Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pangkat tentera sei-i taishōgun (征夷大将軍, "panglima takluk bangsa gasar"[1]) atau ringkasnya shōgun (将軍, Mengenai audio inidengar ) berperanan penting dalam sejarah silam negara Jepun. Sebelum abad ke-12, panglima ini hanya diarahkan Maharaja mengetuai tentera yang mempertahankan kerajaan mereka daripada kemaraan orang-orang belum tertakluk kepada kerajaan pusat di kawasan timur seperti peribumi Ainu yang pernah mendiami Honshū di samping Hokkaidō.[1] Nasib ini berubah dengan perampasan kuasa dalam kalangan bangsawan di kota diraja Kyoto oleh ketumbukan samurai diketuai Minamoto no Yoritomo yang mendirikan pemerintahan sendiri pada tahun 1185 sehingga zaman Edo.

Minamoto no Yoritomo, shogun pertama bagi Keshogunan Kamakura (1192-1199).

Jawatan kepanglimaannya dikatakan suatu "pesanggerahan" (幕府 bakufu)[2] di mana pemegangnya menjalankan tugas-tugas pentadbiran langsung sambil para bangsawan dan maharaja hanya diberikan kedudukan adat dan nama sahaja;[3] kepanglimaan ini turut diwarisi dari bapa ke anak yang sebolehnya berdarah suku Minamoto. Kedudukan ini berakhir apabila Tokugawa Yoshinobu melepaskan jawatannya kepada Maharaja Meiji melaksanakan dasar-dasar pembaharuan baginda pada tahun 1867.[1]

Sejarah

sunting

Zaman Heian (794–1185)

sunting

Pada asalnya, gelaran Seii Taishōgun diberikan kepada komander tentera semasa awal Zaman Heian bagi jangka masa kempen ketenteraan terhadap puak Emishi yang menentang pentadbiran istana Maharaja yang berpusat di Kyoto. Antara yang paling masyhur di kalangan shogun ini ialah Sakanoue no Tamuramaro yang menakluki puak Emishi atas nama Maharaja Kammu. Akhirnya, gelaran tersebut diabaikan pada zaman Heian terkemudian setelah puak Ainu ditakluki atau diusir ke Hokkaido.

Pada zaman Heian terkemudian, lebih daripada seorang shogun yang dilantik. Minamoto no Yoshinaka dinamakan sebagai sei-i taishōgun semasa Perang Gempei terbunuh tidak lama kemudian oleh Minamoto no Yoshitsune.

Keshogunan Kamakura (1192–1333)

sunting

Pada awal kurun ke-11, tanah-tanah feudal dipegang oleh daimyo dan dilindungi oleh samurai yang mendominasi politik dalaman Jepun.[4] Dua buah keluarga yang amat berpengaruh, Taira dan Minamoto, berperang untuk menguasai istana maharaja yang sedang merosot. Keluarga Taira merampas kuasa dari tahun 1160 hingga 1185 tetapi ditewaskan oleh keluarga Minamoto dalam Pertempuran Dan-no-ura. Minamoto no Yoritomo merampas kuasa-kuasa tertentu daripada kerajaan pusat dan golongan aristokrat serta menubuhkan satu sistem feudal yang berpangkalan di Kamakura dengan tentera persendirian, samurai, memperolehi beberapa kuasa politik manakala Maharaja Jepun dan golongan aristokrat di Kyoto kekal sebagai pemerintah de jure. Pada tahun 1192, Yoritomo dikurniakan dengan gelaran Sei-i Taishōgun oleh maharaja dan sistem politik yang dibangunkan beliau dengan pewarisan shogun sebagai ketua menjadi apa yang dikenali sebagai keshogunan.

Keluarga isteri Yoritomo, keluarga Hōjō, merampas kuasa daripada para shogun Kamakura. Apabila anak-anak dan pewaris Yoritomo dibunuh, shogun menjadi boneka turun temurun. Kuasa sebenar berada di tangan pemangku-pemangku Hōjō. Keshogunan Kamakura berlanjutan selama hampir 150 tahun, dari tahun 1192 hingga tahun 1333.

Pada tahun 1274 dan 1281, Empayar Mongol melancarkan serangan terhadap Jepun. Satu cubaan oleh Maharaja Go-Daigo untuk memulihkan kuasa istana pada tahun 1331 gagal, namun telah melemahkan keshogunan dengan nyata sekali dan akhirnya membawa kepada kejatuhannya.[5]

Pemulihan Kemmu (1333–1336)

sunting

Keshogunan Kamakura berakhir apabila Kamakura jatuh pada tahun 1334 dan kerejenan Hōjō dimusnahkan. Berikutan ini, dua buah keluarga, susur galur yang lebih kanan Go-Saga dan susur galur yang lebih rendah Go-Daigo, membuat tuntutan takhta. Masalah tersebut diselesaikan dengan perantaraan Keshogunan Kamakura yang membuatkan kedua-dua belah pihak saling bergilir. Ini berlanjutan sehingga tahun 1331 apabila pihak Go-Daigo enggan bergilir dengan pihak Go-Saga. Akibatnya, pihak Go-Daigo dibuang negeri. Sekitar tahun 1334-1336, Ashikaga Takauji membantu pihak Go-Daigo mendapatkan kembali takhta tersebut. [6]

