Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~






Terima Kasih Daun Keladi...

Thursday, May 16, 2013

MOTHER'S DAY with MIL and IN LAWS...

   Assalamualaikum....belum terlambat agaknya untuk Eina mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu buat semua ibu2 dan bakal2 ibu yang sudi mengunjungi  Dari Dapur MamaEina yang agak suam2 kuku ni...hehehe...buat bonda  tercinta(Puan Hajah Samsiah bt Sulong) yg berada d kampung,Selamat Hari Ibu Ma...terima kasih untuk segalanya..pengorbanan Ma selama ni xkan Along lupakan..u're the best mother in the world...Along doakan Ma sentiasa d bawah RahmatNya,panjang umur dan diberikan kesihatan yg baik agar kami anak2 Ma dapat mengecapi kasih sayang Ma...buat my MIL (Puan Hajah Romlah bt Abdul),Selamat Hari Ibu jua buatmu...Allah saja dapat membalas segala kebaikan n jasa mak kepada Eina sekeluarga...Terima Kasih mak...doa kami moga mak sentiasa sihat,panjang umur n sentiasa d bawah lindunganNya...Aminnn

   Hari ibu tahun ni agak special sikit sebab En Hubby n In Laws pakat2 bawa mak, kami sefamily n juga family dorang makan2 d Jeram,Kuala Selangor...meriah sungguh sebab semua adik beradik hadir untuk menyambutnya bersama...suka la my MIL kan sebab anak2 menantu n cucu2 ada..riuh rendah dibuatnya..macam2 ragam ada sementara menunggu makanan sampai...Ya Allah!!! Ramainya orang,kebanyakannya membawa ibu n isteri makan2 kat sini...so memang lama la nak tunggu order sampaikan....

   Kami kejutkan my MIL dengan sebiji kek khas untuk Hari Ibu dan present balang kuih raya dari Vantage...presentnya x sempat nak snap pic..kalut sungguh ngan karenah anak2...layan je la pic yg sempat kami snap ni...

Blueberry Cheesecake..sgt sedapp!!!

 1 mak & 3 mama's kongsi potong cake...

 Suap menyuap...

Semua makan smpai x hengat sbb da lapar..pandang camera pun da xnak...

   Sebenarnya banyak lg pic yg kami snap..tp internet hr ni ngalahkan siput lembabnya..adoyaii ponet den tunggu...hihihi..lain x Eina upload lg ok...








Monday, May 6, 2013

LAMA SUNGGUH!!!

Assalamualaikum....
Hai..lama sungguh Eina x jenguk kat sini...banyak betul halangan...rindu ngan kawan2 blogger...bukan x berasap dapur kat rumah ni,tapi masa sangat x mengizinkan untuk Eina bersenang2 seperti dulu...

Rutin harian sebagai ibu sangat meletihkan dan menyeronokkan...lagi seronok dengan kehadiran si busy body ni...kemas kat depan,kat belakang dia sepahkan..kemas kat belakang,kat hall lak dia sepah,pastu masuk bilik pulak sambung aktiviti menyepah....bila nampak Eina, cepat2 dia jerit "Mama,mama epah aaaa...amakkkkk (mama,mama sepah laaa,alamakkk!!!)"...hadoiiii,nak marah pun kecik lagi,habih2 ajak la dia tolong kemas...kalau Eina masak kat dapur,satu dapur dia tolong "kemas"..berkecah satu dapur...

naughty boy...Muhammad Arfa Lutfillah

Memandangkan hari ni cuti untuk Selangor..so ada abang2 yg rajin melayan dia main...Eina pun ada masa untuk rest sikit..hehehe...

Bagi yg sedia maklum, anak Eina yg kecik ni ada penyakit VCU grade 3...sekarang dia memang kena makan antibiotik 1 x sehari setiap hari sampai umur dia 3 tahun..sekarang umur dia baru 1 1/2 tahun...kesian dia...weight dia pun payah nak naik..selera makan sangat kurang walau dah macam2 supplement n vitamin kami bagi..maybe sebab penyakit dia kot...ulang alik ke hospital dah jadi rutin kami...cuma sekarang dah kurang sikit sebab sekarang dia jarang demam...yang terbaru, dia disahkan sebagai Alpha Thalesemia Carrier..sesungguhnya kami reda di atas segala ujian yg Allah berikan kepada kami..ujian2 ini membuatkan kami lebih kuat untuk menempuh hari yg mendatang..kami sedar,ada orang yg lagi susah dari kami...anak mereka lagi menderita dr anak kami....

Semoga Allah permudahkan segalanya...sampai jumpa lagi ye...Muhammad dah minta cucu (susu) nak odo(tidur)....hehehe

Wednesday, February 8, 2012

AKU FINGSAN...!!!!

Ngee :) awat MamaEina fingsan ni ekk???..erk,baru dapat perkhabaran dari En Hubby yang dia kena outstation ke Melaka selama 2 bulan bermula bulan depan..aiyakk,tu yang MamaEina fingsan tuh...


