Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label recipe cake. Show all posts
Showing posts with label recipe cake. Show all posts

Friday, November 2, 2012

Strawbery Cheese Cake


Pening nak masukkan gambar entah kenapa berapa kali cuba asyik taknak masuk aje failed manjang heran betul..!! sebetulnya ni cake masa raya haji tempohari resepi ikut hentam sesedap rasa.. alhamdulillah rasa tak menghampakan... so nak share ler kat sini untuk rujukan diri sendiri dan anak2 kelak pada yang nak try pon tak jadi masalah...

bahan2nya
500 gram cream cheese (tatura brand)
100 gram gula castor
2 biji telur
1 sudu besar perahan lemon
1 sudu teh vanilla esen
2 sudu besar tepung gandum halus (ayak dahulu)

cara2nya
putar telur dengan gula hingga sebati, masukkan cream cheese putar lagi hingga putih dan ringan, masukkan esen vanila dan jus lemon, perlahankan kelajuan masukkan tepung gandum halus putar dan habiskan selebihnya.
Alaskan loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
masukkan adunan kedalam loyang dan masukkan pula loyang kedalam dulang berisi air (steam bake) masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180 kepanasan atas dan bawah. bakar hingga sedikit kekuningan dan tukar suhu kepada kepanasan bawah sahaja tambahan jarak masa 3 hingga 5 minit. setelah itu keluarkan dan sejukkan sebelum dipotong.

topping cake
1 mangkuk buah strawberi segar di hiris
3 sudu jem strawberi
1 sudu teh gula perang
2 sudu besar air

* masak dalam periuk dengan api sederhana hingga sebati dan pekat, matikan api dan sejukkan.

(bila cake dah sejuk sapukan dengan fresh cream dan tuangkan manisan srawberi atas cake...)

Friday, June 24, 2011

Orange Moist Cake recipe


Seperti yang dijanjikan ini dier aku share lagik sekali resepi kek oren tradisi nih.. resepi lama2 namun masih best dan ada rasa yg tersendiri...

bahan2nya
250gram butter
1 cawan gula halus / castor
5 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 biji oren sunkist (parut kulitnya dan perah jusnya)
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh esen vanilla


cara2nya
ayak tepung gandum bersama2 dengan baking powder dan soda bikarbonate, ketepikan, putar butter, esen vanilla dengan gula pada kelajuan tinggi hingga kembang masukkan telur satu persatu sambil putar hingga adunan nampak ringan dan gebu. masukkan pula tepung sedikit demi sedikit secara kaup balik atau guna pemutar pada kelajuan perlahan berselang seli dengan jus oren, bila dah sebati masukkan pula parutan kulit limau kacau rata dan sedia untuk di bakar. sediakan loyang yg di oles dengan mentega / margerine alas dengan kertas minyak dan bolehlah di bakar pada oven yg telah di panaskan terlebih dahulu suhu 180 selama 1/2jam hingga 45 minit...


untuk cream cheese pulak.. ini dia...


bahan2nya
1 cawan gula icing - (diayak)
100 gram butter
150 gram cream cheese
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit parutan kulit limau - optional
pewarna masakan - optional


cara2nya
putar butter bersama2 cream cheese hingga sebati dan nampak putih.. masukkan gula icing dan vanilla esen putar lagi hingga betul2 gebu bila dah gebu masukkan parutan kulit limau (tak letak pon takpe) ~ bolehlaa dihias menggunakan kreativiti masing2.

Tuesday, May 17, 2011

Strawberry Cheese Cake


Sana sini orang wat cheese cake aku ni belum pernah cuba2 wat chilled cheese cake yang memanglaa sedap daripada baked cheese cake tapi tulaa nak menunggu 4 ~ 6 jam dalam peti sejuk.. oiughhhhhh tak tahannnnn... tulaa atlast wat baked cheese cake masa along balik weekend lepas.. ni pon dah aku modified sesuka hati... sukalaa kan ala2 american cheese kek yang telah di melayukan... hohohoho

Jom layan resepi..