Perjuangan melawan keshogunan tersebut meninggalkan maharaja baru dengan ramai pihak yang menuntut tanah yang terhad sumber bekalannya. Ashikaga Takauji berpaling tadah menentang maharaja apabila ketidakpuasan hati mengenai pembahagian tanah meningkat tinggi. Pada tahun 1336 maharaja tersebut digulingkan sekali untuk memberi peluang kepada maharaja baru.[6]

Semasa Pemulihan Kemmu, setelah kejatuhan keshogunan Kamakura pada tahun 1333, shogun lain yang berhayat pendek muncul. Putera Moriyoshi, putera Maharaja Go-Daigo, dikurniakan dengan gelaran Sei-i Taishōgun. Bagaimana pun, Putera Moriyoshi kemudiannya diletakkan dalam tahanan rumah dan, pada tahun 1335, dibunuh oleh Ashikaga Tadayoshi.

Keshogunan Ashikaga (1336–1573)

sunting
 
Kubur Ashikaga Takauji

Pada tahun 1338 Ashikaga Takauji, seperti Yoritomo yang merupakan keturunan putera-putera Minamoto, telah dikurniakan dengan gelaran sei-i taishōgun dan menubuhkan Keshogunan Ashikaga yang berlanjutan sehingga tahun 1573. Keluarga Ashikaga mempunyai markas di daerah Muromachi di Kyoto, dan jangka masa pemerintahan mereka dikenali sebagai Zaman Muromachi.

Oda Nobunaga dan keluarga Toyotomi

sunting

Dua orang daimyo sengoku yang berpengaruh Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi tidak pernah menerima gelaran sei-i taishōgun. Walaupun kedua-dua orang petualang ketenteraan ini tidak berjaya untuk menubuhkan dinasti baru shogun, mereka berada pada saat yang genting dalam sejarah Jepun. Kejayaan mereka membuka jalan kepada keamanan relatif era Tokugawa. Meski pun begitu, orang Barat tersalah anggap mereka sebagai shogun,[perlu rujukan] mereka sebenarnya bukanlah shogun sama sekali.

Nobunaga pernah ditawarkan dengan gelaran tersebut tetapi dia meninggal dunia sebelum sempat menerimanya. [7][8] Hideyoshi dilantik sebagai kampaku yang merupakan pangkat tertinggi yang dicalonkan oleh keluarga maharaja.[9]

Keshogunan Tokugawa (1603–1867)

sunting
 
Tokugawa Ieyasu

Tokugawa Ieyasu merampas kuasa dan menubuhkan sebuah kerajaan di Edo (kini dikenali sebagai Tokyo) pada tahun 1600. Dia menerima gelaran sei-i taishōgun pada tahun 1603 setelah dia memalsukan salasilah keluarga untuk menunjukkan dia adalah daripada keturunan Minamoto. Keshogunan Tokugawa berlanjutan sehingga 1867, apabila Tokugawa Yoshinobu meletak jawatan sebagai shogun dan melepaskan kuasanya kepada Maharaja Meiji pada tahun 1867.[1]

Semasa zaman Edo kuasa hakiki berada di tangan shogun-shogun Tokugawa, bukan maharaja di Kyoto, meskipun shogun terhutang kedudukannya kepada maharaja. Shogun memegang dasar luar, ketenteraan dan naungan feudal. Peranan maharaja adalah bersifat istiadat, serupa dengan kedudukan pemerintahan beraja Jepun selepas Perang Dunia Kedua.[10]

Keshogunan

sunting

Sistem keshogunan pada asalnya ditubuhkan di bawah keshogunan Kamakura oleh Minamoto no Yoritomo. Walaupun secara teorinya adalah negara, dan dengan itu maharaja memegang pemilikan ke atas seluruh negara Jepun, sistem tersebut mempunyai beberapa unsur feudal, dengan tuan-tuan wilayah yang lebih rendah pangkatnya menyatakan taat setia kepada pihak yang lebih tinggi pangkatnya. Samurai diberi anugerah bagi kesetiaan mereka dengan tanah yang diserahkan dan dibahagi-bahagikan di kalangan anak-anak mereka dengan keizinan tuannya.Hierarki yang mencantumkan sistem kerajaan ini diperkukuhkan ikatan kesetiaan yang kuat antara samurai dan orang bawahan mereka.

