Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Dominion (Latin: dominium terbitan kata dominus "kekuasaan; hak milik" lanjut dari domus "rumah"[1]) atau jajahan takluk ialah politi-politi separa merdeka di bawah Mahkota British yang membentuk Empayar British, bermula dengan Gabungan Kanada pada 1867.[2][3] Politi tersebut termasuklah Kanada, Australia, New Zealand, Newfoundland, Afrika Selatan, Negara Bebas Ireland dan kemudiannya dari lewat 1940-an iaitu India, Pakistan dan Ceylon (kini Sri Lanka). Pengisytiharan Balfour 1926 mengiktiraf Dominion sebagai "komuniti-komuniti autonomi dalam Empayar British" dan Statut Westminster 1931 mengesahkan kebebasan perundangan penuh mereka.

Penggunaan awal istilah "dominion" merujuk kepada wilayah tertentu pada abad ke-16 dan telah digunakan untuk menerangkan Wales dari tahun 1535 hingga 1801 dan Dominion New England di antara 1686 hingga 1689.

Rujukan

sunting
  1. ^ "dŏmĭnĭum". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 264.
  2. ^ "Merriam Webster's Dictionary". Springfield, MA: Merriam-Webster, Inc. 2006.
  3. ^ Hillmer, Norman (2001). "Commonwealth". Toronto: Canadian Encyclopedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2007. ...the Dominions (a term applied to Canada in 1867 and used from 1907 to 1948 to describe the empire's other self-governing members) Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Bibliografi

sunting