bahan2nya
350 gram cream cheese
1 cawan gula halus
100 gram biskut (oreo + munchys oat krunch ~dark chocolate)
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar yougurt strawberry
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
2 sudu besar butter cair
2 biji strawberry yang di dadu (optional)

untuk hiasan 
beberapa biji buah strawberrys dan coklat nuttela


cara2nya
  • hancurkan biskut gaulkan dengan butter cair dan tekan dalam acuan yang dialas dengan aluminium foil.
  • panaskan oven 180 kepanasan atas dan bawah.
  • putar cream cheese dengan gula halus hingga lembut masukkan telur satu persatu, masukkan juga esen vanila pukul hingga betul2 gebu, masukkan yogurt, akhir sekali masukkan sedikit demi sedikit tepung pada kelajuan perlahan pastikan semuanya sebati, tidak bergentel dan gebu. masukkan buah strawberry yang di dadu gaul sebati.
  • masukkan dalam loyang berisi biskut tadi, dan bakar pada suhu 180 kepanasan atas & bawah pada 15 minit pertama dan kurangkan suhu kepada 170 tukar kepada tahap pembakaran bawah sahaja hingga masak 15 / 20 minit berikutnya. sejukkan sebelum di potong, gunakan pisau yang telah di celup dengan air suam sebelum memotong kek, selamat mencuba...

Sunday, May 1, 2011

Baked Cheese Cake


Cheese cake lagik dan lagik.. ayoooo habislaaa....


ni baked cheese cake lagik tapi yang telah aku derhakakan sesuka hati...

bahan2nya
270gram cream cheese
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula halus
biskut oreo - hancurkan dan gaul bersama 2 sudu besar mentega cair.


cara2nya
padatkan serbuk biskut dalam loyang ketepikan, putar cream cheese bersama gula halus hingga ringan, masukkan telur satu persatu, masukkan esen vanila, perlahankan kelajuan masukkan tepung gandum, putar hingga sekata masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 kepanasan atas dan bawah selama 10 minit, kemudian tukar suhu 160 menggunakan kepanasan bawah sahaja selama 15 ~ 20minit atau hingga masak.
biarkan sejuk dan potong menggunakan pisau yang telah direndam dengan air suam.

Tuesday, April 12, 2011

Oreo Cheese cake


Meh makan oreo cheese cake nih.. hahaha ni pon versi yang senang... sebenarnya aku dah lama teringin makan cheese cake ni, aritu dalam keadaan tak sihat kuar gak dgn cik asben b'fast kat secret recipe, dah nak balik tu belilorr slice coklat cheese cake.. tapi sungguh tak puas hati sebab aku tengah sakit kan... n tak puas makan.. sebenarnya aku takde selera dengan batuk n selsema habih semua kedai aku nak p bukan nak makan benor ponn nak kembalikan selera makan jerr ..., dahlerr mahal huh tensen kalau nak bercerita bab harga barang2 sekarang sangatlaa sakit hati tahap gaban...


aku amik resepi ni dari kuali buruk atau dari sejak mengenalinya memang panggil "kak mok"... buat cake ni pon masa syahmi balik bercuti lastweek, dia pengemar cake... habis ker dia jerr jap2 bukak peti sejuk ngap2 minggu dia pon dia balik lagi dalam pala hotak ni dah macam2 nak wat doakan aku sihat yea.. sejak lepas banjir aritu aku kena batuk sampai nak naik semput di buatnya.. terkepit2 cam nak terkucil pon ada.. 

kak mok minta izin copy resepi ek..(kualiburuk

bahan2nya 


270 gram cream cheese (dalam resepi 250gram)
1/4 cawan gula halus
1 bungkus biskut oreo
2 sudu teh esen vanilla
1 biji telur 
2 sudu butter cair


cara2nya

  • hancurkan biskut oreo dengan butter cair dan tekan2 dalam loyang ketepikan (takpasan pulak berapa saiz loyang tu, tapi tulaa satu2 loyang yg paling kecik yg aku ada...) alas dengan aluminium foil ek, kalau sesiapa yg menggunakan loyang biasa supaya senang nak keluarkan nnt.
  • panaskan oven 180 kepanasan atas dan bawah sementara oven panas...,
  • putar cream cheese dengan esen vanila dan telur hingga rata dan gebu. aku guna tatura cream cheese tu jerr yg ada dalam peti dan ada xtra 20 gram.. nak wat apa 20 gram tu kan.. boh jerlaaa daripada membazir...
  • masukkan dalam loyang berisi biskut tadi hentakkan loyang sedikit bagi buang ruang udara.. dan bakar pada suhu 180 atas & bawah pada 10 minit pertama dan kurangkan suhu kepada 170 tukar kepada tahap pembakaran bawah sahaja hingga masak 15 / 20 minit berikutnya. selamat mencuba...


