Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Tangan (ukuran)

(Dilencongkan daripada Lebar tangan)

Tangan (bahasa Inggeris: hand) merupakan unit ukuran panjang tak piawai yang kini hanya digunakan untuk mengukur ketinggian kuda di sesetengah negara berbahasa Inggeris, seperti UK, AS, Kanada dan Australia.[1] Dengan asal-usulnya dari Mesir purba, ukuran tangan berasaskan lebar tangan manusia. Kini, setangan bersamaan dengan empat inci, maka daripada itu, ekoran penggunaan inci antarabangsa pada tahun 1959, ianya bersamaan dengan genap 10.16 sentimeter. Singkatannya ialah "h" atau "hh".[2] Walaupun ukuran tak bulat lazimnya diungkapkan dalam bentuk perpuluhan, tetapi ukuran tangan sebenarnya tidak terbahagi kepada perpuluhan tetapi perempatan, maka pecahan selepas titik radiks adalah suku tangan, iaitu inci.[1] Oleh itu, 62 inci adalah bersamaan dengan 15 tangan setengah, atau 15.2 hh (lazimnya disebut "lima belas dua", ataupun sepenuhnya "lima belas tangan dua inci").[1]

Ukuran setangan (2) dan sepelempa (3) antara lainnya pada tangan manusia

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "The "Hand" Measurement for Horses". Ministry of Agriculture, Food and Rural Affairs, Ontario, Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-01. Dicapai pada June 2011. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ Brander, Michael (1971). The Complete Guide to Horsemanship. London: A & C Black. m/s. 444. ISBN 0-7136-1701-2. p.409