Ijazah
Ijazah (Jawi: إجازة ) merujuk kepada mana-mana dalam selingkungan besar tahap darjat yang dikurniakan oleh institusi pengajian tinggi seperti universiti kepada orang yang dididik dalam badan sebegini pelajar atau siswa secara amnya sebagai ganjaran bagi kejayaan menyiapkan satu program pengajian.
Sejarah
suntingPeristilahan
suntingPerkataan ‘Ijazah’ berasal daripada kata dasar bahasa Arab ajāza أجَازَ iaitu "membenarkan" atau "mengizinkan" yang berkaitan dengan kata kerja jāza أجَازَ iaitu "melalui; melintas; menyeberangi".[1] Ibn Manzur mengungkapkan dalam kitabnya Lisan al-‘Arab secara etimologinya bermaksud "bersandar" di atas sesuatu sepertimana bersandar di atas banral. Fairuzabadi dalam kitabnya Al-Qāmus al-Muħīṭ menyatakan ia bermakna "memberi kebenaran, kuasa atau hak".[2]
Perkembangan
suntingIstilah ijazah dalam ilmu pendidikan Islam secara umumnya bermaksud lesen (kebenaran) untuk mengajar, dan secara khususnya ia merujuk kepada sijil yang dikeluarkan oleh seseorang profesor / pensyarah di dalam sesebuah institusi pengajian tinggi kepada seseorang pelajar yang mengikuti sesuatu kursus pengajian (dan akan dianugerahkan ijazah) berdasarkan penilaian profesor / pensyarah (yang mengajar kursus tersebut), dan juga kepada sesiapa (pelajar) yang difikirkan sudah cukup kelayakannya menyampaikan subjek (ilmu) yang sama kepada anak muridnya sendiri .
Maka, ijazah dikeluarkan oleh seseorang tenaga pengajar (al – Mujiz seperti profesor, pensyarah, syeikh, guru dan sebagainya) yang menganugerahkan lesen (kebenaran) untuk memindahkan segala ilmu yang telah disampaikan. Umumnya, ijazah mengandungi senarai tajuk buku / kitab atau kompilasinya serta subjek yang telah dikuasai untuk dipindahkan dan dengan itu,lesen (kebenaran) akan diberikan. Pemindahan dari tenaga pengajar ini boleh jadi dalam bentuk umum ataupun khusus.
Seperti profesion-profesion lain, kegiatan pengajaran di universiti-universiti hanya dijalankan oleh mereka yang benar-benar berkelayakan. Begitu juga dengan seorang tukang kayu akan melalui gred-gred perantis dan pelatih untuk memperolehi status tukang kayu yang mahir apabila diberi kelayakan penuh oleh persatuannya, seorang guru akan menjadi pakar apabila dia diberi lesen oleh profesionnya, persatuan pengajaran. Persatuan-persatuan pengajaran ini di dalam banyak bandar mengambil identiti "universiti" apabila ia menganugerahkan piagam, dan para pelajar yang diterima masuk ke universiti tersebut dan melepasi gred-grednya dengan cara seakan-akan sama dengan persatuan perdagangan secara langsung.
Meskipun institusi-institusi pengajian tinggi telah wujud sejak zaman kuno, seperti Taxila dan Nalanda di India kuno, institusi-institusi pengajian tinggi yang pertama mengeluarkan ijazah (untuk semua peringkat termasuklah ijazah-ijazah sarjana Muda, sarjana dan kedoktoran) adalah madrasah-madrasah yang diasaskan pada kurun ke-9.[3] Oleh itu Universiti Al Karaouine di Fez, Maghribi telah diiktiraf oleh Guinness Book of World Records sebagai universiti tertua di dunia yang mengadakan penganugerahan ijazah sejak pengasasannya pada tahun 859 oleh anak perempuan seorang saudagar yang kaya bernama Fatimah al-Fihriyyah. [4] Juga pada kurun ke-9, sekolah-sekolah perubatan Bimaristan telah terbentuk di dunia Islam Zaman Pertengahan, yang mengeluarkan ijazah-ijazah dan diploma-diploma perubatan kepada pelajar-pelajar perubatan Islam yang berkelayakan menjadi Doktor Perubatan amali.[5][6]
