Rozita Rohaizad
Rozita Rohaizad seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang berbakat dan serba boleh. Berasal daripada keluarga berdarah seni, ibu bapanya seniwati Mariani Ismail dan H.M. Rohaizad manakala ibu saudara dan bapa saudaranya ialah biduanita Puan Sri Saloma dan Tan Sri P. Ramlee.
Rozita Rohaizad | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Sharifah @ Siti Roswita Binti Hamid |
Kelahiran | 1957 (umur 66–67) |
Berasal dari | Malaysia |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1978–kini |
Ibunya Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Ismail yang juga kakak kepada Saloma terkenal melalui lakonannya dalam filem Tiga Abdul, Labu Labi, Masam Masam Manis manakala bapanya H. M Rohaizad adalah penulis lirik lagu Hujan di Tengah Hari juga merupakan penulis skrip filem Seniman Bujang Lapok. Antara ahli keluarga lain yang terlibat dengan industri hiburan ialah pelakon Melissa Saila
Kerjaya
suntingNyanyian
suntingBakat Rozita mula dicungkil oleh komposer Ahmad Nawab sehingga terhasilnya album pertama berjudul Hari yang Ku Nantikan bersama syarikat rakaman EMI pada tahun 1978.
Rozita telah merakamkan lebih daripada 40 lagu dalam genre pop, pop jazz, dangdut dan Melayu tradisional. Lagu klasik beliau yang paling popular ialah Cik Cik Boom dan Hingga ke Akhirnya manakala lagu yang sering mendapat permintaan peminat untuk didendangkan di acara keramaian ketika ini ialah Keroncong Anak Ikan dan Joget Malam Pertama. Dalam filem Setinggan, Rozita turut menyumbangkan suaranya dalam lagu Gugurnya Mawar Desa ciptaan Kassim Masdor. Lagu ini telah dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Filem pada Pesta Filem Malaysia 1983.
Rozita pernah menyepikan diri daripada industri hiburan tanah air untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Namun beliau kini kembali bergiat aktif. Membawa warisan cemerlang keluarganya, Rozita bersemangat meneruskan minatnya menulis lagu dan lirik sama seperti arwah bapanya H.M. Rohaizad, bak pepatah melayu 'ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi'. Kesihatan diri berkat Illahi dan bakat semula jadi mendorongnya untuk terus aktif menyumbang bakat dan menghiburkan semua.
"Saya kembali ini pun kerana ibu saya ingin anak-anaknya meneruskan legasi kami kerana keluarga Saloma tiada pewaris dalam industri ini. Saya juga masih mempunyai minat untuk menyanyi dan sekarang baru berpeluang. Sebelum ini, saya pernah kecewa kerana tiada peluang dan orang dulu selalunya memandang serong kepada artis. Namun, sekarang fenomena itu dah berubah dan kami semakin dihargai..."
Lakonan
suntingBerkat dorongan dan sokongan ibunya, Rozita telah membintangi lima filem tempatan iaitu Setinggan, Sumpahan Puaka, Dendam dari Pusara, Serampang Tiga dan Phuyal 18. Rozita juga pernah berlakon dalam beberapa drama TV dan telefilem seperti Gerak Khas, Tanah Kubor, produksi teater seperti Lagenda Cinta, Tun Kudu, pementasan yang melibatkan karya Saloma dan P. Ramlee serta dokumentari RTM.
"Saya mengidam untuk menyertai teater seperti dalam Muzikal P. Ramlee sebab teater tersebut memang menarik dengan tarian, nyanyian dan sebagainya. Namun, saya rasa sukar untuk mendapat mana-mana watak untuk dilakonkan. Jika diberi peluang, saya suka membawakan watak Saloma sebab saya tahu tentang ciri-ciri yang ada dalam dirinya lebih-lebih lagi dia merupakan ibu saudara saya. Mengenali Saloma, allahyarhamah merupakan seorang wanita yang pendiam, lemah-lembut, sopan, dan feminin. Jadi, sebab itu P. Ramlee terlalu menyayanginya..."
Penglibatan Antarabangsa
suntingDi pentas antarabangsa, Rozita telah berulang kali mewakili Malaysia di pelbagai festival. Pada 1982, Rozita bersama penyanyi Anita Sarawak mewakili Malaysia di ASEAN Trade Fair di Manila. Seterusnya, di National Multicultural Festival Canberra, Malaysia Fest Sydney, Fifth North Sumatra Jazz Fest, Silaturrahmi Keroncong Nusantara Indonesia, Grebek Keroncong Festival Salatiga dan telah muncul di Fuji Television Japan, Channel 31 Melbourne dan Channel 44 Adelaide Australia.
Pada tahun 2021, Rozita melakar sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang diundang untuk menjayakan Festival Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa anjuran Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Pendidikan
suntingRozita pernah menuntut di RMIT Australia, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Bachelor of Business) dengan pengkhususan dalam bidang Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1998. Rozita bekerja sebagai wakil peniaga berlesen (remisier) di firma CGS-CIMB Securities Berhad.
Diskografi
suntingAlbum
sunting- Hari Yang Ku Nantikan
- Jangan Jangan Mengata
- Kekal Abadi
- Raikan Lebaran (single raya)
- Hingga ke Akhirnya
- Kenek-kenek
- Anak Ikan
- Zapin Rinduan Kasih
- Doa untuk Dunia
- Malaysiaku Sayang
- Joget Malam Pertama
- Keroncong Anak ikan
Lagu-lagu
sunting1. Cik Cik Boom 2. Anak Ikan 3. Kenek-kenek 4. Malaysiaku Sayang 5. Zapin Rinduan Kasih 6. Hingga ke Akhirnya 7. Fikirlah Sayang 8. Joget Budaya 9. Joget Malam Pertama 10. Hari yang Ku Nantikan 11. Khayalan 12. Pandangan Pertama 13. Jejaka Hati Ini 14. Korban Cinta 15. Syair Sang Bulan 16. Kekal Abadi 17. Panah Rindu 18. Kekal Abadi 19. Raikan Lebaran 20. Jalan Bersama 21. Perasaan 22. Bayangan cinta mu 23. Jangan jangan mengata 24. Bertamu Memori 25 Impian Semata 26 Doa untuk Dunia 27 Keroncong Anak Ikan 28. Duniaku Duniamu 29. Rempit 30. Pergi Takkan Kembali 31. Menari dan Menari 31. Cinta Untukmu 32. Berjumpa untuk Berpisah 33.Dia Milik ku 34. Menanti 35. Kini Aku Disampingmu
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1983 | Dendam Dari Pusara |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Gerak Khas (Musim 12) | Rozie | TV2 | Episod: "Lina" |