Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label recipe sayur sayuran. Show all posts
Showing posts with label recipe sayur sayuran. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Taufu Kukus dengan brokoli dan udang kering garing berkicap


Ringkas berkhasiat dan sedappp


jom layan resepi...

bahan2nya
1 keping tahu lembut (biasanya dijual dalam kotak)
brokoli
udang kering
hirisan bawang besar
hirisan cili padi
garam / kicap
minyak


cara2nya
sediakan mangkuk dan kukusan, masukkan tahu dan brokoli kukus selama 7~10minit, sementara mengukus panaskan minyak dalam kuali dan goreng garing udang kering masukkan bawang dan cili goreng hingga layu akhir sekali boleh masukkan kicap atau kicap cair, tuangkan  bahan tumisan atas tahu kukus tadi...

Monday, July 23, 2012

Lauk yang simple pembuka selera


Kadang2 lauk camnih pun dah membuka selera nak makan ye tak..?


senang aje nak sediakannya... beberapa biji tomato cerry, timun, bawang merah, cili padi dan baby carrot potong mengikut kesukaan dan gaulkan aje dengan thousand island.. nyumssss

 
pekenalak dengan talapia goreng garing dan.. ikan pekasam

 
goreng ikan pekasan garing taburkan bawang besar yang didadu dengan cili padi dan perahkan limau kasturi... berasap wohooo tak tau nak cakap lerr..



 nnt saya share pulak resepi asam tumis pedas ikan patin tu haaa.. yek next entry..

Saturday, June 16, 2012

Brokoli Telur Dadar


Anak2 memang susah nak makan sayur... tapi bila dah campur macam ni laju aje dia makan.. kalau ada anak yang masih kecil bolehlah cincang halus2 sayur brokoli tu..


sebenarnya dan macam jenis telur dadar yang saya buat, campur tomato ceri diatasnya, atau taburan ikan bilis goreng yang rangup tetapi dalam banyak yang saya buat hanya brokoli dan cendawan enoki yang menjadi pilihan anak - anak.


ok.. 3 biji telur, garam, lada sulah dan sedikit sayur brokoli yang dipotong nipis, kacar kesemua bahan dengan sedikit sos tiram dan dadarkan dalam kuali siap untuk hidangan.

Thursday, June 14, 2012

Enoki rangup bersalut tepung



Assalammualaikum....

petang tadi mengoreng cendawan enoki ni sekejap aje habih... memang agak leceh sebenarnya kalau nak goreng sehelai demi sehelai pepandai lah ek...



takde resepi khusus sebenarnya.... secawan tepung gandum dan secawan tepung beras, satu sudu serbuk oregano, sedikit serbuk kunyit sedikit serbuk lada sulah, garam secukup rasa dan air agak - agak ajerlah macam kita nak goreng pisang... dan gorenglah dalam minyak panas pastikan selepas membasuh cendawan keringkan dengan tuala bersih atau tisu dapur takdelah meletup nanti..




makan dengan sos thousand island atau mayonise atau sos cili... hmmmm 

Tuesday, April 17, 2012

Gulai Ros Terung Bulat


gulai terung, ramai yang sedia maklum terung ni hangennn... tapi aku suka.. hiks... tapi taklah selalu memasaknya.. kebiasaannya terung ni akan aku campurkan dalam kuah asam pedas atau kari ikan.. tapi kali ini telah digulaikan...dok jogging dengan kawan cerita resepi... so inilaaaa dia antara resepi yang aku teringin nak cuba... kalau ada tenggiri goreng atau ikan masin goreng dengan sambal belacan pon dah ngammm


bahan2nya
4 biji terung bulat - belah 4
garam n gula
4 sudu besar rempah gulai cap bunga ros*
4 sudu besar rempah kari babas*
2 sudu pes cili (cili kering kisar)
*dicampurkan dengan 1/2 cawan air
1 kotak santan
1/2 cawan air asam jawa

bahan tumbuk
3 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
sedikit ikan bilis
sedikit halia

cara2nya
tumiskan bahan tumbuk hingga naik aroma, masukkan pula rempah kacau hingga terbit minyak, masukkan santan, dan air asam jawa serta terung, biarkan mendidih dan terung lembut, perasakan dengan garam gula, jika kuah terlalu pekat boleh ditambahkan air. 