Dalam hati dok mencongak2..(ye ke mencongak)....boleh ke aku jaga 4 heroes sekaligus ni sorang2?mak aii..kang tak pasal2 jadik tarzan dalam rumah ni kang....pape pun,terpaksa la MamaEina redha kan...En Hubby pegi pun untuk cari rezeki,untuk kami sekeluarga gak...

Caiyok..caiyok...kuatkan semangat...hehehe

Thursday, February 2, 2012

MCUG @ VCUG TEST AND ULTRASOUND OF ARFA (rentetan dr Jaundis yg tinggi)

Sungguh payah rasanya untuk dimulakan entry kali ni...tak tau nak dimulakan di mana...terasa macam 1 batu besar menghempap dada seorang yang bergelar ibu...masih terbayang kemanisan mengandungkan dan melahirkan si anak...namun pagi semalam,kemanisan itu bagaikan direntap dari diri ini...

Mengeluh???tidak sekali...namun sedikit kekecewaan bersarang dihati...namun hati ini masih kepada PenciptaNya...Ya Allah,aku redha jika ini ujian yang Engkau berikan...aduhai Arfa,Mama x sanggup lagi nak lihat adik dicucuk sana sini,digodek2 setiap inci tubuhmu semata2 untuk mengetahui penyakit apa yang ada ditubuh kecil mu...

Arfa Lutfillah 2 bulan

Tanggal 18/1/12 kami ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani MCUG Test dan Ultrasound KIDNEY untuk baby kami,Arfa Lutfillah....usai segala ujian,kami ke Paeds Clinic untuk berjumpa dengan Pakar Arfa,Doktor Zalilah...menurut Doktor Zalilah,result scan dah keluar dan menunjukkan sedikit abnormality di bahagian kiri kidney baby...sedikit kegusaran sudah bersarang namun untuk mengetahui problem sebenar,kami kena tunggu result MCUG...

Doktor menerangkan serba sedikit kemungkinan yang berlaku...mungkin juga baby mengalami VU (vesicoureteral) reflux ...maknanya disini (yang Eina faham lah ye), baby mengalami putaran kencing terbalik ,iaitu kencingnya x keluar tapi berbalik semula ke kidney dia...

Semalam,tanggal 1/2/12...doktor Zalilah call & cakap result MCUG dah keluar...berdebar rasanya,dalam hati Allah je yang tau (sambil berdoa moga xde yang buruk berlaku)...namun sangkaan saya meleset apabila doktor mengatakan baby mengalami VU (vesicoureteral) reflux grade 3..maknanya yang paling teruk..Allahhuakbar,terduduk Eina mendengarnya.... 

Doktor menyatakan dia akan berbincang dengan Pakar Perunding apa rawatan selanjutnya dan kami mungkin akan di "refer" ke pakar buah pinggang di HKL untuk menjalankan test selanjutnya sebab khuatir akan ada side effect dekat kidney baby....

Moga yang tebaik untuk baby Mama...Allah lebih mengetahui...kawan2 tolong doakan baby Eina cepat sembuh ye....

Untuk mengetahui apa itu MCUG test...sila klik disini ...

Monday, January 16, 2012

KUIH SERIMUKA KEGEMARAN SI ANGAH

Dah berhari-hari angah mintak mama buatkan "kuih hijau yang ada pulut kat bawah".
"Mama,bila mama nak buat kuih hijau yang ada pulut kat bawah tu?Angah nak sangat makan,sedap kuih tu"...minta si Angah berulang kali...aduhai Angah,sian pulak mama dengar...mama x sempat la nak oii,nak godek2 dapur wat kuih...sejak ada baby Arfa,rutin harian agak berterabur dari biasa...hehehe...

Demi memenuhi permintaan Angah,Eina buatkan juga lah untuk minum petang semalam...kesian kan bila anak mintak kita buat...anak2 Eina biasanya prefer kuih @ masakan di rumah terutama nasi lemak dan kuih muih sebab dorang cakap kuih & nasi lemak yang beli x sedap..sabau je la kan...

Sebenarnya kuih serimuka ni satu family pun suka makan terutama En Hubby...rela x makan nasi kalau ada kuih yang dia suka,makan kuih je la keje dia..hehehe...resepi yang sedap ni Eina amik dari dapur Kak Yatie ... Kak Yatie pulak amik dari dapur Chef Hanieliza ...tq ye kakak2 berdua...memang x mengecewakan resepi ni...sedapppp dan menjadi...Angah makan x henti2...tapi kan,potongan kuih ni x cantik laaa,belum sempat kuih sejuk,Angah dah merengek mintak nak makan...


Kak Yatie , Eina mintak C&P ye untuk rujukan di masa akan datang...

