Takiyuddin Hassan
Yang Berhormat Datuk Seri Haji Takiyuddin bin Hassan (lahir 24 November 1961) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu. Pada peringkat parti, beliau merupakan Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia.
Takiyuddin Hassan | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kota Bharu | |
Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Wan Abdul Rahim Wan Abdullah |
Majoriti | 22,613 (PRU-15) 5,869 (PRU-14) 15,970 (PRU-13) |
Menteri Tenaga dan Sumber Asli | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Ali Biju |
Didahului oleh | Shamsul Anuar Nasarah |
Digantikan oleh | Nik Nazmi Nik Ahmad |
Kawasan pilihan raya | Kota Bharu |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Eddin Syazlee Shith (2020) Shabudin Yahaya (2020-2021) |
Didahului oleh | Liew Vui Keong |
Digantikan oleh | Wan Junaidi Tuanku Jaafar |
Kawasan pilihan raya | Kota Bharu |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Bunut Payong | |
Dalam jawatan 1999–2013 | |
Didahului oleh | Halim Mohamad |
Digantikan oleh | Ramli Mamat |
Majoriti | 4,341 (PRU-12) 1,931 (PRU-11) 5,538 (PRU-10) |
Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia | |
Menyandang jawatan 2015 | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Didahului oleh | Mustafa Ali |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Kemelong, Sik, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (Kini Malaysia) | 24 November 1961
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (1989-kini) |
Pasangan | Hariza Yusoff |
Pertalian | Abdul Hamid Othman (bapa saudara) |
Kediaman | Kota Bharu, Kelantan, Malaysia |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli Politik, Pendakwah |
Bidang pengkhususan | Peguam Bertauliah |
Kabinet | Kabinet 2020 Kabinet 2021 |
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-8, YB Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Menteri Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-Undang dan Perdana Menteri Malaysia ke-9, YB Dato' Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Sumber Asli dan Tenaga Malaysia.
Latar belakang
suntingBeliau dilahirkan di Sik, Kedah. Merupakan anak saudara kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman.
Pendidikan
suntingBeliau merupakan alumni Kolej Islam Sultan Alam Shah dan merupakan lulusan bidang undang-undang dari Universiti Malaya.[1]
Politik
suntingBeliau menjadi ADUN Bunut Payong semenjak pilihan raya umum 1998 lagi. Pada 24 November 2009, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS. Beliau membantu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dalam hal-hal berkaitan pendaftaran ahli baru PAS, pendaftaran pertubuhan berkaitan PAS dan hal ehwal pakatan rakyat.[2]
Keputusan pilihan raya
suntingMeskipun Takiyuddin merupakan anak kelahiran negeri Kedah, beliau diberi kepercayaan oleh kepimpinan PAS untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan dan juga kerusi Parlimen di negeri Kelantan.
Semenjak tahun 1999, beliau telah bertanding dan berjaya memenangi kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Parlimen ditandinginya.
Tahun | Kawasan pilihan raya | Undian | Peratusan | Lawan | Undian | Peratusan | Kertas Undian | Majoriti | Muncul Sebagai (%) | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | N9/10 Bunut Payong, P21 Kota Bharu | Takiyuddin Hassan (PAS) | 9,362 | 70.26% | Ahmad Rastrom Ahmad Maher (UMNO) | 3,824 | 26.70% | 13,325 | 5,538 | 72.70% | ||
2004 | Takiyuddin Hassan (PAS) | 8,340 | 55.54% | Sekh Mohd Ruzi' @ Adnan Sekh Ahamad (UMNO) | 6,409 | 42.68% | 15,017 | 1,931 | 77.61% | |||
2008 | Takiyuddin Hassan (PAS) | 10,360 | 62.69% | Rosmadi Ismail (UMNO) | 6,019 | 36.42% | 16,525 | 4,341 | 79.88% |
Tahun | Kawasan pilihan raya | Undian | Peratusan | Lawan | Undian | Peratusan | Kertas Undian | Majoriti | Muncul Sebagai (%) | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | P21 Kota Bharu, Kelantan | Takiyuddin Hassan (PAS) | 40,620 | 62.09% | Mohamad Fatmi Che Salleh (UMNO) | 24,650 | 37.68% | 66,277 | 15,970 | 81.55% | ||
Mohd Zakiman Abu Bakar (BEBAS) | 148 | 0.23% | ||||||||||
2018 | Takiyuddin Hassan (PAS) | 28,291 | 42.24% | Husam Musa (AMANAH) | 22,422 | 33.48% | 68,306 | 5,869 | 77.00% | |||
Fikhran Hamshi Mohd Fatmi (UMNO) | 16,256 | 24.27% |
Lain-lain
suntingPada peringkat nasional, beliau pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi sesi 2014-2018.[10]
Anugerah
sunting- Kelantan
- Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) - Dato' (2018)[11]
- Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) - Dato' (2007)
- Wilayah Persekutuan
- Seri Mahkota Wilayah (SMW) - Datuk Seri (2021)
Rujukan
sunting- ^ "N10 Bunut Payong Kelantan", Laman PRU12. 1 Julai 2010.
- ^ """, Harakahdaily. 24 November 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-08. Dicapai pada 2010-08-01.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 Malaysian general election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ [1]
- ^ Mukhriz dahului senarai penerima pingat Sultan Kelantan 2018