Tuesday, December 20, 2011

Salad Labu dengan Mayonise


Bahan2nya
100gram labu kuninng - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris nipis
1 biji bawang merah kecil - hiris
garam n satu sudu makan minyak zaitun
1 butterhead salad


tumiskan bawang merah dengan minyak zaitun hingga naik aroma masukkan pula cili merah dan labu kacau rata kecilkan api masukkan sedikit air biarkan hingga labu empuk dan air kering masukkan garam.
dalam mangkuk salad basuh bersih salad butterhead dan patah2 atau hiris2kan, masukkan labu yang digoreng tadi dan mayonise, gaul rata dan hidangkan.

Sunday, December 18, 2011

Salad Tauhu bersos Peanut Butter


salad tauhu ni senang jerrr... lately nih aku selalu stock salad jenis butterhead tuh.. sebab senang jumpa kat TMC, kalau salad biasa tuh kdg tak sedap atau terpahit....


bahan2nya
2 keping tahu - goreng dan potong baji atau dadu 
1 ketul salad butterhead, patah2kan, di basuh dan di toskan


bahan sos
3 sudu besar peanut butter jenis cruncy
2 sudu besar sos cili
1/2 cawan air panas mendidih
*masukkan semua bahan dan kacau hingga mesra jika suka cair tambahkan lagi air panas, kalau perlu perasa tambahkan garam n gula serta secubit lada hitam
curahkan atas salad.

Monday, November 7, 2011

Cendawan Goreng Tepung


salam.. dah puas makan daging, lapah daging.. hehehe meh layan cendawan goreng lak..


sedang berdesir dalam kuali dengan minyak yang banyak...


nak resepi tak? hehehe aku dapat resepi ni from jiran... mintak halal untuk dikongsikan disini... tapi den dah ubah untuk kesesuaian kegunaan sekeluarga...


bahan2nya
5 ulas bawang putih*
6 inci halia muda* 
1 sudu teh rempah cajun (kalau takde pon takper)
1 sudu besar pec cili / cili boh / serbuk cili
garam
sekotak tepung jagung maizena
pewarna kuning telur - aku letak 2 - 3 titik jerr
1/2 cawan air atau 1 cawan air agak2


cara2nya
tumbuk atau kisar lumat bahan bertanda * campurkan semua bahan dan gaul rata.. cecair tepung tu kalau boleh pekat macam kita nak buat lempeng.. celupkan cendawan dan goreng dalam minyak panas.. sesuai juga untuk gorengan lain seperti ayam, sayur bayam, sotong atau seangkatan dengannnya... sedappp woooo

Sunday, October 2, 2011

Terung Sambal


Lama betul tak bersiaran bukannya terlupa atau rindu cuma ada peristiwa yang tidak dapat dielakkan.. berlakunya ribut di area rumah kediaman kami ini kilat dan petir kuat memusnah byk barangan elekrtik kat rumah modem kaput, astro kaput huhuhuhu
nantilah di entry lain akan ku ceritakan... selang 2 buah rumah dari rumah aku (rumah jiran berlakunya kebakaran) biru jugaklah muka den yerlaa dekat jerr... rumah teres lak...


jom layan resepi ek... dah lama gambar terung ni dalam draft... entah bila masak dah pon.. nantikan jerlaa entry dah agak basi untuk dipaparkan dalam 2 / 3 hari ni nak wat cemano...


bahan2nya
2 batang terung panjang - setiap satu di belah 4
minyak masak
garam & gula
1/2 sudu kecil pes asam jawa
bahan kisar
3 tangkai cili kering
3 biji cili merah
2 biji cili padi
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah kecil
1 sudu besar udang kering


cara2nya
goreng terung hingga lembut angkat dan ketepikan, dalam kuali yang sama masukkan bahan kisar goreng  hingga pecah minyak atau cili garing, masukkan garam dan gula secukup rasa dan air asam jawa secukupnya kacau lagi dalam 2 minit matikan api dan tuang atas terung yang digoreng tadi.

