Layar tanja
Layar tanja ialah jenis layar yang biasa digunakan oleh orang Austronesia, khususnya di Indonesia, Malaysia, dan Filipina. Ia dipanggil sebagai tilted square sail, canted rectangular sail, rectangular balance lug, atau balance lug sail dalam bahasa Inggeris.[1][2][3]:102-103[4]:608 Dalam sumber sejarah, layar tanja kadang-kadang salah disebut sebagai layar lateen atau layar persegi.[5]
Asal-usul
suntingJuga disebut layar tanjaq, tanjak, tanja', tanjung, atau tanjong. Orang Mandar menyebutnya sombal tanjaq. Disebut demikian kerana ketika angin bertiup bahagian bawah layar (peloang) akan "mattanjaq" (lit. "menendang").[1][6] Pada rekod penjajah Inggeris, ia kadang-kadang ditulis sebagai "lyre tanjong", kesilapan dalam menyebut layar tanjong.[7][1]
Sejarah
suntingTerdapat beberapa teori yang berbeza mengenai asal usul layar tanja.
Layar itu mungkin terbitan daripada layar cakar ketam segi tiga Austronesia yang lebih tua. Ia dibangunkan daripada versi tiang tetap layar cakar ketam dan fungsinya sama, dengan satu-satunya perbezaan ialah spar atas dan bawah layar tanja tidak bercantum ke satu titik di pinggir utama.[8][9]
Menurut H. Warington Smyth, layar tanja Melayu ialah adaptasi dan pengembangan layar persegi primitif, dengan bom (galah) di bahagian kepala (atas) dan kaki (bawah). Orang Melayu menyondongkan layar itu ke depan, untuk membawa tack-nya tepat ke dek, mengubah layar itu menjadi yang paling kuat dari layar pengangkat pada angin.[10]
Karakteristik
suntingLayar tanja dapat dikenali dengan desainnya yang condong. Muka layar tidak simetri dan sebahagian besar daerahnya memanjang ke samping, bukan ke atas seperti layar lug.
Buku abad ke-3 berjudul "Perkara-Perkara Aneh di Selatan" (南州異物志) yang ditulis oleh Wan Chen (萬震) menjelaskan kapal-kapal besar yang berasal dari K'un-lun.[catatan 1] Kapal-kapal itu disebut K'un-lun po (atau K'un-lun bo, 崑崙舶, artinya "kapal orang Kunlun [yang berkulit gelap]"). Ia menjelaskan reka layarnya sebagai berikut:
Keempat layar tidak menghadap ke depan secara langsung, tetapi diatur serong, dan diatur sedemikian rupa sehingga semuanya dapat dipasang ke arah yang sama, untuk menerima angin dan menumpahkannya. Layar-layar yang berada di belakang layar yang menghadap arah angin menerima tekanan angin, melemparkannya dari satu ke yang lain, sehingga mereka semua mendapat keuntungan dari kekuatannya. Jika sedang badai, (para pelaut) mengurangkan atau membesarkan permukaan layar sesuai dengan keadaan. Sistem layar serong ini, yang membolehkan layar menerima angin dari satu sama lain, mengelakkan kebimbangan yang berlaku apabila ia mempunyai tiang tinggi. Dengan demikian kapal-kapal ini belayar tanpa mengelakkan angin kencang dan ombak besar, dengan itu mereka dapat mencapai kelajuan tinggi.
— Wan Chen, Nánzhōu Yìwùzhì (Hal-Hal Aneh dari Selatan)[11]:207[12]:262
Gambaran dari layar tanja dapat dilihat pada beberapa ukiran dari abad ke-9 di candi Borobudur. Bangsa Cina, Arab, dan Eropah semasa pelayaran awal bercakap tentang layar tanja sebagai layar khas dari "Pulau-Pulau di Bawah Angin".
Penciptaan layar jenis ini membuat berlayar di sekitar pantai Afrika Barat mungkin, kerana ia mempunyai kemampuan untuk berlayar terhadap angin.[13]:191-192
Kegunaan
suntingSelama dekad terakhir beberapa ekspedisi dengan kapal belayar tanja telah membuktikan kemampuan mereka — contohnya perjalanan dari replika kapal Borobudur sepanjang sejarah laluan dagangan Lautan Hindia dari Indonesia ke Madagaskar, Ghana, dan mungkin mencapai setakat Brazil.[14] Jenis kapal yang paling terkenal dengan layar tanja ialah perahu padewakang dari Sulawesi Selatan. Antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-20 mereka secara rutin belayar ke pantai utara Australia untuk mencari teripang. Dalam penerbitan Belanda abad lalu terdapat gambar padewakang dengan layar penuh yang berjudul "Sebuah kapal lanun Sulawesi di Teluk Parsi". Pada masa sekarang, layar ini hanya digunakan pada kapal nelayan kecil.[15]
Kebanyakan kapal dari Asia Tenggara dan Austronesia menggunakan layar tanja. Pelayaran jenis ini mungkin telah membawa pelayar Nusantara ke Afrika Barat pada milenium pertama masihi,[16]:41 dengan kebolehlaksanaannya dibuktikan dengan ekspedisi yang dijalankan oleh kapal replika menggunakan layar tersebut pada tahun 2003,[16]:31-32 dan ada kemungkinan mereka sampai ke dunia baru sekitar tahun 1420 M.[17][18] Kapal-kapal yang menggunakan layar tanja adalah:
Catatan
sunting- ^ Makna K'un-lun berbeza mengikut konteks dan tahun penggunaannya. Dalam kes ini dia merujuk kepada penduduk Asia Tenggara.
