Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Sijil Pelajaran Malaysia

peperiksaan awam di Malaysia

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa Tingkatan 5[1]. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan sekolah menengah[2].

Contoh Sijil Keputusan SPM
Contoh muka hadapan bagi kertas Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia
Contoh kod QR calon peperiksaan SPM 2022

SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.[3][4] Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM[5], Matrikulasi[6][7] atau Asasi. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.[8]

Untuk peperiksaan SPM mulai tahun 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia mula menggunakan format baharu KSSM menggantikan format lama KBSM[9][10][11]. Bagi kertas Bahasa Inggeris pula, Kementerian Pendidikan mula menjajarkan format peperiksaan Bahasa Inggeris agar sejajar dengan Common European Framework of Reference (CEFR)[12] yang digunakan diperingkat antarabangsa.

Senarai subjek[13][14][15][16]

Subjek teras

Subjek-subjek tertentu adalah wajib. Antaranya ialah :

Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan Syarat Khas
1103 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
1119 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
1223 Pendidikan Islam Bahasa Melayu Diambil oleh pelajar beragama Islam sahaja
1225 Pendidikan Moral Bahasa Melayu Diambil oleh pelajar bukan Islam
1249 Sejarah Bahasa Melayu
1449 Matematik Bahasa Melayu dan Inggeris
1511 Sains** Bahasa Melayu dan Inggeris

*Subjek Pendidikan Islam tidak wajib diambil bagi pelajar Aliran Sains Agama atau Aliran Agama Tulen. Pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan subjek elektif bagi aliran mereka.

**Subjek Sains tidak wajib diambil bagi pelajar Aliran Sains Tulen. Pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan subjek elektif bagi aliran mereka

Subjek elektif[17]

Para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM boleh memilih untuk mengambil subjek-subjek elektif seperti di bawah. Namun begitu, ia perlu bersesuaian dengan kerjaya yang ingin diceburi selepas tamat pendidikan menengah[18]. Ada juga beberapa subjek yang tidak boleh diambil kerana waktu peperiksaan yang berlaku serentak seperti subjek-subjek dalam bidang kesusasteraan. Pelaksaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2020 telah menyebabkan beberapa perubahan bagi subjek elektif[19].

Elektif Bahasa

Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan
2361 Bahasa Arab (اللغة العربية[20]) Bahasa Arab
6351 Bahasa Cina * (华文[21][22][23][24][25]) Bahasa Cina (Cina Ringkas)
6354 Bahasa Tamil (தமிழ்மொழி[26][27][28]) Bahasa Tamil
6356 Bahasa Iban (jaku Iban) Bahasa Iban
6357 Bahasa Kadazandusun (Boros Momogun) Bahasa Kadazandusun
6358 Bahasa Semai (Engrok Semai) Bahasa Semai

*Bahasa Cina[29] merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari dan diambil oleh setiap pelajar sekolah conforming (SMJK)[30][31][32][33]

Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas

Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan Syarat Khas
2280 Geografi Bahasa Melayu
2611 Pendidikan Seni Visual Bahasa Melayu
2621 Pendidikan Muzik Bahasa Melayu
3754 Pengajian Keusahawanan Bahasa Melayu Hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik
3756 Prinsip Perakaunan Bahasa Melayu
3766 Perniagaan Bahasa Melayu
3767 Ekonomi Bahasa Melayu
2216 Kesusasteraan Melayu Komunikatif Bahasa Melayu
2206 Kesusasteraan Inggeris (English Literature) Bahasa Inggeris
9216 Kesusasteraan Cina (华文文学) Bahasa Cina (Cina Ringkas)[34]
9217 Kesusasteraan Tamil (தமிழ் இலக்கியம்) Bahasa Tamil

Elektif Pengajian Islam[35]

Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan
5226 Tasawwur Islam Bahasa Melayu
5227 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Bahasa Melayu
5228 Pendidikan Syariah Islamiah Bahasa Melayu

Subjek elektif pengajian Islam turut dibahagi kepada subjek Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)[36] dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).[37]

