Dan Ramadhan jugak hampir meninggalkan kita..tahun depan kita tidak pasti sama ada kita akan menemui Ramadhan atau tidak...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
SAHABAT merupakan orang yg paling dekat dgn kita selain keluarga..tentu banyak kenangan manis bersama SAHABAT menjelang Syawal...
Apa yg kita boleh lakukan utk hargai SAHABAT kita?????
Macam2 cara yg kita boleh lakukan utk hargai SAHABAT kita sempena Syawal akan datang..
Antaranya ialah mengirimkan kad raya utk SAHABAT kita.. Rasanya dah lama Mp tak hantar kad raya utk SAHABAT.Sebenarnya kad raya masih mempunyai nilai sentimental yg tersendiri..Memang teruja sangat kalau dapat kad raya dari kawan2.
Teringat masa sekolah dulu..Sehari berpuasa, dah berlumba2 ngan kawan2 beli kad raya.Tak kisah lah kad tu kecil dan murah yg penting kad raya tu dikirim sebagai pengganti diri. Yang paling disukai kad raya berbentuk kartun.Tapi kalau zaman 80an dulu, bnyak kad raya berbentuk kucing. Comel sangat. Lepas tu beratur pulak kat pejabat pos utk beli setem..Bila hantar kad, tak sabar pulak utk menerima balasan dari kawan2. Dan kad yg diterima digantung di dinding atau di pokok hiasan depan rumah...Sapa yg paling bnyak terima kad, kononnya dia yg paling ramai peminat....
Semuannya kini menjadi kenangan....Mp sendiri pun tak teruja utk beli kad raya sekarang ni..Malas pulak nak ke pjbat pos utk beli setem.Sekarang ni macam2 cara yg boleh dilakukan utk mnghantar ucapan raya..Paling pemes skrang ni mnggunakan laman sosial.Apa pun cara, yg penting kita tahu hargai sahabat kita......
p/s..Sebenarnya Mp tnggu kiriman kad raya dari seorang SAHABAT Mp, tahun lepas siap janji nak hantar berkeping2 kad.Tapi tak de satu pun sampai..mana janji manismu???? hehe.
Dan setiap tahun jugak, Mp yg terlebih dulu hantar ucapan raya..Kononnya sahabat, tapi hampeh..Tahun ni malasssss dah nak hantar ucapan raya..(jangan marah ya..!!!!)
Dan Mp ucapkan berbanyak terima kasih kpada Nor dan Nekcik atas kiriman hadiah yang comel lote tu..Sayang Nor dan Nekcik ketat2..Kalau dekat, maunya dipeluk2..hihihi
Beg dan kopi yg dihantar oleh Nekcik..Serius cantik beg tu..Dan kopi tu mmng sedap!!!Selama ni mmng Mp tak suka kopi segera. Tapi yg ni lain..Tak manis sangat..Dah habis pun.Mp hadap sorang2 jer..
yang ni Mp terima dari Nor kerana mnyertai satu teka teki..Terima kasih Nor...
Persahabatan alam maya ini cukup indah..Tak sangka rupanya selama berblog, Mp temui ramai sahabat yg cukup baik hati dan cukup ramah. Terima kasih juga kerana sntiasa mmberikan kata2 semngat saat hati dilanda gundah gulana..sntiasa ada di saat kekecewaan mngetuk hati..Berkongsi rasa suka dan duka...Terima kasih sekali lagi utk yg sntiasa hadir dalam hidup Mp..
Walau kita cuma di alam maya...Namun terasa amat dekat dihati..Sayanggggg kamu semua..!!!!