Franchi SPAS-12
Franchi SPAS-12 adalah senapang patah taktikal yang direkacipta oleh syarikat persenjataan Itali, Franchi S.p.A..
SPAS-12 | |
---|---|
Jenis | Senapang Patah Taktikal |
Tempat asal | Itali |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1979 - Kini |
Digunakan oleh | Polis, tentera dan penguatkuasa awam di Amerika Syarikat, Itali, Indonesia, Malaysia, Taiwan |
Sejarah pengeluaran | |
Direka | 1970an |
Pengeluar | Franchi S.p.A. |
Spesifikasi | |
Berat | 4.4 kg (9.7 lb) |
Panjang | 1041 mm (41 in) |
Panjang laras | 546 mm (22 in) |
Kartrij | 12 Bore |
Aksi | Sistem Pam / Sistem Gas |
Kadar tembakan | 4 butir/s bagi separa automatik |
Jarak tembakan efektif | 40 m |
Sistem suapan | 8+1 butir dalam tiub peluru. |
Pengenalan
suntingSPAS-12 telah direka pada tahun 1970an sebagai senjata separa automatik bagi kegunaan pasukan tentera atau penguatkuasa undang-undang seperti polis, kastam dan pengawal keselamatan, dan dipasarkan pada bulan Oktober 1979. SPAS-12 boleh digunakan dengan dua versi. Versi pertama dengan menggunakan versi automatik (lebih tepat lagi, separa-automatik) – penguncian pada pengadang tangan dan sistem gas berfungsi pada pengisian seterusnya tanpa penambahan kuasa oleh pengguna. Dalam mod automatik, senjata ini mampu menggunakan 4 butir peluru sesaat. Versi kedua adalah versi pam – pengadang tangan bertindak sebagai cekahan dengan melocok pengadang tangan ke belakang dan ke depan untuk mengeluarkan kelongsong peluru yang telah digunakan dan memasukkan peluru yang baru ke dalam kurung. Senjata ini oleh digunakan dengan peluru berkuasa rendah seperti peluru pemedih mata atau peluru Bean Bag. Suis khas bagi mod disesuaikan bagi menekan butang dibahagian bawah pengadang tangan, dan slide pada pengadang tangan menarik sedikit di belakang dan ke hadapan hingga di tekan dalam posisi.
Versi
suntingSPAS-12 didatangkan dengan pengadang tangan pilihan, yang boleh membawa cangkuk sederhana dibahagian pangkal senjata untuk digunakan sebagai pemegang mahupun sebagai pendakap senjata apabila menembak dengan menggunakan sebelah tangan. Pengadang tangan tetap turut disertakan, sebagai tempat pemasangan lampu taktikal dan pejera laser pada bahagian hadapan pengadang. Sebarang versi SPAS-12 didatangkan dengan kapasiti 5-butir peluru selain versi standard yang menggunakan kapasiti 8-butir peluru.
Status sah AS
suntingPada tahun 1983, ia diperkenalkan di Amerika Syarikat, dimana ia dipasarkan sebagai senjata sukan untuk kegunaan awam. Oleh itu, gelaran SPAS dikenali sebagai "Sporting Purpose Automatic Shotgun". Selain itu, terdapat gelaran popular pada senjata ini, seperti "Special Purpose Automatic Shotgun" atau "Special Purpose Assault Shotgun". Pada tahun kebelakangan ini, undang-undang persenjataan Amerika mengharamkan sepenuhnya sebarang pengimportan senjata SPAS-12, semenjak itu ia sesuai menjadi senjata taktikal. Penjualan dan pemasaran senjata ini didalam negara berbanding tanpa halangan, tetapi sebilangan SPAS-12 telah dipasarkan ke luar negara. Secara tambahan, pada tahun 2000, Franchi menamatkan pemasaran ke atas SPAS-12 sepenuhnya, dan selepas itu telah memperkenalkan senjata versi terbaru iaitu Franchi SPAS-15.
Sila Lihat
suntingPautan luar
sunting- Chris's Franchi SPAS-12 Shotgun Pages
- Modern Weapons - SPAS-12 Diarkibkan 2008-11-04 di Wayback Machine
Senarai senjata api | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain. |