Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Rabu, 31 Julai 2013

Tips Menjaga Buah Pinggang

sumber gugel





BUAH PINGGANG adalah berbentuk seperti kekacang merah terbelah dua, dan berada dibawah pusat kearah belakang badan. Jika baik, baiklah seluruh badan, jika rosak, rosaklah seluruh badan.

Dalam perubatan cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu kepada segala cecair didalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang' Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti cina cuma ia lebih khusus lagi. 

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita ( proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis ). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid- alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah dan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

Alangkah ruginya jika kita tidak menjaga sebaik-baiknya anugerah kurniaan Allah ini.   Dibawah ini dinyatakan beberapa tips penjagaan buah pinggang yang boleh menjadi panduan kita bersama :-)

  • Mengambil minuman sekurang-kurangnya 2 liter sehari terutama mereka yang banyak mengeluarkan peluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacanh bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

  • Elakkan memakan mee segera seperti maggi dan jajan seperti twisties, super ring serta mee kuning dan roti canai ianya memudahkan roti canai menyerang.( Gantikan mee kuning dengan spaghetti dan roti canai dengan capati dan tosei).

  • Pengambilan coklat perlu juga dielakkan dan minimumkan pengambilan air milo. Gantikan dengan Horlick kerana ianya jauh lebih baik untuk buah pinggang. Minuman bergas adalah di larang sama sekali.

  • Minuman seperti Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh 'recycle' yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

  • Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini mengandungi ubat -ubatan terlarang.



Jumaat, 5 April 2013

Salam Takziah

 AL-FATIHAH

Salam takziah kepada blogger Yah dari Bolg Membebel dalam diam atas pemergian Ibu mertua ke Rahmatullah pada 3 April jam  lebih kurang 1.00pagi kerana penyakit tua. Semoga keluarga Yah tabah menempuhi dugaan ini. Allah lebih sayangkan arwah..... Semoga Rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang beriman.


“Dipetik dari Auf bin Malik ia berkata: 

Saya telah mendengar Rasulullah SAW – setelah selesai shalat jenazah-bersabda:` Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sehatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air es dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka.” (HR Muslim).

Fakta Bersalin di dalam air


 
 
Rasanya kaedah bersalin dalam air ni agak pelik dan masih belum di terima sepenuhnya dalam masyarakat kita. Kalau di luar negara dh ramai yang mempraktikkan nya. Di Malaysia, Dr Harlina isteri Angkasawan negara dah mempraktikkan kaedah ini. Nealopah tertanya jugak  apakah keistimewaan  bersalin kaedah dalam air,  kalau ianya tak ada keistimewaan takkanlah jadi pilihan Dr Harlina kan? Jadi ada sedikit info tentang kaedah ini :

Fakta mengenai kaedah bersalin dalam air

  • Ramai menganggap kemungkinan bayi dilahirkan boleh lemas didalam air. Tanggapan itu salah kerana bayi baru dilahirkan tidak akan bernafas utk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.
  • Mungkin ada yang geli kerana tab dipenuhi darah. Tanggapan itu tidak benar kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Jadi air didalam kolam bersalin akan bersih juga.
  • Sementara menanti hendak bersalin dan apabila berada dalam air, tidak bermakna wanita itu tudak boleh keluar langsung dari tab. Wanita itu boleh keluar seketika misalnya, jika terasa hendak buang air atau sudah bosan berada didalam air. Malah, boleh keluar daripada tab untuk minum teh atau kopi, kemudian masuk semula.
  • Pada peringkat akhir bersalin, air seolah-olah meningkatkan tenaga wanita.
  • Apungan mengurangkan berat badan, membolehkan pergerakan bebas dan kedudukan serta menggalakkan pengecutan rahim yang lebih cekap dan peredaran darah lebih baik. Ia juga mengakibatkan pengoksigen otot rahim yang lebih baik, kurang kesakitan untuk ibu dan lebih banyak oksigen untuk bayi. 
  • Air seolah-olah untuk mengurangkan hormon yang berkaitan dengan tekanan membolehkan badan ibu untuk menghasilkan endrofin. Air juga mampu untuk merehatkan mental dan menyediakan rasa privasi.
Saya cuma share fakta jer yer.. haipp.. jangan ada yang pikir saya tengah peknen pulak yer. hahahaaha. Tak puas lagi cik bieha nk manja lebih2.

Sumber dari rakan Facebook 


P/S : U ollss jgn terasa ati yer, nealopah belum ada kelapangan nk BW rumah kawan2. Ati ni rindu sangat nk bersiar2. Bnyk sgt keje kat opis lately...help me plss...  Hari minggu ni nealopah BW k?





Jumaat, 22 Mac 2013

Demam campak @ Chicken Pop


Cepat sembuh Bieha..ibu ikhtiar yang terbaik


Hari ni bintik-bintik air pada badan Cik Bieha dah bnyk yg keluar..Comfirm 'Chicken Pop'.Rasanya kalau pasal demam mcm ni orang2 yg lebih tua lebih arif. Jadi nealopah rujuk lah mak dan kakak2 ipar. Ada juga yg nealopah gugel, dan dapat info dari blog Pusat Rawatan DarusSyifa'.

