu tak jadi datang plak. FIL je datang..huk huk huk.. Camne ni. Aku memang tak kisah kalau terpaksa tak pegi training tu demi anak kesayangan aku ni. But serba salah jugak la kalau tak pegi. Sebab training tu aku kena pegi berdua ngan boss aku. Habis Camno???

Nak nangis mak tau...Nak kena diskas balik ngan Puan Seri Boss tengah hari ni. Tetiba, my hubby sms. Dia dah arrange untuk cuti dan volunteer untuk jaga si kecil pada hari Selasa. dah arrange ganti kes dia ngan loyer lain la kot.. Apapun, terima kasih En. Zahar sebab keputusan last minute mu itu sangat bermakna buat isteri kesayangan mu ini..hehehhe. Muah Muah. Love you..




Thursday, May 20, 2010

MEF Central Region Meeting at KGPA

Meeting yang sangat menarik..Met new fren, networking and new ideas..

Related Posts with Thumbnails