Asal-usul ijazah kedoktoran khususnya bermula dengan ijazat attadris wa 'l-ifttd ("kelulusan untuk mengajar dan memberi fatwa") dalam sistem pendidikan perundangan Islam Zaman Pertengahan yang setara dengan kelayakan Doktor Undang-undang dan dimajukan semasa kurun ke-9 setelah pembentukan mazhab-mazhab fekah. Untuk memperolehi ijazah kedoktoran, seseorang pelajar "perlu belajar dalam persatuan sekolah undang-undang, lazimnya selama empat tahun bagi kursus Ijazah" dan sekurang-kurangnya 10 tahun bagi kursus Ijazah Sarjana Muda. "Ijazah kedoktoran diperolehi selepas melalui ujian lisan untuk menentukan ketulenan tesis calon", dan untuk menguji "keupayaan pelajar dalam mempertahankan tesis mereka terhadap semua bantahan, dalam perdebatan yang diadakan untuk tujuan tersebut" yang merupakan latihan-latihan ilmiah yang diamalkan sepanjang "karier pelajar tersebut sebagai mahasiswa undang-undang." Setelah para pelajar menamatkan pendidikan ijazah sarjana muda mereka, mereka dianugerahkan dengan ijazah kedoktoran yang memberi mereka status faqih (yang bermakna "pakar undang-undang"), mufti (yang bermakna "ahli fatwa") dan mudarris (yang bermakna "guru") yang masing-masing kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sebagai magister, professor dan doctor.[3]
Contoh-contoh ijazah
suntingBerikut adalah contoh-contoh ijazah yang disusun pada kedudukan menaik taraf akademik.
- Ijazah asas (juga dikenali sebagai:Sijil asas) (foundation degree)
- Ijazah bersekutu (associate degree)
- Ijazah sarjana muda (bachelor's degree): Sarjana Muda Kesenian (Bachelor of Arts, AB atau BA), Sarjana Muda Sains (Bachelor of Science, BSc atau SB), Sarjana Muda Perniagaan (Bachelor of Business, BB), Sarjana Muda Perundangan (Bachelor of laws, LLB), Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (Bachelor of Medicine and Surgery, MB ChB, MB BS, BM BS atau MB Chr)
- Ijazah sarjana (master's degree): Sarjana Kesenian (Master of Arts, MA), Sarjana Sains (Master of Science, MS atau MSc)
- Ijazah perlesenan (licentiate degree):
- Ijazah pakar (specialist degree): Pakar Pendidikan (Educational Specialist, Ed.S.), Pakar Psikoligi Sekolah (Specialist in School Psychology, SSP)
- Ijazah kejuruteraan (engineer's degree):
- Ijazah kedoktoran (doctorate): Doktor Falsafah (Doctor of Philosophy, Ph.D.), Doktor Perubatan (Doctor of Medicine, M.D.)
- Ijazah profesor (professorial degree): Sanctae Theologiae Professor (S.T.P.)
lain-lain
sunting- Ijazah kehormat (Honorary degree)
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 84. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Çaksu, Ali (4–7 Disember 2003), http://books.google.com.my/books?id=smhpAAAAMAAJ&q=Fayruzabadi+ijazah&dq=Fayruzabadi+ijazah&hl=en&sa=X&ei=5ESWUr9_pu2IB9DKgMAI&ved=0CC8Q6AEwAA
|contribution-url=
missing title (bantuan), Balkanlarda İslam Medeniyeti II. Milletlerarası Sempozyumu Tebliğleri (Prosiding Simposium Antarabangsa Tamadun Islam Balkan Kedua) (dalam bahasa Turki), Tirana, Albania: Research Center for Islamic History, Art and Culture (IRCICA)CS1 maint: date format (link) - ^ a b Makdisi, George (April–June 1989), "Scholasticism and Humanism in Classical Islam and the Christian West", Journal of the American Oriental Society, 109 (2): 175–182 [175–77], doi:10.2307/604423CS1 maint: date format (link)
- ^ The Guinness Book Of Records, 1998, p. 242, ISBN 0-5535-7895-2
- ^ John Bagot Glubb:
(cf. Quotations on Islamic Civilization)By Mamun's time medical schools were extremely active in Baghdad. The first free public hospital was opened in Baghdad during the Caliphate of Haroon-ar-Rashid. As the system developed, physicians and surgeons were appointed who gave lectures to medical students and issued diplomas to those who were considered qualified to practice. The first hospital in Egypt was opened in 872 AD and thereafter public hospitals sprang up all over the empire from Spain and the Maghrib to Persia.
- ^ Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir pada 975 M menawarkan pelbagai jurusan yang dilihati setaraf pendekatan pengajaran dalam tahap "ijazah" ini).