UH-34
Sikorsky UH-34D bermula sebagai sebuah projek pembangunan helikopter pembiayaan sendiri oleh Sikorsky, dan pada mulanya tidak diendahkan oleh angkatan bersenjata Amerika. Namun demikian, ia kelak menjadi helikopter yang menjadi tulang belakang cawangan perkhidmatan tentera Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Sikorsky H-34/S-58 | |
---|---|
Peranan | Helikopter utiliti |
Pengeluar | Sikorsky Aircraft |
Penerbangan sulung | 8 Mac, 1954. |
Pengguna utama | Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Laut Amerika Syarikat |
Dibangunkan dari | H-19 Chickasaw |
Kelainan | Westland Wessex |
Dikenali sebagai S-58 oleh Sikorsky, helikopter H-34 adalah satu penambahbaikan kepada helikopter S-55 buatannya yang mula digunakan dalam tahun 1940-an. Sikorsky membuat bidaan untuk memenuhi keperluan helikopter utiliti untuk Tentera Darat dan Tentera Udara dan keperluan helikopter anti kapal selam untuk Tentera Laut. Sikorsky tewas dalam semua percubaan ini.
Tentera Laut, Tentera Darat dan Kor Marin menilai semula helikopter S-58 setelah menghadapi masalah dengan pemilihan mereka yang terdahulu dan akhirnya membuat pilihan menggunakan helikopter S-58 ini.
Tentera Laut mulanya memanggil helikopter ini HSS-1 Seabat sementara Kor Marin memanggilnya HUS-1 Seahorse. Tentera Darat memanggilnya H-34 Choctaw. Dalam tahun 1962, penamaan helikopter ini ditukar kepada UH-34. Sikorsky membina 1,825 unit helikopter ini dan Perancis membina 135 unit lagi. Syarikat Westland di United Kingdom membina 400 unit versi dinamakan Wessex.
Helikopter ini menggunakan enjin Wright R-1820-84 dengan 9 silinder dengan penyejukan udara. menggunakan sistem kipas peniup. Fiuslaj helikopter ini dibuat menggunakan logam, khususnya aloi magnesium. Helikopter ini digunakan oleh Tentera Laut sebagai pesawat anti kapal selam dari tahun 1954 sehingga 1962 apabila tugasan ini diambil alih pesawat Sikorsky SH-3 Sea King. Helikopter h-34 juga digunakan untuk penerbangan VIP dan operasi mencari dan menyelamat SAR.
Kor marin menggunakan helikopter ini bermula tahun 1955, dan akhirnya menerima hantaran 515 unit helikopter UH-34D sehinggalah penerimaan helikopter CH-46 untuk perkhidmatan dalam Kor Marin.
Pada 15 April 1962, skuadron Marin HMM-362 ditempatkan di Soc Trang, Vietnam untuk menyokong tentera ARVN. Skuadron ini kemudiannya diikuti oleh lain-lain skuadron helikopter Marin. Sepanjang perkhidmatan helikopter ini dalam Perang Vietnam, 134 buah helikopter UH-34 musnah.
Pengguna
suntingHelikopter jenis ini digunakan oleh tentera-tentera Amerika Syarikat dan juga Argentina, Belanda, Belgium, Brazil, Kanada, Chile, Costa Rica, Filipina, Haiti, Indonesia, Israel, Itali, Jepun, Jerman, Katanga, Kemboja, Laos, Nicaragua, Perancis, Thailand, United Kingdom, Uruguay dan Vietnam.