Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Zulkifli Ismail (pelakon)

Pelakon veteran lelaki Malaysia
(Dilencongkan daripada Zulkifli Ismail)

Zulkifli Ismail (lahir 26 April 1963) ialah seorang pelakon, penulis dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai penulis sebelum menceburi bidang lakonan, Zulkifili terkenal menerusi watak ASP Razlan dalam siri Gerak Khas di mana beliau membintanginya selama 10 tahun.[1][2]

Zulkifli Ismail

BKM (Kedah)
ذوالكفلي إسماعيل
Kelahiran
Zulkifli bin Ismail

(1963-04-26) 26 April 1963 (umur 61)
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia (USM)
PekerjaanPelakon, penulis, pengacara
Tahun aktif1983–kini
PasanganUmi Salbiah Abdul Rahman
Anak-anak2 (termasuk Dr. Zulfati Izazi)

Kerjaya

sunting

Semasa menulis, Zulkifli pernah menggunakan beberapa nama samaran termasuk Arjuna Setia dan Dzul Isma. Sejak berusia 16 tahun, sajak-sajaknya sering tersiar di akhbar, majalah dan radio. Sajaknya yang pertama berjudul Ramadhan Tiba Tika Aku Masih Lena disiarkan di akhbar Bintang Timur.

Zulkifli juga turut menyumbang rencana dan berita untuk akhbar tersebut. Pada tahun 1983, Zulkifli menyertai Utusan Melayu sebagai wartawan. Jodohnya dengan Utusan tidak lama. Beliau meletakkan jawatan pada tahun 1985.

Penglibatan dalam bidang lakonan bermula pada tahun 1986, apabila Zulkifli diperkenalkan oleh TV3 sebagai pelakon utama dalam slot cerekarama Basikalku. Pada tahun yang sama Zulkifli ke Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti pengajian Sijil Seni Kreatif. Sekembali dari USM, Zulkifli menyertai RTM semula sebagai penulis skrip dan penyampai di unit Berita Ehwal Semasa. Sejak tahun 1992 hingga kini, beliau menjadi pelakon sepenuh masa.

Dalam tahun 2001 beliau menyertai siri Gerak Khas dengan memegang watak ASP Razlan (kemudiannya dinaikkan pangkat kepada DSP dan seterusnya Superintendan). Beliau turut muncul dalam 2 filem Gerak Khas iaitu Gerak Khas The Movie II dan GK3. Zulkifli meninggalkan siri tersebut dalam tahun 2011. Sebelum Gerak Khas, Zulkifli pernah membintangi lebih 100 buah drama termasuk Opah, Angin Malam, Anak Merdeka, Imbasan, Allen Allien Sofiah, Penghunung Bayangan Ungu, Hutan Hijau, Pengasuh, Tak Logik, Nayan dan Nunis, Anak Kerbau, Menara Impian, Berarak Memori Jingga dan Mahligai Kaca.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1988 Yassin Filem pertama
1997 Ghazal Untuk Rabiah Naseer
1998 Maria Mariana II Dr. Faris
2001 Getaran
2002 Gerak Khas The Movie II ASP Razlan
2005 Tak Ori Tapi Ok Pelakon tambahan
GK3 The Movie ASP Razlan
Kemarau Cinta Karim
2008 Kinta Tok Mat
2011 Apa Tengok-Tengok? Guru Besar
Haq Tuan Haji Ibrahim
2012 SAM: Saya Amat Mencintaimu Doktor Pakar Penampilan khas
Lagenda Budak Setan 2: Katerina Firdaus
2016 Lu Mafia Gua Gangster Pak Abu
2017 Pak Pong Tok Penghulu
2021 Seandainya Kau Ada Hakim
TBA Geran 2 Dalam perancangan
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1991 Berarak Memori Jingga TV1
1997 Opah Azman
Mahligai Kaca
2000 Maria Mariana The Series Doktor Farid TV3
2001–2011 Gerak Khas Supt. Razlan TV2
2006 Badai Pesona Ringgit TV1 Pelakon undangan
2011 Makbul Datuk Burhan TV2
2011–2013 Roda-Roda Kuala Lumpur Supt. Razlan Pelakon undangan
2012 Metro Skuad (Musim 1) Encik Rashid Episod: "Asid"
2014 Kifarah (Musim 2) Ghaffar TV3 Episod: "Sakat"
Melarik Awan Datuk Mukhriz
2014–2015 Suamiku Encik Sotong Encik Idrus Astro Ria
2015 Bukan Isteri Sempurna Tan Sri Malek TV3
Alaa Bib.. Halim
Kifarah Mistik Episod: "Haruman Setanggi"
Strawberi & Karipap (musim 2) Astro Ceria
2016 Bunga Tanjong Ayah Mariam Mediacorp Suria Penampilan khas
Mr. Boss Miss Stalker Tan Sri Jalil TV3
Lelaki Macam Dia Dato' Said Astro Ria
7 Hari Mencintaiku Dato' Megat Idrus TV3
2017 Cerita Dari Mastika Astro Prima
Papa Ricky Shah
Kisah Dari Mekah S. Roomai Noor Astro Oasis
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Encik Marzuki TV3
2018 Rahsia Hati Perempuan Ismail Astro Ria
Halalkan Hati Yang Ku Curi TV3
2019 Yang Terindah TV1
Keluarga Kamil Pak Mail
2020 Maaf Tak Indah Rahim TV3
Manuskrip Cinta Dr Zainal TV Okey
Bidadari Salju Tuan Azman TV3
2022 Bunga Hati Razak Astro Ria
Jangan Menangis Cinta Dato' Razak Penampilan khas
Biarkan Ia Pergi Dato Johan TV3
Dia Yang Ku Jadikan Suami Aznal Astro Ria
2023 Ku Akad Kau Dengan Bismillah Babah TV3
Derhaka Sebuah Cinta Haji Tahir Astro Ria
Andai Itu Takdirnya Tan Sri Syed Abbas
2024 Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Haji Mukri TV3
Hai Cinta, Dengarkanlah Rahim

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1986 Basikalku TV3
1987 Pengasuh Zaid/Zahidah TV1
1998 Tirai Malam Encik Suhaimi Astro Ria
2002 Aku Kaya Pengacara Aku Kaya VCD
Menanti Hujan Teduh
2011 Man Pos Masuk Kampung Roslan Astro Warna
Kekasih Awal dan Akhir Dr. Nasir TV9
2012 Diari Bella Tan Sri Tajul TV2
Taubat Seorang Samseng Kassan Astro Oasis
2015 Jalan Taubat TV3
2017 Pintu No. 9 Masjid Nabawi S. Roomai Noor Astro Citra
Purnama Che Lah TV3
2018 Pinggan Tak Rentak, Nasi Tak Dingin Raya Encik Marzuki
2021 Syurga Tanpa Dosa TV2
2022 Matahari Tak Bercahaya Ketua Hakim TV3
2024 Pinggan Retak Di Tapak Tangan Astro Ria

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1990 Selamat Pagi Malaysia Pengacara TV1

Teater

sunting
Tajuk
Puteri Saadong
Imam
Anak Nazar Tujuh Keramat
Megat Terawis
Lela Manja
Beg Sakti

Rujukan

sunting
  1. ^ Drama bersiri Gerak Khas paling lama bertahan Diarkibkan 2018-08-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (15 Oktober 2015). Diperoleh pada 31 Oktober 2015.
  2. ^ Siti Azira Abd. Aziz (24 Mei 2011). Zulkifli Ismail Berjaya Buang Tabiat Merokok mStar Online. Dicapai pada 29 Mei 2011.

Pautan luar

sunting