Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Hasni Mohammad

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan daripada Hasni Mohamad)

Dato' Ir. Haji Hasni bin Haji Mohammad (Jawi: حسني بن محمد; lahir 27 Mac 1959) merupakan Ahli Politik Malaysia berbangsa Melayu dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Pontian sejak 2001. Pada Pilihan Raya Umum ke-11, beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Pontian dengan majoriti kemenangan sebanyak 20,400 undi.

Hasni Mohammad
حسني محمد
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Simpang Renggam, Johor
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Digantikan olehMaszlee Malik
Majoriti1,821 (2022)
Pengerusi
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Menyandang jawatan
15 Ogos 2022
MenteriFadillah Yusof
Alexander Nanta Linggi
Didahului olehAbdul Rashid Asari
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Benut
Menyandang jawatan
21 April 2022
Dalam jawatan
21 April 2008 – 22 Januari 2022
Didahului olehSalehan Sungot
Menteri Besar Johor
Dalam jawatan
28 Februari 2020 – 22 Januari 2022
SultanSultan Ibrahim
Tunku MahkotaTunku Ismail Idris
Didahului olehSahruddin Jamal
Digantikan olehOnn Hafiz Ghazi
Ketua Pembangkang
Dewan Negeri Johor
Dalam jawatan
28 Jun 2018 – 28 Februari 2020
Didahului olehGan Peck Cheng
Digantikan olehAminolhuda Hassan
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Pontian, Johor
Dalam jawatan
22 Mac 2004 – 8 Mac 2008
Didahului olehOng Ka Ting
Digantikan olehAhmad Maslan
Maklumat peribadi
Lahir (1959-03-27) 27 Mac 1959 (umur 65)
Pontian, Johor Johor, Tanah Melayu Persekutuan Tanah Melayu
(kini Malaysia Malaysia)
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Fazlina Omar
Anak4
Tempat belajarUniversity of Missouri–Rolla (BEng)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanJurutera

Pada PRU ke-12 pula, beliau telah dipilih sebagai ADUN Benut.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor ini merupakan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor sejak tahun 2018. Pada 28 Februari 2020, beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 menggantikan Dato' Dr. Sahruddin Jamal.[1]

Menteri Besar Johor (2020-2022)

sunting

Pada 28 Februari 2020, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baharu di hadapan Sultan Ibrahim, menggantikan penyandang Dato' Dr. Sahruddin Jamal selepas kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) semasa Krisis politik Malaysia 2020.

Pada pilihan raya negeri Johor pada 12 Mac 2022, beliau mengetuai gabungannya mencapai kemenangan besar dan besar dalam pilihan raya negeri Johor 2022, memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Negeri Johor, memberikannya majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri seterusnya dengan mandat yang lebih kuat selepas beliau kehilangan majoriti dengan hanya 28 kerusi dalam dewan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Kempas, Osman Sapian dari Perikatan Nasional dan mengukuhkan cengkaman kuasa dan kedudukannya sebagai Menteri Besar Johor. Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi turut menambah bahawa beliau akan menyerahkan nama Hasni kepada Sultan Johor untuk pelantikan semula baginda ke jawatan itu. Bagaimanapun, pada 14 Mac 2022, Hasni tiba-tiba mengumumkan menarik diri daripada memegang jawatan Menteri Besar dan beliau memberi laluan dan menyokong calon yang lebih muda untuk menerajui Kerajaan Negeri Johor untuk pembangunan jangka panjang untuk Johor dan keesokan harinya pada 15 Mac 2022 , bekas EXCO dan Ahli Dewan Negeri Machap, Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-19 yang baharu untuk menganti beliau selepas 2 tahun memegang jawatan.

Keputusan pilihan raya

sunting
Parlimen Malaysia[2][3]
Tahun Parlimen Penyandang Undian Peratus Lawan Undian Peratus Jumlah Mengundi Majoriti Peratus Mengundi
2004 P164 Pontian, Johor Hasni Mohammad (UMNO) 26,667 82.88% Hassan Karim (PKR) 5,509 17.12% 33,460 21,158 75.40%
2022 P151 Simpang Renggam, Johor Hasni Mohammad (UMNO) 18,312 Maszlee Malik (PKR) 16,491
Mohd Fazrul Kamat (BERSATU) 9,077
Kamal Kusmin (PEJUANG) 251
Dewan Undangan Negeri Johor[2][3][4][5][6]
Tahun Dewan Negeri Penyandang Undian Peratus Lawan Undian Peratus Jumlah Mengundi Majoriti Peratus Mengundi
2008 N53 Benut, P164 Pontian Hasni Mohammad (UMNO) 10,098 70.24% Sarobo Ponoh (PAS) 3,794 26.39% 14,376 6,304 77.10%
2013 Hasni Mohammad (UMNO) 12,358 66.48% Sarobo Ponoh (PAS) 5,786 31.12% 18,590 6,572 87.00%
2018 Hasni Mohammad (UMNO) 9,480 45.40% Zulkifly Tasrep (PPBM) 5,033 24.10% 17,750 4,447 85.00%
Mohd Firdaus Jaffar (PAS) 2,590 12.40%

Anugerah

sunting

Malaysia

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "BN's Hasni Mohammad sworn in as Johor's Chief Minister". CNA (dalam bahasa Inggeris). 28 Februari 2020. Dicapai pada 28 Februari 2020.
  2. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2021. Peratus tidak termasuk undi tidak rasmi.
  3. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 24 Mac 2021. Keputusan hanya boleh didapati dari PRU 2004.
  4. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2021.Keputusan hanya boleh didapati dari PRU 2013.
  5. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2021. Peratus adalah berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  6. ^ "The Star Online GE14". The Star Online. Dicapai pada 24 Mac 2021. Peratus adalah berdasarkan jumlah yang keluar mengundi.
  7. ^ "List of award recipients in conjunction with the Yang di-Pertuan Agong's birthday". The Star (dalam bahasa Inggeris). 7 Jun 2003. Dicapai pada 23 Mac 2021.
  8. ^ "King's birthday honours list". The Star (dalam bahasa Inggeris). 3 Jun 2006. Dicapai pada 23 Mac 2021.
  9. ^ "Hasni dahului 263 penerima darjah kebesaran Hari Wilayah Persekutuan 2022". Berita Harian. 8 Februari 2022. Dicapai pada 8 Februari 2022.
  10. ^ "Sultan of Johor to honour 520 with awards". New Straits Times. 8 April 1999. m/s. 15.
  11. ^ "TMJ dahului 83 penerima pingat darjah kebesaran Johor". Harian Metro. 31 Mac 2015. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  12. ^ "Kekanda Permaisuri Johor, MB terima darjah kebesaran". Berita Harian. 23 Mac 2021. Dicapai pada 23 Mac 2021.
  13. ^ "Johor Ruler confers titles in conjunction with 63rd birthday". The Star (dalam bahasa Inggeris). 23 Mac 2021. Dicapai pada 23 Mac 2021.
  14. ^ "The Sabah Yang Di Pertua Negeri's Birthday Honours List". The Star (dalam bahasa Inggeris). 22 September 2006. Dicapai pada 23 Mac 2021.

Pautan luar

sunting