Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Kempen Borneo (1945)

Kempen Borneo (1945)
Sebahagian daripada Perang Dunia Kedua

Peta menunjukkan perkembangan semasa Kempen Borneo
Tarikh1 Mei – 1 Ogos 1945
Lokasi
Keputusan Kemenangan Kuasa Bersekutu; Jepun ditolak lebih jauh dari Australia
Pihak yang terlibat
Australia Australia
 Amerika Syarikat
 Belanda
 United Kingdom
 Empayar Jepun
Komandan dan pemimpin

Amerika Syarikat Douglas MacArthur[1]
Australia Leslie Morshead

Amerika Syarikat Thomas Kinkaid
Jepun Michiaki Kamada
Jepun Baba Masao
Kekuatan
35,000 15,000
Kerugian dan korban
Lebih kurang 8,000 10,000

Kempen Borneo merupakan kempen terakhir tentera Kuasa Bersekutu dalam kawasan barat daya sewaktu Perang Dunia Kedua. Dalam satu siri serangan amfibi antara 1 Mei dan 21 Julai 1945, Kor Pertama (Australia) di bawah perintah Jeneral Leslie Morshead, menyerang tentera Empayar Jepun yang menakluk pulau itu. Angkatan laut dan udara Bersekutu yang berpusat pada Armada Ke-7 AS di bawah Laksamana Thomas Kinkaid, Tentera Udara Taktikal Pertama (Australia) dan Tentera Udara Ke-13 (AS) juga memainkan peranan penting dalam kempen tersebut. Mereka ditentang Tentera Laut dan Tentera Darat Jepun di selatan dan timur Borneo, di bawah Laksamana Madya Michiaki Kamada, dan di utara dan barat oleh Tentera Darat Ke-37 Jepun yang dipimpin Leftenan Jeneral Baba Masao.

Rencana serangan Bersekutu dikenali sebagai Operation Oboe (Operasi Obo). Serangan terhadap Borneo merupakan tahap kedua Operation Montclair, yang bertujuan memusnahkan angkatan Jepun di dalam, dan menakluk semula, Hindia Timur Belanda, selatan Filipina, Sarawak dan Borneo Utara. Khususnya, Borneo dianggap strategik kerana minyaknya.

Kempen Borneo dikritik di Australia pada waktu itu dan juga waktu berikutnya, kerana dilihat sebagai sia-sia dan "membuang" nyawa anggota tentera. Para sejarawan moden seperti Max Hastings mengatakan bahawa menyerang tentera Jepun di Borneo yang sudahpun terputus hubungan dengan Jepun, merupakan pembaziran sumber.

"Apa jua pertimbangan strategi rasional akan membiarkan mereka bersendirian, dengan dipantau oleh angkatan bersekutu sehingga kejatuhan negara mereka memaksa mereka menyerah kalah."[2]

Beberapa hujah menyatakan bahawa kempen ini dapat mencapai beberapa objektif, seperti mengasingkan angkatan perang Jepun yang menakluk bahagian utama Hindia Timur Belanda dan tidak sedikit bilangannya, menawan bekalan minyak dan membebaskan tawanan perang Bersekutu yang tinggal dalam keadaan yang semakin teruk (lihat Kawad Maut Sandakan dan Kem Batu Lintang.[perlu rujukan]

Pertempuran

sunting

Lihat juga: Susunan perang Kempen Borneo (1945)

  1. ^ James 1975, m/s. 749.
  2. ^ Hastings, M., (2007) Nemesis: The Battle for Japan, 1944-45 (Harper Press; London) p368

Rujukan

sunting
  • Dennis , Peter; dll. (1995). The Oxford Companion to Australian Military History. Melbourne: Oxford University Presd. Explicit use of et al. in: |last= (bantuan)

Pautan luar

sunting