Subjek Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)
Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan
5401 Usul Al-Din Bahasa Arab
5402 Al-Syariah Bahasa Arab
5403 Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah Bahasa Arab
5404 Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami Bahasa Arab
5405 Al-Adab wa Al-Balaghah Bahasa Arab
Subjek Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan
5301 Hifz Al-Quran Bahasa Arab
5302 Maharat Al-Quran Bahasa Arab
5303 Turath Al-Quran wa Al-Sunnah Bahasa Arab
5304 Turath Dirasat Al-Islamiah Bahasa Arab
5305 Turath Bahasa Arab Bahasa Arab

Elektif STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan)

Subjek-subjek dalam bidang ini termasuk dalam pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Para pelajar yang mengambil subjek-subjek di bawah boleh menjawab sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris.

Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan
3472 Matematik Tambahan Bahasa Melayu dan Inggeris
4532 Fizik Bahasa Melayu dan Inggeris
4541 Kimia Bahasa Melayu dan Inggeris
4551 Biologi Bahasa Melayu dan Inggeris

Elektif STEM (Sains Gunaan dan Teknologi)

Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan Syarat Khas
3729 Pertanian Bahasa Melayu
3759 Lukisan Kejuruteraan Bahasa Melayu Hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik
3760 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Bahasa Melayu
3761 Pengajian Kejuruteraan Awam Bahasa Melayu
3762 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Bahasa Melayu
3763 Reka Cipta Bahasa Melayu
3768 Asas Kelestarian Bahasa Melayu
3769 Sains Rumah Tangga Bahasa Melayu
3770 Sains Komputer Bahasa Melayu
3771 Grafik Komunikasi Teknikal Bahasa Melayu
4561 Sains Tambahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
4572 Sains Sukan Bahasa Melayu

Elektif STEM (Mata Pelajaran Vokasional)

Kebiasaannya, subjek-subjek dalam bidang ini ditawarkan kepada para pelajar yang mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional[38].

Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan
7101 Pembinaan Domestik Bahasa Melayu
7103 Kerja Paip Domestik Bahasa Melayu
7104 Pendawaian Domestik Bahasa Melayu
7105 Kimpalan Arka dan Gas Bahasa Melayu
7106 Menservis Automobil Bahasa Melayu
7107 Menservis Motosikal Bahasa Melayu
7108 Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara Bahasa Melayu
7109 Menservis Peralatan Elektrik Domestik Bahasa Melayu
7110 Pembuatan Perabot Bahasa Melayu
7201 Rekaan dan Jahitan Pakaian Bahasa Melayu
7202 Katering dan Penyajian Bahasa Melayu
7203 Pemprosesan Makanan Bahasa Melayu
7205 Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Bahasa Melayu
7207 Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut Bahasa Melayu
7208 Gerontologi Asas dan Geriatik Bahasa Melayu
7301 Landskap dan Nurseri Bahasa Melayu
7302 Akuakultur dan Haiwan Rekreasi Bahasa Melayu
7303 Tanaman Makanan Bahasa Melayu
7403 Produksi Multimedia Bahasa Melayu
7405 Produksi Reka Tanda Bahasa Melayu
7406 Hiasan Dalaman Bahasa Melayu
7407 Reka Bentuk Grafik Digital Bahasa Melayu

Gred dan pencapaian

Mulai pada tahun 2009:[39]

Gred Pencapaian Purata Markah
A+ Cemerlang Tertinggi 0 90 - 100
A Cemerlang Tinggi 1 80 - 89
A- Cemerlang 2 70 - 79
B+ Kepujian Tertinggi 3 65 - 69
B Kepujian Tinggi 4 60 - 64
C+ Kepujian Atas 5 55 - 59
C Kepujian 6 50 - 54
D Lulus Atas 7 45 - 49
E Lulus 8 40 - 44
G Gagal 9 0 - 39

Senarai pelajar terbaik SPM

Tahun Nama Sekolah Keputusan SPM
2000 Ong Jin Hock SMK Ibrahim 12 1A
2001 Alvin Choong Ching Yek