Monday, September 19, 2011

Sayur pucuk paku goreng


simple2 jerr nih...

2 ikat sayur pucuk paku - bersihkan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 biji cili padi
sedikit ikan bilis
minyak masak
sos tiram
garam


panaskan minyak masak tumiskan hirisan cili dan bawang bersama ikan bilis.. kacau hingga naik aroma masukkan sedikit sos tiram kacau dan terus masukkan sayur kacau hingga agak layu perasakan dgn garam..

Saturday, August 13, 2011

Brokoli dengan Udang


yang ini juga menu iftar 13 sekejap jerr dah hampir 2 minggu poserr.. kuih raya pon belum start buat lagik... dah 2 minggu puasa barulaa seronok nak buat n alhamdulillah juga hubby insyaAllah dapat bercuti raya tu pon dapat balik sehari sebelum raya kami akan bertolak hari mantai 29hb from kerteh to Ulu Tiram JB.
JOM LAYAN resepi...

bahan2nya
2 ketul sayur brokoli
6 ekor udang
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
1 batang cili merah - hiris
garam
secubit serbuk kunyit
minyak masak


cara2nya
tumiskan bahan yang dihiris masukkan udang taburkan dengan garam dan serbuk kunyit.. biarkan udang masak dan masukkan pula sayur brokoli.. kacau rata hingga sayur masak.. siap dan angkat...

Tuesday, July 5, 2011

Peria Goreng Tepung


Saper pernah makan peria goreng.. ni antara my peberetttt... semasa dlam pantang peria ni dah jadi cam ulam kena makan 2 minggu pertama mentah dan regunya ialah air asam jawa n lada hitam... kalau terkena yang pahit tu fuiyoooo pahit wooo masa tu cam rasa "kenapalaa kena makan mentah2 camni takleh goreng ke makkk???" mak kata "tak boleh" huhuhuhu


perghhhh berasap lagik tuh...!! selepas tempoh 2 minggu mak gorengkan peria tuk aku, garam n kunyit jerr tu pon cam balik2 dalam minyak jerr tak garing pon.. oklaa kan tukar selera sehingga habis pantang.. n still pahit lagik sbb... tak garing! bila aku buat sendiri aku goreng garing2 makan dgn nasi panas2... bila terlihat resepi peria goreng tepung dalam blog kak jee langsung nak mencubanya... ternyata lebih sedap lagi.... jom layan resepi...


bahan2nya
5 biji peria (peria katak - di potong bulat spt dlm gambar buang biji di tengah)
garam & kunyit secukup rasa
2 sudu tepung goreng ayam - aku guna HPA
2 sudu tepung jagung
minyak masak


cara2nya
potong n basuh bersih peria, satukan tepung HPA dan tepung jagung. gaulkan peria dengan garam n kunyit, pamaskan minyak, taburkan tepung dan goreng garing.... tersangatlahhh sedapnya.. macam rasa cendawan goreng tepung pon ado....

Wednesday, February 2, 2011

Sambal Goreng Jawa :) bersantan



hmmm citer banyak2 memang takdelaa kan aku memang penggemar tempe... sebenarnya asik dok teringat "nasi ambang" jerrr kat Ganu ni mana nak carik wehhh..., kena godam sendiri lerr... resepi ni aku bantai jerr ikut kesesuaian dan apa yang ada... kalau nak sedap lagi bolehlaa di letakkan paru atau hati dan pedal ayam tapi benda2 tu takde... nak g pasar memang malas..., hmmm kalau kenduri kendara di kampung sebelah ayah, memang lauk ni antara benda wajib yang ada.., rasanya pedas, kering2 n lemak.... perghhh takleh nak citer... tapi kali ini versi bersantan ek... layannnnn

bahan2nya


Bawang kecil - 5 ulas
bawang putih - 3 ulas
ikan bilis  - rendam dan tumbuk kasar
3 sudu cili kering yg sudah dikisar 
7 tangkai cili padi (hiris nipis)
4 tangkai cili hijau (hiris nipis)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
kacang panjang dipotong
tempe, tahu dan ubi kentang dihiris - goreng garing
suhun, tahu kering (fuucuk) - rendam/dihiris
garam & gula
jus lemon atau limau nipis
1/2 cawan santan pekat
minyak masak