Alhamdulillah, petua yang diberi sama dengan yang tercatat di blog DarusSyifa'. Petang tadi nealopah mintak balik awal dengan boss, jadi bermulalah misi mencari bahan2 untuk ikhtiar merawat demam chicken pop Cik Bieha. Sebelum tu nealopah share info demam Chicken pop.

Tanda-tanda :
  • Mata merah, bengkak
  • Batuk ( kerana bintik-bintik tumbuh di dalam )
  • Peluh berbau hanyir
  • Bagi kanak-kanak dan bayi ( menangis lebih )


  1. Jangan makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, supaya chicken pop tidak terbantut.
  2. Selepas 3 hari, ianya akan keluar ( bintik2 merah @ bintik2 air )
  3. Jangan makan makanan bergoreng. * Cik bieha makan ikan bakar dan singgang sahaja.
  4. Jangan makan sotong, udang, ayam ( makanan yg gatal bukan menggatal yer.hehehe)
  5. Jika tidak dapat menahan kepanasan badan, guna tuala lembab letak di kepala, ketiak dan lap2 seluruh badan @ gunakan cool fever.
Cara Merawat :
  • Selepas campak @ chicken pop keluar..........
  • Bagi pesakit minum air kelapa (kelapa hijau sahaja ) dengan makan sedikit air kelapa untuk beberapa hari.
  • Bacakan doa pada bahan2 ( daun mambu - akan di ceritakansebentar lagi) dan air kelapa
  • Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah air kelapa. 
  • Untuk mengelakkan gatal dan kerengsaan, mandi dengan air daun mambu ada yg menggelar pokok  pahit.( boleh rebus daun tersebut @ pecah2 kan daun tersebut dalam air )
  • letakkan daun tersebut juga di bawah bantal atau cadar atau katil. * nealopah letak bawah cadar.
Membantu mengeluarkan 'campak' dari tubuh

Daun mambu @ daun pahit

Tanda campak telah habis dan pantang larang.
  • Tanda campak habis, kelihatan bintik-bintik merah di tapak kaki.
  • Tidak boleh terkena air hujan (akan meninggalkan parut hitam)
  • Tidak boleh mandi laut selama 6 bulan 
Petua Menghilangkan Parut
  • Daun asam jawa ditumbuk lumat dan di campur bedak sejuk
  • Sapukan pada parut waktu malam sebelum tidur
  • Pada paginya mandi menggunakan air yang telah didoakan.
  • Amalkan 3 kali sehari dan 3 hari berturut-turut.
Kombinasi ayat yang perlu dibaca : 
  • Al-fatihah
  • Selawat Syifa'
  • lau anzalna ...... ( Surah Al-Hasyr ayat 21-24)
Insyaallah demam akan sembuh dan parut akan hilang.

 selawat syifa'

( Surah Al-Hasyr ayat 21-24)

Nota kaki : Sebelum magrib tadi dah mandikan Cik Bieha dengan air daun mambu, alhamdulillah tidur lena tanpa menggaru2. hehehe
sumber : Blog Pusat perubatan darussyifa' & di olah sikit oleh nealopah.





Sabtu, 9 Mac 2013

Ibu bapa sekelian......Tahukah anda?



Khas untuk ibu bapa sekelian... Tahukah anda bahawa :
  1. Anak tunggal selalunya lambat bercakap.
  2. Anak perempuan cakap banyak 3 kali daripada lelaki
  3. Bermain dengan anak2 meningkatkan kegembiraan emosi anak-anak.
  4. Anak lelaki suka fizikal touch dengan ayah. Main ultraman, pergi padang. Kalau anak lelaki x dapat fizikal touch dia akan suka bergaduh dengan adik beradik nya.
  5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dengan bermain akan membina bonding antara anak dan parent.
  6. Anak2 pun stress sebab tak keluar rumah, cubalah luangkan masa bawa anak keluar rumah dan bersiar2.
  7. Anak perempuan mempunyai potensi yang lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)
  8. Anak lelaki mempunyai potensi yang lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial(ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bolasepak ,menunggang basikal. Doktor galakan membeli basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka.
  9. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik.
  10. Kanak-kanak yang sering berdamping rapat dengan bapa mereka didapati lebih berdaya saing dalam banyak hal. Lebih berkeyakinan diri,sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yang baik.

Sekadar perkongsian...ini adalah hasil kajian, tak semestinya 100% betul. 



sumber muka buku shop4mybabykids.

Keluarga shin chan yang mencuit hati



Jumaat, 8 Februari 2013

Terminal Bas Kuantan




Minggu lepas nealopah & the gang pergi meronda opis baru kitorang ni. Memandangkan opis kitorang ni terlalu besar dan masa yang tidak mengizinkan, jadi tak pernah sampai pun ke level yang atas2 ni. Sambil2 meronda sempat lah jugak nealopah ambil beberapa foto kenang kenangan, antaranya Terminal Bas Kuantan yang dalam proses pembinaan. Terminal ini akan menggantikan terminal bas yang lama. Terminal yang baru ni of course lah jauh lebih canggih dari yang lama, cuma.... kedudukan nya yang jauh dari bandar Kuantan. Bila dah pindah ke tempat yang baru ni, maka kuranglah sikit Traffic Jam kat Kuantan ni. ( Jam lah sangat...hehehehe)




( Terminal Bas Sekarang )