Lee Shen Han

Joy Wee Xin Ning

SMK Penang Free

SMK Ibrahim

SMK Convent

12 1A

12 1A

12 1A

2002 Yap Sui Lin[40][41] SM (P) Kuen Cheng 14 1A, 1 2A
2003 Ahmad Atiq Abdul Hamid SMK La Salle Klang, Klang 14 1A, 1 2A
2004 Nur Amalina Che Bakri

Anushree Lalitha A/P Subramaniam

SMK Ulu Tiram, Johor

SMK Perempuan Sri Aman

17 1A

14 1A

2005 Chong Huey Ee

Chin Shiang Jin

Esther Elizabeth Jack

SMK (P) Treacher Methodist, Taiping

Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu

SMK Raja Lumu, Klang

15 1A. 1 2A

15 1A

15 1A

2006 Siti Fatimah Mukhtar

Yeo Jie Ming

Melissa Sia Yin Ying

Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu

SMK Bukit Mertajam

SM Kian Kok, Kota Kinabalu

17 1A, 1 2A

16 1A

16 1A

2007 Azali Azlan

Quek Khai Ren

SMK Agama Yan

SMJK Hwa Lian, Mentakab

20 1A, 1 2A

16 1A

2008 Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal‎

Lim Shu Yong

Tan Chin Huat

Akira Wong Neng Chun

SMA (Ugama) Maahad Muhammadi (Perempuan)