Wednesday, January 26, 2011

Butter chocolate cream cheese icing...


yang ini sebenarnya kek untuk anak2 kat rumah dah biasa setiap kali ada order mestilah ada untuk anak2, n petang tu juga sempat berkejar ke asrama syahmi hantarkan 2 potong cake untuk dia (dia memang suka makan cake..) kebetulan pulak dia puasa setiap hari isnin... terus terang memang not good in deco... lagipun ni untuk anak2kan.. bantai jerlorr kalau nak resepi kek coklat tu dah ada type sebelum ni.. sila click recipe cake...


antara gambar2 cake yang telah di potong... meh kita share recipe icing cake ni yer... alhamdulillah anak2 kata sedap... resepi ni hasil dok tengok anna olson kat channel 703 tuh! tapi ikut bahan2 yang ada jerlaa..


resepi ni khas untuk cake 3kg.., time ingat lagik nih kang dah lupa hancus...

Bahan2nya

250gram buttercup
250gram cream cheese
2 cawan coklat masakan
2 sudu besar shorterning
300 gram gula icing
2 sudu teh esen vanilla 
2 sudu besar susu pekat manis

cara2nya

cairkan coklat masakan bersama2 dengan shorterning (saya cairkan guna microwave) kemudian biarkan sejuk.. sementara itu putarkan buttercup dan cream cheese hingga putih, masukkan coklat cair, esen vanilla dan susu pekat manis, putar lagi hingga sebati dan masukkan gula icing slowkan hingga betul2 rata dan putar laju hingga betul2 gebu, selamat mendeco yag coklat tu cuma cairkan coklat masakan dan hiaskan ikut sesuka hati.. tadaaaa siap untuk di decokan atas cake! heaven.. hmmmmm

Tuesday, October 12, 2010

Orange cheese butter cake


cake ni aku wat 2 keping sekeping lagi untuk anak2 makan2 dan untuk majlis hari raya kat tadika petronas, sekeping lagi untuk jamuan dgn jiran2 kat rumah... blueberry tu aku masak balik tu yg nampak cair jerr tu... actually takde resepi yg kukuh untuk cake ni masa type ni pon aku dah hampir ingat2 lupa sebabnya aku wat cake ni bantai apa barang yg ada dalam peti jerr huhuhuhu.. nilaa edisi mengodam...


hasilnya agak menarik... moist..... tapi mewahlaa takleh makan banyak2 cepat muak bila kunyah slow2 barula terasa cream cheese itu walla...

Bahan2nya
250gram buttercup
250 gram cream cheese
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 biji limau sunkis -parut kulit dan jusnya

1 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu teh baking powder*
3 cawan tepung gandum*
* satukan dan ayak
blueberry filling - masak dan campur sedikit air dan pati blackcurrent sunquick

cara2nya
putar butter- kembang
masuk gula halus - kembang
masuk cream cheese dan vanilla esen- kembang
masuk telur sebiji demi sebiji - kembang
bila dah cukup kembang ubah kepada perlahan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit ataupun guna kaedah kaup balik hingga sebati masukkan parutan kulit limau dan jusnya gaul rata.., masukkan dalam loyang yang telah di glis dgn mentega serta kertas minyak, bakar dgn suhu 180 atas dan bawah hingga masak.

Monday, June 21, 2010

Marble Cheese Cake

Gara2 teringin sangat nak makan cheese cake, tp yerlaa anak2 suruh letak coco lebih...




jom layann recipe baked marble cheese cake ni... recipe yg sama dgn kek nur dini tempohhari..


bahan2nya

150g gram buttercup (suhu bilik)
2 biji telur
250g Philadelphia cream cheese (suhu bilik)
1 cup plain yogurt
1 cup gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder (tak letak pon ok sbb kek ni mmg tak naik sgt..)
1 sudu besar coco powder
1 sudu teh esen vanilla
setengah biji lemon perah dan parut kulitnya...

cara2nya

putar keju krim hingga lembut, masukkan butter n telur putar lagi hingga gebu dan masukkan gula kastor dan yogurt.. putar hingga betul2 ringan tanpa berbintil2, masukkan esen vanilla dan perahan lemon putar sekejap..  cara kaup balik masukkan tepung yang telah di ayak dgn baking powder dan asingkan adunan kepada 2 bahagian 1 bahagian di campurkan dgn serbuk koko dan gaul sebati (kalau nak banyak tambahkan koko dan adunan) masukkan dalam loyang berselang seli, adunan yg ada koko dan yg plain setelah siap bolehla di bakar... panaskan oven suhu 160 untuk 30 minit pertama kepanasan atas dan bawah selepas 30 minit tukar kepada kepanasan bawah sahaja sehingga masak, kek ni tempoh masak dia dalam 1 jam. bila dah masak biarkan dalam oven (buka sedikit) hingga sejuk...