(anggaran sukatan bahan ikut kesesuaian)

cara2nya

  • Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik aroma, masukkan ikan bilis kacau sekejap terus masukkan pes cili kacau hingga pecah minyak.
  • Masukkan hirisan cili padi dan cili hijau, kacau sebati.
  • Masukkan santan biarkan mereneh. 
  • Masukkan semua bahan yg di goreng (tempe dan ubi kentang) tadi, kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan pula sohoon, fucuk dan bahan perasa (garam, gula dan jus lemon). kacau hingga mesra gunakan api kecil bila semuanya sudah sebati siap sedia untuk di hidang... 
  • (resepi ni memang nampak kering)

Wednesday, January 12, 2011

Peria Telur Asin Berlada



Gambar ni dah agak lama terperap barulaa nak post harini... sayur ni agak pahit semasa dalam pantang banyaklaa makan sayur ni selain bagus untuk perjalanan darah.. apa2 jenis sayuran yang pahit amat baik untuk darah dan kesihatan kita.. ok jom layannn resepi kali ni...

Bahan2nya
4 biji peria kecik (peria katak) - buang biji tengah dan hiris seperti dalam gambar.
1 biji telur masin
minyak masak
bahan yg ditumbuk / kisar
1 sudu teh udang kering - rendam dan buang airnya 2 - 3 kali
3 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 biji cili merah


cara2nya
tumiskan bahan tumbuk hingga naik aroma dan garing, ketepikan sedikit dan bahagian yang disebelah lagi pecahkan telur masin biarkan hingga telur mula mengeras dan bolehlah di gaulkan sebati.. masukkan sayur peria dan kacau rata hingga sayur masak.. hidangkan panas.. tak payah garam ek.. telur dah asin..

Wednesday, November 3, 2010

Kacang Panjang Pedas dgn Telur



yang ni pon antara resepi senang dan biasa2 jerrr

bahan2nya
secekak kacang pandang - patah2 mcm dlm gambar
1 biji telur

bahan2 yang ditumbuk
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1 biji cili merah
2 atau 3 biji cili padi
1 sudu besar udang kering - rendam

garam & gula
sos tiram (optional)
minyak masak

cara2nya
tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.., kecilkan api ketepikan sedikit tumisan dan pecahkan telur di sebelahnya, bila telur dah mula mengeras kacau rata2 bersebelahan tumisan tadi, letak bahan perisa dan sedikit sos tiram kacau rata dan masukkan kacang panjang masak hingga kacang layu, siap untuk hidangan

Saturday, October 30, 2010

Sayur Taugeh goreng


senang jerlaaa ini selain masak lemak goreng pon sodapppp.....
meh layannn resepi simple sayur goreng ala2 aeinio

bahan2nya
sayur taugeh - basuh bersih dan buang akarnya kalau rajinlaa aku tgk2 gak kalau panjang sgt buang lorr kalau cam ok tak buang huhuhu pemaleh!!
sedikit kucai - potong panjang
udang / sotong / ikan bilis
garam atau kicap cair
minyak masak
2 biji bawang merah kecil*
1 ulas bawang putih*
1 batang cili merah*
semua bahan bertanda * di hiris
1 keping tahu - digoreng dan potong petak

cara2nya
minyak panas tumiskan bahan2 yang dihiris hingga naik aroma letakkan garam dan udang / sotong / ikan bilis goreng hingga masak masukkan sayur taugeh dengan kucai dan tahu goreng... gaul rata dan bolehlaa jadi hidangan bersama laun pauk yang lain.

