Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Gadung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ubi gadung)

Gadung
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Dioscoreales
Keluarga: Dioscoreaceae
Genus: Dioscorea
Spesies:
D. hispida
Nama binomial
Dioscorea hispida
Dennst.[1]
Sinonim[1]
  • Dioscorea daemona Roxb.
  • Dioscorea hirsuta Blume
  • Dioscorea lunata B.Heyne ex Roth
  • Dioscorea mollissima Blume
  • Dioscorea virosa Wall. ex Klotzsch & Garcke
  • Helmia daemona (Roxb.) Kunth
  • Helmia hirsuta (Blume) Kunth

Gadung atau ubi gadung, gadung mabuk, gadung lilin, ubi arak, ubi akas, dan taring pelanduk,[2][3][4] dengan nama saintifik Dioscorea hispida ialah spesies ubi dalam genus Dioscorea yang tempatan dari tropika dan subtropika Asia ke utara Australia.[5] Ubi ini boleh dimakan selepas diproseskan dengan betul. Ubi gadung yang telah diproses enak dimakan bersama kelapa parut ataupun ikan jeruk.[6]

Gadung berkait dengan beberapa nama dalam bahasa serumpun seperti gadu (Bima), gadung (Bali, Jawa, Betawi dan Sunda), dan ghâddhung (Madura).[7]

Nama-nama setempat Nusantara lain yang diketahui ialah:[8][7]

Gadung adakalanya diberi nama berbeza mengikut warna dan saiz umbi: gadung berumbi besar dan putih diberi nama gadung punel atau gadung ketan (bahasa Jawa), yang kecil berlekuk-lekuk disebut gadung suntil manakala yang berumbi kuning diberi nama antara lain; gadung kuning, gadung kunyit atau gadung padi.[9]

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Ubi gadung ialah tumbuhan beracun dan mampu hidup dalam pelbagai keadaan cuaca.[10] Ia boleh hidup bertahun-tahun lamanya dan amat sukar untuk mati. Ia dikategorikan sebagai tumbuhan liar yang hidup menjalar dan memanjat,[10] serta boleh memanjang sehingga 20 m dengan batangnya yang berduri.[11]

Tumbuhan gadung mempunyai sulur yang merambat dan memanjat dengan panjang 5–20 m. Arah rambatannya selalu berputar ke kiri (melawan arah jam, jika dilihat dari atas). Ciri khas ini membezakannya dari ubi torak (D. esculenta) yang memiliki penampilan mirip namun batangnya berputar ke kanan. Sulur gadung merambat pada tumbuhan berbatang keras.[12]

Batangnya kurus ramping dengan ketebalan 0.5–1 sentimeter, ditumbuhi duri atau tidak, dan berwarna hijau kekelabuan. Daun-daunnya terletak berselang, dengan tiga anak daun menjari, berbentuk bundar telur atau bundar telur songsang, serta tipis bak kertas. Bunga jantan terkumpul dalam tandan di ketiak daun manakala bunga betina menjambak membentuk bulir. Mahkota bunganya berwarna kuning, sulur bunganya berjumlah enam, dan turut berwarna kuning.[7] Umbinya terbentuk dalam tanah, berjumlah banyak dan tak beraturan bentuknya, menggerombol dalam kumpulan hingga selebar 25 cm.[9]

Buahnya tampak berisi berbentuk elips dengan diameter ± 1 cm dan berwarna perang.[7]

Krabèe janèng, masakan Aceh daripada Dioscorea hispida.

Ramai orang menjadikan umbinya makanan. Umbi ini beracun sewaktu masih mentah lantaran kandungan saponin dan rafid kalsium oksalat,[perlu rujukan] jadi ia harus diproses terlebih dahulu sebelum dimakan, selalunya dipotong halus menjadi jalur nipis, diisikan ke dalam karung atau jaring, dan ditinggalkan di aliran untuk beberapa hari hingga racunnya keluar.[6] Ia kemudian dikeringkan dan dimasak.

Perubatan

[sunting | sunting sumber]

Gadung kini dikaji ciri-ciri kemampuannya membunuh cacing dan serangga, selain daripada kajian bagi menguji keberkesanan perubatan tradisionalnya yang lain.[13]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Dioscorea hispida". World Checklist of Selected Plant Families (WCSP). Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2022-07-18.
  2. ^ "ubi". Kamus Dewan (ed. 4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  3. ^ "gadung". Kamus Dewan (ed. 4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  4. ^ "taring pelanduk". Kamus Dewan (ed. 4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  5. ^ POWO (2022). "Dioscorea hispida". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2022-07-18.
  6. ^ a b Farah Shazwani Ali (3 Mei 2020). "Mabuk ubi gadong musim tengkujuh". Sinar Harian. Dicapai pada 2022-01-18.
  7. ^ a b c d "Dioscorea hispida Dennst" (PDF) (dalam bahasa Indonesia). Departemen Kesehatan Republik Indonesia. 14 November 2001. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-12-06. Dicapai pada 20 April 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ "Proyek Sains Umbi Janeng". Pertamina. 11 Februari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2018. Dicapai pada 25 September 2018.
  9. ^ a b H. Sudarnadi (1996). Tumbuhan Monokotil. Jakarta: Penebar Swadaya. m/s. 107–108.
  10. ^ a b "Dioscorea hispida Roxb". Flora Fauna Web. Lembaga Taman Negara Singapura. 2019. Dicapai pada 2022-07-18.
  11. ^ Dato' Mohd Anim Hosnan (6 April 2014). "UBI GADONG". Anim Agro Technology. Dicapai pada 2022-07-18.
  12. ^ "Uwi-uwian (Dioscorea): Pangan Alternatif yang Belum Banyak Dieksploitasi" (dalam bahasa Indonesia). Balai Penelitian Tanaman Kacang-kacangan dan Umbi-umbian - Departemen Pertanian. 21 Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2018. Dicapai pada 25 September 2018.
  13. ^ Terengganu govt allocates RM2mil to fund research on ubi gadung.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]