Joe Flizzow
Johan Ishak (lahir 16 Oktober 1979) atau lebih dikenali sebagai Joe Flizzow atau The President merupakan penyanyi, penulis lagu, penerbit muzik dan usahawan Malaysia.[1] Beliau merupakan bekas ahli Too Phat yang kini bergerak solo. Sebagai artis solo, Joe telah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik. Beliau juga merupakan anak kepada bekas penyampai berita TV3, Ishak Nengah.
Joe Flizzow | |
---|---|
Kelahiran | Johan bin Ishak[1] 16 Oktober 1979 |
Pekerjaan | Penyanyi, penerbit rakaman, penulis lagu, usahawan |
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan | Marini Ramlan (k. 2020) |
Kerjaya solo
suntingPresident (2008)
suntingSetelah pembabitan dengan Too Phat, beliau menceburi bidang muzik sebagai artis solo pada tahun 2008.[2] Album sulung solo beliau, President mula dipasarkan pada 31 Disember 2008 oleh Warner Music Malaysia. Album tersebut menampilkan kolaborasi dengan artis-artis seperti Hady Mirza dan Terry Tye Lee dari Singapura, Thaitanium (Thailand), Joeniar Arief (Indonesia), MC Jin (Amerika Syarikat) dan Phlowtron dari Malaysia.[2]
Havoc (2013)
suntingPada 7 November 2013, album Havoc telah dilancarkan.[3] Album Havoc merupakan kesinambungan kepada President dan menampilkan sebanyak 14 buah lagu Bahasa Melayu dengan kerjasama Amy Search, Rossa, Altimet, SonaOne, Syaheed, Ajai, DJ Biggie dan Yasin Sulaiman. Single pertama dari album tersebut, Havoc berjaya mengungguli carta iTunes Malaysia.[4] Pada awal tahun 2015, lagu Apa Khabar yang dipetik dari album Havoc telah dinobatkan sebagai lagu terbaik Anugerah Juara Lagu ke-29.[5] Selain itu, lagu Apa Khabar turut memenangi anugerah Lagu Hip Hop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21, manakala lagu Havoc tercalon dalam kategori yang sama.[6]
Usahawan
suntingJoe merupakan pengasas dan pemilik bersama Kartel Records.[7] Antara artis-artis yang bernaung di bawah Kartel Records adalah seperti Altimet, Micbandits, Muzique, SonaOne, Richard Jansen, Ila Damiaa, DJ Cza and Sakti. Selain muzik, Joe turut menceburi bidang bisnes dengan perusahaan seperti Joe’s Barbershop dan Joe’s Kitchen yang terletak di Subang Jaya.[8]
Kehidupan Peribadi
suntingPada tanggal 26 Jun 2020, Joe akhirnya menamatkan zaman bujang dengan mengikat hubungan dengan kekasihnya yang juga merupakan bekas pengurus Primeworks Distribution, Marini Ramlan[9] setelah saling berkenalan 15 tahun yang lalu di mana mereka mula menjalinkan hubungan pada tahun 2016.[10]
Aktivisme
suntingPada 16 April 2018, Joe Flizzow bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Nora Danish, Scha Al-Yahya dan Kavita Sidhu turut serta untuk kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[11][12][13]
Diskografi
suntingFilemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | Kisah Paling Gangster | — | Komposer muzik tema |
2016 | Pekak | Penolak | |
2018 | Pulang | — | Dikreditkan penghargaan, sebagai Johan Ishak |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Anugerah Juara Lagu ke-29 | Juara Lagu "Apa Khabar" | TV3 | Duet bersama SonaOne |
2023 | Anugerah Juara Lagu ke-37 | Naib Juara Lagu "Satu Malam Di Temasek" |
Rujukan
sunting- ^ a b "What I've Learned: Joe Flizzow". Esquire Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-02. Dicapai pada November 9, 2015.
- ^ a b c "Joe Flizzow". budiey.com. Dicapai pada November 9, 2015.
- ^ "Pelancaran Album HAVOC Joe Flizzow Memang Havoc". budiey.com. Dicapai pada November 9, 2015.
- ^ "'Havoc' Joe Flizzow No.1 di iTunes Malaysia". Malaysian Digest. Dicapai pada November 9, 2015.
- ^ "Joe Flizzow Dapat Banyak Tawaran Selepas Menang AJL 29". mstar.com.my. Dicapai pada November 9, 2015.
- ^ "SonaOne Kelu 'No More' Cipta Sejarah AIM 21". mstar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-16. Dicapai pada November 9, 2015.
- ^ "Kartel Records Sdn Bhd". Linked In. Dicapai pada November 9, 2015.
- ^ "8 Things That Make Joe Flizzow... The President". redbull.com. Dicapai pada November 9, 2015.
- ^ Asia, Tatler. "Marini Ramlan". Tatler Asia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-26.
- ^ Asia, Tatler. "Joe Flizzow". Tatler Asia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-26.
- ^ Hemananthani Sivanandam (17 April 2018). "Neelofa, Hans Isaac and local celebs fight fake news and cyberbullying". The Star. Dicapai pada 15 Mei 2018.
- ^ "Celebrities campaign against cyberbullying". Free Malaysia Today. 17 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-02. Dicapai pada 15 Mei 2018.
They will also fight dissemination of fake news on social media as they are often the target of malicious attacks.
- ^ Beatrice Nita Jay, Siti Nnur Maserah Amran (17 April 2018). "Celebrities lend their support in 'war' against cyber bullying, fake news [NSTTV]". New Straits Times. Dicapai pada 15 Mei 2018.