Tuesday, October 26, 2010

Kari Terung dan Mangga


Kari ni sesuai makan dengan sambal belacan atau apa2 sambal pon... rasanya agak manis sebab terung memang ada rasa yang manis selain kurang pedas.... meh kita tengok resepinya...


bahan2nya

3 sudu besar udang kering - rendam dalam air panas n tumbuk kasar
sekuntum bunga lawang
sebatang kulit kayu manis
beberapa batang terung belah 2 (sebab terung yg saya beli tu bersaiz kecik saya belah 2 tanpa putus)
4 biji mangga kampung bersaiz kecil - buang kulit sikit2 sahaja
1/2 inci halia - di ketuk
5 sudu besar rempah kari daging
1 cawan santan pekat + 1 cawan air
garam n gula
minyak untuk menumis
4 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
bahan bertanda * di tumbuk

cara2nya
  • tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan halia hingga naik bau dan terus masukkan bahan2 yang di tumbuk.
  • bila dah garing masukkan udang kering dan rempah kari kacau rata..
  • masukkan santan pekat dengan 1 cawan air, biarkan mendidih
  • masukkan terung dan mangga sekaligus bahan perasa.
  • didihkan hingga terung lembut dan bolehlaa dihidangkan dengan nasi panas..

Tuesday, August 31, 2010

Salad Dim Sum


yang ni adalah salad dimsum pon dah tak ingat berbuka puasa yg ke berapa...  malas nak goreng sayur budak2 asik tanak makan jerr letih nak paksa2 baik buat camni sah2 mmg derang makan..senang jer penyediannya kukus beberapa ketul dimsum, goreng kentang, kepingan badam yg di goreng tanpa minyak hirisan tomato dan timun mayonis dan cili sos, sedikit lada hitam dan kismis...

Wednesday, August 4, 2010

Sup Pekat Dimsum n Bebola Ayam Bersayur

 

Jangan ketawa laa pulak tengok lauk ni.. resepi ni muncul ketika Vitamin M menyelimuti diri... nak masak malas, nak p beli lauk yg dah siap pon malas.. alahai... bila bukak freezer ada dimsum dan bebola ayam bersayur dalam kepala wat sup laa sup masam2 mcm tomyam... so apa lagi edisi menghentam pon bermula...

bahan2nya
15 ketul bebola ayam bersayur - farmbest brand ni mmg kegemaran anak2
15 ketul dimsum - 5star brand mmg best tau, dalam dia ada sayuran dan sohoon
1 biji telur
1 batang carrot - potong baji
1 batang serai dititik
1 keping asam gelugor
2 ulas bawang putih - hiris
2 ulas bwang merah kecil - hiris
1 biji cili merah - hiris
air secukupnya
minyak masak
garam & gula
sedikit daun bawang dan daun sup
lada hitam kisar - sikit jerr

cara2nya
panaskan minyak, tumiskan bahan hiris dgn serai hingga layu, masukkan bebola ayam dan dimsum serta carrot kacau sekejap n masukkan air secukupnya, biarkan mendidih dan bebola mula mengembang masukkan bahan perasa dan asam keping dan pecahkan telur untuk memekatkan kuah, akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup serta secubit lada hitam dan bolehlah matikan api dapur... tak sangka rupa2 masakan ni jadi pujian hubby dan anak2.. ingatkan cam pelik jerr lauk ni.. agaknya kalau makan dengan mee pon sedap kot! wakaka..

Thursday, April 29, 2010

Kangkung Goreng Dgn Udang

Senang jerr masak kali ini sayur goreng simple saper2 pon leh buat...



Bahan2nya
2 biji bawang merah - di hiris
1 ulas bawang putih - di hiris
1 biji cili merah - dihiris
2 sudu sos tiram
10 ekor udang sederhana besar - buang kulit
1 sudu maggie cukup rasa
seikat kangkung
minyak jagung

Cara2nya

Sianglah sayur kangkung tu cam biasa, panas minyak jagung dlm kuali, masukkan bwg putih dan bawang merah, bila dah naik aroma masukkan cili dan udang terus masukkan sos tiram n maggie cukup rasa, masukkan sedikit air ini jika perlu shj, sebab udang basah td mengeluarkan air.. didihkan sebentar dan masukkan kangkung layu jer kangkung matikan api... jgn masak lama2 nnt sayur lembik ... siap!