Milenium ke-5 SM
alat
Milenium ke-5 SM melihat penyebaran pertanian dari Timur Tengah ke seluruh Eropah selatan dan tengah. Kebudayaan-kebudayaan bandar di Mesopotamia dan Anatolia berkembang maju, dan mengembangkan roda. Barang-barang perhiasan tembaga menjadi lebih umum dan menandakan Zaman Kalkolitik. Penternakan haiwan tersebar ke seluruh Eurasia dan tiba di China. Jumlah penduduk dunia bertumbuh sedikit pada sepanjang milenium ini, mungkin dari 5 juta sehingga 7 juta orang.
Milenium: | Milenium ke-6 SM • Milenium ke-5 SM • Milenium ke-4 SM |
Abad: | Abad ke-50 SM • Abad ke-49 SM • Abad ke-48 SM • Abad ke-47 SM • Abad ke-46 SM • Abad ke-45 SM • Abad ke-44 SM • Abad ke-43 SM • Abad ke-42 SM • Abad ke-41 SM |
Peristiwa
sunting- 4860 SM - Gunung Mazama di Oregon runtuh dan membentuk kaldera yang kemudian diisi dengan air dan menjadi Tasik Kawah, tasik yang paling dalam di Amerika Syarikat. Pada daya 7, ia masih merupakan letupan Holosen yang terbesar dalam sejarah Banjaran Cascade.
- 4713 SM - Epok (asal) Zaman Julian yang diperihalkan oleh Joseph Justus Scaliger terjadi pada 1 Januari, hari sifar astronomi dalam takwim Julian.
- 4350 SM - Zaman Pradinasti bermula di Mesir Kuno.
- 4300 SM - Theta Boötis menjadi bintang nampak yang paling dekat dengan kutub utara cakerawala sehingga 3942 SM apabila ia digantikan oleh Thuban.
- k.k. 4250 SM - 3750 SM - Penyebarisan Menhir di Menec, Carnac, Perancis.
- 4121 SM - Tarikh Eduard Meyer untuk penciptaan takwim Mesir, berdasarkan pengiraan kitaran Sotiknya.
- 4004 SM - Menurut kronologi Ketua Biskop James Ussher dari Armagh, tahun ini ialah tahun penciptaan alam semesta pada waktu senja sejurus sebelum 23 Oktober.
Kebudayaan
sunting- 5000 SM – Permulaan kebudayaan Yangshao di China.
- 4900 SM - 4600 SM; Pembinaan parit bulat di Eropah Tengah.
- 4500 SM – Peradaban Susa dan Kish di Mesopotamia dan Khuzestan (lihat Sialk).
- 4200 SM - Tarikh untuk contoh-contoh Mesolitik bagi teknik Naalebinding yang ditemukan di Denmark dan yang menandakan penyebaran teknologi ke Eropah Utara. (Bender 1990)
- 4000 SM - 3000 SM; Masyarakat-masyarakat rumit dengan hierarki paderi dan raja mula muncul di Mesopotamia.
- Kebudayaan Cucuteni di Eropah Tengah.
- Kebudayaan-kebudayaan Sredny Stog kalkolitik, Samara dan Maykop awal yang merupakan calon-calon untuk Proto-Indo-Europah awal.
Zaman
suntingPerekaan, penemuan, dan pengenalan
sunting- sejak k.k. 5000 SM: Pengembangan sistem-sistem proto-tulisan, kemungkinannya gambaran gagasan: skript Vinca, batu bersurat Tartaria.
- k.k. 4500 SM – Pengenalan bajak di Eropah.
- Pembelajinakan kerbau di China.
- Pengembangan pembruan bir.
- Pengembangan roda di Mesopotamia dan Eropah.