KUIH SERIMUKA
Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair ( saya guna 1 1/2 cwn je..) -Eina pun guna 1 1/2 cawan je
  • sedikit garam
Cara
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
  4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
**Utk adunan ni saya masak sebentar di atas api perlahan sehingga berwap sahaja dan tuangkan di atas lapisan pulut tadi. Kukus lagi selama 20 minit dngn api sederhana.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.  - Eina pun wat cam Kak Yatie,masak sebentar di atas api perlahan



Makan kuih serimuka ngan minum White Coffee..sedapppp..meh sama2 kita tambah lemak yg sedia ada...hihihi

Thursday, January 12, 2012

YA ALLAH,KAU SEMBUHKANLAH DIA...


Assalamualaikum semua...minta maaf banyak2 sebab semenjak dua menjak ni Eina jarang update Dari Dapur MamaEina...sebenarnya banyak kejadian yang berlaku kebelakangan ni...emmm Allah sedang menguji kami sekeluarga...kebahagiaan dan keceriaan menerima baby baru x setimpal rasanya dengan kesedihan kami sekeluarga...

Hmmm..macam mana nak mulakan ye...

Kesedihan kami bermula apabila kami diuji dengan keadaan baby yang keluar masuk wad disebabkan jaundice yang tinggi...kehidupan Eina hanya di wad..keluar wad berulang alik pula ke hospital....setelah 3x keluar masuk wad,doktor rujuk kes baby ke klinik pakar kanak2...setelah pelbagai test, doktor pakar cakap salur kencing baby Arfa rupanya ada kuman dan perlu diberi antibiotik selama 7 hari..aduhai sian baby,kecik2 dah kena makan ubat...

Then,pada 15/12/11...petang yang redup,Eina tengah sidai kain masa tu...tiba2 telefon berdering,tengok anak buah Eina yang call...macam biasa pick up dan rupanya berita sedih yang menunggu...AYAH Eina di kampung diserang sakit jantung ketika dia tengah drive kereta...jantung dia dah berhenti selama
10 minit....Ya Allah,apa dugaan yang aku terima ni?macam orang xde iman rasanya bila dipikir2 balik...


keadaan ayah semasa koma di wad CCU HRPZ 2

Perasaan masa tu bercampur aduk sebab esoknya Eina kena bawak baby Arfa jumpa doktor pakar...apa yang patut aku buat,baby x sihat,ayah pulak koma di kampung...setelah berbincang dengan kakak Eina di kampung,kami capai kata sepakat...Eina bawak baby pergi jumpa pakar dulu esok dan lepas tu terus rushing balik kampung....sampai je Bukit Tujuh,kereta Eina pulak terbabas langgar divider...nasib baik sikit je..haishh macam2...







Sampai kat kampung,rehat jap then terus ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2...alangkah luluhnya hati melihat keadaan ayah masa tu...selama 11 hari ayah koma,mak dan kami adik beradik berendam air mata dan berkampung di hospital...hari ke 12,ayah mula sedar tapi masih lemah...hari ke 14 ayah dipindahkan ke wad pemulihan...hari ke 15 ayah dipindahkan ke Hospital Pasir Mas sebab kesihatan ayah semakin baik...11 hari ayah di Hospital Pasir Mas,alhamdulillah doktor membenarkan ayah keluar wad...

Namun,sekali lagi bila Eina call kakak pagi tadi,kakak cakap ayah dimasukkan ke wad balik malam tadi sebab ayah mula sesak nafas balik..aduhai,Allah je tau..hari ni memang xde mood je rasa...fikiran melayang ke kampung teringatkan ayah...Ya Allah,Kau sembuhkan lah ayah ku...panjang kan lah umurnya kerana kami masih memerlukan dia dalam hidup kami...

Sorry sangat2 kalau tulisan Eina hari ni tunggang terbalik..perasaan Eina bercampur baur..namun hanya satu yg ingin dipinta dari kalian...tolong doakan moga ayah Eina cepat sembuh ye...moga dengan doa anda semua,kesihatan ayah Eina semakin baik...

Saturday, December 3, 2011

MUHAMMAD ARFA LUTFILLAH

AAssalamualaikum....wahh rindunya kat kwn2 blogger..sorry sangat2,lama bebenor x mengupdate blog ini..tiada kesempatan n ada je rintangan....

Alhamdulillah, MamaEina dah selamat bersalin pada 17/11/11 @ 5.24am,baby boy 3.34kg...now baby dah 16 days of life...baby sihat cuma doctor sahkan dia kena prolonged jaundice....sedih bila anak kena cucuk sana sini..bengkak kaki tangan...lebam2 semua ada...x tau sebab apa,tp dah refer specialist..now tunggu report untuk blood investigation jer....hopefully xde bad news yang akan kami terima dari paed clinic...

Buat tatapan rakan2 blogger...eina introduce hero eina yang ke 4...MUHAMMAD ARFA LUTFILLAH BIN MUHAMMAD KHAIRUL ZAMAN....