Pelabuhan
Pelabuhan ialah tempat kapal-kapal berlabuh atau singgah setelah lama berlayar sama ada di sungai atau di laut. Lokasi pelabuhan dipilih bagi mengoptimumkan capaian ke darat dan perairan boleh lalu, bagi permintaan perdagangan, dan perlindungan daripada angin dan ombak. Disebabkan keupayaan terhad, banyak pelabuhan beroperasi 24 jam sehari.
Jenis
suntingPelabuhan darat
suntingPelabuhan darat ialah pelabuhan di tepi sungai atau tasik. Contohnya pelabuhan Teluk Intan, negeri Perak. British telah membina pelabuhan ini. Sebuah landasan kereta api telah dibina ke sini dari Kampar, Perak.
Pelabuhan laut
suntingPelabuhan di tepi laut. Contohnya Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor dan Pelabuhan Klang di Selangor. Selain pelabuhan umum biasa, pelabuhan laut boleh dikhususkan lagi kepada fungsi tertentu seperti pelabuhan kapal pesiaran/feri dan pelabuhan kapal kargo.
Pelabuhan perikanan
suntingPelabuhan bagi nelayan menurunkan ikan dan tangkapan laut, lazimnya komersil.