Wednesday, May 5, 2010

Baked Cheese Cake


Here is my baked cheese cake recipe... selongkar peti sejuk ada banyak lebihan 
barang2 cake so.. dapatlaa cake ni.. 4 makan2. Actually ni resipi hantam... 
tp notbad tau! so saya kongsikan resipi disini...
kepada sesiapa yg dah tau buat cake sure dah tau asas buat cake so i guna yg basic2 jerr.. kurangkan yg itu tambahkan yg ini...

masa nak start buat cake ni.. saya terima 1 panggilan telephone... 
yg sgt mengejutkan nak tau tak saper yg kol... ?  dari seorang chef tau yg dah banyak terbitkan buku2 resipi... boleh tgk blog chef hanieliza sgt2 tak sangka dia call... 
yerlahh hanya dengan berblog kami boleh kenal.. agak lama juga bersembang dengannya.. 
dia tau saya melalui blog Mat Gebu dari Dapur Tanpa Sempadan  

Bahan2nya

125 gram butter  - room temperature
400 gram cream cheese - room tempt
3 eggs
1/2 cup castor sugar
1 ts vanilla
2 cups Tepung Gandum / Tepung cake
1 ts baking powder (diayak bersama tepung gandum)
1 biji limau sunquick - parut dan perah airnya
blueberry filling utk hiasan (tak ada pun takpe)

Cara2nya

Putar butter dan gula kastor hingga kembang, masukkan vanilla, cream cheese dan telur sebiji2 putar hingga jadi putih... masukkan tepung sedikit demi sedikit pada kelajuan perlahan sehingga habis akhir sekali masukkan jus limau sunquick dan parutan kulitnya. lengserkan mentega dalam loyang 9" alas dengan kertas minyak, semasa membakar letakan loyang atas dulang yg berisi air bakar pada suhu 180 kepanasan atas dan bawah selama 45minit.

Monday, April 12, 2010

chocolate moist cake

Ramai betul yang minta recipe..

sorilaa lambat update... recipe ni i dah modified untuk kesenangan diri sendiri... 
asalnya i dapat recipe from kawan lama masa kerja kat samsung dulu... shila namanya... 
masa makan cake yg dibawanya kat tempat kerja.. i rasa tak penah makan cake coklat sedapp sgt masa tu.. 
then... i masuk bilik payroll menyorok suh dia bg recipe.. merengus jugak dia time tu.. 
yerlaaa sibuk gilerr maaa.... kira gaji olang... aku pulakk dok kaco.... but then dia tuliskan recipe yg mmg dah ada dlm kepalanya..
bila balik umah siap aku selongkar brg2 mak nak wat demo.. geleng kepala jer mak aku... yg sedihnya 1st time buat kek ni tak jd.. huhuhu sedih... tp yerlaa dah kata minat n semangat tak henti mencuba hinggalah sampai kawen i mmg rajin wat cake ni sambil sedekah kat jiran2 
majuk2 ngan hubby suh beli gak oven masa baru2 kawen dulu..
everytime buat cake ni teringat kat shila... atlast jumpa dlm FB hehehe dia pon da tau i jual cake hasil recipenya...
i try nak amik gambar tekstur cake tu tp tak berapa clear laa  
n cake ni mmg semulajadinya hitam... ni 1st day bila masuk peti sejuk on second day dia lebih padat macam potong bar coklat..
ok.. lets share the recipe

bahan2nya

  • 250grm buttercup  (suhu bilik)
  • 6 bj telur
  • semangkuk tepung gandum - recipe asal guna tepung cake
  • semangkuk gula castor
  • 1 cawan serbuk koko - pior koko tau jgn mengada2 nak letak nescafe or cofee
  • 1 cawan air suam - boleh tukar kepada susu segar
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 sudu teh esen vanilla
note = i dah modified byk perkara sebenarnya recipe asal timbang but i sukat menggunakan mangkuk bekas air tahu .. (mangkuk bekas air tahu tu sangat berharga buat diriku ini) =
mangkuk air taufufaa tau.. yg ada gula putih n merah yg beser ada jual kat pasar2 malam tu.. (size 10)

cara2nya....

