Perakuan Hak 1689
Perakuan Hak England 1689 (English Bill of Rights 1689) merupakan satu Akta Parlimen England (1 Will. & Mar. sess. 2 c. 2) dengan tajuk panjangnya Sebuah Akta yang Memperakukan Hak dan Kebebasan Subjek dan Menyelesaikan Pewarisan Takhta Mahkota dan dikenali dengan tajuk pendeknya sebagai Perakuan Hak atau Perisytiharan Hak. Ia merupakan salah satu dokumen asas bagi undang-undang perlembagaan England, termasuk Magna Carta, Act of Settlement dan Akta Parlimen. Ia juga membentuk sebagagian undang-undang di negara-negara Komanwel, seperti New Zealand dan Kanada. Dokumen yang berasingan tetapi serupa juga diguna pakai di Scotland: Tuntutan Hak.
Perakuan Hak 1689 merupakan pernyataan bagi hak-hak tertentu yang penulisnya merasakan apa yang perlu didapati oleh warganegara dan/atau penduduk yang bermustautin bagi sesuatu monarki berperlembagaan. Ia termasuklah hak Subjek untuk menghantar petisyen kepada Monarki dan hak Subjek untuk mempertahankan diri. Ia juga menjelaskan (atau di dalam kaca mata penulisnya, menggariskan semula) bahawa sesetengah keperluan perlembagaan yang melibatkan tindakan diraja, memerlukan kelulusan dari orang yang ditadbir seperti yang diwakili oleh Parlimen. Dalam aspek ini, ia berbeza dengan "perakuan hak" yang lain, terasuklah Perakuan Hak Amerika Syarikat, walaupun banyak unsur dari lapan yang pindaan pertama Perlembagaan Amerika Syarikat melambangkan kandungan perakuan ini.
Latar belakang
suntingDalam revolusi, William of Orange mendarat dengan tenteranya di England pada 5 November 1688. James II cuba untuk menghalang penaklukan itu. Baginda kemudian menghantar wakil untuk berbincang tetapi akhirnya lari pada 23 Disember 1688.
Sebelum William dan Mary disahkan sebagai pemerintah bersama bagi England dan Ireland, mereka menerima Perisytiharan Hak yang dibuat oleh Resam Parlimen yang dhantar kepada mereka di Banqueting House, Whitehall, pada 13 Februari 1689. Dengan menerima Perisytiharan Hak itu, William dan Mary ditawwarkan takhta dan mereka ditabalkan sebagai raja bersama pada April 1689. Perisytiharan Hak itu kemudian dimasukkan ke dalam Akta Parlimen, yang kini dikenali sebagai Perakuan Hak, pada 16 Disember 1689.
Dalam Kerajaan Scotland yang kemudian terpisah, Tuntutan Hak 1689 bagi Estet Scotland dinyatakan dalam pernyataan yang berbeza, tetapi mempunyai kesan yang hampir serupa, dengan mengisytiharkan William dan Mary menjadi Raja dan Permaisuri Scotland pada 11 April 1689.
Rukun asas
suntingRukun asas Perakuan Hak 1689 adalah:
- Rakyat England, seperti yang termaktub oleh Parlimen, mempunyai hak politik dan awam yang tidak berubah. Ini termasuklah:
- kebebasan dari campur tangan diraja dengan undang-undang (Baginda dilarang untuk menubuhkan mahkamah sendiri atau menjadi hakim dengan sendirinya)
- kebebasan dari cukai khas diraja, tanpa persetujuan Parlimen
- kebebasan untuk menghantar petisyen kepada Raja
- kebebasan dari penjagaan tentera ketika aman, tanpa persetujuan Parlimen
- kebebasan [bagi penganut Protestan] untuk memiliki senjata untuk pertahanan diri mereka, sesuai dengan status darjat dan seperti yang dibenarkan undang-undang
- kebebasan untuk memilih ahli Parlimen tanpa campurtangan Baginda
- kebebasan untuk bersuara di Parlimen, iaitu proses dalam Parlimen tidak boleh dipersoalkan di dalam mahkamah atau oleh sesiapa di luar Parlimen itu sendiri (asas kepada keistimewaan parlimen moden)
- kebebasan dari hukuman yang kejam dan luar biasa, dan ikat jamin yang melampau
- kebebasan dari denda dan penyitaan tanpa bicara
- Sesetengah akta James II telah dinamakan khusus dan diisytiharkan tidak sah mulai kini.
- Pelarian James dari England ketika menjelangnya Revolusi Gemilang dikira melepaskan takhta.
- Katolik Rom tidak boleh menjadi raja atau permaisuri England memandangkan "adalah mengikut pengalaman bahawa keselamatan dan kebajikan adalah tidak konsisten bagi kerajaan protestan yang ditadbir oleh putera (Katolik) yang terkutuk". Baginda perlu bersumpah Sumpah Pertabalan untuk menjaga agama Protestan.
- William dan Mary adalah pewaris James.
- Warisan takhta harus diwariskan kepada waris Mary, kemudian kepada adinda Mary, Puteri Anne dari Denmark dan waris baginda, kemudian kepada mana-mana waris William oleh perkahwinan yang terkemudian.
- Baginda perlu memanggil Parlimen sentiasa, kemudian dikuatkan dengan Akta Tempoh Tiga Tahun 1694 (Triennial Act 1694).