Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Udang lipan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Udang lipan
Julat zaman: Carboniferous–kini
Odontodactylus scyllarus (udang lipan merah)
Lysiosquillina maculata (udang lipan belang)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Arthropoda
Kelas: Malacostraca
Subkelas: Hoplocarida
Order: Stomatopoda
Latreille, 1817
Subbahagian[1]

Udang lipan, udang mentadak atau udang ronggeng atau sentadu (Inggeris: mantis shrimp) ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat tersebut. Ia mampu mencecah 30 sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawaii.[2]

Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segmen pertama toraksnya. Udang lipan terdapat dalam pelbagai warna, daripada perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan subtropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung di dalam sarang dan lubang.[3]

  1. ^ Joel W. Martin & George E. Davis (2001). An Updated Classification of the Recent Crustacea (PDF). Natural History Museum of Los Angeles County. m/s. 132. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-05-12. Dicapai pada 2009-12-14.
  2. ^ James Gonser (Februari 14, 2003). "Large shrimp thriving in Ala Wai Canal muck". Honolulu Advertiser.
  3. ^ Ross Piper (2007). Extraordinary Animals: An Encyclopedia of Curious and Unusual Animals. Greenwood Press. ISBN 0313339228.