masukkan butter putar kembang, gula kastor putar kembang pada kelajuan high ketika ini masukkan sebiji telur putar dlm 1 minit dan masukkan lg sebiji telur ulang proses yg sama sehingga telur habis (recipe asal asingkan putih n kuning.. i maleh nak kotorkan byk bekas) masukkan juga esen vanilla...bila dah kembang putar kelajuan minima n masukkan tepung yg telah diayak bersama2 baking powder n baking soda sedikit demi sedikit berselang seli dgn serbuk koko bila habis masukkan sedikit demi sedikit sehingga secawan air ni habis (air ni boleh diganti dengan susu segar lebih sedap tp sbb i berniaga i guna air jerr). lastly masukkan dalam acuan kalau boleh yg ada lubang di tengah sbb recipe ni dapat cake yg agak besar 1.7kg without icing, ganache or wat ever lorr..
bakar pada suhu 180 kepanasan atas dan bawah selama 45 minit atau 1 jam

tadaaa dah siap meh layan gambar...

ica tengah jilat jari dah habis dah sepotong cake sebelum g sekolah agama din possing baikkk punya...
pasan betul anak bujang sorang ni.. second slice.. hmm bila sebiji cake tu  dah habis.. dia leh kata " cake ibu ni mcm tak berapa sedap laa...." pirahhhhhhhhhhhh... sabo jerlaaa

ok yang ni i type recipe asal cake tu...

250gram buttercup
10 auns tepung cake - diayak dengan baking powder
8 auns castor sugar
1ts baking powder
6bj telur gred yg besar
1 cup koko powder
1 cup hot water
1ts vanilla

cara2nya

bancuhkan koko dgn air panas hingga betul2 larut biarkan sehingga sejuk..  dalam bekas lain putarkan putih telur hingga jadi buih sabun... biarkan n sementara tu dalam bekas lain putarkan butter hingga kembang add castor sugar kembang, add esen vanilla n masukkan sebiji demi sebiji kuning telur putar kelajuan high hingga betul2 kembang, bila dah kembang masukkan tepung berselang seli dengan koko (pastikan koko dah suam atau sejuk) dan putih telur.. lakukan manually sehingga habis... pastu bakar pada suhu 180 (panaskan oven dulu ek) kepanasan atas dan bawah selama 45 minit atau 1 jam..
selamatlah mencuba....

Saturday, October 24, 2009

orange cake recipe

nilaa orange cake tuk anak2 kat umah.. i dah ingat2 luper wat cake ni sbb jarang ada order.. ni pun main bantai jerr ikut recipe mak...sementara masih ingat lagik ni.. i post recipe tu kat sini..

semuanya i sukat menggunakan mangkuk bekas air tahu yg selalu ada jual kat pasar malam tu.. beserlaa resepi org dulu2 main guna apa yg ada jerr..... tak mcm kita sekarang ni semuanya bersukat, bertimbang mcm2 equipment kena beli kalau tak kang tak jd pulak...

semangkuk telur (8biji) - telur size kecik, cik abg yg beli tulaaa dehhhh
semangkuk planta atau butter ( i guna planta n 50grm butter campurlerr)
semangkuk gula castor
2 mangkuk tepung gandum
1 teas soda bikarbonat
1 teas baking powder - ayak sekali dengan tepung gandum td..
1 tbs orange sunquick - perasa mandarine orange!
2 teas vanilla esence
2 biji limau sunkist - parut kulitnya dan perah jusnya
ok.. cara2nya...
putarkan kelajuan sederhana planta until soft pastu add castor sugar, bila da agak2 kembang sebati add egg sebiji demi sebiji.. habis masukkan semua putar sampai gebu.. pastu masukkan esen vanila, orange sunquick.. add tepung yg di ayak bersama baking powder n soda bikarbonat, cara kaup balik hingga tepung habis.. last sekali masukkan jus 2 biji oren td dan parutan kulitnya.. bakar dalam loyang dgn suhu 180 kepanasan atas dan bawah selama 45 minit atau 1 jam hingga masak..
bila dah siap i timbang dapat cake dlm 1 1/2 kg n alhamdulillah jadi.... wahhhh acik legaaa...