Terrella
Penampilan
Terrella (Latin untuk "Bumi kecil") ialah model bola kecil termagnet yang melambangkan Bumi. Ia dikatakan telah dicipta oleh seorang ahli fizik England, William Gilbert ketika beliau sedang mengkaji tentang kemagnetan, dan ia dibangunkan lebih lanjut 300 tahun kemudian oleh seorang saintis dan pemgembara Norway, Kristian Birkeland ketika beliau sedang mengkaji aurora.
Terrella telah digunakan sehingga lewat abad ke-20 untuk mensimulasi magnetosfera Bumi. Kini, ia digantikan dengan simulasi komputer.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.