Khaled
Khaled Hadj Ibrahim (Arab: خالد حاج ابراهيم , lahir 29 Februari 1960), lebih dikenali sebagai Khaled sahaja, merupakan penulis lagu-penyanyi raï dan pemain pelbagai alat muzik dilahirkan di Oran di medan Eckmühl di Algeria. Dia mula merakamkan lagu pada awal belasan tahun menggunakan nama Cheb Khaled (Bahasa Arab bagi "Pemuda" Khaled, berlawanan dengan gelaran tradisi Sheikh yang tua ) dan telah menjadi penyanyi antarabangsa paling popular di dunia Arab dan merentasi benua. Kepopularannya memberikan dia gelaran tidak rasmi "Raja Raï".[1] Lagunya yang paling terkenal adalah "Didi", "Aïcha" dan "C'est la vie".
Khaled خالد | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama asal | خالد حاج ابراهيم |
Nama lahir | Khaled Hadj Brahim |
Juga dikenali sebagai | Cheb Khaled |
Kelahiran | 29 Februari 1960 |
Berasal dari | Oran, Algeria |
Genre | Raï, Pop, Blues, Jaz |
Pekerjaan | Penyanyi, Penulis lagu, Pemain instrumen muzik |
Tahun aktif | 1970-an – sekarang |
Syarikat rakaman | Universal Records |
Laman sesawang | khaled-lesite.com |
Rujukan
sunting- ^ Gallucci, Michael (2012). "Kenza - Cheb Khaled | AllMusic". allmusic.com. Dicapai pada 6 Januari 2012.