Wong Choong Hann
Wong Choong Hann (Cina Tradisional: 黃綜翰 , Cina Ringkas: 黄综翰 ) (lahir 17 Februari 1977) merupakan seorang pemain dan jurulatih badminton Malaysia.
Wong Choong Hann | |
---|---|
Maklumat peribadi | |
Nama kelahiran | Wong Choon Hann |
Negara | Malaysia |
Lahir | Kuala Lumpur, Malaysia | 17 Februari 1977
Tinggi | 1.83 m (6 ka 0 in) |
Cakat tangan | Kiri |
Perseorangan lelaki | |
Ranking tertinggi | 1 (15 August 2002) |
Profil BWF |
Biografi
suntingKerjaya Wong Choong Hann bermula dengan Kejohanan Terbuka Malaysia 1991, namun beliau gagal untuk mara ke peringkat utama pertandingan.
Beliau julung kali menjuarai pertandingan di Terbuka Belanda 1997. Sehingga kini setelah 14 tahun di persada badminton, beliau merangkul 7 kejuaraan. Beliau mewakili Malaysia pada tahun 2002, apabila Malaysia menjadi naib juara sementara Indonesia(juara) di kejohanan Piala Thomas.
Wong menyertai acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 2004 di mana beliau mencapai pusingan kedua sebelum ditewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia.
Detik paling mengaibkan dalam kerjaya Wong berlaku ketika Kejohanan Piala Thomas 2006 apabila beliau tercedera di tendon tumit beliau ketika bermain di pusingan suku akhir menentang Korea Selatan. Selepas itu beliau terpaksa berehat selama enam bulan. Beliau kembali beraksi pada Sukan Asia 2006.
Pencapaian
suntingKejohanan | Tahap | Keputusan |
---|---|---|
1997 | ||
Terbuka Belanda | Juara | |
1998 | ||
Sukan Komanwel | Juara | |
2002 | ||
Terbuka Holland | Juara | |
Terbuka China | Juara | |
2003 | ||
Kejohanan Dunia IBF | Naib juara | |
Terbuka Taipei Cina | Juara | |
Terbuka China | Naib juara | |
Copenhagen Masters | Juara | |
2007 | ||
Terbuka New Zealand | 3B | Naib juara |
Super Series China Masters | 2 | Naib juara |