Setiap keshogunan adalah dinamik dan tidak statik. Kuasa sentiasa bertukar tangan dan kewibawaan selalu samar. Kajian tentang pasang surut dalam sejarah yang kompleks ini sentiasa menarik perhatian para sarjana. Setiap keshogunan menghadapi persaingan. Punca-punca persaingan termasuklah maharaja dan golongan aristokrat istana, saki-baki sistem kerajaan maharaja, sistem shōen, kuil-kuil dan tokong-tokong utama, shugo dan jitō, kokujin dan daimyo moden terawal. Setiap keshogunan membayangkan keperluan terhadap cara baru bagi keseimbangan kelayakan kekuasaan pusat dan wilayah yang berubah-ubah.[11]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ a b c d "Shogun". The World Book Encyclopedia. World Book. 1992. m/s. 432–433. ISBN 0-7166-0092-7.
  2. ^ Totman, Conrad (1966). "Political Succession in The Tokugawa Bakufu: Abe Masahiro's Rise to Power, 1843-1845". Harvard Journal of Asiatic Studies. 26: 102–24.
  3. ^ Beasley, William G. (1955). Select Documents on Japanese Foreign Policy, 1853–1868, p. 321.
  4. ^ "Japan". The World Book Encyclopedia. World Book. 1992. m/s. 34–59. ISBN 0-7166-0092-7.
  5. ^ Columbia University (2000). "Japan: History: Early History to the Ashikaga Shoguns". Factmonster. Dicapai pada 2007-04-17.
  6. ^ a b Sansom, George (1961). A History of Japan, 1134-1615. United States: Stanford University Press.
  7. ^ William Scott Morton, J. Kenneth Olenik. "Japan: Its History and Culture". Dicapai pada 2007-04-18.
  8. ^ June Kinoshita, Nicholas Palevsky. "Gateway to Japan". Dicapai pada 2007-04-18.
  9. ^ Dorothy Perkins. "Samurai of Japan: A Chronology From Their Origin in the Heian Era (794-1185) to the Modern Era". Dicapai pada 2007-04-18.
  10. ^ Wakabayashi, Bob Tadashi (1991). "In Name Only: Imperial Sovereignty in Early Modern Japan". Journal of Japanese Studies. 17 (1): 25–57. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  11. ^ Mass, J. et al., eds. (1985). The Bakufu in Japanese History, p. 189.

Bacaan lanjut

sunting
  • Columbia University (2000). "Japan: History: Early History to the Ashikaga Shoguns". Factmonster. Dicapai pada 2007-04-17.
  • Brazell, Karen (1972). "The Changing of the Shogun 1289: An Excerpt from Towazugatari". The Journal of the Association of Teachers of Japanese. 8 (1): 58–65. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Brock, Karen L. (1995). "The Shogun's 'Painting Match'". Monumenta Nipponica. 50 (4): 433–484. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Grossberg, Kenneth A. (1976). "Bakufu Bugyonin: The Size of the Lower Bureaucracy in Muromachi Japan". The Journal of Asian Studies. 35 (4): 651–654. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Grossberg, Kenneth A. (1976). "From Feudal Chieftain to Secular Monarch. The Development of Shogunal Power in Early Muromachi Japan". Monumenta Nipponica. 31 (1): 29–49. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • "Japan". The World Book Encyclopedia. World Book. 1992. m/s. 34–59. ISBN 0-7166-0092-7.
  • Mass, Jeffrey P. and William B. Hauser, eds. (1985). The Bakufu in Japanese History. Stanford: Stanford University Press.
  • McCune, George M. (1946). "The Exchange of Envoys between Korea and Japan During the Tokugawa Period". The Far Eastern Quarterly. 5 (3): 308–325. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Ravina, Mark (1995). "State-Building and Political Economy in Early-modern Japan". The Journal of Asian Studies. 54 (4): 997–1022. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Seigle, Cecilia Segawa (1999). "The Shogun's Consort: Konoe Hiroko and Tokugawa Ienobu". Harvard Journal of Asiatic Studies. 59 (2): 485–522. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Hurst, C. Cameron, III (1981). "Review of Learning from Shogun: Japanese History and Western Fantasy, by Henry Smith". The Journal of Asian Studies. 41 (1): 158–159. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Sansom, George (1961). A History of Japan, 1134-1615. United States: Stanford University Press.
  • "Shogun". The World Book Encyclopedia. World Book. 1992. m/s. 432–433. ISBN 0-7166-0092-7.
  • Sinsengumi, Bakumatuisin (2003). "仙台藩主". Bakusin (dalam bahasa Japanese). Dicapai pada 2007-04-17.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Smith, Henry (ed.) (1980). Learning from Shogun: Japanese History and Western Fantasy (PDF). Santa Barbara: University of California Program in Asian Studies.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  • Totman, Conrad (1966). "Political Succession in The Tokugawa Bakufu: Abe Masahiro's Rise to Power, 1843-1845". Harvard Journal of Asiatic Studies. 26: 102–124.
  • Wakabayashi, Bob Tadashi (1991). "In Name Only: Imperial Sovereignty in Early Modern Japan". Journal of Japanese Studies. 17 (1): 25–57. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)