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Layar tanja |
Rujukan
sunting- ^ a b c Hawkins, Clifford W. (1982). Praus of Indonesia. Nautical Books. m/s. 47.
- ^ Liebner, Horst (November 1992). "Remarks on the terminology of boatbuilding and seamanship in some languages of Southern Sulawesi". Indonesia Circle. School of Oriental & African Studies. Newsletter. 21 (59–60): 18–44. doi:10.1080/03062849208729790.
- ^ Hourani, George Fadlo (1951). Arab Seafaring in the Indian Ocean in Ancient and Early Medieval Times. New Jersey: Princeton University Press.
- ^ Needham, Joseph (1971). Science and Civilisation in China: Volume 4, Physics and Physical Technology, Part III: Civil Engineering and Nautics. Cambridge: Cambridge University Press.
- ^ Reid, Anthony (2000). Charting the Course of Early Modern Southeast Asia. Silkworm Books. ISBN 9747551063.
- ^ Haryadi, Rohmat (13 November 2017). "Padewakang the Spice Ship of Nusantara". Gatra. Dicapai pada 20 June 2018.
- ^ Folkard, H.C. (1863). The Sailing Boat: A Treatise on English and Foreign Boats. Longman, Green, Longman, and Roberts. m/s. 216, 221, 222.
- ^ Campbell, I.C. (1995). "The Lateen Sail in World History". Journal of World History. 6 (1): 1–23. JSTOR 20078617.
- ^ Horridge, Adrian (April 1986). "The Evolution of Pacific Canoe Rigs". The Journal of Pacific History. 21 (2): 83–99. doi:10.1080/00223348608572530. JSTOR 25168892.
- ^ Smyth, H. Warington (May 16, 1902). "Boats and Boat Building in the Malay Peninsula". Journal of the Society of Arts. 50: 570–588 – melalui JSTOR.
- ^ Temple, Robert (2007). The Genius of China: 3000 Years of Science, Discovery Invention. London: Andre Deutsch.
- ^ Manguin, Pierre-Yves (1993). "Trading Ships of the South China Sea. Shipbuilding Techniques and Their Role in the History of the Development of Asian Trade Networks". Journal of the Economic and Social History of the Orient: 253–280.
- ^ Johnstone, Paul (1980). The Seacraft of Prehistory. Cambridge: Harvard University Press.
- ^ Cartas de Afonso de Albuquerque, Volume 1, p. 64, April 1, 1512
- ^ 2004 Horst H. Liebner, Malayologist, Expert Staff of the Agency for Marine and Fisheries Research, Department of Marine Affairs and Fisheries of the Republic of Indonesia. Pautan luar: http://www.forumms.com/traditional_boats.htm Diarkibkan 2019-01-01 di Wayback Machine
- ^ a b Dick-Read, Robert (Julai 2006). "Indonesia and Africa: questioning the origins of some of Africa's most famous icons". The Journal for Transdisciplinary Research in Southern Africa. 2 (1): 23–45. doi:10.4102/td.v2i1.307.
- ^ Tulisan dari peta Fra Mauro, 10-A13, bahasa Itali asli: "Circa hi ani del Signor 1420 una naue ouer çoncho de india discorse per una trauersa per el mar de india a la uia de le isole de hi homeni e de le done de fuora dal cauo de diab e tra le isole uerde e le oscuritade a la uia de ponente e de garbin per 40 çornade, non trouando mai altro che aiere e aqua, e per suo arbitrio iscorse 2000 mia e declinata la fortuna i fece suo retorno in çorni 70 fina al sopradito cauo de diab. E acostandose la naue a le riue per suo bisogno, i marinari uedeno uno ouo de uno oselo nominato chrocho, el qual ouo era de la grandeça de una bota d'anfora." [1]
- ^ Carta IX, 1 April 1512. Di Pato, Raymundo Antonio de Bulhão (1884). Cartas de Affonso de Albuquerque, Seguidas de Documentos que as Elucidam tomo I (pp. 29–65). Lisboa: Typographia da Academia Real das Sciencas. m/s. 64.