SMJK Yoke Kuan, Sekinchan

SMJK Yoke Kuan, Sekinchan

SMJK Tung Hua, Sibu

19 1A, 1 2A

16 1A

16 1A

16 1A

2009 Grace Kiew Sze-Ern

Gladys Tan Yee Kim

SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya

SMK Green Road

15 A+

10 A+

2010 Muhammad Putera Farid Iskandar SMS Tuanku Munawir 10 A+

Bermula SPM 2011, tiada pengumuman pelajar terbaik dibuat. Bagi SPM 2010-2014, seramai 30 pelajar (SPM 2009,2010) dan 50 pelajar (SPM 2011-2014) paling cemerlang (semua A+) dalam SPM diberikan Biasiswa Nasional secara automatik.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "MAKLUMAT PENDAFTARAN PEPERIKSAAN SPMU DAN SPM" (PDF).
  2. ^ "SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)". iphira.tripod.com. Dicapai pada 2024-09-21.
  3. ^ "Siakap Keli". siakapkeli.my. Dicapai pada 2024-09-20.
  4. ^ "Kepentingan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Membentuk Masa Depan Pelajar - Education" (dalam bahasa Inggeris). 2023-11-26. Dicapai pada 2024-09-20.
  5. ^ Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, 2024-05-21, dicapai pada 2024-09-20
  6. ^ Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, 2024-07-17, dicapai pada 2024-09-20
  7. ^ Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, 2024-07-17, dicapai pada 2024-09-20
  8. ^ "Halatuju Pendidikan Selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)". Info UPU. 2018-03-27. Dicapai pada 2024-09-20.
  9. ^ "SPM guna format baharu tahun depan | Berita Harian".
  10. ^ "Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 4 Tahun 2020 : Format Instrumen Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Mulai Tahun 2021 Bagi Mata Pelajaran Akademik Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)". 20 March 2020.
  11. ^ "Format Baharu SPM 2021 Dan Manual Pentaksiran Mata Pelajaran". Info UPU. 2020-03-11. Dicapai pada 2024-09-20.
  12. ^ "SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL.1 TAHUN 2022 PERNYATAAN KEPUTUSAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS BAGI PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021" (PDF). 14 June 2022.
  13. ^ "Senarai Aliran Tingkatan 4 & 5 Dan Mata Pelajaran (Menengah Atas)". Permohonan.my. Dicapai pada 2024-09-20.
  14. ^ Samarudin, Rudy Fazrunisyam (2019-11-27). "Tambah baik aliran sains, sastera". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-20.
  15. ^ "Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | Blog MyTutor" (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-16. Dicapai pada 2024-09-20.
  16. ^ Razak, Aidila (2019-11-26). "Bukan tak ikut aliran tapi mata pelajaran berdasarkan pakej". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-09-20.
  17. ^ https://www.facebook.com/erafm. "89 Subjek Elektif Ditawarkan, Ini Senarai Yang Boleh Diambil Pelajar Tingkatan 4 Bermula Tahun 2020". era.syok.my. Dicapai pada 2024-09-20.
  18. ^ "Menghadkan 10 Subjek Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2010 : Impak Dan Pendapat Yang Berbeza.". Portal 1Klik. Dicapai pada 3 November 2015.
  19. ^ https://www.moe.gov.my/pekeliling/3054-spi-bil-6-tahun-2019-pelaksanaan-kssm-menengah-atas-dan-pakej-mata-pelajaran-tahun-2020/file
  20. ^ "UNIT BAHASA JPN MELAKA - MODUL BAHASA ARAB". sites.google.com. Dicapai pada 2024-09-21.
  21. ^ "2022 SPM Modul Negeri Sembilan Bahasa Cina Edisi Guru | PDF". Scribd (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-21.
  22. ^ GB (2023-08-18). "Modul SPM TTV Bahasa Cina - GuruBesar.my". gurubesar.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-21.
  23. ^ "Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak: Modul Bahasa Cina Tingkatan 5". Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Dicapai pada 2024-09-21.
  24. ^ "GET ALL SPM TRIAL PAPER!!! CLICK HERE NOW!!!". trial.spmpaper.me. Dicapai pada 2024-09-21.
  25. ^ "UNIT BAHASA JPN MELAKA - MODUL BAHASA CINA". sites.google.com. Dicapai pada 2024-09-21.
  26. ^ (PDF) https://gurubesar.my/wp-content/uploads/2023/08/Ticket-To-Victory-Bahasa-Tamil-SPM-Edited.pdf. Missing or empty |title= (bantuan)
  27. ^ "MODUL SASAR SPM BAHASA TAMIL 2021 - vannan2013 | Membalik PDF Dalam talian | AnyFlip". anyflip.com. Dicapai pada 2024-09-21.
  28. ^ "UNIT BAHASA JPN MELAKA - MODUL BAHASA TAMIL". sites.google.com. Dicapai pada 2024-09-21.
  29. ^ Bahasa Cina, 2024-09-20, dicapai pada 2024-09-20
  30. ^ "Parenting Times: Information On SMJK In Malaysia". Parenting Times. 2016-04-18. Dicapai pada 2024-09-21.
  31. ^ "Fewer candidates sitting for SPM Chinese paper - News". MySinchew 星洲网 Sin Chew Daily Malaysia Latest News and Headlines (dalam bahasa Cina). 2023-01-11. Dicapai pada 2024-09-21.
  32. ^ FOON, HO WAH. "No easy end to SPM Chinese saga". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-21.
  33. ^ The Star (2016-03-11), Worrying trend in SPM Chinese language results, dicapai pada 2024-09-21
  34. ^ Tulisan Cina Ringkas, 2023-09-04, dicapai pada 2024-09-20
  35. ^ https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/info_smka.cfm. Missing or empty |title= (bantuan)
  36. ^ "SM AGAMA CHUAH: KURIKULUM BERSEPADU DINI". SM AGAMA CHUAH. Dicapai pada 2024-09-20.
  37. ^ "SPI KPM Bil. 10 Tahun 2023 Garis Panduan Pengurusan Dan Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia" (PDF).
  38. ^ "Teknik & Vokasional". Kementerian Pendidikan Malaysia. Dicapai pada 3 November 2015.
  39. ^ "Gred baru A+ akan diperkenalkan bagi SPM - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2009-10-03. Dicapai pada 2024-09-21.
  40. ^ Arif, Ahmad Suki Che Mohamed (2011-07-28). "Meniti Kehidupan...: Yap Sui Lin: "Si Bodoh" Akhirnya Menjadi Genius". Meniti Kehidupan... Dicapai pada 2024-09-20.
  41. ^ LIM, JOANNE. "Yap, she's simply amazing with 16 As". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-20.

2. Koleksi Kertas Soalan Percubaan SPM 2024 . dicapai pada 03 september 2024

Pautan luar